Telah aku wasiatkan pada waris serta zuriatku, wahai waris serta zuriatku.. seandai aku mati.. Janganlah kalian bersedih, menangis serta tangisi kematianku.. janganlah kau titiskan airmata kalian saat mayatku terbujur kaku dikhalayak ramai.. Sesungguhnya airmata kalian hanya layak untuk Allah Swt. sedangkan aku kini adalah hanya bangkai manusia.. Segerakanlah pengebumianku.. usahlah menunggu dan melengahkan urusan pengebumianku... Sesungguhnya telah aku..
Sesungguhnya telah kini aku rasa ajalku makin rapat... saat jantungku mula begetar tidak menentu.. nafas sesak hadir tanpa mengira waktu.. kenikmatan hidup mula ditarik melalui pancainderaku.. Rasa gelisah tanpa sebab.. hilangnya kegembiraan dunia..
Mati bererti menemui Allah, kerana itu, apabila seorang hamba yang beriman itu redha untuk mati, bererti dia redha untuk bertemu Allah. Dalam keadaan sedemikian rupa, apabila seseorang itu redha untuk bertemu Allah maka Allah lagi suka menemui hamba berkenaan. Hibaan bin al-Aswad pernah berkata, “Mati itu lebih baik bagi menyampaikan seorang yang kasih, kepada kekasihnya, iaitu Allah”
Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya “Bahawa malaikat maut memperhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak tawa. Maka berkata Izrail :” Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berhura-hura dan bergelak tawa.”
Malaikat berkata “Demi Allah, aku sudah memberikan peringatan dan tanda- tanda kematian yang sangat banyak berupa penyakit , uban , kurang pendengaran , penglihatan mulai tidak jelas ( terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya(MATI). Apabila setelah datang peringatan tadi, mereka tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekal yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya : “Bukankah aku telah memberimu banyak tanda dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah , aku adalah peringatan terakhir , setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya ”
Sesungguhnya, apabila seseorang itu telah meninggal dunia, hakikatnya dia telah meninggalkan kehidupan yang fana (yang tidak kekal ini). Apabila dimasukkan dalam kubur, dia berada di alam arwah atau alam roh-roh. Kehidupan di alam kubur adalah sebahagian daripada alam akhirat. Di antara alam fana dan alam akhirat ada pendinding yang tidak boleh tembus-menembusi di antara satu dengan yang lain. Bagi orang yang beriman, selain dipermudahkan ketika sakaratul maut, diberi penghormatan seperti yang dijelaskan dalam banyak hadis-hadis , ia juga diberi nikmat ketika di kubur. Kerana itu, persoalan samaada roh dalam keadaan gembira atau terlalu kesunyian merindukan puan tidak timbul sama sekali.
Perbandingan seorang mukmin ketika hidup di dunia, adalah seperti janin dalam kandungan ibunya. Apabila dia telah keluar daripada kandungan, dia menangis di tempat keluarnya, sehingga dia melihat sinar dan menyusu, ketika itu dia tidak ingin lagi untuk pulang ke dalam rahim. Begitulah keadaan orang yang beriman yang telah mati dan menemui Tuhannya, tidak lagi dia ingin untuk kembali ke dunia, tidak ubah seumpama janin yang tidak ingin ke dalam rahim ibunya. Gambaran nikmat yang dijelaskan ini adalah bagi mereka yang beriman. Ketika hampir mati dan melihat apa yang telah disediakan oleh Allah untuk dirinya, mereka begitu ingin untuk keluar dari dunia, iaitu mati.
Bagi orang kafir, apabila hampir mati dan melihat apa yang disediakan oleh Allah, akan menjadi benci untuk keluar dari dunia, kerana itu Allah juga benci menemuinya.
Ibn Juraij memberitahu bahawa Nabi SAW pernah bersabda kepada Aishah radialahuanha: Apabila seorang mukmin itu melihat para malaikat, mereka akan bertanya: Inginkah engkau kiranya kami kembalikan engkau ke dunia. Orang yang beriman itu bertanya: Ke negeri sedih dan dukacita. Kerana itu segeralah bawa kami kembali kepada Allah.
Mati bukan penghujung kehidupan seseorang yang sebenar, kerana selain daripada hidup di dunia, manusia akan dibangkitkan di akhirat yang kekal lagi abadi. Allah menjanjikan kebahagiaan mereka yang beriman kepadaNya di dunia dan di akhirat, termasuk ketika menghadapi saat genting sakaratul maut. Allah lebih mengetahui untuk membalas hamba yang dikasihiNya, lebih daripada apa yang manusia boleh lakukan untuknya, kerana Allah itu Maha Pengasih Lagi Penyayang yang tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang manusia. Zaid bin Aslam pernah memberitahu, “Apabila seorang mukmin itu didatangi waktu hampir mati, akan diucapkan kepadanya, jangan kamu takut terhadap peristiwa yang akan berlaku, di mana ketakutan pasti terhapus.“Jangan dukacita terhadap dunia dan penghuninya, iaitu keluargamu. Gembirakan dengan nikmat syurga, di mana segala kebimbangan akan lenyap. Jangan berdukacita, kamu pasti akan meninggalkannya, padahal ketika itu, iaitu sebelum meninggal, Allah telah pun menenangkan hatinya.”
Ad-Dhaaak menjelaskan bahawa kegembiraan itu diketahui oleh mereka yang beriman sebelum roh berpisah dari badan dan mereka telah mengetahui di mana mereka akan berada, iaitu di syurga.
Tidak mudah mengikis rasa rindu kehilangan orang yang dikasihi. Demikianlah di antara tanda-tanda kasih sayang. Tidak mudah memujuk kesunyian hilang teman, hilang tempat bergurau senda dan mengadu kasih, tempat harapan. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun demikian, kalau setiap orang itu berupaya memikir tentang ketetapan Ilahi, qada dan qadar ketentuan Allah, kesedaran akan timbul, bahawa tidak ada manusia yang berupaya mengubah ketentuanNya. Allah Maha Mengetahui rahsia yang tidak terungkai oleh pemikiran manusia di atas ketetapanNya. Ingatlah wahai waris serta zuriatku.. tabahkalah hatimu... ''La Takhaf Wa La Tahzan''
Sesungguhnya di sebalik rindukan kematian dan rasa hiba.. tenaga, masa dan pelbagai usaha tetap diperlukan untuk menghadapi sisa-sisa hidup yang masih ada. Wahai anak-anaku telah kau tersaksikan@terlihat dalam penyembunyianku , aku menangis siang dan malam memohon diampunkan dosa dalam solat taubat.. telah kau lihat abahmu merintih dalam airmata agar diampuni segala salah dan dosanya yang silam dan yang kini sama ada aku sedar atau tidak..
Ingatlah mati di dalam apa jua keadaan,Agar kita tidak alpa, jiwa sentiasa subur dengan perasaan cinta dan takutkaan Tuhan. Kematian itu satu keyakinan dan kepastian yang pasti terjadi. Mati mesti diingati setiap ketika. Kerana itu, mati adalah peringatan yang cukup baik. Saat kematian adalah satu masa yang amat dirindui oleh orang-orang yang mencintai Tuhannnya. Itulah jambatan pertemuan antara Khaliq dan hamba. Selepas kematian, setiap manusia akan sendirian, tanpa ayah, ibu, suami atau isteri, anak, keluarga, sanak saudara atau sahabat handai... tinggal kesedihan.. tinggalah kedukaan... tinggalkan keperitan.. tinggallah kekayaan.. tinggallah harta.. tinggallah wang.. biarkan mereka yang hidup membahagikan apa yang kamu tinggalkan. Dia sendiri yang akan menanggung nasibnya sendiri. Kematian akan mengejar siapapun walaupun mereka lari menghindar.
Sesungguhnya telah kini aku rasa ajalku makin rapat... saat jantungku mula begetar tidak menentu.. nafas sesak hadir tanpa mengira waktu.. kenikmatan hidup mula ditarik melalui pancainderaku.. Rasa gelisah tanpa sebab.. hilangnya kegembiraan dunia..
Mati bererti menemui Allah, kerana itu, apabila seorang hamba yang beriman itu redha untuk mati, bererti dia redha untuk bertemu Allah. Dalam keadaan sedemikian rupa, apabila seseorang itu redha untuk bertemu Allah maka Allah lagi suka menemui hamba berkenaan. Hibaan bin al-Aswad pernah berkata, “Mati itu lebih baik bagi menyampaikan seorang yang kasih, kepada kekasihnya, iaitu Allah”
Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya “Bahawa malaikat maut memperhatikan wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak tawa. Maka berkata Izrail :” Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berhura-hura dan bergelak tawa.”
Malaikat berkata “Demi Allah, aku sudah memberikan peringatan dan tanda- tanda kematian yang sangat banyak berupa penyakit , uban , kurang pendengaran , penglihatan mulai tidak jelas ( terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya(MATI). Apabila setelah datang peringatan tadi, mereka tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekal yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya : “Bukankah aku telah memberimu banyak tanda dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah , aku adalah peringatan terakhir , setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya ”
( HR imam qurthubi )
Malaikat pencabut nyawa berkata: “Aku akan panggil roh-roh tersebut , dengan izin Allah , sehingga semuanya berada diantara dua jariku , Bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bejana besar dan dapat mengambil yang mana saja sekehendak hatiku ”
( HR abu Nu ‘ aim )
( HR abu Nu ‘ aim )
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bila telah sampai ajal seseorang maka akan masuklah satu kelompok malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam tubuh dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
"Setelah itu datang pula sekelompok malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudian mereka keluar. Datang lagi satu kelompok malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudian mereka keluar.

"Dan akhirnya datang lagi satu kelompok malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke tenggorokan dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Malaikat Izrail menjalankan perintah Allah swt dengan sempurna. Rasulullah saw menjelaskan bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti dipukul 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika masih hidup.
Perbandingan seorang mukmin ketika hidup di dunia, adalah seperti janin dalam kandungan ibunya. Apabila dia telah keluar daripada kandungan, dia menangis di tempat keluarnya, sehingga dia melihat sinar dan menyusu, ketika itu dia tidak ingin lagi untuk pulang ke dalam rahim. Begitulah keadaan orang yang beriman yang telah mati dan menemui Tuhannya, tidak lagi dia ingin untuk kembali ke dunia, tidak ubah seumpama janin yang tidak ingin ke dalam rahim ibunya. Gambaran nikmat yang dijelaskan ini adalah bagi mereka yang beriman. Ketika hampir mati dan melihat apa yang telah disediakan oleh Allah untuk dirinya, mereka begitu ingin untuk keluar dari dunia, iaitu mati.
Bagi orang kafir, apabila hampir mati dan melihat apa yang disediakan oleh Allah, akan menjadi benci untuk keluar dari dunia, kerana itu Allah juga benci menemuinya.
Ibn Juraij memberitahu bahawa Nabi SAW pernah bersabda kepada Aishah radialahuanha: Apabila seorang mukmin itu melihat para malaikat, mereka akan bertanya: Inginkah engkau kiranya kami kembalikan engkau ke dunia. Orang yang beriman itu bertanya: Ke negeri sedih dan dukacita. Kerana itu segeralah bawa kami kembali kepada Allah.
Mati bukan penghujung kehidupan seseorang yang sebenar, kerana selain daripada hidup di dunia, manusia akan dibangkitkan di akhirat yang kekal lagi abadi. Allah menjanjikan kebahagiaan mereka yang beriman kepadaNya di dunia dan di akhirat, termasuk ketika menghadapi saat genting sakaratul maut. Allah lebih mengetahui untuk membalas hamba yang dikasihiNya, lebih daripada apa yang manusia boleh lakukan untuknya, kerana Allah itu Maha Pengasih Lagi Penyayang yang tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang manusia. Zaid bin Aslam pernah memberitahu, “Apabila seorang mukmin itu didatangi waktu hampir mati, akan diucapkan kepadanya, jangan kamu takut terhadap peristiwa yang akan berlaku, di mana ketakutan pasti terhapus.“Jangan dukacita terhadap dunia dan penghuninya, iaitu keluargamu. Gembirakan dengan nikmat syurga, di mana segala kebimbangan akan lenyap. Jangan berdukacita, kamu pasti akan meninggalkannya, padahal ketika itu, iaitu sebelum meninggal, Allah telah pun menenangkan hatinya.”
Ad-Dhaaak menjelaskan bahawa kegembiraan itu diketahui oleh mereka yang beriman sebelum roh berpisah dari badan dan mereka telah mengetahui di mana mereka akan berada, iaitu di syurga.
Tidak mudah mengikis rasa rindu kehilangan orang yang dikasihi. Demikianlah di antara tanda-tanda kasih sayang. Tidak mudah memujuk kesunyian hilang teman, hilang tempat bergurau senda dan mengadu kasih, tempat harapan. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun demikian, kalau setiap orang itu berupaya memikir tentang ketetapan Ilahi, qada dan qadar ketentuan Allah, kesedaran akan timbul, bahawa tidak ada manusia yang berupaya mengubah ketentuanNya. Allah Maha Mengetahui rahsia yang tidak terungkai oleh pemikiran manusia di atas ketetapanNya. Ingatlah wahai waris serta zuriatku.. tabahkalah hatimu... ''La Takhaf Wa La Tahzan''
Sesungguhnya di sebalik rindukan kematian dan rasa hiba.. tenaga, masa dan pelbagai usaha tetap diperlukan untuk menghadapi sisa-sisa hidup yang masih ada. Wahai anak-anaku telah kau tersaksikan@terlihat dalam penyembunyianku , aku menangis siang dan malam memohon diampunkan dosa dalam solat taubat.. telah kau lihat abahmu merintih dalam airmata agar diampuni segala salah dan dosanya yang silam dan yang kini sama ada aku sedar atau tidak..
Ingatlah mati di dalam apa jua keadaan,Agar kita tidak alpa, jiwa sentiasa subur dengan perasaan cinta dan takutkaan Tuhan. Kematian itu satu keyakinan dan kepastian yang pasti terjadi. Mati mesti diingati setiap ketika. Kerana itu, mati adalah peringatan yang cukup baik. Saat kematian adalah satu masa yang amat dirindui oleh orang-orang yang mencintai Tuhannnya. Itulah jambatan pertemuan antara Khaliq dan hamba. Selepas kematian, setiap manusia akan sendirian, tanpa ayah, ibu, suami atau isteri, anak, keluarga, sanak saudara atau sahabat handai... tinggal kesedihan.. tinggalah kedukaan... tinggalkan keperitan.. tinggallah kekayaan.. tinggallah harta.. tinggallah wang.. biarkan mereka yang hidup membahagikan apa yang kamu tinggalkan. Dia sendiri yang akan menanggung nasibnya sendiri. Kematian akan mengejar siapapun walaupun mereka lari menghindar.
(QS al-Jumu’ah. 8)
“Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati”
(QS. Ali ‘Imran 185).
Telah aku wasiatkan pada waris serta zuriatku, seandai aku mati.. Wahai waris serta zuriatku..
Janganlah kalian bersedih, menangis serta tangisi kematianku.. janganlah kau titiskan airmata kalian saat mayatku terbujur kaku dikhalayak ramai.. Sesungguhnya airmata kalian hanya layak untuk Allah Swt. sedangkan aku kini adalah hanya bangkai manusia.. Segerakanlah pengebumianku.. usahlah menunggu dan melengahkan urusan pengebumianku... Sesungguhnya telah aku memaafkan dan halalkan segala buat seluruh muslimin dan muslimat yang pernah bersua pada hayatku.. ~AL FATIHAH..
~Jaksa Kotaraja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan