Jumaat, 21 April 2017

ERTI DILAKNAT ALLAH SWT, MALAIKAT DAN RASUL SERTA DUNIA ..


Dalam masa kini ramai orang islam yang TIDAK TAKUT dilaknat ALLAH, MALAIKAT DAN RASUL... mereka merasakan ''hanya laknat jer'' . Mereka itu tidak tahu atau sedar ''laknat'' adalah bererti Allah telah murka.. dan akan jauh dari segalanya dan hilang Rahmat serta keberkatan hidup.. dan dari segi laknat dunia adalah mereka adalah ibarat kera dan babi..banyak lagi keterangan ERTI'' laknat.. dan ingat mereka yang subahat dan bersekongkol juga adalah mendapat sama habuan..

laknatullah orang Islam lain didapati luas diamalkan oleh orang-orang Islam yang kurang celik dalam isi kandungan kitab al-Qur'an. Frasa itu diguna dengan sewenang-wenang bila sahaja kepercayaan orang lain didapati tidak sama dengan mereka. Itu kerana mereka sangka sudah dapat petunjuk yang benar walaupun petunjuk al-Qur'an enggan disimpan dalam karung pengetahuan mereka.

Perkataan laknat diterjemah daripada kalimat Allah, la'ana dan la'nah di dalam al-Qur'an. Kamus Dewan mengertikan laknat kepada 

1.KEMURKAAN ALLAH dan jauh daripada petunjuk dan RAHMATNya, 
2. TERKUTUK, KEJI ,HINA,CELAKA." Dan laknatullah pula diertikannya kepada "dikutuk Allah". Sambil pengertian daripada al-Qur'an didapati agak berbeza sedikit dengan ditambah azab daripadaNya, atau manusia, ke dalam maksud perkataan tersebut.

Selanjutnya mereka mengatakan mereka lebih dapat petunjuk daripada orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Allah seluruhnya. Ini sedang berlaku. 


Firman Allah,
"Tidakkah kamu renungkan orang-orang diberi sebahagian al-Kitab percayai Jibti dan Thagut, dan mengatakan kepada orang-orang tidak percaya bahawa mereka lebih dapat petunjuk pada jalan daripada orang-orang yang percaya. Mereka itulah orang-orang yang Allah laknat, dan sesiapa Allah laknati, kamu tidak akan dapati baginya sebarang penolong." (4:51-52)
Firman-Nya,
"Maka kerana memecahkan perjanjian mereka, Kami laknatkan mereka, dan jadikan hati mereka keras. Mereka kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka lupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diingatkan;" (5:13). 
Firman-Nya,
"Apabila datang kepada mereka sebuah Kitab daripada Allah yang mengesahkan apa yang bersama mereka, .... maka apabila datang kepada mereka apa yang mereka kenali, mereka mengingkarinya; maka laknat Allah ke atas orang-orang tidak percaya." (2:89)

Firman Allah,
"Pada hari apabila alasan-alasan mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang zalim, dan bagi mereka laknat, dan bagi mereka, tempat tinggal yang jahat." (40:52)


Memecahkan perjanjian, memutuskan apa yang harus dihubungkan, dan buat kerosakan di bumi.
Firman-Nya,
"Dan orang-orang yang pecahkan perjanjian setelah diikat dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah perintah supaya dihubungkan, dan yang buat kerosakan di bumi - bagi mereka adalah laknat, dan bagi mereka, tempat kediaman yang buruk." (13:25).


Orang-orang munafik adalah mereka yang mengatakan percaya kepada ayat-ayat Allah tetapi sebenarnya tidak percaya. Mereka dikategorikan sama dengan orang-orang tidak percaya (kafir). Firman-Nya,
"Allah janjikan orang-orang munafik lelaki, dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang tidak percaya, dengan api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya. Cukuplah itu bagi mereka; Allah laknati mereka, dan bagi mereka, azab yang kekal." (9:68)


Membunuh orang mukmin.
Firman-Nya,
"Dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan Allah murka padanya dan melaknatnya, dan sediakan bagi mereka azab yang besar." (4:93)



Tidak renungkan al-Qur'an.
Ayat terakhir, tetapi mungkin jadi ayat atau perkara utama bagi tajuk (seperti difahamkan dalam penulisan Arab), menyebut mengenai al-Qur'an, yang tidak direnungkan manusia lalu dilaknati-Nya manusia itu.
FirmanNya,
"Mereka itulah orang-orang yang Allah laknat, lalu jadikan mereka pekak, dan membutakan mata mereka. Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Atau, adakah adanya kunci pada hati mereka?" (47:23-24)

Allah, malaikat dan manusia laknat
Bukan sahaja didapati Allah laknatkan orang-orang yang wajar dilaknati tetapi para malaikat dan manusia turut buat demikian. Orang-orang yang dilaknati mereka, dan Allah, adalah yang sembunyikan ayat-ayat Allah, yang mati dalam ketidakpercayaan kepada ayat-ayat Allah, dan yang jadi tidak percaya sesudah beriman. Ayat-ayat berikut jelaskannya dengan lebih lanjut:
"Orang-orang yang sembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami turunkan, setelah Kami jelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para pelaknat," (2:159).

"Tetapi orang-orang tidak percaya dan mati dengan tidak percaya, ke atas merekalah laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia kesemuanya," (2:161).

"Mereka (tidak percaya sesudah beriman lalu jadi zalim) itu, balasan mereka ialah bahawa ke atas mereka laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia, kesemuanya." (3:87)

Nabi Daud dan Nabi Isa telah laknati kaum mereka, Bani Israil, yang tidak percaya, ingkar, dan mencabul. FirmanNya,
"Telah dilaknati orang-orang tidak percaya daripada Bani Israil oleh lidah Daud, dan Isa putera Mariam; itu adalah kerana keingkaran mereka, dan pencabulan mereka." (5:78)


Laknat Allah ke atas seseorang boleh dipohon, misalan dalam tuduhan lakukan kesumbangan. Ayat-ayat berikut menjelaskan bagaimana tuduhan itu dilaksana, dalam kes suami menuduh isteri:
"Dan orang-orang yang membaling kepada isteri-isteri mereka tanpa saksi-saksi, kecuali diri-diri mereka sendiri, maka kesaksian seorang daripada mereka ialah menyaksikan dengan Allah empat kali, bahawa dia termasuk orang-orang yang benar.
Dan yang kelima, bahawa laknat Allah adalah ke atasnya, jika dia termasuk antara pendusta-pendusta.
Ia akan hindarkannya (isteri) daripada azab, jika dia menyaksikan dengan Allah empat kali bahawa dia (suami) adalah antara pendusta-pendusta.
Dan yang kelima, bahawa kemurkaan Allah adalah ke atasnya jika dia (suami) termasuk orang-orang yang benar." (24:6-9)
Bagi yang dituduh, mereka memohon kemurkaan Allah bukan laknat Allah. Adakah dengan itu Allah beritahu kita bahawa laknat-Nya itu adalah juga kemurkaan-Nya?


Rasulullah saw bersabda: “Ada lima orang yang dimohonkan laknat atas mereka dan semua nabi mengaminkannya: 
(1) Orang yang menambah kitab Allah dan meninggalkan sunnahku, 
(2) orang yang mendustakan takdir Allah, 
(3) orang yang mengatakan halal atas nama keluargaku apa yang diharamkan oleh Allah, 
(4) orang yang mementingkan dirinya dalam harta rampasan perang yang dihalalkan baginya, 
(5) orang yang mengajak berbuat baik sementara dirinya meninggalkannya atau melarang orang lain berbuat dosa sementara dirinya melakukannya.” (Al-Wasail11: 271).


Laknat di dunia
Contoh laknat di dunia, selain daripada kemusnahan kaum (seperti ke atas kaum Ad) dan ditenggelamkan di laut (bagi Firaun dan pembesar-pembesarnya), ada juga laknat berbentuk lain, misalan, manusia dijadikanNya beruk dan babi, atau yang bersifat seperti dua haiwan tersebut. FirmanNya,
"Katakanlah, 'Bolehkah aku beritahu kamu, sebagai ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa Allah laknatkan, dan padanya Dia murka, dan jadikan antara mereka beruk dan babi,'"

(5:60).
Dan, ada pula laknat itu di tangan manusia, seperti terhadap orang-orang yang buat tuduhan ke atas wanita-wanita mukmin yang berkahwin, tetapi lalai (24:23), yang baru disebut lagi. Oleh kerana ayat itu tidak menjelaskan dengan tepat rupa laknat di dunia daripadaNya, maka hukuman sebat maksima lapan puluh sebatan seperti yang tercatat pada ayat 
24:4 adalah difikirkan wajar dikenakan sebagai laknat di dunia, tetapi dilaksanakan oleh manusia pula. Namun, ia hanya pendapat penulis sahaja.

Ke atas orang-orang munafik pula, laknatnya jelas, iaitu mereka dibunuh apabila mereka tidak berhenti daripada buat kegemparan di kota, sebagai laknat di tangan manusia. Firman-Nya,

"Mereka (munafik dan hati berpenyakit) dilaknat, dan di mana sahaja mereka dijumpai, mereka diambil dan dibunuh, dibunuh." (33:61)

Bersama orang-orang munafik di situ adalah orang-orang yang hatinya berpenyakit, macam yang ragu-ragu terhadap ayat-ayat Allah. Mereka juga diambil dan dibunuh di mana sahaja mereka dijumpai apabila mereka tidak berhenti daripada buat kekecohan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan