Sabtu, 15 Julai 2017

HATI YANG HITAM DAN MATI

..“Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.”..
Sesungguhnya hati itu akan berkarat sebagaimana besi berkarat pabila terkena air..Banyakkan ingatkan maut @ MATI dan membaca AL QURAN
(HR Baihaqi) Dosa yang banyak dan kelalaian daripada mengingati Allah SWT akan menyebabkan hati hitam dan berkarat apabila terkena air. Membaca Quran dan mengingati mati akan MENYINARKAN HATI itu kembali. HAti itu seumpama sebuah cermin,sebanyak mana hati kabur maka sekadar itulah kurangnya cahaya pantulan makrifat. Sebanyak mana hati itu jernih dan bersih, sekadar itulah cahaya pantulan makrifat akan jelas lagi nyata pada hati itu.
Oleh kerana itu seseorang yang melakukan maksiat yang didorong oleh nafsu shahwat atau melakukan amalan-amalan syaitan yang derhaka dan dilaknat..maka sekadar itu dia akan jauh dari '' Makrifatullah''. Telah banyak disebut dalam banyak hadis bahawa seseorang hamba itu melakukan ''satu dosa'' maka ''satu titik hitam'' akan terlekat pada hatinya. Sekiranya dia BENAR-BENAR BERTAUBAT dan kembali jalan benar maka titik itu akan hilang. Jika dia melakukan satu lagi dosa,maka satu titik hitam dihati akan muncul. Demikianlah seiranya dia terus melakukan dosa atau dalam berdosa berpanjangan maka lama-kelamaan dengan sebab banyaknya titik hitam itu, HATINYA AKAN JADI HITAM LEGAM. Lantaran itu keinginan untukmelakukan kebaikan dan perubahan kepada kebaikan tidak wujud lagi didalam hati yan sedemikian. Sebaliknya hati itu hanya akan CONDONG KEARAH KEBURUKAN. 
Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah) Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
Rasulullah bersabda '' Aku meninggalkan 2 penasihat, satu yang berkata-kata dan satu lagi diam.. Yang berkata-kata itu adalah AlQuran yang mulai dan yang diam itu mengingati MAUT. Junjunglah sabda Rasulullah SAW ini.. nasihat ini hanya berkesan untuk orang yang mahu menerima nasihat dan berubah.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 74) 
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah. Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu; 
Hubbud dunia (kasihkan dunia) 
Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.(melanggar hukum Allah)
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu; 
Zuhud dengan dunia.
Zikrullah 
Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah. 


Tanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.Engkar hukumNYA
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

~Wallahu'alam

~Jaksa Kotaraja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan