Ahad, 16 Julai 2017

APABILA UMATKU MENGAGUNGKAN DUNIA, KEHEBATAN ISLAM AKAN DICABUT DARI MEREKA..

..ALLAH SWT akan memperkayakan HATINYA dan HARTA BENDA DUNIA akan datang kepadanya dalam keadaan TUNDUK DAN HINA.. dan sesiapa yangh menjadikan DUNIA sebagai KERISAUANYA, maka ALLAH SWT akan menjadikan..

Cubalah kita renungkan berapa banyakkah perintah Allah yang telah kita langgar dan berapa banyakkah larangan Allah yang kita lakukan.?? Dari Imam Tarmiizi Rasulullah SAW bersabda ''Demi dia nyawaku dalam genggamanNYA, hendaklah kamu menyuruh orang ramai membuat baik dan MENEGAH mereka membuat kemungkaran. Jika tidak Allah SWt akan menurunkan azab ke atas kamu dan kemudian kamu berdoa kepadaNYA, tetapi DIA tidak kan memperkenankandoa kamu..
Abu Hurairah R.A berkata Rasululllah SAW pernah bersabda '' APABILA UMATKU MENGAGUNGKAN DUNIA, KEHEBATAN ISLAM AKAN DICABUT DARI MEREKA. APABILA MEREKA MENINGGALKAN AMAL MAARUF DAN NAHI ANIL MUNGKAR (meninggalkan amal kebaikan dan berbuat perkara mungkar) MEREKA AKAN DIHINDARKAN DARI KEBERKATAN WAHYU(RAHMAT) DAN APABILA MEREKA CACI DAN MENCACI ANTARA MEREKA SATU SAMA YANG LAIN, MEREKA AKAN GUGUR DARI PANDANGAN ALLAH..

''DAN JAUHILAH DIRI DARIPADA ORANG YANG MENJADIKA AGAMA SEBAGAI PERMAINAN DAN MEREKA PULA TELAH DIPERDAYAKAN OLEH KEHIDUPAN DUNIA''
(Al- An'Am 70)

Sesiapa yang mengkehendaki(dengan amal usahanya)faedah di AKHIRAT maka KAMIakan memberinya tambahan kepada faedah yang dikehendakinya.Dan sesiapa mengkehendaki(dengan amal usahanya) kebaikkan dunia semata-mata, KAMI berikan padanya daripada kebaikan duniaitu (sekadar yang kami tentukan)Dan dai tidak beroleh satu pun diakhirat kelak''
( Surah AsSyu'ra 20)
Sebuah hadis lagi yang berbunyi, '' Sesiapa yang menjadikan AKHIRAT sebagai KERISAUANNYA, maka ALLAH SWT akan memperkayakan HATINYA dan HARTA BENDA DUNIA akan datang kepadanya dalam keadaan TUNDUK DAN HINA.. dan sesiapa yang menjadikan DUNIA sebagai KERISAUANYA, maka ALLAH SWT akan menjadikan KEMISKINAN TERBAYANG-BAYANG dihadapannya dan dia akan diselubungi KESUSAHAN. Dia tidak mendapat dunia ini lebih dari apa-apa yang telah ditakdirkan.Hadis sahih, diriwayatkan oleh Imam Ahmad
Rasulullah SAW membaca ayat tersebut lalu bersabda bahawa ALLAH SWT tealh berfirman ''WAHAI ANAK ADAM.. LAPANGKANLAH MASA UNTUK BERIBAT KEPADAKU, AKU AKAN MEMENUHKAN DADAMU DENGAN KEKAYAAN DAN AKU AKAN MENGHAPUSKAN KEMISKINANMU. JIKA TIDAK, AKU AKAN MEMENUHKAAN DENGAN KESIBUKAN DAN AKU TIDAK AKAN MENGHAPUSKAN KEMISKINANMU. Apakah kini manusia zaman ini sering memikirkan bahawa 
ibadah itu tidak membawa kebaikan ?? 
adakah merasakan peraturan serta hukum ALLAH SWT itu membatasi serta menghalang kebebasanmu ..??
adakah mendekati Akhirat itu akan merugikan dunia..??
dengan mengejar kemewahan dunia itu menjanjikan kebahagian akhirat..??
Dalam Al quran menyatakan 
Katakanlah (wahai Muhammad) harta benda yang menjadi kesenagan di dunia ini adalah sedikit sahaja (dan akhirat akan lenyap) dan (balasan) pada akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa
(An - Nisa 77)

 Kalaulah dunia ini menjadi keutamaan alim ulama,maka kemajuan anda adalah sebagai asbab kegembiraan mereka, kerana kesenangan dan kemewahan adalah sebab kesenangan dan kemewahan mereka juga. Namun demikian,jika mereka masih menegur dan cuba mengislahkan anda, maka pasti disana ada sesuatu yang memaksa mereka sehingga sanggup mengorbankan kepentingan dunia mereka sendiri. 
Mengapakan sesuatu yang disampaikan oleh pemberi nasihat yang sememangnya ada dalam Al Quran secara jelas dan kita menolak ajaran serta hukum itu semata-mata tidak menyukai dan mencari helah untuk mengenepikannya dengan pelbagai kata. Mengapakah keterangan larangan dalam Al Quran atau hadis itu sering ditolak kerana ''mengenai'' keperibadian seseorang atau kelompok kumpulan orang. Ianya sering berlaku apabila ianya (seseorang atau kumpulan itu melanggar hukum serta larangan atau ingin mengecapi keseronokkan dunia yang dibutakan oleh nafsunya sendiri dan menyalahkan orang lain pula)  
Jelas dalam Al Quran itu menerangkan '' semuanya itu adalah kesenangan hidup didunia, pada sisi ALLAH adalah tempat sebaik-baik (iaitu syurga)
( Ali- Imran 14)
dan 
Antara kamu yang mengkehendaki keuntungan dunia semata-mata dan antara kamu ada pula yang mengkehendaki akhirat 
( Ali- Imran 152)

 dan dalam firman yang lain pula, 
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa, Oleh itu tidakkah kamu berfikir.??
(Al Na-am 32)
Ya tuhan kami, berikanlah kami bebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka
( Al Baqarah 201)
~Wallahu'alam

~Jaksa Kotaraja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan