mukminkah aku??kafirkah aku.??pastinya aku telah kufur padaNYA ..dunia adalah penjara bagi orang yang beriman kerana orang mukmin diikat dengan ketaatan, berpegang teguh dengan ketaatan dan dijauhkan dari yang diharamkan dikehidupan dunia, dunia merupakan syurga..
Sesungguhnya dunia adalah penjara bagi orang yang beriman kerana orang mukmin diikat dengan hukum Allah , ketaatan pada hadis dan sunnah , berpegang teguh pada keterangan Al Quran dengan ketaatan pada isi kandungnya dan dijauhkan dari segala apa yang diharamkan dikehidupan dunia dan dijauhkan perbuatan yang dimurkai Allah Swt. dunia merupakan syurga bagi orang kafir dikeranakan tidak adanya ikatan, terlepas dari tali pengikat, serta tidak peduli dengan perintah dan larangan.
Rasulullah SAW telah bersabda "Dunia ini adalah penjara bagi orang mu'min dan Syurga bagi orang kafir."
(HR. Muslim).
Maka jika dilihat era ini, orang yang mengaku islam juga turut ''mengikuti jejak kafir''. mereka sanggup melepaskan diri dari ikatan hukum Allah yang ditetapkan dan ada yang mengambil sebahagian dan tolak sebahagian dan ada pula yang ''olah'' agar dapat menghalalkan cara. mereka berkata dunia perlu di cari dan akhirat adalah belum pasti mereka akan ke neraka. Sering mereka mengatakan dan laungkan

'' tuhan tidak mengubah nasib seseorang itu.. seseorang itu yang perlu ubah nasib mereka'' ,
''kamu perlu kejar dan terus kehadapan jika inginkan kejayaan..'' , '
'kamu kena berkorban masa dan waktu untuk mengecapi kekayaan'' '' jangan kamu peduli segala halangan jika inginkan kejayaan..'' ''tinggalkan halangan kamu walaupun ibubapa/anak atau sesiapa yang menghalangmu jika inginkan kejayaan'' .
Inilah antara kata kata yang dipasak di hati orang islam secara halus. Meraka itu dikhyalakan dengan janji kemewahan dunia dengan mengepikan soal maruah dah hukum Allah.. Mereka dikhayalkan agar berlumba mengejar dan mengekalkan kesihatan.. mengekalkan tenaga.. kecantikan.. kemudaan.. ketampanan.. seolah olah mereka tidak akan mati @ tidak mahu mati dan mereka merasakan itulah yang paling utama untuk terus hidup. Mereka merasakan mereka lebih bertanggungjawab dan kononnya mengetahui batas hukum agama, ''mereka memandang sinis akan segala keterangan yang benar'' dan mencari alasan bagi menolak kata hukum dengan viarasinya yang difikirkannya melalui hawa nafsunya, tetapi ternyata mereka itu Allah Swt telah firmankan
خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ
عَذَابٌ عَظِيمٌ
'' Khatamallahu ‘ala quluubihim wa’ala sam’ihim wa’ala abshaarihim ghisyaawah.. walahum ‘adzaabun ‘azhiim''
Berdasarkan firman Allah SWT:
مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) faedah di akhirat, maka Kami akan memberinya serta kami tambahkan pada faedah yang dikehendakinya. Dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, maka Kami akan beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan). Dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun (di akhirat kelak)”.

(al-Syura:20)
Meski hidup susah untuk diuruskan, namun kita terus mencari bekal, bekalan untuk menuju kehidupan yang kekal. Sesungguhnya dunia bukanlah tempat tinggal yang abadi buat mukmin.. dunia ini hanya untuk mereka mencari kekayaan dan harta serta kemewahan yang merasakan untuk kekal hidup didunia dan takut mati.
Maka tidak tertipu mereka yang berakal, Iman dan amal soleh sebaik-baiknya bekalan. Sesungguhnya bekalan akhiratku adalah kosong dan terhutang dosa diriku dan mungkin menanggung dosa kepada yang lain.. maka itu aku pohon Rahmatmu agar terimalah taubat dan keampunan dari hambaMu yang telah kufur ini..
Sunnah Nabi jadikan panduan iman dan amal dan semoga Syurga menjadi tempat tinggal kita. Inilah dunia dengan tabiatnya dan dengan hal yang ada di dalamnya berupa kegundah gulanaan baik itu yang telah berlalu, yang sedang dialami, atau yang akan datang. Orang yang beriman ketika dia mengenal tabiat dari dunia dia tidak akan menyibukkan dirinya dengan mencarinya sebanyak-banyaknya.

Sedangkan Rasulullah Saw bersabda:
من أصبح منكم آمناً في سربه ، معافى في جسده ، عنده قوت يومه ، فكأنما حيزت له الدنيا بأسرها“Barangsiapa di antara kalian yang memasuki waktu pagi hari dalam keadaan aman pada dirinya, sihat jasmaninya dan dia memiliki makanan pada hari itu, maka seolah oleh dia diberi dunia dengan berbagai kenikmatannya.

(HR. al-Bukhari )
Dan sesungguhnya keletihan jasad, kegundah gulanaan, dan kesedihan jiwa yang dialami seorang hamba di dunia akan dilenyapkan dengan berzikir mengingat Allah
Allah Swt berfirman :
أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

(Qs. Ar Ra’d 28)
Kesimpulan :
Sesungguhnya seorang mukmin berada di penjara di dunia ini jika dibandingkan dengan besarnya balasan yang Allah Swt persiapkan untuk dirinya berupa syurga.
Rendahnya nilai dunia di sisi Allah Swt serta hinanya dunia. Rasulullah Saw bersabda :
الدنيا ملعونة ملعون ما فيها.
Dunia itu terlaknat dan terlaknat pula apa yang ada di dalamnya, (HR. At-Tarmizi)
Sesungguhnya kejayaan yang hakiki adalah seseorang yang dimasukkan ke dalam syurga yang tidak pernah dilihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan tidak pernah terdetik dalam hati manusia.
Ingatlah perkataan ‘Ali bin Abi Thalib,
وَإِنَّ الدُّنْيَا قَدِ ارْتَحَلَتْ مُدْبِرَةً وَالآخِرَةُ قَدْ قُرِّبَتْ مُقْبِلَةً وَلِكُلِّ وَاحِدَةٌ مِنْهُمَا بَنُوْنَ فَكُوْنُوْا مِنْ أَبْنَاءِ الآخِرَةِ وَلاَ تَكُوْنُوْا مِنْ أَبْنَاءِ الدُّنْيَا فَإِنَّ اليَوْمَ عَمَلٌ وَلاَ حِسَابٌ وَغَدًا حِسَابٌ وَلاَ عَمَلٌ
“Sesungguhnya dunia akan ditinggalkan di belakang. Sedangan akhirat begitu dekat dijumpai di depan. Dunia dan akhirat masing-masing memiliki budak. Jadilah budak akhirat, janganlah menjadi budak dunia. Hari ini (di dunia) adalah hari untuk beramal, tidak ada hisab (perhitungan). Sedangkan besok (di akhirat) adalah hari hisab (perhitungan), tidak ada lagi amalan.

Betapa ramai manusia itu terkejar dan berlumba mencari kekayaan serta kemewahan dunia. Sanggup mereka mengenepikan hukum syarak dan meletakkan hukum yang bersesuaian dengan mereka sendiri. Ingatlah bahawa segala apa yang kita dimiliki akan dipersoalkan secara teperinci. Lebih malang apabila ada yang sanggup mempertikaikan hukum Allah, hingga mereka mengatakan ianya tidak sesuai.
Tidak tertipu dengan dunia. Sungguh Rasulullah Saw bersabda :
اتقوا الدنيا
Berhati-hatilah terhadap dunia

(HR. Muslim)
Dunia dinamakan demikian kerana dunia mendahului akhirat, dikatakan juga kerana dekatnya dia kepada kebinasaan. Apa yang dijanjikan bagi orang yang beriman setelah matinya merupakan kemuliaan dari Allah , maka dunia dibandingkan dengan alam kubur adalah sebuah penjara dan apa yang diancamkan bagi orang kafir berupa siksa maka dunia laksana syurga.
Seorang mukmin mendapatkan kenikmatan dan kelazatan di dunia lebih besar dari pada orang kafir sebelum akhirat sekalipun dunia adalah penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir.
Sesungguhnya dunia adalah penjara bagi orang yang beriman kerana orang mukmin diikat dengan ketaatan, berpegang teguh dengan ketaatan dan dijauhkan dari yang diharamkan dikehidupan dunia, dunia merupakan syurga bagi orang kafir dikeranakan tidak adanya ikatan, terlepas dari tali pengikat, serta tidak peduli dengan perintah dan larangan.
Sesungguhnya dunia laksana penjara bagi seorang mukmin meskipun dia boleh mengambil kelazatan dan kesenangannya di dalamnya, maka dunia tetaplah penjara jika dibandingkan dengan kenikmatan yang ada di sisi Allah. adapun orang kafir dengan melihat tempat kembalinya maka itu adalah syurga.
Orang mukmin dan kafir semuanya akan ditanya mengenai kenikmatan, namun orang kafir ditanya untuk menghinakannya dan menghertaknya, sedangkan orang mukmin ditanya untuk mengingatkan akan nikmat.
Seorang insan hendaknya menyingkapi kegundahan ini dengan petunjuk Al Quran dan As Sunnah, serta redha dengan pemberian Allah seraya mengucapkan, “Ya Allah kami mengenal nikmat Mu dengan keberlangsungannya buka hilangnya.
Maksiat merupakan sebab munculnya kegundahan dan kesedihan.
Manisnya kehidupan ada pada kembali kepada Allah dan beramal soleh.
Orang kafir apabila tertimpa kesulitan apakah bersabar ?
Jawapannya adalah tidak, bahkan dia bersedih dan terasa sempit kehidupannya, tidak jarang pula yang kecewa dan bunuh diri, akan tetapi seorang mukmin dia akan bersabar dan mendapatkan lazatnya kesabaran dengan lapang dada.Sesunguhnya aku telah terpedaya dan berpaling..dan sesungguhnya aku adalah tergolong dalam kerugian.. maka aku memohon ampun dan taubat kepadaMu ya Allah..
Seorang mukmin akan senantiasa berada dalam kebaikan bagaimanapun keadaannya, dialah orang yang mendapatkan keuntungan dunia dan akhirat, orang kafir berada dalam keburukan dan dia mendapatkan kerugian dunia dan akhirat.
Orang-orang kafir dan orang-orang yang meremehkan agama Allah serta tenggelam di dalam kelazatan dan kemewahannya, maka mereka itu meskipun membangun istana serta berlimpah kenikmatan dunia, maka sesungguhnya pada hakikatnya mereka berada di dalam neraka jahim, sampai-sampai sebagian salaf mengatakan, “seandainya para raja dan putra-putra raja mengetahui keadaan yang kami di dalamnya nescaya mereka akan merampasnya dari kami dengan pedang-pedang.”
Orang-orang yang beriman sungguh menikmati hidup dengan bermunajat dan berzikir kepada Allah. Mereka menjadi orang yang paling bahagia, berbeza dengan pengagum dunia sungguh mereka disifati oleh Allah dengan firman Nya :
فَإِنْ أُعْطُوا مِنْهَا رَضُوا وَإِنْ لَمْ يُعْطَوْا مِنْهَا إِذَا هُمْ يَسْخَطُونَ
Dan di antara mereka ada orang yang mencelamu tentang (pembahagian) zakat; jika mereka diberi sebahagian dari padanya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebahagian dari padanya, dengan serta merta mereka menjadi marah.

(Qs. At Taubah : 58)
Ingatlah! Dunia tempat menanam, akhirat tempat menuai. Waktu menanam memanglah susah, tidak semudah waktu menuai. Tetapi tanpa melalui kesusahan, kita tidak akan dapat menikmati kesenangan. Jangan sekali-kali mengikut ajakan syaitan dan godaan nafsu menyuruh berbuat jahat dan kemungkaran. Ya telah aku terpedaya akan ajakan syaitan..maka aku mohon taubat kepadaMU.
Fikirkanlah! Waktu tidur dan berehat-rehat telah berlalu, kerana bertambahnya umur kita bermakna kita telah terlalu hampir untuk bertemu Allah s.w.t. Sanggupkah kita berhadapan dengan Allah s.w.t. nanti dengan membawa amal yang terlalu sedikit sedangkan dosa pula melebihi daripada pahala yang kita miliki? Maka aku peringatkan diriku sendiri apakah kesudahan diakhir nafasku.. Oleh yang demikian aku amat mengharapkan dosa dan taubatku diterima oleh Allah Swt sebelum ajal menjemputku pulang..
~Hanafiah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan