Selasa, 2 April 2013

GOLONGAN VIP&VVIP DI YAUMIL-MASHYAR

                              gambar hiasan ~ istighasah al-kubra Melaka

Hidup didunia ini janganlah hendaknya menongkat dunia dan mengangkat diri seperti VIP. Ingatlah VIP sebenar adalah mereka yang tergolong dari mereka yang telah diuji akan pancaroba serta dugaan dunia... Ini hanya sekadar untuk kita supaya beringat akan hidup sebagai ''insan'' didunia ini.

‘GOLONGAN ‘VIP’ yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w untuk mendapat ‘GRAND STAND’ BERBUMBUNG pada saat genting itu... Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda SAW bersabda yang bermaksud: “TUJUH GOLONGAN YANG ALLAH AKAN NAUNGI MEREKA pada hari yang tiada naungan, melainkan naungan yang diberikan oleh Allah... Mereka ialah :

1] PEMIMPIN YANG ADIL - Pemimpin yang adil akan meletakkan Allah dan Rasulullah s.a.w sebagai rujukan utama di dalam setiap URUSAN dan tindakan yang diambil...

2] REMAJA YANG MEMBESAR DALAM KETAATAN - Iaitu, remaja yang menjaga agama mereka... Mereka berkawan, dan beraktiviti seperti biasa, namun batasan agama sentiasa dipatuhi... Halal dan haram menjadi pertimbangan terpenting dalam kehidupan...

3] PENCINTA MASJID – Iaitu, golongan manusia yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid... Mereka sentiasa berulang-alik ke mesjid untuk solat berjemaah dll...

4] DUA INSAN YANG BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH - Perasaan mengasihi sahabat, atau rakan, semata-mata kerana Allah... Persahabatan terjalin sehingga menjadikan setiap pertemuan dan perpisahan sesudah itu adalah untuk urusan agama...

5] ORANG YANG DIGODA WANITA CANTIK UNTUK BERZINA – Iaitu, pemuda yang digoda berzina oleh perempuan yang cantik lagi berpangkat, lalu ia menolaknya dan berkata ‘Aku takut kepada Allah!’.. Ia pasti bersama Nabi Yusof a.s di akhirat kelak, bersama para bidadari yang disediakan oleh Allah...

6] ORANG YANG MENYEMBUNYIKAN SEDEKAH – Iaitu, bersedekah dengan tangan kanan, tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan... Tidak pernah terdetik di hati untuk mendapat pujian daripada manusia sekeliling....

7) ORANG YANG MENGINGATI ALLAH SEHINGGA MENITISKAN AIR MATA - Golongan terakhir ialah insan-insan yang begitu tekun bermuhasabah tentang diri mereka, sehingga menitiskan air mata... Mereka memikirkan dosa-dosa lampau dan juga betapa banyaknya perintah Allah yang belum terlaksana...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan