Jumaat, 12 Mei 2017

TERIMALAH TAUBATKU, SEBELUM AJALKU MENJEMPUTKU..


Sebelum aku memulakan coretan ini.. ingin aku kalungkan keampunan dan kemaafan buat pembaca budiman.. waris warisku.. sahabatku.. saudara dan saudari yang mengenali diriku.. dengan rendah diri dan sayu hati agar kalian dapat mengampunkan dan memaafkankan daku.
Sesungguhnya telah kini aku rasa ajalku makin rapat... saat jantungku mula begetar tidak menentu.. nafas sesak hadir tanpa mengira waktu.. kenikmatan hidup mula ditarik melalui pancainderaku.. Rasa gelisah tanpa sebab.. hilangnya kegembiraan dunia.. Tibanya saat kematian itu aku akan dihilangkan sedikit demi sedikit keduniaan.. Rupanya mungkin Allah ingin memberikan aku peluang untuk aku menginsafi diri dan bertaubat..
Tidak pernah aku rasa sebuah taubat sebelum ini.. Sebelum ini taubat itu hanya doa dibibir dan sekadar memenuhi ruang doa ketika selesai solat, selepas wuduk dan sebelum tidurku..Hanya itulah permohonan taubat yang biasa aku lakukan.  Taubat sebelum ini hanyalah sebuah taubat ''kepalsuan''  <<klik) itu yang telah aku persembahkan buat Rabbul Jalil, itulah yang aku rasa kini. Betapa penyesalannya diriku ini bila sebuah '' taubat kepuraan dan kepalsuan telah aku persembahkan'' kepada Rabbul Jalil.. 
Atas nasihat saudara sepeguruanku dengan memesan kata kata amanat almarhum guru mursyidku.. aku mula sedar betapa jauhnya dan semakin jauhnya aku dari Rahmat Allah Swt. Aku lupa pesannya akan segala keistimewaan kurniaan Allah itu janganlah aku persiakan dalam lara''. masih aku terkesan pesanannya.. ''gunakanlah matamu untuk melihat mata hatimu''.. kenapa lara juga yang kau perbuat.. '' gunakanlah telingamu untuk mendengar rintahan hatimu''.. kenapa kau gunakan untuk dengar selainnya..?? ''gunakanlah lidahmu untuk berbicara pada hatimu dan yang hak '' janganlah kau berkata bathil.. YA ALLAH aku amat menyesal dan aku sedar akan segala dosa- dosaku..
Pencarian taubat itu aku cari dan cari.. maka aku temui dan ingati semua perguruan yang telah aku pelajari.. Ya.. Aku temui dihadapan mataku sendiri.. Al Quran.. yang mana sebelum ini hanya sebagai teman senjaku untuk aku alunkan sebagai penyatuan keluarga.. Ya aku salah dan silap..pastinya kalian akan berkata mana mungkin atau terkejut... Al Quran itu hendaklah aku angkat sebagai pedoman hidup serta ikut atur segala isinya.. ya pesan guru Quranku.. '' Wahai hanafiah.. janganlah kamu tinggalkan Al Quran ini selepas kamu katam'' sesungguhnya Al Quran ini amat berguna buat kamu nanti..'' Bacalah olehmu dengan segala doa yang telah diajarkan dalam setiap surah yang telah diajarkan pada kamu..''.  bukan untuk alunan bacaan dalam rumah sahaja.. Sesungguhnya saya sebagai gurumu telah lepas ikatan dan amanahku.. telah ku ajar sempurnakan segala isi kandung Al Quran buatmu Hanafiah'' hanya secebis doa janganlah lupa pada gurumu ini.. ''YA ALLAH AKU MENANGIS SAAT AKU MENGINGATI WASIAT DAN AMANAHNYA DAHULU'' Ya Allah sesungguhnya AKU TELAH ZALIMI DIRIKU INI.. aku telah jauh tersasar dari hidupku.. ''hubbud dunia'' telah menguasai jiwaku.. cahaya hatiku rupanya kian malap dan hampir padam.. aku terikut dalam buaiyan kersoronakan dunia dan kepalsuan perhiasan hidup. SEGALA-GALANYA AKULAH YANG BERSALAH.. BUKAN KERANA DUNIA..BUKAN KERANA ANAK ISTERI.. BUKAN KERANA APA JUA.. TETAPI '' HATIKU YANG BERSALAH YANG MEMBAWA JASAD TERKORBAN DALAM NAFSU '' ya aku akui semua salah dan dosaku.. makin aku sedar bahawa aku telah ''kufur'' dengan ALLAH Swt.

''peralihan hidup kearah jalan mati''<<klick Maka bermulalah langkah yang aku sembunyikan dari semua.. Rupanya aku lupa.. bahawa setiap apa yang aku cuba arahkan, aku akan diuji.. Ujian demi ujian aku lalui dengan pelbagai arah pelusuk. Aku hampir tewas dalam ''lari dan berpaling '' Semakin aku ''hampiri kepada Rabbul JalaluJalallh '' semakin kuat aku diuji.. 
Segala kesakitan jantung .. kesempitan nafas.. kelonglaian tubuh.. tiada lagi menjadi ketakutan bagiku..yang mana sebelum ini aku amat takut akan penyakit atau kesakitan serta kematian. Ketahuilah bahawa pencarian  dalam kedahagaan ''TAUBAT'' itu membuatkan segala keperitan itu tiada kesan bagiku lagi..hanyalah airmata berkelopakan dimataku mengenangkan seandainya taubat aku masih belum diangkat atau diterima.. bukan kerana airmata kesakitan.Dalam saat itu tiba- tiba.. aku didatangi ''mualim'' untuk membawaku kearah kembali ke Sakratulmaut''..  Aku sungguh terpaku dan terkunci lidahku.. hanya airmata yang aku berikan jawapan padanya.. cuma beberapa patah ucapan yang aku mampu berikan.. itupan bukan dari lahir mulut ku, itu adalah kata hatiku yang sendiri aku belum aku ucapkan sebelum ini.. aku terima katanya yang amat benar dan kata itulah janji ketika hidup kita.. '' di mana engkau.. dari mana engkau.. nak kemana engkau..'' terkelunya tubuhku ini.. Dia akan datang lagi untuk membawaku.. entah bila.. mungkinkah dekat atau lambat..??

Saat ini kesakitan degupan jantung yang aku alami menjadi teman untuk mengingati Allah jika aku terlupa.. Kesempitan dan kepayahan kenafasan itu ku jadikan zikir/ingatan untuk mendekatkan lagi diriku padaNYA.. Kesedihanku aku bicarakan pada Kitabullah.. Kedukaanku, aku tasbihkan pada pelbagai kata zikir serta tasbih dan tahmid pada setiap buah tasbihku.. Segala kesulitanku aku selawatkan dan diumul kitabkan pada buahan tasbihku..
Namun aku adalah sebagai insan yang lemah dan sering berkendakkan sesuatu.. namum aku berusaha dan bertawakal selepas itu.. Memang FITRAH lumrah hidup manusia itu bekendakkan dan mempunyai keinganan .. Cuma aku inginkan jika kiranya ianya adalah hak aku.. maka aku berusaha untuk pertahankan.. Seandainya ianya bukan hak aku.. maka akan aku kembalikan padaNYA untuk menentukan.. 
Sesungguhnya aku sedar, segalanya yang ada padaku bukanlah hak mutlakku.. hati, perasaan, anak, isteri, rumah, harta serta kenikmatan hidup bukanlah hak aku.. itu semua adalah hanyalah pinjaman dari kurniaan Allah untuk penghidupan sementara didunia.. Jika aku memelihara baik semua itu ''mungkin'' ada harapanku untukku mendapatkannya sebagai yang kekal disana(syurga) kiranya ''jannah menyebelahi semuanya''.
Memang nampak mudah, tetapi ianya amatlah sukar dan perlukan ''banyak pengorbanan yang hakiki '' mampukah aku..?? ''Aku perlu ''serahkan'' kepada yang banyak.. aku perlu pula''berkorban'' pada yang sedikit..''
Aku hanyalah berbekal dan masih mencari sebuah TAUBAT.. ???

~Al ~Fatihah..
~Hanafiah.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan