Isnin, 17 Jun 2013

JANGAN TERGESA-GESA MENDATANGI SOLAT


Janganlah kita terburu-buru atau tergesa-gesa untuk hadir ke masjid atau surau,hendaklah kita dalam keadaan tenang supaya kita dapat menumpukan perhatian pada ''WUDUK'' yang kita kerjakan,kerana dalam waktu tergesa atau terburu-buru boleh jadi wuduk yang kita laksanakan tidak sempurna atau TIDAK SAH akibat tanpa kita sedari kita melanggar hukum wuduk.Kerana hedak cepat maka kita berwuduk cara ringkas atau cincai ...''SAH SOLAT KERANA WUDUKNYA, SAH WUDUKNYA KERANA SUCI AIRNYA''.

Dalam setiap waktu solat di surau atau dimasjid, seringkali kita lihat para jemaah ada yang datang tergesa-gesa dan terburu-buru memasuki ruang solat untuk solat BERJAMAAH. Menang sikap yang baik untuk solat berjamaah,tetapi hendaklah berlaku tertib didalam melaksanakan solat tersebut.

“Dari Abu Qatadah r.a., ia berkata : TATKALA KAMI SEDANG SOLAT BERSAMA NABI SAW, TIBA-TIBA BAGINDA MENDENGAR SUARA BERBISIK ORANG-ORANG (yang datang berjamaah).. Maka ketika Nabi telah selesai solat, ia bertanya : “Ada apa urusan kamu tadi (berisik) ?”... Mereka menjawab : “KAMI TERBURU-BURU UNTUK TURUT (JAMA’AH)”, Nabi SAW berkata : “JANGANLAH KAMU BERBUAT BEGITU !... APABILA KAMU MENDATANGI SOLAT, HENDAKLAH KAMU BERLAKU TENANG ! .. Apa yang kamu dapatkan (dari solatnya Imam), maka solatlah kamu (seperti itu), dan apa yang kamu ketinggalan, sempurnakanlah !”.. (Hadits riwayat : Ahmad, Muslim dan Bukhari)...

“Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW beliau bersabda : “APABILA KAMU MENDENGAR IQAMAH, MAKA PERGILAH KAMU KE TEMPAT SOLAT ITU, DAN KAMU HARUSLAH BERLAKU TENANG DAN BERSIKAP SOPAN, terhormat, dan janganlah kamu tergesa-gesa, apa yang kamu dapatkan (dari solatnya Imam), maka solatlah kamu (seperti itu) dan apa yang kamu ketinggalan sempurnakanlah”... (Hadits riwayat : Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, Nasa’i & Ahmad)... 

Kedua hadits ini mengandung beberapa iktibar :
1] KITA DIPERINTAH BERLAKU TENANG DAN BERSIKAP SOPAN, terhormat apabila mendatangi tempat solat di masjid atau surau...

2] KITA DILARANG terburu-buru, tergesa-gesa, apabila mendatangi tempat solat, seperti berlari-lari, meskipun iqamat telah dikumandangkan...Ini akan menyebabkan kita tercungap atau berpeluh semasa melakukan solat dan fikiran kita terganggu sewaktu dalam solat...

3] KITA DILARANG BERBISIK-BISIK APABILA SAMPAI DI TEMPAT SOLAT, sedang solat (jama’ah) telah didirikan... Ini dapat mengganggu orang-orang yang sedang solat berjama’ah....

4] IMAM perlu menegur (memberikan pelajaran atau nasihat) kepada para jama’ah (ma’mum) yang kelakuannya tidak sopan di masjid, seperti berbisik mengganggu orang solat, shaf tidak lurus dan rapat, berzikir dengan suara yang kuat, dan lain-lain, yang dapat mengganggu orang yang sedang solat atau belajar atau lain-lain...

5] Apa yang kita dapatkan dari solatnya bersama Imam, maka hendaklah langsung kita solat sebagaimana keadaan solat Imam waktu itu...

6] Setelah Imam selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, barulah kita sambung solat, dan habiskan atau sempurnakan apa-apa yang ketinggalan...

7] Diantara hikmahnya kita diperintahkan TENANG DAN SOPAN serta tidak boleh tergesa-gesa, Nabi SAW pernah bersabda: “KERANA SESUNGGUHNYA SALAH SEORANG DIANTARA KAMU, APABILA MENUJU SOLAT, MAKA BERERTI DIA SUDAH DIANGGAP DALAM SOLAT”..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan