Sekarang ini kita banyak melihat kerusi telah mula ada dalam '''musollah'' @ masjid/surau. Ianya digunakan oleh orang yang hilang upaya. Sewajibnya perlulah seseorang itu menepati syarat rukun solat agar ianya tidak tergelincir meninggalkan rukun tersebut...
Antara rukun yang sering ditinggalkan oleh mereka yang solat dikerusi =
Hendaklah bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri sekiranya mampu, kerana qiyam adalah sebahagian daripada rukun solat. HaI ini adalah bagi kes ketidakmampuan untuk ruku’, sujud atau berdiri lama. Manakala bagi kes ketidakmampuan untuk berdiri maka diharuskan bertakbiratul ihram dalam keadaan duduk.
Hendaklah terus berdiri ketika membaca al-Fatihah dan surah sekiranya mampu. Walau bagaimanapun, diharuskan duduk apabila tidak mampu atau terus duduk jika langsung tidak mampu.
Hendaklah berdiri dengan bertumpukan (i’timad) kedua-dua belah kaki jika mampu atau salah satu daripadanya jika tidak mampu, dan tidak berdiri sambil bersandar kepada sesuatu dengan merehatkan kedua-dua kaki atau salah satu daripadanya.
Tidak menggerakkan kerusi ke hadapan atau ke belakang ketika melakukan isyarat tunduk untuk ruku’ dan sujud.
Tidak menyandarkan belakang badan ke kerusi tanpa sebarang hajat atau keuzuran. Hal ini kerana ia menyalahi tatacara solat, dan keizinan duduk hanya sekadar untuk menampung keuzuran berdiri.
Hendaklah membezakan secara tetap keadaan tunduk untuk ruku’ dan tunduk untuk sujud. Kedudukan isyarat tunduk untuk sujud hendaklah lebih rendah daripada isyarat tunduk untuk ruku’.
Tidak sujud di atas sesuatu yang berada di hadapannya seperti yang dilakukan oleh sesetengah penumpang kapal terbang yang menjadikan meja makan sebagai tempat sujud.
Sekiranya keuzuran adalah untuk ruku’ atau sujud, maka hendaklah solat dalam keadaan berdiri dan apabila tiba masa untuk ruku’ atau sujud, barulah diizinkan duduk dan melakukan isyarat tunduk tanda ruku’ dan sujud mengikut kemampuan.
Hendaklah meletakkan tangan di atas kedua-dua lututnya ketika tunduk tanda ruku’ dan meletakkannya di tempat lain selain lutut ketika tunduk tanda sujud supaya ada perbezaan antara isyarat ruku’ dan sujud. Sebagai contoh, kedua-dua belah tangan boleh dilepaskan sahaja di kiri atau kanan peha ketika tunduk tanda sujud, atau diletakkan di atas kedua-dua belah paha kanan dan kiri, atau diletakkan pada kerusi jika ada.
Jika seseorang itu tidak mampu berdiri dan tidak boleh menggerakkan anggota badan.. maka dibolehkan dia duduk.. dalam bab sujud ketika duduk dikerusi, anak kaki perlulah dibengkokkan seperti biasa bagi membezakan ruku' dan sujud walau keadaan yang dilakukan sujud badannya lebih rendah,tetapi tapak kaki diangkat pada jejari kaki hendaklah dibengkokkan mengenakan lantai sebagai rukun sujud.
hadis yang diriwayatkan daripada Jabir RA:
Bahawa Nabi SAW pernah menziarahi seorang pesakit. Baginda melihat orang itu solat di atas bantal, lalu baginda mengambil bantal tersebut dan membuangnya. Lalu orang itu mengambil sebatang kayu untuk solat (sujud) di atasnya. Baginda sekali lagi mengambil kayu itu dan membuangnya seraya bersabda:
"Tunaikan solat di atas lantai jika kamu berkemampuam, jika tidak mampu, maka lakukan isyarat dan jadikan sujud kamu lebih rendah daripada ruku'."
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menunaikan solat seperti biasa dan marilah kita doaka agar mereka yang hilang upaya untuk solat seperti biasa dikurniakan kembali kesihatan dan kekuatan, agar mereka terus dapat menunaikan solat dengan lazimnya... Aminn... Ya Allah kau sembuhkanlah mereka yang tetap bersolat diatas kerusi/pembaringan.. berikanlah kesembuhan kepada mereka agar dapat kembali solat seperti sediakala.... Amin Ya Rabbal A'lamin...
~Waallah'alam
~Jaksa Kotaraja

Tiada ulasan:
Catat Ulasan