Isnin, 20 Mei 2013

DAKWAH ALAF BARU...BUKA PINTU HATI..


...pengaruh globalisasi yang sememangnya tidak dapat dihalang. Kesannya, masyarakat di seluruh dunia saling mempengaruhi walaupun tidak pernah mengenal wajah dan bertemu muka. Pengaruh globalisasi membawa bersama-sama kemajuan canggih.. 

PEMBANGUNAN bangsa pada alaf ini menuntut kepada wujudnya permasalahan kehidupan yang antara lainnya berpunca daripada pengaruh globalisasi yang sememangnya tidak dapat dihalang. Kesannya, masyarakat di seluruh dunia saling mempengaruhi walaupun tidak pernah mengenal wajah dan bertemu muka. Pengaruh globalisasi membawa bersama-sama kemajuan canggih teknologi komunikasi dan informasi. Kemajuan ini tentu sekali mewarnai pembangunan yang membawa transformasi positif dan juga negatif dari aspek kehidupan manusia semua bangsa dan negara seperti politik, ekonomi, budaya dan agama.

Tidak terkecuali, ketamadunan manusia membawa bersama kemajuan perubahan yang memberi kesan kepada usaha berdakwah. Dakwah boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk, termasuk mengunakan multimedia Kemajuan teknologi maklumat yang sentiasa bergerak pantas dan berteknologi canggih memerlukan usaha berdakwah yang berlari pantas mengejar kemajuan ini. Penggunaan teknologi sebagai alat berdakwah tidak boleh dihindari, malah amat digalakkan kerana Islam tidak membataskan umatnya untuk menggunakan apa jua media yang boleh memberi kejayaan dalam usaha berdakwah di kalangan umat manusia seluruhnya.

Umat Islam perlu mengambil manfaat daripada kemajuan teknologi dalam menyebarkan dakwahnya. Ini kerana pendakwah Islam perlu menggunakan kaedah yang terkini, sistematik dan teratur bagi tujuan menjalankan usaha dakwahnya. Gerakan dakwah dalam negara ini perlu dilakukan secara tersusun dalam usaha mewujudkan tenaga pendakwah dan pasukan sukarelawan Islam yang benar-benar komited untuk berdakwah dan menyumbang kepada kesejahteraan umat secara menyeluruh.

Gerakan dakwah yang tersusun memerlukan `manhaj' atau kurikulum yang kemas dalam usaha melahirkan bentuk latihan yang teratur, praktikal dan bersesuaian. Jelas sekali, usaha berdakwah kini sudah tidak boleh dilakukan secara sambilan. Keseriusan pendakwah dalam menjalankan kegiatan dakwah, termasuk menggunakan multimedia sangat perlu kerana tanpanya, tidak banyak aktiviti dakwah boleh dilakukan. Keberkesanannya pula hanyalah bersifat minimum,namun ianya boleh menjadi maksimum jika ianya disebar oleh pembaca yang merasakan akan perlunya berdakwah melalui siber. 

Dalam memastikan usaha berdakwah melalui kemajuan teknologi benar-benar berfungsi dan berkesan, beberapa faktor perlu diambil kira. Antara faktor tersebut ialah faktor penguasaan ilmu dalam bidang teknologi oleh pendakwah. Tidak dapat dinafikan, tenaga pendakwah wajar menguasai ilmu dalam bidang ini. Bagaimanapun, masalah yang timbul ialah kurangnya tenaga pendakwah yang mampu ataupun mahir menggunakan teknologi ini

Tidak terkecuali, ketamadunan manusia membawa bersama kemajuan perubahan yang memberi kesan kepada usaha berdakwah. Dakwah boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk, termasuk mengunakan multimedia Kemajuan teknologi maklumat yang sentiasa bergerak pantas dan berteknologi canggih memerlukan usaha berdakwah yang berlari pantas mengejar kemajuan ini. Penggunaan teknologi sebagai alat berdakwah tidak boleh dihindari, malah amat digalakkan kerana Islam tidak membataskan umatnya untuk menggunakan apa jua media yang boleh memberi kejayaan dalam usaha berdakwah di kalangan umat manusia seluruhnya.
Maka marilah kita meenyeru rakan siber kita untuk terus berdakwah dalam berinternet supaya saudara kita tidak lalai dalam segaala hal,terutamanya dalam berinternet.

~wallahu'alam
~jaksa yadim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan