Selasa, 2 Mei 2017

AKU DARI MANA.. DIMANA .. NAK KEMANA WAHAI AKAL,IMAN DAN HATI..??

..nak kemana wahai akal, iman dan hati..?? 
Kitalah yang memilih ''kenderaan untuk perjalanan'' kenderaan itulah akal, iman dan hati., kita mahu gunakan kenderaan yang mana dahulu??  yang harus mendahului mengikut diri sendiri ... adakah akal dihadapan.. adakah iman dihadapan.. adakah hati dihadapan.. ??? ..

Setelah proses dari alam rahim ibu.. terkandung aku 40 hari sebagai ketulan darah.. 40 hari seterusnya ketulan daging.. 40 hari seterusnya tulang belulang.. dan ketika inilah perjanjian hidup telah aku bersumpah dengan RabbulJalil akan mengESAkan dan menerima amanah sebagai manusia yang sakan beribadah kepadanya. Maka Allah Telah tetapkan... HAYATku.. REZEKIku.. AMALANku .. PENGAKHIRANku..

وَلَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ مِن سُلَٰلَةٍۢ مِّن طِينٍۢ | ثُمَّ جَعَلْنَٰهُ نُطْفَةًۭ فِى قَرَارٍۢ مَّكِينٍۢ | ثُمَّ خَلَقْنَا ٱلنُّطْفَةَ عَلَقَةًۭ فَخَلَقْنَا ٱلْعَلَقَةَ مُضْغَةًۭ فَخَلَقْنَا ٱلْمُضْغَةَ عِظَٰمًۭا فَكَسَوْنَا ٱلْعِظَٰمَ لَحْمًۭا ثُمَّ أَنشَأْنَٰهُ خَلْقًا ءَاخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحْسَنُ ٱلْخَٰلِقِين

Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. kemudian Kami jadikan Dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik. Kemudian, sesudah itu, Sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati. (Qs. Al Mukminun 12-15)

Dalam riwayat ibnu Mas’ud (dalam hadis lain)ada diterangkan bahawa apabila air mani (nutfah) telah bertempat dalam rahim, maka malaikat terus mengambil dengan tapak tangan seraya berkata: ‘Hai tuhan! Adakah hendak dijadikan kejadian ini atau tidak?” Apabila tuhan menjawab: ”Tidak dijadikan”; maka air mani itu dicampakkan ke dalam rahim berdarah dan tidak bernyawa. Tetapi jika tuhan menjawab “jadikanlah!”; maka malaikat itu berkata lagi: “adakah dia lelaki atau perempuan? Berbahagiakah orangnya atau celaka? Bagaimana rezekinya? Berapakah lama usianya? Dan dibumi manakah tempat kematiannya?” Setelah itu tuhan menjawab: pergilah kepada Ummul kitab (Luh Mahfuz). Segala-galanya itu ada di sana. Kemudian malaikat pun pergi ke tempat tersebut lalu menyalin apa yang ada di situ hingga kepada sifatnya yang kecil semuanya ada belaka.

Kita seharusnya melakukan dan berusaha supaya amal yang baik itu terus menerus sepanjang hayat serta memperelokkannya, perkemaskan dan peiindahkan serta mengawasi dari perkara yang merosakkannya. Perlu kita selalu memelihara perjalanan hati dan jiwa atau perubahan diri yang mendatangkan akibat yang celaka. Kerana perubahan inilah yang sangat ditakuti sekali dan kerana inilah Rasulullah sendiri membanyakkan berdoa supaya ditetapkan hati dengan sabdanya: ‘Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi ‘ala diinik’ yang bermaksud:’ hai tuhan yang mengubah segala hati! Tetaplah hatiku atas agamamu’.


Berapa ramaikah kita yang lahir sebagai ''islam'' yang mana Allah telah tentukan agama kita yang sejelasnya dengan panduan hidup, tetapi memilih jalan kecelakaan atau jalan ke neraka.. Dan berapa ramai pula dilahirkan dalam bukan islam yang kita ''sangka celakanya  hidup mereka'' tetapi mereka tetap ''memilih'' islam sebagai panduan hidupnya untuk mencapai keredhaan ALLAH dan mendapat kebaikan(SYURGA)??

Kita juga banyak melihat mereka yang mengaku sebagai islam.. tetapi mencampakkan diri mereka dalam kehinaan sendiri, dengan sewenangnya tidak solat dan melakukan perkara yang ditegah Allah Swt. APAKAH KALIAN BOLEH MENGATAKAN ITU SEMUA TELAH ALLAH TETAP ITULAH NASIB KAMU..??

وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لا يَعْقِلُونَ

Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) sembahyang, mereka menjadikannya buah ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah kerana mereka benar-benar kaum yang tidak mau mempergunakan akal.
(QS Al Maidah : 58)

كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir
(QS Al Baqarah :219)
Sedarkah kita semua, bahawasanya kita telah diberikan akal dan fikiran untuk kamu memilih jalan.. Hanya kerana nafsu sanggupnya mereka meletakkan alasan bahawa ALLAH yang telah tentukan.. Cuba ini ambil sebagai contoh.. ketika lapar, sedangkan berjenis makan tersedia hidang dihadapan.. adakah kalian tetap menyalahkan tuhan kerana perut kalian lapar.. sudah tentu kalian sendiri akan mengambil dan  memilih makanan yang terbaik, bermutu dan berkhasiat untuk kalian makan.. 
Ya manusia itu sering salah dan menyalahkan.. yang paling sedih sanggup mereka menyalahkan ALLAH Swt. contoh.. apabila makanan yang mereka pilih untuk mereka makan yang boleh menjejaskan perut atau mulut jika diambil berlebihan, seperti makan petai, jering, umbut @ rebung yang mana boleh mendatangkan bau mulut dan sakit perut...  TELAH KAMU TAHU KESANNYA.. TAPI MENGAPA  KALIAN BERDEGIL DENGAN MENGIKUT NAFSU.. Jadi jika kalian sudah tahu akan kesan keburukan mengapa tetap kamu lakukan..?? Begitulah jika kita melakukan sesuatu perkara yang boleh memudaratkan hati dan amalan kita, mengapa kita harus salahkan TAKDIR..?? bukankah kalian yang PILIH..?? Nampakkah kalian ''permainan akal yang dipengaruhi nafsu'' yang akan menyalahkan ALLAH atau orang lain yang mana jika ianya tergolong dalam kecelakaan.. padahal kecelakaan itu dipilihnya sendiri.. inilah satu perumpaan yang dapat disimpulkan..
Dan pernah mereka bertanya kepada Rasulullah: Hai Nabi Allah! Kami beriman kepadamu dan apakah yang akan engkau datangkan? Adakah engkau takut atas kami? Sabdanya: Ya! Kerana segala hati di antara dua jari dari jari-jari tuhan Rahman ‘azzawajalla, yang diubah-ubahkannya betapa ia kehendaki.

Begitu juga dalam bab ajal yang mana sering manusia itu tangisi yang seakan tidak redha dan marah ketika seseorang yang dikasih itu mati.. Contoh.. ''mengapa dia mati sedangkan dia masih kecil''.. mengapa tuhan itu ambil dia, sedangkan dialah yang menanggung segala keperluanku''''siapa yang harus beri keperluanku selepas ini...  nauzubillah..!!

لِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۚ إِذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ فَلَا يَسْتَـْٔخِرُونَ سَاعَةًۭ ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Tiap-tiap umat mempunyai ajal. apabila telah datang ajal mereka, Maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya). 
(QS. Yunus :49)

Maka jadi berbalik
Aku dari mana .. dimana.. nak kemana wahai akal, iman dan hati..?? 
Aku dari mana .
Sudah pasti kita datang dariNYA yang telah bersaksi dan bersumpah yang kita ketahui seperti yang diterangkan diatas..
Dimana.
Ya kita sedang berada didunia fana untuk memilih arah manakah yang kita pilih.. adakah mahu jalan bahagia... 
jalan bahagia itu penuh dengan pelbagai ujian dan kepedihan bagaikan tusukan onak duri.. 
jalan celaka.. 
jalan celaka itu  penuh dengan keseronokan bermahligaikan nafsu..

nak kemana wahai akal, iman dan hati..?? 
Kitalah yang memilih ''kenderaan untuk perjalanan'' kenderaan itulah akal, iman dan hati., kita mahu gunakan kenderaan yang mana dahulu??  yang harus mendahului mengikut diri sendiri ... adakah akal dihadapan.. adakah iman dihadapan.. adakah hati dihadapan.. ??? ya sudah pasti akal yang mendahului yang akan merujuk kepada iman untuk kadar hukumnya dan seterusnya ke hati untuk dinilaikan samada bahagia atau celaka... MAKA GUNAKANLAH KENDERAAN ITU DIDUNIA INI UNTUK MENCARI BEKALAN DALAM PERJALANAN YANG JAUH NANTI SELEPAS MATI..

Perumpaan memandu kenderaan untuk perjalanan jauh... sering pandanglah cermin besar dihadapan untukmu menuju ke destinasimu.. pasti  akan sampai.. destinasi itulah akhirat.. Maka jadikanlah cermin besar sebagai ''amalan kalian.''
cermin kecil dihadapan kamu hanya melihat perkara yang lalu yang telah kamu tempuhi dan lalui.. seandainya kamu sering hanya melihat cermin kecil itu, maka destinasimu akan berakhir dengan tragedi... cermin kecil itulah destinasi dunia yang sering kamu inginkan.. Maka jadikanlah cermin kecil tadi sebagai ''taubat kalaian''  
Wahai teman dan saudara/i sekalian inilah secebis kata yang mungkin dapatku berikan sebagai peringatan bersama kepada kalian sebelumnya mataku terpejam buat selamanya...

~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja









Tiada ulasan:

Catat Ulasan