Jumaat, 17 Mei 2013

MANTAPKAN LAGI IMAN KAMI


KEMULIAAN seseorang berkait rapat dengan KESUNGGUHANNYA DALAM MENAMBAH DAN MENINGKATKAN IMAN... Dan perkara yang paling berpotensi untuk menambah dan menguatkan iman adalah MELALUI ‘ILMU’, KEMUDIAN ‘AMAL SOLEH’ DAN ‘ZIKRULLAH’… Maka tiap kali seorang hamba menambah ilmu dan amal solehnya bererti dia sedang memperbaharui imannya……. Inilah yang dimaksud oleh hadis Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya yang bermaksud: “PERBAHARUILAH IMAN KAMU, baginda ditanya: “Bagaimana kami boleh memperbaharui iman kami? Baginda menjawab: “Perbanyaklah mengucapkan kalimat laa Ilaha Illallah.” (Riwayat Ahmad : 8944 dan Al Hakim: 7766)…

MEMPERBAHARUI IMAN SANGAT PENTING BAGI SETIAP MUSLIM, apalagi para pendakwah dan mujahid fisabilillah… Sebabnya ialah kesibukan dengan tugas harian, sering kali didapati kesibukan dalam menjalankan tugas-tugas dakwah, ditambah lagi kesibukan mencari nafkah atau mengurus rumah tangga, para aktivis dakwah dan mujahid tidak sempat untuk MENGURUS HATINYA yang terkadang-kadang melekat padanya warna hitam yang terpalit dosa yang tidak disedarinya….
Oleh itu, Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “SESUNGGUHNYA ORANG MUKMIN APABILA MELAKUKAN SUATU DOSA TERBENTUKLAH BINTIK HITAM DI DALAM HATINYA… Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu... Dan apabila dia terus melakukan dosa bertambahlah bintik hitam pada hatinya sehingga tertutuplah seluruh hatinya
 (Hadis riwayat al-Baihaqi)…., itulah KARAT yang disebut Allah di dalam kitab-Nya: “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang mereka usahakan telah menutup hati mereka.”(Surah al- Mutaffifin ayat 14)…

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
(Al-Insaan 76:2)

Kerana keadaan itu tidak mencukupi, m
aka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).
(Al-Insaan 76:3)


Imam al-Ghazali pernah berkata, bahawa HATI (QALBU) ITU IBARAT CERMIN… Ketika seseorang melakukan dosa@maksiat, maka ada SATU TITIK HITAM MENODAI QALBUNYA… Semakin banyak dosa, semakin banyak titik itu menutupi qalbunya… Jika sudah tertutup dengan banyak titik hitam, qalbu yang ibarat cermin itu tidak mampu lagi digunakan untuk bercermin…. dengan demikian, kepekaan spiritual yang biasa dilakukannya, akan lenyap daripada dirinya… Jika sudah seperti itu, jangankan dosa kecil,,.. DOSA BESAR SEKALIPUN TIDAK LAGI DIANGGAP BESAR….
Jangankan meninggalkan hal sunnah, meninggalkan kewajipan pun sudah dianggap perkara biasa…. AKHIRNYA, KEPEKAAN QALBUNYA AKAN HILANG; TIDAK LAGI MAMPU MENGENALI DOSA, APALAGI DOSA YANG DIANGGAP KECIL….

Arahan Baginda s.a.w. untuk memperbaharui iman bertujuan MENGIKAT HATI MANUSIA KEPADA ALLAH, Tuhan Yang Mencipta alam ini.... Kenapa perlu perbaharui iman? ... Ini kerana setiap daripada kita bukan maksum, kita sering melakukan kesalahan dan DOSA, sama ada yang disedari ataupun tidak, dan kita juga tidak mengetahui kemungkinan semasa remaja dahulu, kita pernah bersalahan dengan kedua-dua ibu bapa dan tidak sempat memohon kemaafan daripada mereka...

Suatu hari ketika Rasulullah saw bersama para sahabat, Rasulullah saw telah berkata kepada mereka..
"Jaddidu imanakum "(perbaruilah iman kamu).
Lalu sahabat bertanya bagaimana ya Rasulullah?
Lalu Rasulullah saw bersabda "aksiru min khauli La ila ha illallah"(perbanyakkanlah percakapan kalimah La ila ha illalah).

Iman itu akan luntur sepertimana warna pada pakaian, lalu untuk memelihara dan memperbaharui iman, hendaklah kita memperbanyakkan percakapan yang membesarkan Allah. Lidah dan hati kita jaraknya hanya sejengkal. Apa yang selalu kita perkatakan maka kesannya adalah pada hati kita sendiri.. Semakin banyak kebesaran Allah yang kita cakap, dengar, lihat dan fikir.. maka semakin banyaklah kebesaran Allah masuk ke dalam hati kita.

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih ‘kerja Tuhan’ yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita yakni mengawal perlayaran hidup kita dengan meningkatkan iman & amal dari masa ke semasa.
DAKWAH ILLALLAH!

"Dan seandainya pohon-pohon di bumi dijadikan pena dan lautan menjadi dakwat, ditambahkannya tujuh laut sesudah (kering) nya.. Nescaya tidak akan habis-habis (dituliskan) kalimah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (Lukman:27)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan