Isnin, 17 Jun 2013

REBUT JAWATAN..AMANAH JAWATAN..JAWATAN BOHONG..



Jawatan adalah amanah besar yang perlu dibawa dengan jujur serta adil. Kepada mereka yang merebut jawatan atau sebarang pertandingan untuk mengekal atau merebut/mendapat sesuatu jawatan,maka ingatlah jika penyelewengan dilakukan semata-mata untuk mendapat atau mengekalkan jawatan maka jika ainya berjaya,selama itulah pendapatan yang diperolehi itu adalah HARAM. Rasulullah saw pernah bersabda kepada Abu Dzar yang hanya datang memohon suatu jawatan daripada baginda untuk beliau berkhidmat dalam kerajaan Islam.

Sabda Baginda saw (mafhumnya): "Wahai Abu Dzar, jawatan (yang) kamu (pohon itu) adalah amanah dan di hari Kiamat kehinaan dan penyesalan, melainkan yang menunaikan haknya."

Rasulullah saw menolak permohonan Abu Dzar kerana beliau tidak layak menerima jawatan tersebut kerana tidak sesuai baginya. Rasulullah saw menolaknya dengan peringatan kepada Abu Dzar, mafhumnya, jika diserahkan juga kepada beliau, di akhirat kelak, akan menyesal dan mendapat penghinaan daripada Allah yang tidak akan habis disesali.

Bayangkan itu jawatan yang sah. Jika diberi secara sah sekalipun, namun akibat daripada itu amat besar, jika tidak ditunaikan hak itu dengan penuh amanah dan tanggungjawab serta efisyen dalam menjalankan kerja.

Anda persoalkan jawatan yang tidak sah, yang diperolehi dengan cara yang menipu pula. Jelas itu bukan haknya. Malah hak orang lain. Seolah-olah diambilnya jawatan itu dengan cara merampas atau menipu. Maka pastilah pekerjaan itu adalah haram. Di atas ke tidak sahihan jawatan itu, maka hasil gaji yang diperolehi daripada jawatan yang tidak sah adalah haram. maka daging yang tumbuh daripada itu, maka nerakalah tempat penyudahnya. Gaji yang diperolehi daripada jawatan yang didapati daripada cara yang haram, yang digunakan untuk makan minum, pakaian dan sebagainya, tentulah tidak akan mendatangkan barakah.


Nabi s.a.w juga memberi amaran kepada sesiapa yang mengampu atau mengiyakan kezaliman pemerintah dengan sabda baginda:

“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga). Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi. Hadith ini sahih seperti yang dinilai oleh al-Albani.



Ini jelas terbukti bahawa  dalam untuk diterima berjawatan daan pangkat adalah haram jika :-

1)Melakukan rasuah untuk mengekalkan jawatannya

2)Melalui persuratan atau persijilan palsu semata-mata untuk pangkat serta jawatan.

3)Mengadu domba, fitnah, khianat, memutuskan siratulrahim bagi mengekal atau mendapat jawatan/pangkat.

4)Penipuan dalam mendapat jawatan/pangkat dalam semua sudut,termasuk menipu hal peribadi sendiri, cth; berkhawin dikatakan bujang'',tipu alamat dan lain-lain lagi.

5)Merampas hak jawatan dari orang lain dengan cara tidak sah dan mengambilnya untuk diri sendiri atau orang lain.

Suatu ketika di zaman Rasulullah saw dahulu, ada seorang lelaki sedang mengangkat tangan, berdoa bersungguh-sungguh ke hadrat Allah SWT di bawah panas terik matahari. Melihat keadaannya Rasulullah saw yang mengetahui keadaan sebenar lelaki itu, lalu baginda bersabda (mafhumnya): "Lelaki tersebut berdoa, dalam keadaan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya juga haram. Bagaimana Allah hendak memakbulkan permintaannya."

Jadi,marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri dalam melaksanakan sebarang amanah yang telah diberikan.soal pangkat dan jawatan biarlah kita dapatkan dengan cara berhemah...
Janganlah kerana wang ringgit., untuk pangkat serta jawatan kita sanggup melakukan perkara-perkara yang melanggari batasan agama....INGAT !! sumber pendapatan kita akan kita berikan pada anak ,suami, isteri, ibubapa dan mereka yang lain melalui kita berbelanja...
Wallahu'alam
Jaksa kotaraja...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan