Ahad, 16 Julai 2017

JANGANLAH KEPENTINGAN DIRI YANG MENGHANCURKAN SEGALA-GALANYA..


Sesungguhnya, sifat takwa itu adalah asas segala amalan baik.Sesiapa yang HATINYA takut kepada ALLAH, maka tidak akan berlaku apa-apa maksiat daripadanya dan tidak juga dia akan merasakan kesempitan hidup.
Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT dengan mengerjakan suruhan dan MENINGGALKAN LARANGAN.. nescaya Allah SWT akan mengadakan jalan keluar daripada perkara yang menyusahkan dan memberi rezeki pada jalan yang tidak disangka-sangka
(at- Talaq 2-3).. 
Sesiapa yang usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya ( dengan tidak berpandukan Al Quran tentang sah atau batalnya) maka, Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka didunia dan mereka tidak dikurangkan sedikit pun padanya. Merekalah orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain dari AZAB NERAKA dan pada hari tu gugurlah apa apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa-apa yang telah mereka kerjakan
(Hud 15-16)

Maka atas mereka tertimpa kemurkaan daripada Allah Swt dan mereka beroleh azab yang besar.(Kekufuran mereka) yang demikian adalah kerana mereka lebih mengutamakan dunia daripada kehidupan akhirat dan ALLAH Swt tidak memberi hidayat dan petunjuk yang dapat membawa kaum yang kufur ingkar itu ( kepada kebahagian diakhirat)
( AN- Nahl 106-107)
~Wallahu'alam

~Jaksa Kotaraja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan