Sabtu, 29 September 2012

GUGURNYA PAHALA WANITA


..hati seorang suami yang kecewa terhadap isterinya biasanya akan dipendam oleh sisuami tersebut. Hanya dihadapnya perasaan itu kepada ALLAH SWT agar dilembutkan hati siisteri...bagi yang beramal dan tidak beramal akan menjaja keluhan itu kepada rakan taulan...

Suatu peristiwa di suatu Eid, seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita... Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’... Setelah kaum wanita berkumpul, Baginda S.A.W. pun pergi ke sana, dan memberi tazkirah seperti berikut:

“Assalamu’alaikum... Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”... Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak.. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka, Kamu banyak mengutuk atau menyumpah... dan kamu kufurkan kebaikan suami..."...

Maksud MENGUTUK atau MENYUMPAH ialah seperti: Contoh – Katakan kita lama menunggu bas... Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.”.. Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah.... Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah... ATAU – Tengah memasak, gas habis... Kita mungkin berkata “Celaka punya gas.. Masa ni jugak nak habis.” ...

Yang dimaksudkan KUFUR di sini bukan kufur I’tiqad, tetapi bererti TIDAK MENGIKTIRAF KEBAIKAN SUAMI... iaitu tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami diremehkan.... Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah S.A.W. pernah ditanya oleh seorang suami, yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’...

Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”AWAK NI, SAYA TIDAK NAMPAK PUN SATU KEBAIKAN AWAK..” ... (Terjemahan langsung dari Arab)... [Dalam masyarakat kita, kita selalu dengar kata-kata seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?"......

Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan GUGUR PAHALA-PAHALA amalannya."... Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya banyak BERISTIGHFAR dan banyak BERSEDEKAH... kerana ia dapat menyelamatkan dari dua perkara tersebut, yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka JAHANAM....

  wallahullam
~jaksa kotaraja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan