Isnin, 24 Julai 2017

NASIHAT DARI RASULULLAH... TANYA DIRI KITA??

..kesalahanmu sendiri supaya menjadi benteng dirimu dari mencaci orang lain dan jangan berusaha untuk mengambil tahu keaiban orang lain, sedangkan kamu terlibat..
Akhir zaman ini menyaksikan ramai kalangan manusia itu tidak mahu menerima nasihat yang baik malah memarahi dan persendakan nasihat itu walaupun nasihat itu datangnya dari Rasulullah.. Malah Hukum Allah pun manusia itu tanpa rasa takut untuk melanggarnya.. ini adalah kerana nasihat dan larangan itu menghalanginya kebebasan diri untuk mencapai cita cita keduniaannya.

Dari Saidinna Abu Zar R.A yang meminta '' banyak '' nasihat dari Rasulullah SAW dan ini adalah sebahagian dari nasihat Rasulullah SAW kepadanya dan Bahawa Rasulullah bersabda ''

Adalah menjadi tanggungjawab seseorang yang waras(selagi tidak hilang akal) untuk membahagikan masanya kepada 3 perkara, sebahagian untuk beribadah kepada Allah, sebahagian untuk menghitung diri dengan merenung sebanyak mana amalan yang baik dilakukan dan sebanyak mana amalan yang buruk telah dilakukannya dan sebahagian lagi adalah untuk mencari nafkah yang halal serta diredai. 
Tanyalah diri kita@ Dalam sehari berapa jam atau hanya berapa minit aku beribadah?? Pernahkah aku hitung amalan aku?? hanya amalan baik sahaja yang aku kira??, kerana aku yakin aku ahli syurga kerana aku saja yang baik?? Adakah rezeki aku halal dan berkah?? adakah rezeki aku dari sumber yang diredhai Allah dan orang?? adakah rezeki aku tiada unsur shubahat??

Aku hairan dengan seseorang yang yakin akan kematiannya tetapi dapat berseronok dengan sesuatu perkara ( ini adalah kerana seseorang yang yakin bahawa dia akan mati misalnya kerana telah dijatuh hukum gantung tidak lama lagi, mana mungkin dapat berseronok dengan apa-apa perkara yang sekalipun).
Tanya diri kita @ aku mesti usaha untuk mendapatkan apa yang aku mahu dan seronok untuk mencapai cita keduniaan?? aku nak buktikan pada orang aku berjaya??  

Aku hairan dengan seseorang yang memerhatikan musibah- musibah, pertukaran- pertukaran dan perubahan mendadak yang berlaku didunia ini setiap masa, tetapi masih berasa tenang dengan kehidupan dunia.
Tanya diri kita @ jika aku kaya bolehkah aku tenang?? boleh tak kekayaan dan kemewahan dunia itu bagi aku tenang??aku nak bebas dari semua ikatan hukum??

Aku hairan dengan seseorang yang percaya kepada takdir tetapi masih berduka cita dan bersusah hati, tetapi masih tidak melakukan amalan yang baik.
Tanya diri kita @ aku duka cita kerana aku inginkan kesenangan?? aku bersusah hati kerana amalan islam itu halang aku?? aku berduka cita kerana cita-cita aku terhalang oleh hukum dan batasan islam?? aku ''rasa'' aku selalu buat amalan baik, ramai yang puji dan kata aku baik??  

Bertakwalah.. bertakwa adalah ''asas dan tunjang segala perkara''.
Tanya diri kita @ aku tak takwa tu apa?? Aku taat tak pada perintah  Allah ?? dan jauhi perkara yang ditegah oleh Allah?? aku langgar tak ?? 
''Hendaklah kamu mengambil berat untuk membaca Al Quran dan Zikrullah, kerana membaca Al Quran menjadi nur didunia dan bekalan diakhirat.
Tanya diri @ sehari, seminggu, sebulan, setahun berapa kali aku pegang dan baca Al quran?? membuka dan mebaca Al Quran itu ''free"' percuma dalan taliannya terus tiada sekatan, dalam sehari atau seminggu saja berapa JAM, bukan berapa kali, aku wassap, fb, chatting dan laman sosial?? taliannya tehad dan berbayar dan aku sanggup bayar?? lebih penting dari Al Quran??
Zikrullah aku buat lepas solat?? kalau lepas solat pun tak berzikir,macam nana pulak jika tak solat atau diluar solat??

''Elakkanlah dari banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati dan wajah akan hilang seri.( memudaratkan Rohani dan jasmani) 
Tanya diri @ Aku mesti sentiasa ketawa kerana awet muda?? ketawa itu dapat hilangkan sakit atau stress?? betulkah kena ellakkan ketawa??

Teruskanlah jihad kerana jihad adalah ''rahbaniah umatku'' ( adalah amalan rahib iaitu orang yang terdahulu yang telah memutuskan semua hubungan keduniaan dan hidup hanya untuk ALLAH SWT) 
Tanya diri @ dalam solat ada perjanjian inikah?? aku berikrar bahawa, hidupku matiku kerana Allah SWT.?? macam ni susahlah..?? 

Bergaullah dengan orang miskin dan fakir, jadilkanlah dia sahabatmu dan duduklah bersama mereka.
Tanya diri @ Aku suka kawan dengan orang kaya atau miskin?? aku nak bersahabatkah dengan orang susah yang miskin dan fakir tu?? lagi nak duduk-duduk bersama?? kawan dan duduk dengan orang senang dan kaya lagi baik??

Lihatlah orang yang lebih rendah daripada kamu (supaya amalan bersyukur menjadi kebiasaanmu), dan jangan melihat mereka yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu, jika tidak mungkin kamu akan memandang hina terhadap nikmat nikmat ALLAH SWT yang telah diberikan kepadamu.''
Tanya diri @ aku nak berjaya kena tengok orang yang tinggi dari aku?? kenapa orang tu kaya dan tinggi darjatnya dan aku nak juga macam tu?? kenapa Allah tak bagi aku itu dan ini?? ini kata nikmat??

Hendaklah melihat kesalahanmu sendiri supaya menjadi benteng dirimu dari mencaci orang lain dan jangan berusaha untuk mengambil tahu keaiban orang lain, sedangkan kamu terlibat dalam perkara itu. Untuk sabitkan kamu bersalah, memadai dengan kamu mengambil tahu keaiban orang lain, sedangkan keaiban itu terdapat sendiri dalam diri kamu walaupun kamu tidak menyedari keaiban itu.
Tanya diri @ orang nampak salah aku saja?? aku tak salah pun?? memang cara dia minta dicaci?? seronok bila tahu aib orang, lebih lagi orang yang kita rapat?? lepas itu kata aku tak nak terlibat?? Salah sendiri aku kena tutup dan kena letakkan pada orang lain untuk aku jaga kepentingan diri?? bukan kepentingan hukum Allah?? janji aku lepas?? Carilah hukum yang sesuai untuk halalkan cara aku??

 Wahai Abu Zar..  tiada kebijaksanaan yang menyamai perancangan yang baik dan tidak ada ''takwa'' yang menyamai meninggalkan perkara yang diharamkan dan tidak ada kemulian yang dapat menandingi ahlak yang mulia.( ahlak bermaksud mentaati hukum dan perintah Allah dan menjauhi larangan)
@tanya diri adalah untuk aku sendiri bermuhasabbah diri sendiri...
~Wallahhu'alam
~Jaksa Kotaraja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan