Aku tahu bahawa aku tidaklah cukup tanpan dan bergaya..
Sehingga mampu menarik perhatianmu ketika saling bertatapan..
Aku sedar bahawa aku tidaklah cukup pintar dan serba kaya..
Sehingga mampu menyentuh hatimu dan membuatnya gementar..
Banyak sekali kekurangan yang melekat pada diri ini..
Maka usahlah kau cari dan keji...
Bahkan jika kau cari pasti akan segera kau temui pada setiap jengkal tubuh ini..
Dari hujung rambut hingga hujung kaki ini..
Kerana sungguh aku tak berdaya untuk menyempurnakan semua ini..
Tapi ada satu yang selalu kucuba untuk kesempurnaan..
Namun lebih baik dalam meraih RedhaNya menjalani kehidupan..
Dari dalam pencarian kesempurnaan yang bukan hakiki..
Ketulusan hati yang selalu kucuba pertahankan..
Dengan akal yang selalu kujadikan sebagai perisai dan pedoman
Dalam segala keterbatasan ini sungguh aku memerlukan cintaMU..
Sesuatu yang mampu kukendalikan tapi tak mampu kubinasakan..
Cinta adalah sebahagian terbesar dalam jiwa ini yang kurasakan..
Cinta kepada penciptaku dan juga cinta kepada apa yang telah Dia ciptakan..
Wahai cinta yang sangat aku damba..
Tatap dan rabalah hatiku ini dengan cinta..
Cintailah aku apa adanya yang tak sempurna..
Bersamalah kita jemput bahagia atas RedhaNya di dunia..
Cintailah aku kerana Allah jua..
Tertegak diatas RedhaNya.. cinta di hati kita akan senantiasa tumbuh dan terjaga..
Dari kebosanan kejemuan rasa ,masa dan juga tatapan mata..
Bersamalah kita jalani hidup bahagia penuh pesona selamanya..
Dalam Redha Allah Swt...
~Amin..
~Jaksa Kotaraja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan