Selasa, 28 Mac 2017

DAIRI BINGKISAN REJAB ~ INGINKU SEMAIKAN KASIHKU



~ AL-FATIHAH... 

Oleh kerana tiadaku mampu menongkat dunia.. tiada mampuku mengejar dunia.. oleh kerana tiada mampuku mengejar dunia ..,. tiada mampu aku permewahkan.. perhiaskan.. pertahtakan.. dan memenuhi segala kemahuanmu  wahai anak dan isteriku yang amat aku  kasihi, mampuku hanya sekadar perlu dan mengisi keperluan hidup.. Maka kusemaikan risalah fiqh dan tauhid kepadamu sayang... agar kita terhindar dari bahang neraka...


Wahai isteriku... ku akui kau merasai perhubungan kita kadangkala panas bagaikan neraka... namun itulah hakikatnya ''syurga'' mendekati kita.. janganlah kau ragu.. tiada aku pernah mendorongmu kejalan ''lara''.. aku tegah.. aku sanggah... aku marah.. aku bentak.. tiada lain kerana menyangimu kerana amanah Ilahi... Aku sedar.. aku bukanlah lelaki yang amat sempurna bagimu... namun tidak aku sanggup membiarkan orang yang aku sayang serta cintai itu HILANG Rahmat Ilahi dan dimamah oleh ''Nar'' ... maafkan aku.. maafkan aku..  maafkan aku .. berkali ku katakan inginku hidup bahagia dunia dan akhirat..

Wahai anakku.. telah aku didik serta berikan asas kefarduan serta asas perukunan kehidupan... maka telah engkau dewasa dan matang.. tambahilah... carilah.. dalamilah.. istiqamahlah dalam jalan mencari jalan ''pulang''.. telah aku peringatkan. Al quran itu adalah panduanmu.. Alquran itu kekasihmu yang sejati dan harus kau laziminya(membaca). Dan telah aku berpesan agar jangan kalian memburu dunia.. jika kau memburu dunia, akhirat akan lari.. burulah akhirat..maka dunia akan mengikutimu...
Oleh yang demikian bertakwalah kamu agara menjadi anak yang soleh..
Hai anakku... taatilah ibumu... sayangilah ibumu.. kasihilah ibumu.. jagalah ibumu .. janganlah kau sakiti lahir dan batinnya... 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّـهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّـهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖنُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" 
(Surah At-Tahrim 66 : 8)

Inginku menyemai kasih... inginku semaikan sayang.. inginku semaikan cinta... 

kerana dari Dia aku disini.. dan kepada DIA jua akan aku kembali... kasih kepada mahluk hanyalah seketika.. terkadang menagih kasih yang tak keharuan bagai Adam dengan Hawa, terkerana nafsu bergelora,  tercampaklah zuriatnya kedalam dunia..
Lahirnya kita maka, disinilah bermula destinasi pencarian jalan ''pulang'' untuk naik semula ke ''jannah''.. namun diadakan perhiasan dunia yang melekakan bagi kita memilih gerbang duniawi .. dan bekalan ke jannah yang amat memberatkan lagi amat perit dan dipenuhi dengan ujian dan cabaran bagi mencapai gerbang jannah...

Terdapat sangat banyak kelebihan bulan Rejab yang ditulis oleh para alim ulama yang besar. Nabi SAW, apabila melihat anak bulan Rejab, akan melafazkan doa, “Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.” Jadi kenapa Nabi SAW guna perkataan 'Berkatilah kami'? Ini kerana ramai orang yang leka dengan kelebihan yang ada dalam bulan Rejab. Ramai yang masih lupa akan arah destinasi kita seterusnya...

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud, “Berpuasalah, kamu akan sihat.”

Rasulullah SAW bersabda: “Kembalilah kepada tuhan kamu dengan keampunan daripada dosa-dosa kamu dan hindarilah perbuatan maksiat dalam bulan mulia, iaitu Rejab.”



اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِى، فَاغْفِرْ لِى، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ                                                                       
Maksudnya :
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam gengganman-Mu dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telahku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.... Amin Ya RAbb...

Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa membaca kalimah berikut, pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan di antara waktu Zuhur dengan Asar; nescaya disuruh dua malaikat untuk menghapuskan surat kejahatan.”



اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمُ الَّدِىْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ تَوْبَة   عَبْدٍ ظَالِمٍ لاَ يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلاَ نَفْعًا وَلاَ مَوْتًا وَلاَ حَيَا وَلاَنُشُوْرً

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.

Siapakah yang tak mahu bahagia didunia.. dan siapakah yang tak mahu kesenangan didunia.. memang semua inginkannya... Namun harus kita ketahui segala itu kurnia Allah dan Akirat jualah yang kekal Abadi... semoga para pembaca beroleh kejayaan dalam mencari jalan ''pulang''... AMINN..
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan