...Kini sebagai suami aku kalungkan akan dikau isteriku suatu doa dan harapan agar kita bersua bersama kembali dijannah nanti..
Ketahuilah... tiada apa yang dapat suamimu berikan bagi memuaskan kehidupan didunia ini, melainkan segalanya adalah kurniaan Ilahi.. yang disalurkanNYA padaku untukmu... Ketahuilah bahawa suamimu adalah hanya...
Ya Allah dalam kehidupan kami ini ya Allah .. telah banyak dosa yang telah kami lakukan secara zahir mahupun batin ... yang kami sedar dan kami tidak sedar.. Sebagai sang suami aku memohon keampunanMu buat diriku dan isteriku dan kami bertaubat atas segala dosa yang telah kami lakukan dimuka bumi ini sedari kami kecil hingga kami berumahtangga.. Telah sedaya upayanya kini aku melangkah untuk menuju jalan ''kembali'' agar kami menjadi insan yang bertakwa...banyak ujian yang telah kita lewati susah senang, pahit maung dalam kehidupan, namun tetap kami gagahi...
Kini sebagai suami aku kalungkan akan dikau isteriku suatu doa dan harapan agar kita bersua bersama kembali dijannah nanti..
Ketahuilah... tiada apa yang dapat suamimu berikan bagi memuaskan kehidupan didunia ini, melainkan segalanya adalah kurniaan Ilahi.. yang disalurkanNYA padaku untukmu... Ketahuilah bahawa suamimu adalah hanya pembawa amanah yang amat berat yang mempertanggungjawabkan segala tanggungjawab yang dilepaskan@diamanahkan oleh ibubapamu..
Walau aku sang suami terkadang terasa siksanya dan dugaan serta kepayahan dalam memenuhi kemahuanmu, namun aku sering berserah semula kepada Ilahi, hingga aku menitiskan airmatku kepada Rabbulizzati memohon agar aku cekal dan sabar... Aku sedar aku bukanlah malaikat atau rasul yang mempunyai kata-kata yang baik dan manis serta boleh memenuhi segala impain dunia yang mengkin kau rasa kau terasa sebagai dihambakan olehku dalam hidupmu...
Maafkanlah aku wahai isteriku yang aku sayang dan kasihi.. ampunkanlah dosa kesalahanku yang menyakiti dikau dan menyiksa dikau.. ketahuilah kerana aku mengasihi dan sayangi dikau melebihi seperti ibubapamu mengasihi dikau...
Wahai isterku..ketahuilah bahawa aku idamkan agar kita tetap selamanya didunia dan akhirat...amin Ya Rahman ya Rahim...
Ya Allah…Ampunilah semua dosa-dosa isteriku. Hindarkan ia dari segala kesulitan, mudahkanlah segala urusannya untuk menggapai RedhaMu. Ringankanlah beban tugasannya seharian. Hindarkan ia dari segala sifat-sifat buruk, khianat, dan segala sifat yang mendatangkan murkaMu. Berikanlah ia selalu sifat yang sabar dan penuh kesyukuran. Jauhkan dia dari segala kemaksiatan baik besar maupun kecil, perzinaan baik besar maupun kecil, perselingkahan baik besar maupun kecil. Jauhkan ia dari segala godaan laki-laki dan segala godaan yang menjerumuskan. Berikan selalu isteriku kemampuan yang kuat untuk menjaga kesucian dan kehormatannya.
Pimpinlah dia selalu ke jalan yang lurus, jalan yang engkau Redhai. Jadikanlah ia isteri shalehah, yang patuh dan setia kepadaku, Jadikanlah ia sebaik-baik perhiasan dunia bagiku. Tanamkan cinta yang tulus dihatinya untuk mencitaiku sepenuhnya seperti aku mencintainya sepenuh hatiku sepenuh jiwaku. Satukanlah kami selalu didunia maupun diakhirat. Jadikanlah isteriku isteri yang taat menjalankan perintahMu, dan tegas meninggalkan larangan-Mu...
Seandainya aku kembali lebih awal darimu.. ketahuilah... aku telah memaaf dan mengampunkan segala salah dan dosamu . Dan telah aku halalkan segalanya untukmu..
Aminn ya Allah ya Rahman... ya Rahim.. ya Halim.. ya Rabbal A'lamin
~Jaksa Kotaraja
Seandainya aku kembali lebih awal darimu.. ketahuilah... aku telah memaaf dan mengampunkan segala salah dan dosamu . Dan telah aku halalkan segalanya untukmu..
Aminn ya Allah ya Rahman... ya Rahim.. ya Halim.. ya Rabbal A'lamin
~Jaksa Kotaraja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan