Dalam perhubungan suami isteri dalam akhir zaman ini banyak terjadinya perkara dimana ramai kalangan wanita yang yang sanggup meninggalkan suami dan minta penceraian dari suami dikeranakan terikut akan rentak kemewahan hidup didunia yang sementara ini.. Seribu kali sayang.. perkhawinan yang telah mereka bina, sanggup diruntuhkan atas kegelapan mata serta nafsu yang inginkan kemewahan dunia dan kebebasan hidup... ianya terjadi ada dalam usia muda dan ada pula terjadi dalam usia menjelang senja.. sayang..dan amat rugi... Runtuhnya sebuah keluarga juga kerana
1. Dari hasutan rakan yang ''jahat'' yang mereka anggap sebagai teman rapat mereka..
2. Dari kerana inginkan kemewahan serta wang dan harta.
3. Kerana hasutan atau godaan lelaki/wanita yang menjanjikan bulan dan bintang.. padahal baru saja berkenal..
4. Kerana suka pergaulan yang bebas serta kononnya bersosial..
5. Tidak mensyukuri nikmat atas apa yang ada dan apa yang suaminya mampu berikan..
Allah S.w.t berfirman : "Aku akan melupakannya berzikir kepada Ku, Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dan jiwanya, agar dia terjerumus dalam lautan MurkaKu dan merasakan azab pedihKu."
Allah S.w.t berfirman : "Aku akan melupakannya berzikir kepada Ku, Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dan jiwanya, agar dia terjerumus dalam lautan MurkaKu dan merasakan azab pedihKu."
Oleh itu antara tanda Allah mencintai seorang hamba juga ialah Dia uji hamba itu dengan pelbagai ujian. Maka jika hamba itu bersabar dan redha, itulah tandanya Allah cintakan hamba tersebut. Yang parah apabila Allah Swt biarkan @ hilang rahmatNYA kerana dibiarkannya hingga lalai sampai ajal...
"Kalau Allah menghendaki kebaikan kepada hambaNya, maka akan disegerakan hukumannya di dunia, kalau mengkehendaki kepada hambaNya keburukan, maka ditahan (siksanya) kerana dosanya sampai penuh nanti di hari kiamat."
[Hr Tirmizi]
Sesuatu yang halal namun sangat dibenci Allah Swt adalah perceraian. Meski perceraian dibolehkan, seperti dilakukan untuk menyelamatkan keluarga dari kemudharatan yang lebih besar. Tetapi, jika ada wanita yang meminta cerai tanpa suatu alasan syarie, maka ketahuilah.. dia tidak dapat mencium bau syurga apatah lagi untuk memasukinya.
Yang paling sedih,, ada pula yang berkata.. '' dah tua nanti boleh bertaubat''... itu jika umur panjang dan jika diajalkan lebih awal..?? tidakkah menjadi orang yang rugi diakhirat nanti..?? atau suaminya yang diajalkan lebih dulu...bagaimanakah untuk wanita itu mohon kemaafan dan keampunan..??
“Siapa pun wanita yang meminta talak pada suaminya tanpa alasan maka bau surga haram baginya.”

(HR. Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah, dan Ahmad; shahih).
Adakah suami itu
1. murtad
2. jahil serta berbuat maksiat
3. abaikan isteri dan anak-anak.
4. menyuruh isteri atau anak-anak berbuat maksiat
5. kerana hidup merempat
6. suka memukul dan mencederakan isteri dan anak.
7. memaksa isterinya mencari nafkah.
Jika perkara diatas dilakukan maka itu diperbolehkan kerana ianya menimbulkan kemudharatan serta kerosakan. Dan jika ianya tidak.. maka tunggulah azab dari Allah Swt diakhirat kelak..
"Dan tidaklah layak bagi orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah S.w.t dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa dia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata." [S. Al-Ahzab 36]
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan hasutan-hasutannya".

(Hadis Riwayat Ad Dailami daripada Umar r.a)
Seseorang yang berusaha menceraikan sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia menggantikannya sebagai suaminya. Salah satu sifat orang fasik adalah suka kepada isteri orang dan dia berusaha untuk menceraikan pasangan suami isteri tersebut. Mungkin bermula apabila wanita tersebut mengadu kepadanya bahawa dia mempunyai masalah dengan suaminya. Sepatutnya sebagai seorang mukmin dia menasihatkan wanita tersebut supaya kembali mentaati suaminya dan melupakan perbalahan kecil urusan rumah tangga bukannya menggalakkan wanita tersebut meminta cerai kepada suaminya dengan itu dia akan berpeluang mengawininya. Akhlak lelaki seperti ini cukup buruk dan akan mendapat laknat Allah SWT di dunia ini dan di akhirat akan mendapat azab yang besar.
Perlu diingatkan kepada para wanita yang sudah berkahwin kalian perlu berhati-hati apabila meluahkan masaalah rumah tangga kepada lelaki yang kalian tidak kenal sepenuhnya hanya kenal di alam maya ini kerana ramai lelaki mempunyai "penyakit hati" dan akan mengambil kesempatan untuk "meneguk di air keruh" dan dikira berdosa kerana membuka aib suami kepada orang yang tidak berkenaan. Tetapi jika kalian berhajat mendapatkan khidmat nasihat maka dapatkanlah daripada ustazah atau ustaz atau pakar kaunseling maka hubungilah mereka yang berpengalaman dalam menyelesaikan masaalah rumah tangga. Bukan sahaja lelaki yang merosakkan rumah tangga orang lain akan mendapat laknat daripada Allah SWT tetapi wanita tersebut yang tertarik dengan lelaki yang menghasutnya juga tidak akan masuk syurga kerana meminta cerai tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Mana-mana wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak maka haramlah baginya bau syurga”. (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Wahai saudara saudari... sesungguhnya penceraian itu banyak memburukkan keadaan diri sendiri..pasangan.. dan anak-anak yang tak berdosa menjadi mangsa.. maka itu usahlah robohkan perkhawinan.. semoga perkhawinan kita semua serta rumahtangga kita semua kekal hingga akhir hayat... ~Aminn..
~Jaksa Kotaraja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan