Selasa, 16 Mei 2017

DUNIA BUAT HATIKU TERTAWAN .. ??



Aku bersaksikan Demi Allah dan Rasulnya bahawa jiwaku dalam genggaman Allah Azza Wajallah.. maka aku telah menzalimi diriku sendiri.. aku telah menginaiya diriku sendiri.. aku telah kufur dengan nikmatMU.. Maka itu aku memohon taubat dan keampunan kepadamu YA ALLAH.. kerana aku tergolong dalam sifat mazmumah.. maka itu aku memohon taubat dan keampunanMU YA ALLAH.. tuhan yang PENERIMA TAUBAT dan tuhan yang MEMBERI KEAMPUNAN.. Terimalah taubatku dan ampunilah aku.. aamiinn...

Sifat-sifat Mazmumah
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah 

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. Ia bererti marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan. Pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar. Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran, seperti marah akan perbuatan lara, marah kerana lewatkan solat dan marah kerana perbuatan buruk.Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
” Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. ‘Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ‘,Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka “. ( Surah Muhammad : Ayat 26 )


2. Pendendam Tersembunyi 
Iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
” Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh – sungguh “. ( Surah An-Nisaa’ : Ayat 65 )

3. Hasad dengki 
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah Swt kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

4. Bakhil  
Sentiasa berdalih mengatakan tiada duit. Nikmat yang dikurniakan oleh Allah Swt kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wata‘ala. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud :“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar “.
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )

5. Tamak 
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak walaupun telah ada segunung emas, maka mereka amhukan lagi dan lagi.. Mereka lupa itu semua adalah kurnia dan ujian Allah pada manusia.

6. Tidak sabar 
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Sepatutnya
Iaitu menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai. Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:
1. Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain daripada Allah subhanahu wata‘ala ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.
2. Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.
3. Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.
Sifat sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.
Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

7. Ujub 
Membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. 
Ianya merasakan atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi kecantikan, penampilan, pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

8. Riak 
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji akan kecantikan, kebaikan atau kesempurnaan maka ia akan menambah malah anak menunjuk nunjuk lagi akan ''kehebatannya'' untuk disanjung dan dipuji. Ia akan marah jika ditegur atau dikritik dan mula menunjukkan ''riaknya''. Baginda yang lain yang bermaksud :
” Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendaklah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! ” Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata… itu memberi peluang pada syaitan ” . (Riwayat Muslim)

9. Takabbur (sombong)
Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.
Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat. Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.

10. Cinta dunia  merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagikan dan akhirat dibawa mati. Perasaan mereka tiada pada akhirat..mereka takut akan miskin dan kematian.. dalam masa yang sama mereka mahukah syurga dan mengaku adalah ahli syurga.Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
” Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh – sungguh “. ( Surah An-Nisaa’ : Ayat 65 )

Jalan keluar bagi perkara ini adalah TAUBAT..
1. Iaitu kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu.
2. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
” Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani ”.

( Surah Al – Muzammil – Ayat 20 )
3. Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut :
Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut.
Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan.
Bercita-cita tidak akan mengulanginya lagi.
Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi.
Mengerjakan perkara-perkara fardhu yang telah luput.
4. Setiap manusia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada tersalah dan terlupa, melainkan manusia yang Ma'sum ( terpelihara daripada dosa) seperti rasul-rasul dan nabi-nabi.
5. Seseorang itu hendaklah bersungguh-sungguh memelihara diri daripada dosa iaitu dengan memelihara seluruh anggota daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama.
6. Beberapa faedah dan hikmah taubat iaitu:
Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.
Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T .
Meningkatkan ketaqwaan diri.
Membenteras tipu-daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan berbuat dosa dan maksiat serta perbuatan lara.
Zikrulmaut Iaitu sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia dengan amalan-amalan yang baik.
Oleh kerana seseorang itu akan mati, maka hendaklah ia bersedia dengan amalan-amalan yang baik dan hendaklah ia memenuhkan tiap-tiap saat daripada umurnya itu dengan perkara yang berfaedah bagi akhiratnya kerana tiap-tiap perkara yang telah lalu tidak akan kembali lagi.
Semoga kita semua memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah S.W.T. dalam hidup di dunia dan akhirat .Sesungguhnya sifat mazmumah ini sebenarnya adalah untuk peringatan AKU..kerana inilah sikapku yang tak aku sedari.. maafkanlah wahai teman saudara/i sekalian..
~Wallahu'alam.
~Jaksakotaraja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan