Akhir zaman didapati ramai wanita yang ingin memiliki wajah jelita... mereka berhias kebanyakannya untuk tatapan orangramai tanpa mereka sedar.. Mereka suka dipuji dan disanjung.. tapi mereka lupa akan hukum Allah.. dan meraka sanggup untuk ENGKAR hukum Allah.. apatah lagi jika diberikan nasihat oleh ibubapa atau suami.. pasti mereka akan marah dan sanggup memberontak dan membentak.....
Rasulullah SAW bersabda:
'Aku pernah melihat di dalam syurga lalu aku melihat yang terbanyak ahli syurga ialah orang-orang fakir dan aku juga melihat di dalam neraka lalu melihat yang terbanyak ahli neraka ialah perempuan-perempuan. Demikian itu kerana kurang baktinya kepada Allah dan kepada suami mereka serta kebanyakan mereka menghias diri seindah-indahnya (berkelebihan jika hendak keluar rumah).'
Sayidina Ali R.A menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,
“Pada malam aku di israkkan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.Puteri Rasulullah SAW kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.
Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,”
Sabda Rasulullah SAW.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
1. Wanita yang digantung rambutnya dan otaknya mendidih kerana tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
2. Wanita yang digantung lidahnya, dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya sedang cairan aspal panas dituangkan pada tenggorokannya,kerana menyakiti hati suaminya dengan lidahnya / kata-katanya.
3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
4. Wanita yang diikat dengan tangannya kerana keluar rumah tanpai zin suami dan tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
5. Wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubun, dibelit dan disengati ular dan kalajengking kerana dia mampu untuk mengerjakan shalat dan puasa tapi tidak mengerjakannya dan tidak mahu wudhu dan mandi wajib.
6. Wanita yang memakan badannya sendiri kerana bersolek untuk dilihat laki-laki lain dan suka membicarakan aib orang lain.
7. Wanita yang menggunting-gunting badannya kerana suka memanjakan diri (ingin terkenal) dan mempertontonkan perhiasannya di depan orang banyak sehingga tertarik padanya.
8.Wanita berkepala babi dan badannya seperti keledai kerana dia suka berdusta dan mengadu domba.
9. Wanita berbentuk seperti anjing dan api dimasukkan dari mulut hingga keluar dari duburnya dan malaikat memukul-mukul kepalanya kerana dia ahli fitnah dan suka marah-marah pada suaminya.
10. Wanita diikat kedua kakinya sampai ke payudara dan kedua tangannya sampai ke ubun-ubun dan disengati ular dan kalajengking kerana ia telah mempersilakan laki-laki lain untuk berzina dengannya.(mengotori tempat tidur)
Duhai kaum Hawa... ingatlah perhiasan didunia hanyalah sementara... kejelitaan... emas permata.. wang.. harta.. tidak membawa menafaat selepas kamu mati..malah kamu akan dipersoalkan pula kemana dan dari manakah kamu dapati serta belanjakan..
Sepatutnya wanita itu perlu bersyukur atas apa yang ada..
Yang kamu bawa hanyalah amanah kamu pada Suami kamu.. puasa dan solat kamu..
Berbahagialah pada mereka yang taati perintah serta memenuhi kehendak suami serta solat dan puasa.. Allah Swt menjanjikan, PILIHLAH PINTU SYURGA YANG MANAKAH KAMU MAHU MASUK..
Semoga pembaca diberikan serta dikurniakan taufik dan hidayah untuk Mentaati hukum Allah, agar menjadi wanita yang solehah ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan