Abu Lahab dan nama sebenarnya adalah Abdul Uzza bin Abdul Mutalib. Nama panggilannya Abu Utaibah.Ketika lahirnya rasulullah dialah diantara orang yang paling gembira dan menyifatkan Rasulullah adalah anakku'' dengan keadaan riang dan gembira yang dapat menghilangkan kesedihan atas kehilangan adiknya ''Abdullah'' yang telah meninggal dunia.Abu Lahab ialah orang yang terkenal paling bakhil ini pun tidak sangka-sangka untuk memerdekakan hambanya, hanya kerana sampainya berita tentang kelahiran ‘putera dua orang korban’.” Bagi orang yang terkenal bakhil seperti Abu Lahab, jelas menjadi luar biasa. Jangankan harta sebesar budak yang harganya mahal, harta paling kecil pun baginya amat disayang.Tentu ada alasan lain yang mendorong Abu Lahab tiba-tiba berubah menjadi seorang yang dermawan, memerdekakan hamba tanpa tebusan.Begitulah digambarkan kegembiraan Abu Lahab.
Abu Lahab yang bergembira menyambut kelahiran Nabi Muhammad dengan menyembelih 100 ekor unta, tetapi apabila bila Rasulullah menyerunya kepada Islam beliau menolaknya.
Ini juga mengambarkan bahawa peristiwa ini berlaku pada masyarakat kini selepasnya dengan mengikut cara kehidupan Abu Lahab...
Itulah Abu Lahab yang kemudiannya adalah orang yang paling MEMUSUHI RASULULLAH SEHINGGA DILAKNAT OLEH ALLAH SWT
Allah Berfirman :
“Binasalah kedua tangan abu Lahab, dan sungguh-sungguh binasa ia. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan. Kelak ia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) istrinya, pembawa kayu bakar. Yang dilehernya ada tali dari sabut.” (QS. Al-Lahab : 1-5)
Pengertian Aqiqah Menurut Syara:
Menurut istilah hukum syara', aqiqah ialah "penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu."
Antara pengertian lain;
Aqiqah dalam pengertian syarak` ialah binatang ternakan yang berkaki empat (bahimatul an`am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.
Dalam bahasa Arab, kata bahimatul an'aam (binatang ternakan) adalah termasuk unta, lembu, kerbau,biri-biri,kibas dan kambing, bukan yang lain.
" Pada zaman Jahiliyyah, apabila kami mendapat seorang anak lelaki, maka kami menyembelih seekor kambing, maka kami mencukur kepala bayi tersebut, lalu kepalanya kami sapu dengan darah kambing yang disembelih itu".Menurut riwayat Ibnu Sakan pula " Orang-orang Jahiliyyah meletakkan kapas yang telah dicelup dengan darah aqiqah lalu kapas yang penuh dengan darah tersebut disapu ke ubun-ubun bayi yang baru saja dilahirkan itu. Abu Lahab yang dilaknat Allah SWT dalam surah AlMasad terlebih dulu lebih dulu rai kelahiran nabi sehingga menyembelih 100 ekor unta dan memerdekakan hambanya yang bernama Thuwaibah, juga ibu susuan Nabi saw.
Setelah datangnya Islam, perkara itu tidak dibenarkan oleh Rasullullah s.a.w. Baginda saw menyuruh menggantikannya dengan meletakkan haruman kasturi pada kepala bayi yang baru dilahirkan itu.
HUKUM AQIQAH
Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu'akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Baginda bersabda: "Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing." [HR. Abu Daud]
Dalam sebuah hadis diriwayatkan; " Bahawa Rasulullah s.a.w telah mengaqiqah Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri." [HR. Abu Daud].
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; "Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya." [HR. Tirmizi]
"Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama." [HR. Ahmad dan Tirmizi]
Rasulullah s.a.w. bersabda : " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya." [HR. Riwayat Tirmizi]
Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi.
JENIS HAIWAN DAN KADAR AQIQAH
Menurut Imam Malik,Asy-Syafi'e,Ahmad dan jumhur ulama' , bahawa aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki(Bahimatul An-`aam) seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri dan kibas (sama seperti ibadah korban). Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;
1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
3. Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
5. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.
Manakala,rusa, kijang dan kancil tidak termasuk dalam kategori Bahimatul An'aam.Maka ketiga-tiga haiwan tersebut(rusa,kijang dan kancil) tidak dibolehkan untuk dijadikan sebagai haiwan aqiqah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan