Alhamdulillah masih kita dapat bersua kembali dalam paparan yang benar. Hari berlalu dan silih berganti minggu.. Semakin hari maka semakin pendeklah hayatku yang mana makin dekatlah maut menghampiriku. Yang panjang hanyalah ''angka kiraan hidup'' yang sering menjadi ukuran manusia.
Kini telahpun aku disahkan mengalami komplikasi jantung serta telah disahkan mempunyai risiko yang amat tinggi iaitu berhadapan dengan ''mati mengejut'' atau ''jantung terhenti tiba-tiba''. Ya aku terima kenyataan dengan Redha dengan kepakaran doktor yang dianugerahkan oleh Allah Swt. Semua itu hanyalah kemungkinan, yang pasti Allah jua yang mengetahui akan segalaNYA.
Maka bertolak pada itu aku ambil keputusan untuk hentikan rawatan doktor walau dinasihatkan oleh doktor besar hospital. Walau pelbagai nasihat diberikan dan pujukan, aku tetap dengan pendirianku.. Bukannya aku degil atau keras.. Aku sedar semua itu hanyalah ''kifarah'' bagi diriku serta satu hukuman dan peringatan bagiku. Telah aku kaji dan dalami, maka diantara TAUBAT dan UBAT manakah lebih penting dalam hidupku..
Seandainya aku jalan '' UBAT ''..maka aku pasti akan bersyirik pada Allah Swt satu masa nanti.. ya biasa kita dengar orang kata''itulah mati sebab tak makan ubat'' atau ''mati sebab tak ikut kata doktor'' atau lainya... biasakan kita dengar ucapan begini.. maka aku aku janji tidak menyalahkan sesiapa seandainya maut menjemput akau pulang.
Demi sesungguhnya nyawaku dalam genggaman ZatNYA. tiada ditunda atau dipercepatkan sebuah kematian manusia itu.. Maka aku pilih jalan ''TAUBAT'' sebuah jalan yang pasti tidak aku akan sesat atau menyalahkan takdir atau yang lain.. Harapanku hanyalah segera TAUBATku diterima oleh Allah Swt sebelum ''Sakratulmaut'' menghampiriku..
Walau kini saban hari siang dan malam, aku bertaubat, pastikah daku bahawa taubatku sudah atau belum sempurna.. Oleh yang demikian aku akan terus bertaubat selagi ada hayat dikandung badan.Tidak aku sanggup jika taubatku diterima didalam barzahku nanti.. siksaan kubur menjadi penyuci taubat.. lebih malang jika diterima di Mashyar kelak.. Api jahannam pula menjadi penyuci taubatku.. Aku Mohon Padamu Ya ALLAH... terimalah taubat dan keampunan dari hambaMU ini.. terimalah taubatku saat aku didunia ini.. Matikanlah aku kiranya segala keampunan dan taubatku KAU terima.. Aamiiin.. Ya Allah..
Buat para penatap.. aku mohon kemaafan dan keampunan lahir dan batin seandainya aku pernah kasari, menyinggung hati perasaan kalian.. Halalkan segala apa yang aku makan dan minum dan halalkan segala mungkin yang aku lupa pada kalian.. sesungguhnya aku sedia dan telah memaafkan kalian..
~Hanafiah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan