Isnin, 29 Mei 2017

TALKIN UNTUKKU..

..sesunguhhnya kubur dan akhirat itu kenyataan yang sebenarnya buat kamu..
Wahai sekalian hamba Allah ketahuilah oleh kamu.. mati itu benar.. soal mungkar nangkir itu benar.. azab dan nikmat kubur itu benar.. 
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعالى اله وصحبه اجمعين
قال الله تعالى في القران العظيم
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
كل نفس ذائقة الموت وانما توفون أجوركم يوم القيامة فمن زحزح عن النار وأدخل الجنة فقد فاز وما الحيوة الدنيا الا متع الغرور

Bismillahhirohmananirahim..
Alhamdulillahi rabbil’aalamiin, washolaatu wassalaamu‘ala asyrofil anbiyaa iwalmursaliin, wa’alaa alihi washohbihii ajma’iin..
Kolallah hutalla..
Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati. Tiap tiap mahluk semuanya akan rosak dan binasa. sesungguhnya dihari kiamat akan diberikan balasan pahala dan dosa bagi kamu. Berbahagialah sesiapa yang dimasukkan kedalam syurga dan dijauhkan dari azab neraka. Penghidupan dunia adalah PALSU belaka.

..Binti Dalmi Kalsom.. kamu sekarang berada disempadan akhirat dan menuju kealam BAQA.. tinggallah disini hingga hari KIAMAT. Sudah terputus segala kemewahan buat kamu.. telah putus kenikmatan buat kamu. Sudah terlepas segala kesedapan kamu didunia ini ... Kamu tinggalkan anak dan isteri, harta kekayaan, kemewahan serta pangkat darjat dan kedudukan engkau didunia.. Sesungguhnya sudah terpisah segala pekerjaan dan amalan dunia.. melainkan 3 perkara yang kamu bawa menghadap Allah AzzaWaJallah... sedekah jariah yang kau beri seikhlas hati semata-mata kerana Allah.. Ilmu yang engkau menafaatkan kau dan amalkan didunia.. dan jika ada anak yang Soleh yang mendoakan kamu.. 
..Binti Dalmi Kalsom... kami akan tinggalkan kamu dalam liang lahat yang sempit lagi gelap gelita.. setelah langkah kami meninggalkanmu, maka akan datang mungkar dan nangkir akan menyoal kamu atas perintah Allah.. Maka jawablah olehmu berlandaskan segala amal kebajikan semasa kamu hidup didunia ini.. dan ingatlah Firman Allah yang bermaksud: Pada hari itu (akhirat) Kami tutup mulut mereka; kedua tangan mereka memberitahu Kami, dan kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang mereka telah usahakan. (Yasin: 65)
Binti Dalmi Kalsom.. Janganlah kau lupa akan perjanjian dan pengakuan hidupmu didunia ini dulu.. dengan lafaz..
أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
Aku mengaku tiada Tuhan yang disembah sebenar-benarnya melainkan Allah dan aku mengaku Muhammad adalah pesuruh Allah.
Wahai sekalian hamba Allah.. jika didunia ini nyata bagi kamu, kisah kubur dan akhirat itu hanyalah cerita bagi kamu.. Sesungguhnya didunia telah menceritakan peringatan tentang kubur dan akhirat.. kini kamu akan menceritakankan pula kehidupan kamu didunia diatas apa yang telah engkau perlakukan.. dan demi sesunguhhnya kubur dan akhirat itu kenyataan yang sebenarnya buat kamu..
Wahai sekalian hamba Allah ketahuilah oleh kamu.. mati itu benar.. soal mungkar nangkir itu benar.. azab dan nikmat kubur itu benar.. semua manusia dibangkitkan semula dihari kiamat itu benar.. dan diberikan balasan syurga dan neraka itu benar..
Siksa kubur itu berselisih tulang rusuk kamu dari kiri ke kanan dihimpit bumi. Jika kamu berdosa ular SUJAUL AQRA akan mematuk dan menghisap darah hingga hancur lebur urat dan daging kamu. Nikmat kubur itu pula, diluaskan kubur kamu seluas mata memandang dan dihimpitkan bumi bagaikan anak kecil dalam pelukan ibunya. 
..Binti Dalmi Kalsom.. Maka tinggallah kamu disini kami serahkan kamu kepada Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. untuk memberi pembalasan apa yang telah engkau lakukan.. mudah mudahan dicucuri rahmat dan keampunan buat kamu.. aamiin ya rabbal alamin..
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ . ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً . فَادْخُلِي فِي عِبَادِي. وَادْخُلِي جَنَّتِي

"YAA AYYATUHAN NAFSUL MUTMAINNAH, IRJI'II ILAA RABBIKI RODHIYATAN MARDHIYYAH, FADKHULII FII IBAADII WADKHULII JANNATII."

“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku.”
(QS. Al-Fajr: 27-30)

~Hanafiah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan