Menepati hakikat sebagai hamba, maka sudah pastilah manusia mesti tunduk patuh, taat setia, mengikut dan menurut perintah Allah Swt . Jika segala ciptaan di langit dan di bumi pada hakikatnya menyerah kepada Allah, maka alangkah lebih layak dan berhak manusia itu, sebagai sifatnya hamba Allah yang istimewa itu sujud dan menyerah diri kepada Allah itulah intipati atau saripati Islam sebagai Agama Allah.
Bukti perhambaan manusia itu pada Allah Swt adalah Rasulullah itu sendiri hanya adalah ''hamba'' kepada Allah seperti yang diperjelaskan dalam surah Al isra' ayat pertama;
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Perjalanan Rasulullah itu banyak kisah serta peristiwa yang disaksikan sendiri oleh Rasullullah mengenai umur dunia.. syurga.. neraka.. berjumpa nabi yang lain.. kefarduan solat dan banyak lagi.. Rasulullah ''diperjalankan" bersama malaikat Jibril ,malaikat yang paling taat disisiNYA, tetapi hanya sampai ke langit ke-7 sahaja.. Seterusnya Rasulullah diperjalankan naik ke suatu tempat dinamakan ''SIDRATUL MUNTAHA'' yang mana hanya kerana ALLAH SWT ingin bertemu dengan hambaNYA.
Cuma yang tidak menyedarkan kita, bahawa kita adalah ''hamba'' tetapi kita alpa.. kita derhaka.. kita curang kita kufur dan kita engkar dalam keadaan waras kita.
Jadi sebagai hamba kita perlu ingat akan persaksian kita kepada Allah sebanyak 17 kali paling kurang dalam sehari..
“Hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan” (Al-Fatihah : 5).
dan dalam doa iftitah kita yang bermaksud;
“Allah Maha Besar dengan sebesar-besarnya. Segala puji yang sebanyak-banyaknya bagi Allah. Maha Suci Allah pada pagi dan petang hari. Aku menghadapkan wajahku kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi dengan segenap kepatuhan dan kepasrahan diri, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang menyekutukanNya. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah hak Allah, Tuhan semesta alam, yang tiada satu pun sekutu bagiNya. Dengan semua itulah aku (hamba) diperintahkan dan aku adalah termasuk orang-orang yang berserah diri (muslim).”
Maka haruskah kita harus mendabik dada sombong dan angkuh ???Seorang 'abid'(hamba ibadah) yang sedar akan ibadahnya, ia selalu memohon kepada Allah Swt, agar selalu menolongnya menghadapi tipu daya syaitan serta nafsu.
Di dalam Al-Qur’an Allah S.W.T telah berfirman di dalam surah Al-Fajr ayat 27 dan 28 yang berbunyi:-
''Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kamu kepada tuhan penciptamu dengan redha lagi diredhai''
''Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu Maka masuklah ke dalam syurgaKu.''
Disini untuk mencapai kehambaan itu perlulah kita senantiasa bertaubat dan taat akan perinthNYA dan jiwa perlu berpindah dari keraguan kepada keyakinan, dari kebodohan(jahil) kepada ilmu, dari kealpaan kepada zikir, dari khianat kepada taubat, dari riya' kepada ikhlas, dari zalim kepada adil dan merubah segala yang batil kepada yang hak.. Maka bila seseorang hamba itu rehda atas segala apa yang dikurniakan atau diuji... maka disitulah lahirnya satu ketenangan.. dan ALLAH Swt akan meredhai kamu semula
dan saat ini barulah kita diisyaratkan digolongkan dalam golongan HAMBANYA dan Allah Swt menjemput hamba itu masuk kesyurgaNYA.

Hamba itu senantiasa dalam belenggu ujian dan dugaan..jalan keluar hanyalah bertaubat serta redha atas segala yang ditimpakan.. Maka itu sebagai buktinya Allah Swt telah befirman;
Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.
(At-Taubah 9:118)
Disini kita dianjurkan supaya tidak beputus asa dari rahmat Allah... kerana bila kita kembali berserah kepadaNYA dan berTAUBAT.. maka Allah Swt akan memberi lebih kebaikan dari apa yang ditimpannya sebelum ini dengan ujian serta dugaan. Kebaikkan itu mungkin dikuniakan didunia atau akan disimpan untuk kita diakhirat..
Maka yang demikian janganlah kita pertikai urusan Allah terhadap hambaNYA.. kita hanya layak untuk menyembah dan mengabdi diri kepada ALLAH Swt
“Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar Tauhid (Mengesakan Allah) dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukanNya (dengan sesuatu yang lain) ”.Sesungguhnya umat manusia diberikan kewajipan utama pada hari pertama mereka diberi hak tinggal di bumi ini. Di antara kewajipan-kewajipan pokok ialah bahawa mereka mesti patuh mengabdikan diri kepada Allah dan mesti berpandukan kepada panduan Allah. Allah SWT juga telah memberi amaran yang tegas dan nyata supaya mereka jangan sekali-kali mengabdikan diri kepada syaitan,
(Al-An’am; 79)
Seluruh kebaikan berasal dariNya, seluruh keburukan berasal dari hamba.
Dia memperlihatkan kasih sayang kepada hamba dengan mencurahkan nikmat kepada mereka, adapun hambaNya memperlihatkan kebencian kepadaNya dengan bermaksiat kepada-Nya. Dia membimbing hambaNya, adapun hamba, dia curang kepadaNya ketika berinteraksi denganNya. Bagi hamba Allah, apapun yang terjadi, baik terhadap dirinya, hartanya, keluarganya, kedudukannya, darjatnya, harus senantiasa ikhlas, kerana apa yang terjadi itu hakikatnya adalah antara dirinya dengan ALLAH Swt. Bagaimanapun perlakuan orang lain, sekalipun menyakitkan, bagi hamba Allah itu adalah pemberian yang indah dari ALLAH Swt. Dengan demikian tidak perlu sakit hati, marah atau dendam pada sesama, kerana semua itu terjadi semata-mata antara dirinya dengan Allah. Semua manusia yang ada, hanyalah hiasan semata, untuk menguji apakah dirinya tetap teguh pada tujuannya atau tidak. Hamba Allah senantiasa sabar dalam menerima cubaan dan ujian, semuanya dikembalikan kepada Allah dengan mengharap redhaNya, sebagaimana Allah berfirman dalam Surat Huud ayat 11, yang artinya:
“Kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana) dan mengerjakan amal soleh, mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar”.
Bentuk penghambaan berikutnya yang harus dilakukan seorang muslim terhadap Allah adalah dengan memperbanyak membaca dan mentadaburi ayat-ayat, yang merupakan firman-firmanNya. Seseorang yang mencintai sesuatu, tentulah ia akan banyak dan sering menyebutnya. Demikian juga dengan mukmin, yang mencintai Allah SWT, tentulah ia akan selalu menyebut nyebut AsmaNya dan juga senantiasa akan membaca firman-firmanNya. Apalagi kita mengetahui keutamaan membaca Al-Qur’an yang demikian besarnya Fadhilat tersebut. Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW mengatakan kepada kita: “Bacalah Al-Qur’an, kerana sesungguhnya Al-Qur’an itu dapat memberikan syafaat di hari kiamat kepada para pembacanya.” (HR. Muslim)
Hamba Allah adalah hamba yang senantiasa mengabdikan diri pada Tuhannya. Hamba Allah adalah hamba yang selalu merasakan kehadiran Penciptanya di manapun dia berada. Hamba Allah adalah hamba yang dengan setia melayani, senantiasa memohon pertolongan, ampunan, bimbingan kepada Allah dengan hati yang redha.
Hak Tuhan terhadap hamba adalah disembah dan tidak dipersekutukan. Hak ini terdapat dalam ayat yang selalu kita ulang-ulang, Allah SWT. Dalam Al-Qur’an Allah berberfirman:
Artinya: “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Ad-Dzariyat : 56).
Q.S. al-Anbiya : 25 Allah berfirman, “Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya, ‘Bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka sembahlah aku.”
Kerana itulah, penyembahan adalah tujuan penciptaan manusia sebagaimana disebutkan Alquran, “Dan tidaklah diciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah kepadaKu” (Q.S. al-Dzariyat: 56).
Allah berfirman;
‘Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu” (Q.S. al-Mukmin: 60), lalu mengapa ketika kami berdoa, tetapi tidak dikabulkan?
Sayidina Ali menjawab, “Sebab hati kamu keliru dalam 8 perkara:
(1). Engkau mengenal Allah, tetapi tidak memenuhi hakNya
(2). Engkau beriman kepada RasulNya, tetapi menentang sunnahnya
(3). Engkau membaca kitabNya, tetapi tidak beramal dengannya; (4). Engkau takut kepada neraka, tetapi selalu berbuat dosa yang mendekatkanmu kepadanya
(5). Engkau ingin masuk syurga, tetapi banyak berbuat maksiat yang menjauhkanmu darinya
(6). Engkau makan rezeki-Nya, tetapi tidak mensyukurinya
(7). Engkau menyatakan memusuhi setan, tetapi menjadi temannya (8). Engkau melihat kesalahan orang lain, dan melupakan dosamu sendiri. Maka bagaimana mungkin Allah mengabulkan doamu, sementara engkau sendiri menutup pintu pegabulannya.
Allah Swt berfirman:
Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya),dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan (Qs al-Anbiyâ’/21:35)
Rasulullah SAW bersabda tentang yang diriwayatkannya dari tuhannya, Bila seorang hamba mendekat kepadaKu (Allah) sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Bila dia mendekat kepadaKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan bila dia mendekatiku dengan berjalan, maka Aku mendekatinya dengan berlari. (HR Bukhari)
Sesungguhnya balasan Allah terhadap semua hambaNya itu tergantung pada semua amal baiknya, dan buruknya, selama hidup di dunia. Dalam artian akan memberi rahmat bagi yang berbuat baik dan memberi azab bagi orang yang selama hidupnya berbuat yang tidak baik (dosa).
“Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikitpun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam syurga).” (QS. Saba’ [34]: 37)
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu (mengenal Allah).” (QS. Fathir:28)
Semoga dengan peringatan yang telah jelas ALLAH SWT peringatkan pada kita melalui rasulNYA, moga-moga kita termasuk dalam golongan hambaNYA.. Marilah kita sedaya upaya mencapai keredhaan Allah Swt dalam hidup di dunia ini yang amat singkat..
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja

Tiada ulasan:
Catat Ulasan