Ahad, 7 Mei 2017

KERINGNYA AIRMATA TAUBATKU...

..iktibar buat apa yang telah aku lalui.. Biarlah aku malu dihadapan manusia.. namun aku tidak sanggup malu dihadapan Allah Rabull Izati..Telah aku katakan dalam coteran terdahulu.. ''ketahuilah jika kalian ingin cari kejelekan dan keburukan serta aibku.. pasti akan 

Walauku tahu Taubat ialah kurniaan dari Allah Azza wa Jalla dan anugerah Rabbaniyyah yang dikhususkan untuk hamba-hambaNya yang Allah kehendaki, namun aku akan terus dan menerus bertaubat walau keringnya airmataku.. walau hingga pedihnya mataku kekeringan airmata.. Dek kerana aku terlalu mengharap dan terus berharap agar segala dosa dan salahku diampunkan oleh ALLAH HU JALALLU JALALLAH. Tidak mudah kurasa oleh kerana dosa dosa yang lalu serta silamku dengan mudah untuk Allah terima taubatku.. Adakah hanya sekadar taubat yang aku jurai dalam leraian dengan airmata penyesalan dan kekesalan makanya ALLAH SWT akan terima taubatku tanpa sebarang usaha menghindari dan perbanyakkan amal kebajikan dan amal soleh..??
Sering aku kini terbayang akan segala dosa silamku tika keremajaan. Masa yang banyak kupenuhi dengan titik noda asmara arjuna yang menghumbankan aku kedalam lembah yang hina... kegelapan malam dulunya ku sangkakan terang.. rupanya gelap dan hitam menghentak melekat dijiwa.. Kini aku merasakan yang gelap dan hitam itu kini memudarkan aku untuk mengharapkan rahmat Ilahi.. Dulunya berpaling atas nikmat remaja dan sihat melupakan aku pada ALLAH.. KEKUFURAN NIKMAT atas segala apa yang telah ALLAH kurniakan padaku.. Segala anugerah, keistimewaanku serta nikmat Allah  telah aku perkosa rakus satu persatu tanpa penghalang.. indahnya tika itu..  Ya.. tak terungkap dari coretan kata kerana banyaknya dakwat tinta untukku percelupkan untuk coretan dosa dahulu.. Walau banyak kata manis dari pujangga fiq akan Sang Pencpita, yang mana kiranya akan diterima taubat oleh ALLAH SWT jika hambanya benar bertaubat.. Tetapi aku dapat merasakan taubat itu sempurna atau tidak.. Tidak lain jika dosa itu sering menghantuiku dalam ingatanku.. ya, masih ada dosa yang perlu aku rahsiakan.. hanya yang aku nyatakan adalah dosa peribadiku sahaja.Tidak akan aku menyalahkan sesiapa jua insan dalam noda serta kesalahan dan sesalan ini..

Kini solat taubat serta taubatku hanya tinggal rintihan, sedu serta raungan tangisanku dalam airmata yang hampir kekeringan... Saban hari siang dan malamku kupanjatkan agar taubatku diterima dalam linangan airmata.. malamku tiada lagi kelenaan dipembaringanku kerana mengenangkan apakah kesudahan hidupku seandainya taubatku tertolak dan aku terpisah dari dunia fana dan terpejamnya mataku buat selamanya didalam tidurku.. 
Al Quran kini pula sering menemaniku dan menunggu untukku baca lembaran kata suci. Jika dahulunya hanya dihujung senja.. tetapi kini menjadi teman arkabku.. dikala sisi tahjudku.. disisi fajar.. dan masa sepiku... TIDAK LAIN hanya mengharapkan satu pengharapan agarku mengecapi RAHMATNYA.. 
Aku amat mengharapkan dan terus beristiqamah dalam bertaubat.. Sesungguhnya aku adalah hamba yang mengharapkan BarkahNYa.. RahmatNYA.. NikmatNYA.. tetapi itu semua telah perkosa satu tika dahulu.. 
Ya Allah.. hambamu ini datang Bertaubat Ya Allah..
Ya Allah.. hambamu ini mohon Keampunanmu Ya Allah
Ya Allah.. hambamu ini pinta Rahmatmu Ya Allah..
Sesungguhnya RahmatMU meliputi seluruh alam, 
maka diatas RahmatMU Ya Allah Hu Ya Allah..
Ya Allah terimalah Taubat hambaMU.. Ya AtTauwaabulrahim..
Ya Allah sesungguhnya aku bertaubat dan amat menyesali segala perbuatanku dalam kemaksiatan.. dalam kekufuran.. dalam kezaliman.. dalam kesyirikan.. dan apa jua perbuatan yang Engkau murkai...
Ya ALLAH.. Aku Bertaubat Kubra dan Nasuha tidak akan mengulangi Dosa-dosa yang berupa syirik.. kufur.. kafir.. perjudian.. perzinaan.. penzaliman.. ujub.. riak.. takkabur.. sum'ah.. YA ALLAH.. Biarlah aku dikatakan kafir dan kufur dihadapan manusia.. namun tidak aku sanggup kafir dan kufur dihadapanMU lagi.. Dalam kesunyian dihujung malam dengan rasa sesal dan hiba, tangan yang kotor ini tinggi menadah tangan dengan wajahku mendongak ke langit, maka aku berserah diri padaMU YA ALLAH.. Ampunkanlah segala dosaku.. Sesungguhnya tiada lain yang dapat mengampunkan kecuali MU YA ALLAH... Apakah tiada RahmatMU lagikah buat diriku.. Apalah ertinya nyawa serta hidup yang berbaki ini.. Ya ALLAH apakah tiada jalan lagi bagiku untuk Engkau terima Taubatku..?? Kiranya masih ada RahmatMU serta jalanku untuk Engkau terima Taubatku, maka tunjukkanlah jalan itu.. 
Saat ini hanya aku dapat rasakan jasadku dibakar oleh ''azab'' dan mulai luntur luruhnya daging dari tubuhku.. kesempitan nafas kini kuturuti dengan zikirnya.. kesakitan jantung yang beketaran kini aku jadikan ''teman''.. saat terlonglai mengejut tubuhku, kini aku jadikan sahabat ''ajalku''.. Saat kedukaanku, Quran ku jadikan teman bicaraku..

Dalam itu aku perapatkan diri dan persantakkan diri ke musolla untukku mencari keredhaan ALLAH.. Kuhadirkan diri seawal waktu untuk mencari ruang peluang kearah pintu taubat serta hajat.. Dalam keheningan sebelum subuh aku alunkan kata memohon rahmat, petunjuk serta keampunan dalam tarhimku ..walau sejenak tarhim dapatku laungkan.. aku amat mengharapkan RAHMAT ALLAH yang dijanjikanNYA.. Dalam Muazzin subuh zohor dan asar jika diruangkan ALLAH padaku untuk dilaungkan.. maka akan ku panjatkan doa dalam kalimah azan yang dimuazzinkanku.. Aku sedaya upaya hingga KINI MENCARI RUANG TAUBAT.. 
"Aku mohon ampun kepada Allah oleh perkataanku yang tidak benar, perkataan jelekku dan perkataan laraku.. aku mohon ampun dari segala perbuatan yang jauh dariMu, Ya Allah" 
Akan ku terus cari ruang TAUBAT dalam ruang amal dan soleh .. bagiku ruang taubat bukanlah hanya pada permohonan kata taubat disejadah sahaja atau dibibir sahaja.. Neraca Mizanku kini memberati ''AZAB'' yang mana segala amalanku kebaikanku terluput hapus dan seandainya Taubatku diterima ALLAH, neraca mizanku adalah hanya kosong. Ternyata aku dimasih awang-awangan kiranya ajal sampai.. Maka itu aku berjanji pada diri ''terperi'' dan ''berdiri'' akanku terus beramal soleh dan memohon taubat kepadaNYA hingga saat SAKRATULMAUT datang mengambilku pulang..
Buat pembaca sekalian...bukan aku ingin bermegah atas dosaku.. bukan aku ingin membongkar aibku.. akan tetapi pasti ianya akan terpampang juga dilayar yaumil masyar.. ini adalah sebuah coretan yang benar bagiku. Itupu jika kalian sudi menjadikan satu ingatan serta iktibar buat apa yang telah aku lalui.. Biarlah aku malu dihadapan manusia.. namun aku tidak sanggup malu dihadapan Allah Rabull Izati..Telah aku katakan dalam coteran terdahulu.. ''ketahuilah jika kalian ingin cari kejelekan dan keburukan serta aibku.. pasti akan kalian temui pada setiap inci pada tubuh badanku..
Ku hulurkan keampunan dan kemaafan kepada kalian yang membaca coretan ini, kiranya ia menyentuh dan menganggu emosi kalian.. maafkanlah aku... Hanya secebis doa yang amat ku harapankan dari pembaca sekalian, tidak lain hanya sebuah sedekah Al Fatihah buatku... ~Alhamdulillah
~Hanafiah 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan