Sabtu, 8 April 2017

JANGAN KHIANATI ORANG MATI DENGAN DOSA KITA ..??


..dan Khamis kepada Allah, manakala amalan nabi serta ibu bapa mereka diperlihatkan pada Jumaat." Baginda SAW juga berpesan supaya jangan sekali-kali melakukan khianat kepada orang yang telah meninggal dunia dengan amalan buruk dan keji. Alangkah sedih dan kecewanya orang yang meninggal dunia apabila melihat tingkah laku kita yang melanggar syariat Allah SWT...

Pesan emakku pada anak-anaknya...
''bila mak dan abah dah takde esok janganlah buat perkara buruk@dosa... ''
''Ingat pesan tu.. orang dah mati akan datang ziarah anak-anak.. jadi kalau anak-anak buat perkara buruk..makbapak akan bersedih..''
Nak.. janganlah kerana ''daki dunia'' , anak-anak mak jadi kufur.. ingat tu..
''kalau awak semua rasa susah dan kesempitan.. banyakkan solat dan mengaji Quran serta banyakkan bertaubat...''
''tengok abah awak tu..kerja waktu tak menentu.. tapi solat dulu yang dia utamakan..'' 
''itulah abah pesan pada mak suruh anak-anak sembahyang dan pergi mengaji Quran..'' 
'' kalau ada masalah, minta doalah.. mengadulah pada Allah.. mohon pada Allah.. ''
'' Ingat tu pesan mak.. banyak mana pun harta atau kemewahan, tak dapat dibawa mati.. tu semua daki daki dunia..lagi akan dipersoalkan pulak tu.. dah banyak contoh awak awak semua tengok depan mata ..''

Orang mati dalam kuburnya adalah seperti orang yang sedang tenggelam yang meminta pertolongan. Ia menunggu sampai kepadanya (rahmat) sesuatu doa dari anaknya, atau saudaranya, atau sahabat handainya. Apabila (rahmat) doa itu sampai kepadanya maka tidak terkira sukacitanya dan dirasainya (rahmat doa itu) lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Sebenarnya hadiah orang-orang yang hidup kepada orang mati ialah: ”Doa dan Istighfar”. 
(Riwayat oleh Ad-Dailami rahimahullah)

Rayuan rohnya dengan suara yang hiba dan menyayukan hati:
Di dalam hadith juga diterangkan, maksudnya:
''Bahawa roh orang-orang mati datang beramai-ramai ke langit dunia pada tiap-tiap malam dan berhenti bertentangan dengan rumah masing-masing. Tiap-tiap satu roh di antaranya menyeru berkali-kali dengan suara yang hiba dan sayu, katanya:
''Wahai ahli rumahku! Wahai kaum kerabat dan anak-anakku! Wahai orang-orang yang telah mendiami rumah kami, dan yang telah membahagi-bahagi dan menerima harta pusaka peninggalan kami, adakah sesiapa di antara kamu yang masih ingat kepada kami atau yang pernah memikirkan keadaan kami yang sedang berada di alam Barzakh? ...kenanglah kami dan bantulah kami dengan doa dan amal-amal yang soleh, semoga Allah memberi rahmat kepada kamu...”

''Setelah puas menyeru dan merayu, kembalilah kumpulan roh itu ke tempat masing-masing untuk datang lagi pada malam berikutnya.
''Jika ada yang mendoakannya, kembalilah ia dengan gembira. Jika tidak, kembalilah ia dengan hiba dan hampa.” [Hadith yang menyayukan hati ini disebutkan dalam I’anah at-Talibin (2:144) ]

Jadi bagaimana hidup dipenuhi kemaksiatan dan dosa besar..??
Jadi bagaimanakah jika keadaan kita dalam bergelumang dosa atau laknat..?? 
Jadi bagaimana jika hidup kita tanpa solat, puasa dan zakat..??
Jadi bagaimana keadaan hidup kita yang sering mengejar duniawi dan sanggup melanggar serta engkar pada larangan Allah Swt..??

Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dalam kitab Nawadir al-Usul, Abdul Ghafur Ibnu Abdul Aziz menuturkan bahawa ayahnya pernah menerima riwayat daripada datuknya dan menceritakan Rasulullah SAW bersabda: "Amal perbuatan itu diperlihatkan pada hari Isnin dan Khamis kepada Allah, manakala amalan nabi serta ibu bapa mereka diperlihatkan pada Jumaat." Baginda SAW juga berpesan supaya jangan sekali-kali melakukan khianat kepada orang yang telah meninggal dunia dengan amalan buruk dan keji. Alangkah sedih dan kecewanya orang yang meninggal dunia apabila melihat tingkah laku kita yang melanggar syariat Allah SWT.

Wahai emak... anakmu ini masih rindu padamu.. kerana ''pulangmu'' tiada nisan serta pusara.. Tanah Suci Mukaramah menjadi saksi.. 
Wahai abah... anakmu juga masih merinduimu.. ''pulangmu'' dipagi aidiladha seakan ADA PERJANJIAN MAK DAN ABAH UNTUK MATI BERSAMA..cuma tahun dan tempat berlainan...
Ketahuilah.. dengan deraian airmata berlinangan aku tuliskan coretan ini.. semoga menjadi pedoman serta ingatan buat keluargaku.. Ampunkan dosaku wahai mak dan abah kerana coretan ini... tak lain hanyalah untuk ingata kami anak beranak..

Wahai mak dan abah... tiada luput doaku senantiasa selepas solatku untukmu.. hingga ajalku menjemputku ''pulang''
aku yakin mak dan abah dalam ketenangan yang Abadi... Bersemadilah mak dan abah dalam kedamaian.. anak istimewamu juga telah berada sisampingmu... aku akan menyusul nanti.. kini anakmu ini dan anak mu yang lain juga dalam mencari bekalan untuk jalan ''pulang'' segala wasiat mak@abah kami ingat serta ikuti.. dan kini anakmu titipkan wasiat ini pula pada kelaurga kami masing-masing.. 
Wahai anak-anakku... telah aku berpesan dan berwasiat secara zahir dan secara coretan ini... ingatlah anak-anakku... jangalah lupa segala kata nasihatku... kelak ku doakan akan dikau menjadi anak-anak yang beramal soleh... aminnn..
~Jaksa Kotaraja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan