Penulisan ini adalah buat semua pembaca serta pelayar jaringan supaya kita sentiasa dalam ingat mengingati..berapa lemahnya kita dalam urus mentadbir hal ehwal keluarga..masih ramai antaraa kita yang LALAI terhadap amanah kita pada keluarga,anak kepada ibubapa,isteri kepada suami,suami terhadap ALLAH SWT..
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, PELIHARALAH DIRI KAMU DAN AHLI KELUARGA KAMU dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu.." (Surah At Tahrim: 6)....
Ibubapa (terutamanya bapa) tidak mempunyai ruang UNTUK MENGELAK dari tanggungjawab ini... Satu tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah sendiri... Sekiranya tidak mampu melakukannya, ibubapa wajib mencarikan orang yang boleh mengajar anak-anak mengenal Allah....
Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.’anhuma, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “PERINTAHLAH ANAK-ANAK KAMU SUPAYA MENDIRIKAN SEMBAHYANG KETIKA BERUSIA TUJUH TAHUN, DAN PUKULLAH MEREKA KERANA MENINGGALKAN SEMBAHYANG, KETIKA BERUMUR SEPULUH TAHUN.., DAN ASINGKANLAH TEMPAT TIDUR DI ANTARA MEREKA (LELAKI DAN PEREMPUAN)..”.. (HR Abu Daud)…
PUKUL ITU PULA BUKANLAH UNTUK MENYEKSA, atau mendera… bukan pukul dengan rasa geram… cukup sekadar untuk menggerunkan... Janganlah dipukul bahagian muka, kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang...
Anak-anak lebih memerhati ibubapanya daripada mendengar cakap ibubapanya... Sebab itu ibubapa kena praktikkan apa yang disuruh kepada anak-anaknya.... Untuk mengajak anak-anak bersolat, bentanglah sejadah dan JADILAH IMAM KEPADA ISTERI DAN ANAK-ANAK... Anak-anak tidak kisahpun kalau suara ayahnya tidak merdu... Ibubapa yang 'CAKAP SERUPA BIKIN' lama-lama akan dihormati oleh anak-anak...
Asuhlah anak-anak kita seperti kata pepatah “MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA” supaya akhlak anak jadi baik DAN BERTERASKAN AGAMA ISLAM YANG MAHA SUCI…Apa juapun kita wajib berikhtiar dan berserah kepada Allah SWT agar kita diberi kekuatan untuk menempuhi segala ujianNYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan