Isnin, 10 April 2017

BACALAH MANUSIA.. WALAU DIBERIKAN TANDA MATI, TETAPI MANUSIA ITU ENGKAR..??


.. umur 35 tahun adalah separuh umur jika dikira dari kematian. 17 ,18 dan 20 tahun adalah batas umur untuk cukup berfikir mengikut tafsir ibnu katsir (Surah Fathir: 37). . Manakala umur 40 keatas ialah segeralah berhati-hati terhadap ancaman Allah. 
Maka cubalah hitung umur anda..?Berat arah mana timbangan anda..??.. 

Antara tanda kematian yang diutuskan kepada manusia ialah uban. Selain itu keupayaan Pendengaran yang semakin merosot adalah antara salah satu tanda kematian yang semakin hampir. Penglihatan kabur..tidak lagi sama seperti biasa dan akan semakin kabur. Allah juga mula menarik kembali nikmat-nikmat dunia yang pernah dikecapi sebelum ini. Sakit -sakit mula menyiliputi. Jika sebelum ini kita dapat menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan, tetapi secara perlahan-lahan nikmat itu ditarik semula, tidak dapat menikmati makanan sewenang-wenangnya.
Dalam awal kehidupan @ kelahiran pasti ada akhirnya @ kematian. Kematian itu pasti akan terjadi.. Kehidupan itu sebenarnya adalah MENGEJAR KEMATIAN.. kematian itu setiap saat dan detik akan makin dekatlah kematian.. Alangkan umur Rasulullah hanya 63 tahun dan Rasulullah sendiri bersabda;
“Usia umatku berkisar antara 60 hingga 70 tahun. Sedikit sekali di antara mereka yang melebihi usia tersebut ''.
Maka umur 35 tahun adalah separuh umur jika dikira dari kematian. 17 ,18 dan 20 tahun adalah batas umur untuk cukup berfikir.  Manakala umur 40 keatas ialah segeralah berhati-hati terhadap ancaman Allah. Maka cubalah hitung umur anda..?? Sesungguhnya masih ada ruang lagi untuk kembali kejalan keredhaanNYA.
Patutlah sering kini kita lihat ramai yang umurnya dalam lingkungan 40an menemui ajal.  Tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah Swt.

Firman Allah;
ٱللَّهُ يَتَوَفَّى ٱلْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَٱلَّتِى لَمْ تَمُتْ فِى مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ ٱلَّتِى قَضَىٰ عَلَيْهَا ٱلْمَوْتَ وَيُرْسِلُ ٱلْأُخْرَىٰٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍۢ مُّسَمًّى ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ


“Allah memegang nyawa pada saat kematiannya dan nyawa yang belum mati ketika dia tidur. Dia tahan nyawa yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir.” 
(Az-Zumar, ayat 42)

Allah Swt. juga berfirman dalam Al-Quran:
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berpikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? Maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi arang-orang yang zalim seorang penolong pun. 
(Al Fathir: 37).
Menurut Ibnu Katsir, para ahli tafsir berbeza pendapat tentang batas umur yang dimaksud dalam ayat itu. Ali ibn Husain Zainal Abidin r.a. berpendapat, “Batas umur yang dicukupkan Allah untuk berfikir dalam ayat di atas adalah 17 tahun.”
Qatadah berkata, “Ketahuilah, panjang umur sesungguhnya adalah beban dan tanggungjawab, maka kami berlindung kepada Allah dari segala tindakan aib selama umur kami. Ayat tersebut menyatakan bahwa masa yang dicukupkan Allah untuk berfikir adalah 18 tahun. Seperti itulah yang dikatakan Abu Ghalib al-Syaibani.”
Sementara itu, Wahab ibn Munabbih berpendapat seperti yang diriwayatkan Abdullah ibn al-Mubarak dari Mu’ammar bahawa usia yang dimaksud adalah 20 tahun. Bagi Manshur, 40 tahun. Mujahid dan al-Sya’bi berkata, “Jika salah seorang dari kalian mencapai usia 40 tahun, maka segeralah berhati-hati terhadap ancaman Allah.”
Sedarilah bahawa kematian itu pasti dan kita tidak dapat lepas darinya.. Kematian itu hanya waktu tidur yang sungguh nyenyak buat mereka yang bertakwa.. Maka rugilah mereka yang Engkar dan Derhaka pada HukumNYA..

Firman Allah;
فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ
Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.


Termasuk tanda-tanda kebahagiaan ketika kematian tiba adalah : 
- Dahinya berkeringat
- Air matanya bercucuran
- Lubang hidungnya mengembang 

Rasulullah SAW bersabda : "Telitilah keadaan mayat ketika maut menjemputnya, apabila dahinya berkeringat@berpeluh , air matanya mengalir dan lubang hidungnya mengembang, maka Rahmat Allah telah turun kepadanya.
Dan apabila mengeluarkan suara seperti suara anak unta tercekik, atau warna kulitnya berubah kebiru- biruan atau mengeluarkan buih dari kedua rahangnya maka adzab Allah sungguh telah menimpa dirinya."
Dalam Hadis yang lain pula Rasulullah bersabda;
Ertinya: Rasulullah memasuki rumah Abu Salmah dan menutup mata Abu Salmah kemudian berkata, "Sesungguhnya roh itu apabila tertahan(keluar@mati) maka ia diikuti oleh mata."

Dan tatkala tibanya kematian, betis kiri dan kanan akan merapat keduanya.. badan kaku terbujur.. mata terbuka.. mulut ternganga .. 

Allah berfirman:
والتفَّتْ الساق بالساق

Ertinya: Dan bertaut betis (kiri) dan betis (kanan) 
(Al Qiyamah 29).

Allah berfirman:

أَيْنَمَا تَكُونُواْ يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ
Ertinya: Di manapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh
(An Nisa 78)

Firman Allah;
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ
Ertinya: Katakanlah, "Sesungguhnya kematian yang kamu lari dari padanya, ia pasti menemui kamu. 
(Al Jum'ah 8)
Oleh yang demikian marilah kita bersama bertakwa kepada Allah Swt dengan beramal sebanyak mungkin.. jauhilah perkara lara dan perbuatan maksiat.. alangkah ruginya disaat jika kita dimatikan dalam perbuat maksiat..?? nau'zubillah.. tidakkah kita gerun akan Azab Allah Swt..?? Beruntunglah mereka yang mati ketika mereka menuju gerbang ketakwaan..
~Wallahu'alam
~jaksa kotaraja.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan