....Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: ''Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai ....
Isteri itu adalah amanah yang dilepaskan oleh ibubapa perempuan kepada ''suami'' anak perempuannya. Maka itu perempuan itu wajib taat pada suaminya. Suami itulah yang akan memikul dosa isterinya jika suami itu tidak mendidik isterinya, manakala isteri pula tidak pula menanggung dasao suaminya.. betapa untungnya perempuan yang berkhawin, hanya perlu taat pada suami serta tunaikan solat serta puasa.
Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya." (Hadis Riwayat Tirmizi dan Ibnu Hibban)
Kita dapat lihat dan gambarkan hadis diatas betapa tingginya kedudukan suami.. ini adalah disebabkan akan besarnya amanah yang perlu suami pertanggungkan... maka itu ''syurga'' seseorang isteri, adalah dibawah tapak kaki suaminya.
Janganlah pula sang isteri itu suka menyakiti hati suami. Isteri yang suka menyakiti suaminya akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: ''Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami'."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Dalam hal lainnya pula, adakala sang isteri itu tidak cukup atas apa segala pemberian sang suami. malah mereka merasa tidak cukup dan tidak bersyukur diatas apa yang suami itu beri.. ingatlah segala pemberian dari suami itu hanyalah apa yang termampu diberikan dan perlu dingat semua itu adalah pemberian dan kurniaan dari Allah Swt yang disampaikan ''sahaja'' melalui tangan suami.. maka itulah isteri harus bersyukur...
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah S.A.W ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?"
Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."(Hadis Riwayat Muslim)
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah radhiallahu ‘anha bermaksud: "Aku pernah bertanya kepada baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?"
Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya".
Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?"
Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya." (Hadis Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Berapa ramai kini sang isteri sering meminta-minta perhiasan serta kemewahan dunia..?? Mereka mendesak sang suami untuk memenuhi kehendak siisteri tadi..malah ada yang sanggup mencerca hina suami mereka dengan pelabagai kata yang amat pahit untuk didengar oleh sang suami..
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."
Dari kerana itu perlulah kita bermuhasabah diri... sesungguhnya kehidupan didunia ini adalah bersifat sementara, diakhirat jualah tempat yang kekal abadi selamanya... oleh yang demikian marilah kita bersama sedaya upaya menjadi insan yang bertakwa kepada Allah Swt Semoga kita bersama pasangan kita dapat kekal bertemu semula di Jannah....Aminnn...
Dengan rasa rendah diri, marilah kita ampunkan segala kesalahan isteri kita dan bersamalah kita bertaubat semasa masih kita ada hayat bersama pasangan kita... Aminnn.. buat wanita pula.. hulurkanlah kemaafan dan keampunan kepada suamimu semoga baki hidup yang berbaki ini menjadikan kita orang yang sempat bertaubat dan berbuat amal kebajikan... Aminn Ya Allah....
~Wallahu'alam,
~Jaksa Kotaraja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan