Jumaat, 21 Mac 2014

QADA' DAN QADAR' menyesatkan jika tanpa berguru.. bersaksikanlah rujuk pada yang mursyid


ERTI  QADA' DAN QADAR


Qada:
perlaksanaan atau ketentuan segala apa yang telah ditentukan oleh  Allah Swt sejak azali. 

Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: 

Qada Mubram dan Qada Muallaq.

Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku).Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).

Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara.(ditangguh@ditunda) (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).


Qadar:penentuan Allah Swt diatas segala-galanya sejak azali lagi.
Adalah sesuatu keputusan dan takdirnya berlaku segala sesuatu.

Sebagai manusia,kita amat berkehendakkan sesuatu dan mempunyai keinginan keatas sesuatu serta ada perasaan memiliki sesuatu , sedangkan ALLAH SWT tidak memerlukan dan tidak berkehendakkan sesuatu, bahkan kitalah sering menginginkan sesuatu dengan pelbagai cara untuk memiliki serta mendapatkannya. Kepada Dia jualah kita bermohon untuk sesuatu yang kita hajati supaya dalam keadaan ''berkat@barokah''.
Sifat Qiyamuhu bin Nafsi (Maha Berdiri Sendiri) berlandaskan firmanNya dalam surah Al~Faathir,15;
“Hai manusia, kamulah yang berhajat@berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.”  

Firman Allah Swt dalam surah baqarah,186
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Firman Allah Swt dalam surah Al~an'am,149 
Katakan!' Allah mempunyai hujah yang jelas lagi kuat, maka jika Dia menghendaki, pasti Dia memberi petunjuk kepada kamu semuanya.
Disebabkan manusia tidak mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa.Mengapa pula kita harus membiarkan diri kita jika ianya dalam keadaan keruntuhan nilai hidup..?? Apakah harus kita redha tanpa berusaha serta bertawakal setelah ''tanpa usaha'' kita lakukan untuk memiliki sesuatu ?? 
Firman Allah Taala dalam surah Ar~Ra'd,11.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

Ingatlah Allah Swt telahpun memberi kita ''akal'' untuk berfikir dan membuat ''pilihan'' Sesungguhnya kitalah sering memilih jalan itu dan Allah Swt mengetahui dengan sifat ILMUNYA. Amat jarang sekali kita dapati kita sendiri memikir@berfikir sesuatu dengan mengunakan iman bukannya mengunakan akal nafsu kerana akal itu terbatas manakala iman itu menyeluruh.Kerana nafsu serakahlah kita berada dibumi. Betapa banyakkah telah pun kita membuat kebinasan atau kerosakan dibumi  dan diri kita sendiri serta orang lain.  Maka itu doa manusia pertama Nabi Adam AS berkali kali merayu dan memohon pada Allah Swt
"Robbana zolamna anfusana, wa inlam taghfirlana wa tarhamna, lanaku nanna minal khosirin"
"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi"
Dan  Doa Muhammad Rasulullah SAW
“ Robbana atina fiddunya hasanah, wa fil akhiroti hassanah wa qina aza bannar..
Robbana latuzig qullubana, ba’daidz haddaitana, wahabblana miladunka, warohmatan innaka antal wahab” 
Ertinya :
Ya Tuhanku berikanlah aku kebaikan di dunia dan akhirat, dan jauhkanlah aku dari api neraka..Ya Tuhanku janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk, dan berilah kami rahmat, sesungguhnya Engkau adalah dzat yang banyak pemberiannya.
Firman Allah Swt dalam surah Al ~ambia',87;"Tidak ada Tuhan Selain Engkau. Maha suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
Firman Allah Swt dalam surah Ar~Rom,41
“Telah berleluasa kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh apa yang telah dilakukkan oleh tangan-tangan manusia,untuk Allah mengkehendaki agar mereka merasai sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka,mudah-mudahan mereka akan kembali (ke jalan yang benar)”

Sabda Rasulullah Saw;
“Maka sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdebat padanya(ayat mutasyabihat @ ayat samar), mereka lah yang Allah maksudkan, maka jauhilah mereka.”

Imam Ahmad dari Aisyah R.a.
@tujuan penulis untuk menerangkan betapa banyaknya fahaman songsang serta sesat dan amat menyesatkan orangramai.Meraka mengambil jalan mudah untuk tidak berikhtiar, tidak berusaha dalam bertakwa@menigkatkan ketakwaan,malah mengambil ringan tentang rukun islam serta meninggalkan rukunnya semata-mata ''telah ditentukan'' dan yang menyedihkan lagi apabila seakan halal berbuat maksiat serta perbuatan lara@sia-sia dengan atas alasan ''semuanya dah ditentukan'' dan mengharapkan rahmat.
Peringatan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada dan qadar, maka jalan yang terbaik untuk mengetahuinya tanya kepada guru yang ''mursyid''. Maka itu ada juga yang ambil pendirian untuk berdiam jika terdapat bicara yang panang lebar atau lara.Cukuplah sekadar untuk kita ketahui tugas ''insan'' bukan sibuk mengetahui urusan ALLAH . Qada; dan Qadar adalah urusanNYA.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila disebut tentang qadar maka diamlah…
(Riwayat Tabrani dan Abu Nuaim).

penulis merakamkan@ memohon kemaafan jika terdapat kekurangan dalam perihal ini kerana ada bab yang perlu di perbahaskan serta diterangkan secara ilmiah dengan berguru dan tidak ditulis disini.
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan