Ahad, 7 Mei 2017

BETAPA UNTUNGNYA YANG BERNAMA ISTERI..

..yang paling beruntungnya isteri adalah mendapat pahala percuma jika suaminya solat berjemaah, membaca al Quran, menghadiri majlis ilmu atau apa juga amal kebaikan, maka si isteri tadi mendapat pahala yang sama tanpa.. 

Saat bermulanya berumah tangga amatlah bahagia dan tenang... tetapi bermulalah satu jalan bagi lelaki untuk menanggung segala dosa isteri yang telah dilepaskan oleh ibubapa perempuan yang di khawininya. Beruntungnya wanita itu ''dosanya'' akan dipertanggungjawabkan oleh sang suaminya jika suami itu telah mendidiknya. Beruntungnya ''isteri'' adalah segala apa yang disuruh  atau diuruskan oleh isteri mendapat pahala... sehingga mandi junub sisiteri tadi mendapat pahala yang besar.. dan yang paling beruntungnya isteri adalah mendapat pahala percuma jika suaminya solat berjemaah, membaca al Quran, menghadiri majlis ilmu atau apa juga amal kebaikan, maka si isteri tadi mendapat pahala yang sama tanpa menguranginya... lain pula halnya, jika si sumai membuat maksiat atau keburukan, si isteri tadi tidak pula mendapat dosa akibat perbuatan buruk sang suami tadi.. Ketahuilah betapa mudahnya wanita itu mendapat ganjaran pahala yang besar.. Hanya isteri itu perlu solat, puasa  dan taat akan suaminya, janji dari Allah wanita itu boleh memilih pintu syurga yang mana dai mahu masuk..bermacam nikmat yang dinikmati oleh sang isteri atas anugerah dari Allah.. maka itulah Rasulullah mengandaikan kiranya boleh sujud selain dari Allah, maka akan disuruh isteri sujud pada suaminya..

1.Sekali suami minum air yang di sediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.

2.Makanan yang di sediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik isteri itu mengerjakan haji dan umrah.

3.Mandi junub si isteri di sebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.

4.Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suami sebagai jihad.

5.Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmoni terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).

6.Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya".

7.Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukan kedalam syurga.

( Hadis Riwayat Tarmizi)".

8.Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan di atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka".


9.Bila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan gelisah dan tidak tenteram, kemudian sang isteri menghiburnya, maka ia akan mendapatkan setengah dari pahala jihad.

10.Seorang wanita yang meninggal dunia pada masa 40 hari setelah ia melahirkan anak, maka ia akan mendapatkan pahala syahid.

11.Seorang wanita yang melahirkan akan mendapatkan pahala 70 tahun solat sunnat dan puasa, dan setiap kesakitan yang di alaminya ketika melahirkan akan mendapat pahala haji yang mabrur.

12.Seorang wanita yang tidak dapat tidur pada malam hari kerana mengurus anaknya yang sakit atau demam, maka Allah Swt. akan memberikan pahala kepadanya seperti pahala memerdekakan 20 orang hamba sahaya.

13.Tidak akan putus pahala isteri yang siang malam menggembirakan suami

14.Jika isteri menyediakan makan dan suami memakannya, maka hal tersebut lebih baik dari mengerjakan haji/umrah.


Tips hadapi suami pemarah:
1. Diam dan jangan tanya apa-apa...
2. Senyum dan gosok belakangnya... Mungkin masa tu dia penat sangat kan...
3. Biarkan dia meluahkan segalanya...
4. Berikan air yang menyegarkan dan menyejukkan...
5. Hindarkan dan jauhkan anak-anak dari suami yang sedang marah... Diamkan anak-anak dengan berikan mainan atau masukkan anak-anak ke dalam bilik permainan...
6. Jangan membebel...
7. Minta dia mandi dan berwuduk...
8. Jika tak reda... Berikan dia masa, minta dia rehat dan tidur.. Sementara isteri jaga anak-anak supaya tidak bising.
8. Bila dah reda marahnya, urut, peluk dan tenangkan dia...
9. Minta maaf jika kemarahan tu dari kita atau anak-anak.
10. Jika suami jenis pendiam... Tuliskan di atas kertas...minta dia jelaskan kenapa dia marah... Jangan tanya berhadapan... Sebab suami pendiam ni sukar meluahkan pada orang lain...walau isteri sendiri... Jadi minta dia jelaskan kenapa dia marah.


Seorang isteri yang biasanya bercakap dan bersikap baik kepada suaminya serta segera memenuhi panggilannya,tiba-tiba berubah sikap dengan berbicara kasar dan tidak segera memenuhi panggilan suaminya.
Apabila seorang isteri membicarakan perbuatan suami yang tidak ia sukai kepada teman-teman atau keluarganya tanpa sebab yang diperbolehkan syar’i.Atau ia menuduh suaminya dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas sehingga nama suaminya tercalar di mata orang lain.

Rasulullah saw bersabda:
"Mana-mana isteri berkata kepada suaminya:
"Aku tidak nampak sesuatu kebaikan daripadamu,"
Allah menghapuskan amalannya yang 70 tahun walaupun dia berpuasa pada siang hari & mendirikan qiamullail sepanjang malam."

(Diriwayatkan Ibn 'Asakir & Ibn 'Adiyy)
Permintaan cerai biasanya bermula dengan pertengkaran antara suami dan isteri kerana ketidakpuasan si isteri terhadap kebaikan dan usaha si suami dalam keluarga.
"Mana-mana perempuan meminta talak dari daripada suaminya tanpa sesuatu sebab, maka haramlah ke atasnya bau syurga."
(Diriwayatkan Al-Imam Ahmad & Al-Tarmizi)

Seorang isteri tidak mau melayani keinginan seksual suaminya atau bermuka masam ketika melayaninya atau menjauhkan diri dari suami ketika hendak disentuh dan dicium atau menutup pintu ketika suami hendak mendatanginya.

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:“Aku lihat api neraka,tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini,kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya.Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.Rasullullah S.A.W ditanya:“Mengapa demikian ya Rasulullah ?”Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya.Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita”Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka:“Mengapa terjadi demikian,adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab:“Tidak,mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim)

Bagi suami pula.. Jika terlalu marah dengan isteri, keluarlah dari rumah... Redakan marah dengan membaca al Quran, pergi ke masjid, surau, berriadah atau ke tempat yang tenang seperti ke tepi laut atau taman reaksi.
~Wallahu'alam.
~Jaksa Kotaraja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan