Isnin, 15 Mei 2017

SEANDAI TAUBATKU DITERIMA SELEPAS KEMATIANKU..??

diterima di Yaumil Masyar.. maka lebih buruk lagi dari barzah.. pastinya taubatku itu diringi dengan heretan rantai yang membelunggui diriku. Heretan yang tiada belas kasihan oleh ''zabaniah''. Pastinya aku akan dicampak, diazab dengan kemarakaan api neraka . Didalamnya pula menunggu untuk azab yang lebih pedih lagi untuk diriku.. 

Seandainya orang islam itu ditanya jika mati.. kemanakah dia ditempatkan.. Pastinya ramai yangkan mengatakan ianya akan masuk syurga dan ahli syurga.. Malah mereka itu yakin dengan percakapan mereka itu. Andai, ditanyakan padaku nescaya aku akan mengatakan aku ahli neraka. Sedang mereka berkata ianya akan perolehi RAHMAT ALLAH.. Sedang aku berkata sesungguhnya Rahmat Allah itu milikNYA untuk mereka yang dikehendakiNYA.
Maka mereka dengan percaya akan dikurniakan Rahmat Allah diatas sifat ''Pengasih'' dan ''Penyayang''. Maka padaku pula, Rahmat Allah itu ''HakNYA'' untuk diberi kepada orang ''yang dikehendaki serta dikasihiNYA'' Dengan penuh yakin mereka berkata ''sudah tentu aku adalah pilihanNYA dan aku yang dikasihiNYA'' kerana aku islam dan beriman. Dengan sedih aku berkata ''sudah tentu aku bukan pilihanNYA dan bukan dikasihinya kerana setaat manakah aku denganNYA dan seIman manakah aku.?? Ya..mungkin juga kalian adalah golongan yang baik, beriman dan bertakwa..mudah mudahan..
Aku yang kini masih kesamaran <<sila klick dalam gelap dalam mencari jalan pulang. Maka banyak aku lalui dan temui. Alangkan hidupku ini hanya jika ada amalan pun, hanyalah sekadar 3% dari 24jam.. dalam 3% itulah juga termasuk kira amalan bersebab dan melayang.. Apakah aku kira aku layak untuk menjadi ahli syurga ??? Apakah boleh aku katakan aku akan dapat rahmat Allah..?? Sedang waktu yang lainnya banyak aku habiskan dalam kelaraan dalam mencari keduniaan serta memenuhi hawa nafsu perhiasan dunia.. Ya aku TELAH MENZALIMI DIRIKU SENDIRI. Aku telah menginaiya diriku sendiri..ya aku telah mencampakkan diri dalam kebinasaan.. adakah mereka berani untuk berkata begini secara jujur dan ikhlas..??
Aku bukan menafsir dari hatiku .. tetapi aku menafsir dari panduan iman yang berlandaskan hukum.. bukannya hati yang berlandaskan ''aku yang terbaik''. Mana mungkin aku dapat masuk syurgaNYA kerana syurga itu adalah kurniaNYA dan neraka itu pilihanku atas perbuatanku dimuka bumi. Apakah aku kira Allah itu mengasihi aku maka akan diberikan syurga buatku..?? Dan apakah sebab untuk Allah mengasihi aku..?? Adakah hanya dengan kata-kata..?? adakah kerana aku taatiNYA.. atau banyaknya aku beramal ibadah..?? Jika ya berapa banyak ibadah kusyukku... berapa banyakkah ibadah seilhlasku yang tidak mengaharapkan apa-apa yang dikeranakan aku beribadah hanyalah sebagai hamba?? Apakah aku layak untuk ke syurga..??
Untukku berkata taat pada Allah, aku adalah pendusta besar... aku adalah pendusta dihadapan Allah, malaikat dan rasulNYA.. Dalam seharianku berapa lamakah masa ku berikan ketaatanku kepada RabbulJalil.. makanya aku adalah penipu dan pendusta... Aku hanya taat akan hawa nafsuku sahaja dalam sibuk mengurusi hal keduniaan dan mencari kesenangan hidup didunia.. 
Sering aku sibuk mencari bekalan dunia yang tiada berkesudahan.. padahal itu semua pasti akan dipersoalkan dihari kemudian. Ya aku inginkan kekayaan..kemewahan.. kesenangan.. kebahagian hidup... TAPI HANYA DIDUNIA..!!! Adakah aku bersedia untuk menjawab 4 soalan dikemudian hari..??
Dimanakah imanku kini disaat ini ??? adakah masih terpaut kepada dunia.. ya.. aku masih terpaut pada dunia... ya aku adalah hina.. kerana aku sering meminta-minta padaNYA.. sampai dalam ibadah rutinpun aku sering meminta-minta bagaikan anak kecil. selepas minta ini aku minta itu dan minta ini dan itu seterusnya dari aku budak sampai ke tua.. Aku malu ..aku hina.. aku kufur.. aku zalim ..
Sampai bilakah keikhlasan aku untuk menTAATINYA sepenuh jiwa..??
Maka dengan demikian aku yang kini dalam mencari jalan taubat sebelum pulang... aku amat mengharapkan agar aku temui sebuah taubat yang abadi sebelum mataku ini terpejam buat selamanya. Sesungguhnya aku tidak sanggup seandainya taubatku diterima ketika aku dibarzah ..aku tidak sanggup dengan taubatku diterima dibarzah kerana sudah pasti aku aku terhimpit hingga rusukku bersilang kiri dan kanan.. malah paluan azabMU merupakan cambuk besi keatas keubun ubunku hingga berkecai dan bertaut semula dan dipalu sehingga kiamat, Itu yang membuat aku amat takut.. Sesungguhnya tiada lagi kerehatan buatku selama-lamanya seandainya taubatku kau terima di barzah..
Dan itulah bukanlah pengakhirannya.. apakah nasibku di Yaumil Masyar kelak.. Seandainya Taubatku diterima di Yaumil Masyar.. maka lebih buruk lagi dari barzah.. pastinya taubatku itu diringi dengan heretan rantai yang membelunggui diriku. Heretan yang tiada belas kasihan oleh ''zabaniah''. Pastinya aku akan dicampak, diazab dengan kemarakaan api neraka . Didalamnya pula menunggu untuk azab yang lebih pedih lagi untuk diriku.. Sesungguhnya penjaga neraka itu amatlah bengis dan tiada belas ihsan serta taat akan perintah Allah..
YA ALLAH SESUNGGUHNYA AKU ADALAH GOLONGAN PENDUSTA AYAT KETERANGANMU.. YA ALLAH... SESUNGGUHNYA BENAR AKU TELAH MENZALIMI DIRIKU.. SESUNGGUHNYA BENAR AKU TELAH MENGINAIYA DIRIKU.. MAKA ITU AKU MEMOHON TAUBAT KEPADAMU.. AKU KESAL AKAN SEGALA PERILAKUANKU YANG AMAT BURUK DARI SEGI PERLAKUAN ZAHIR DAN BATIN.. YA ALLAH AKU MEMOHON TAUBAT DAN KEAMPUNAN KEPADAMU YA ALLAH.. YA ALLAH PENERIMA TAUBAT DAN MAHA MENERIMA TAUBAT, SESUNGGUHNYA AKU TELAH KUFUR DIATAS SEGALA NIKMATMU.. AKU KESAL AKAN SEGALA KEMAKSIATAN MULUT.. AKU KESAL KEMAKSIATAN MATA.. AKU KESAL BERBUAT KEMAKSIATAN TELINGA.. AKU KESAL BERBUAT KEMAKSIATAN HATI.. MAKA ITU AKU MEMOHON KEAMPUNAN DAN TAUBAT KEPADAMU , AKU SUNGGUH MENYESAL YA ALLAH.. .. AKU BERJANJI TIDAK AKAN MENGULANGINYA LAGI.. YA ALLAH TERIMALAH TAUBAT DARI HAMBAMU INI DIATAS KEKUFURAN HAMBAMUN INI.. YA ALLAH AKU MEMOHON DIATAS NAMA ZATMU.. AKU MEMOHON DIATAS NAMA SIFATMU SERTA ASMA'MU.. AGAR SEGALA DOSAKU KAU AMPUNI..DAN TERIMALAH TAUBAT KU TERIMALAH YA ALLAH TAUBAT NASUHAKU.. SESUNGGUHNYA AKU ADALAH DIDALAM GENGGAMANMU SEJAK DARI AZALI.. SESUNGGUHNYA ENGKAU LEBIH MENGETAHUI DIMANAKAN PENYUDAHANKU.. SESUNGGUHNYA AKU TIADA HAK KEATAS DIRIKU..MAKA ITU AKU KEMBALIKAN DIRIKU KEPADAMU DENGAN MEMOHON TAUBAT KEPADAMU.. AAMINN...
~Hanafiah















Tiada ulasan:

Catat Ulasan