..Ya Allah, kiranya aku ini tersurat pada sisiMu dalam Loh Mahfuz mendapat kesusahan atau ditegah dari beroleh rahmat atau terhindar jauh lagi sempit mendapat rezeki dariMu, maka dengan segala kebajikan yang ada padaMu, Ya Allah, hapuskanlah kesusahan, tegahan dan kesempitan dari beroleh rezekiku. Dan tetapkanlah aku di sisiMu dalam Lauh Mahfuz sebagai orang yang berbahagia..
Salah satu keutamaan bulan Sya’ban adalah diturunkannya ayat tentang anjuran membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW pada bulan ini, iaitu ayat:“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (QS. Al Ahzab;56)
Dinamakan Sya’ban, kerana pada bulan itu terpancar bercabang-cabang kebaikan yang banyak (yatasya’abu minhu khairun katsir). Menurut pendapat lain, Sya’ban berasal dari kata Syi’ab, yaitu jalan di sebuah gunung atau jalan kebaikan. Dalam bulan ini terdapat banyak kejadian dan peristiwa yang patut memperoleh perhatian dari kalangan kaum muslimin.Pendapat lain pula,
adalah bulan ke-8 dalam Hijrah. Nama Sya'ban berarti 'pemisahan', disebut demikian kerana orang-orang Arab bersedia dalam pengumpulan/pencarian air dan berpisah pada bulan ini untuk mencari air.
Sha'ban, umat Islam selalunya memperkatakan tentang peristiwa Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad SAW. Namun, terdapat suatu lagi peristiwa yang besar dan penting kepada kita semua di mana riwayat Sahih al-Bukhari secara tidak langsung mengisyaratkan bahawa ia berlaku sama ada pada pertengahan bulan Rejab atau pun Shaaban, kira-kira 16 atau 17 bulan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW; sejurus sebelum berlakunya Peperangan Badar al-Kubra pada tahun kedua Hijrah itu. Peristiwa yang dimaksudkan itu adalah perpindahan Qiblat daripada Baitul Maqdis ke Masjidil Haram di Makkah.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada al-Barraa’, beliau berkata:
“Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah, Baginda bersolat di dalam keadaan mengadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 atau 17 bulan. Akan tetapi Baginda SAW amat suka seandainya Baginda berpeluang untuk bersolat mengadap ke arah Kaabah.Kisah ini disebut dalam Al~Quran dalam surah Al Baqarah 142-147.... Lalu Allah SWT menurunkan ayat “Kami sering melihat kamu mendongak-dongakkan wajahmu ke langit”...[surah al-Baqarah ayat 144]. Maka berkata-katalah orang-orang yang bodoh dari kalangan manusia dan mereka itu adalah Yahudi, “Apakah yang telah memalingkan orang-orang Islam itu daripada qiblat mereka sebelum ini?” Lalu Allah SWT menjawab dengan menyatakan “Bagi Allah itulah timur dan barat”.
Ketika di Makkah, sebelum berlakunya peristiwa Hijrah, Rasulullah SAW bersolat di bahagian selatan Kaabah supaya Baginda SAW mengadap Baitul Maqdis sebagai perintah Allah, dan dalam masa yang sama Baginda SAW mengadap Kaabah, Qiblat Nabi Ibrahim A.S yang dikasihinya. Apabila Baginda SAW dan umat Islam berhijrah ke Madinah, Allah memerintahkan supaya solat dilakukan secara mengadap ke Baitul Maqdis. Tujuannya adalah supaya dengan ibadah yang dilakukan seumpama ini, ia akan membolehkan Nabi SAW melembutkan hati orang-orang Yahudi di Madinah untuk menerima Islam. Ia juga sebagai isyarat bahawa Syariat yang dibawa oleh Baginda SAW adalah sama dengan risalah yang diseru oleh Nabi-nabi Bani Israel seperti Musa dan Isa Alayhima as-Salaam.
Akan tetapi sifat mulia yang ditunjukkan oleh Baginda dan umat Islam itu, tidak langsung menggerakkan hati orang-orang Yahudi untuk menerima Islam, bahkan mereka mengejek-ngejek Baginda SAW. Kata mereka “Muhammad itu menentang agama kita, tetapi dalam masa yang sama mengadap Qiblat kita pula. Kalaulah agama kita tidak ada, nescaya Muhammad itu tidak tahu ke arah Qiblat mana dia mahu bersolat!”Kata-kata seumpama ini amat melukakan hati Nabi SAW. Sehingga diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “aku amat suka jika Allah SWT menghindarkan aku daripada Qiblat Yahudi itu (Baitul Maqdis)”.
maka dengan itu maka turunlah ayat ini...dari surah al~baqarah bermaksud...
“Dan Kami sering melihat kamu mendongak-dongakkan kepalamu ke langit. Maka (pada hari ini) Kami tukarkan bagi kamu ke arah Qiblat yang kamu suka. Oleh yang demikian, hadapkanlah wajahmu ke Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada maka hendaklah kamu mengadap ke arahnya. Sedangkan mereka yang telah diberikan al-Kitab (Yahudi) itu benar-benar tahu bahawa hal ini adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Dan tidaklah Allah SWT alpa terhadap apa yang mereka lakukan. {144} Dan sekiranya kamu datangkan segala bukti kepada mereka yang telah diberikan al-Kitab kepadanya (Yahudi), tidaklah mereka itu mengikut Qiblat kamu. Dan kamu juga tidak akan sekali-kali mengikut Qiblat mereka. Bahkan mereka sesama mereka juga tidak mengikut Qiblat antara satu dengan yang lain. Dan sekiranya kamu mengikut hawa nafsu mereka selepas datangnya kepada kamu pengetahuan, maka sesungguhnya kamu adalah dari golongan yang zalim. {145} Mereka yang Kami berikan al-Kitab itu (Yahudi dan Nasrani), mereka mengenalinya (Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka. Akan tetapi sebahagian daripada mereka itu senantiasa menyembunyikan kebenaran sedangkan mereka mengetahui. {146}Kebenaran itu adalah datangnya dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali kamu tergolong dari kalangan orang yang zalim. {147}”
Ertinya:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, semulia-mulia nabi dan rasul dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya .
Ya Allah, wahai yang empunya kurniaan dan tiada siapa mengurniakan kepadaNya, wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan, wahai Yang Empunya segala kemurahan dan pemberian, tiada Tuhan melainkan Engkau tempat sandaran hamba-hambaMu yang memohon perlindungan, Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan, Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan.
Ya Allah, kiranya aku ini tersurat pada sisiMu dalam Lauh Mahfuzh mendapat kesusahan atau ditegah dari beroleh rahmat atau terhindar jauh lagi sempit mendapat rezeki dariMu, maka dengan segala kebajikan yang ada padaMu, Ya Allah, hapuskanlah kesusahan, tegahan dan kesempitan dari beroleh rezekiku. Dan tetapkanlah aku di sisiMu dalam Lauh Mahfuzh sebagai orang yang berbahagia, sentiasa beroleh rezeki, memperoleh pelbagai kurnia dan kebajikan. Sesungguhnya Engkau Ya Tuhan telah berfirman dalam kitab (al-Quran) yang diturunkan melalui lisan NabiMu yang diutus firmannya: يَمْحُوا اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ tafsirnya: Allah menghapuskan dan menetapkan apa jua yang dikehendakiNya dan di sisiNya ada Ummul Kitab (Lauh Mahfuzh).
Ya Allah, dengan limpah kemurahanMu pada malam nishf Syaban yang mulia, pada malam dinyatakan segala perkara yang dikehendaki Allah, ditetapkan dan diputuskan, mohon ya Allah lepaskan kami dari segala bala yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui dan apa yang Engkau lebih ketahui. Sesungguhnya Engkau jua Yang Maha Kuasa lagi Maha Mulia.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta kepada ahli keluarga dan para sahabat baginda. Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan Pentadbir sekalian alam.
~Wallahu'alam
~jaksa Kotaraja

DOA NISFU SYA'BAN
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن.
اَللّهُمَّ يَاذَاالْمَنِّ وَلاَيُمَنُّ عَلَيْهِ يَاذَاالْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ يَاذَاالطَّوْلِ وَالإِنْعَامِ لآ إِلهِ إِلاَّ أَنْتَ ظَهْرَ اللاَّجِيْنَ وَجَارَ الْمُسْتَجِيْرِيْنَ وَأَمَانَ الْخَائِفِيْنَ.
اَللّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِي عِنْدَكَ فِي أُمِّ الْكِتَابِ شَقِيًّا أَوْ مَحْرُوْمًا أَوْ مَطْرُوْدًا أَوْ مُقْتَرًّا عَلَىَّ فِي الرِّزْقِ فَامْحُ اَللّهُمَّ بِفَضْلِكَ شَقَاوَتِي وَحِرْمَانِيْ وَطَرْدِيْ وَاقْتَارَ رِزْقِي وَأَثْبِتِْنيْ عِنْدَكَ فِي أُمِّ الْكِتَابِ سَعِيْدًا مَرْزُوْقًا مُوَفَّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الْحَقُّ فِي كِتَاِبكَ الْمُنْزَلِ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّكَ الْمُرْسَلِ يَمْحُواللهُ مَايَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ.
إِلهِي بِالتَّجَلِّي الأَعْظَمِ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَهْرِ شَعْبَانَ الْمُكَرَّمِ الَّتِي يُفْرَقُ فِيْهَا كُلُّ أَمْرٍ حَكِيْمٍ وَيُبْرَمُ أَنْ تَكْشِفَ عَنَّا مِنَ الْبَلاَءِ مَانَعْلَمُ وَمَا لاَنَعْلَمُ وَمَا أَنْتَ بِهِ أَعْلَمُ إِنَّكَ أَنْتَ الأَعَزُّ الأَكْرَمُ .
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, semulia-mulia nabi dan rasul dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya .
Ya Allah, wahai yang empunya kurniaan dan tiada siapa mengurniakan kepadaNya, wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan, wahai Yang Empunya segala kemurahan dan pemberian, tiada Tuhan melainkan Engkau tempat sandaran hamba-hambaMu yang memohon perlindungan, Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan, Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan.
Ya Allah, kiranya aku ini tersurat pada sisiMu dalam Lauh Mahfuzh mendapat kesusahan atau ditegah dari beroleh rahmat atau terhindar jauh lagi sempit mendapat rezeki dariMu, maka dengan segala kebajikan yang ada padaMu, Ya Allah, hapuskanlah kesusahan, tegahan dan kesempitan dari beroleh rezekiku. Dan tetapkanlah aku di sisiMu dalam Lauh Mahfuzh sebagai orang yang berbahagia, sentiasa beroleh rezeki, memperoleh pelbagai kurnia dan kebajikan. Sesungguhnya Engkau Ya Tuhan telah berfirman dalam kitab (al-Quran) yang diturunkan melalui lisan NabiMu yang diutus firmannya: يَمْحُوا اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ tafsirnya: Allah menghapuskan dan menetapkan apa jua yang dikehendakiNya dan di sisiNya ada Ummul Kitab (Lauh Mahfuzh).
Ya Allah, dengan limpah kemurahanMu pada malam nishf Syaban yang mulia, pada malam dinyatakan segala perkara yang dikehendaki Allah, ditetapkan dan diputuskan, mohon ya Allah lepaskan kami dari segala bala yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui dan apa yang Engkau lebih ketahui. Sesungguhnya Engkau jua Yang Maha Kuasa lagi Maha Mulia.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta kepada ahli keluarga dan para sahabat baginda. Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan Pentadbir sekalian alam.
~Wallahu'alam
~jaksa Kotaraja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan