Selasa, 16 Mei 2017

DUNIA BUAT HATIKU TERTAWAN .. ??



Aku bersaksikan Demi Allah dan Rasulnya bahawa jiwaku dalam genggaman Allah Azza Wajallah.. maka aku telah menzalimi diriku sendiri.. aku telah menginaiya diriku sendiri.. aku telah kufur dengan nikmatMU.. Maka itu aku memohon taubat dan keampunan kepadamu YA ALLAH.. kerana aku tergolong dalam sifat mazmumah.. maka itu aku memohon taubat dan keampunanMU YA ALLAH.. tuhan yang PENERIMA TAUBAT dan tuhan yang MEMBERI KEAMPUNAN.. Terimalah taubatku dan ampunilah aku.. aamiinn...

Sifat-sifat Mazmumah
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah 

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. Ia bererti marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan. Pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar. Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran, seperti marah akan perbuatan lara, marah kerana lewatkan solat dan marah kerana perbuatan buruk.Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
” Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. ‘Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ‘,Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka “. ( Surah Muhammad : Ayat 26 )


2. Pendendam Tersembunyi 
Iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
” Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh – sungguh “. ( Surah An-Nisaa’ : Ayat 65 )

3. Hasad dengki 
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah Swt kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

4. Bakhil  
Sentiasa berdalih mengatakan tiada duit. Nikmat yang dikurniakan oleh Allah Swt kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wata‘ala. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud :“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar “.
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )

5. Tamak 
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak walaupun telah ada segunung emas, maka mereka amhukan lagi dan lagi.. Mereka lupa itu semua adalah kurnia dan ujian Allah pada manusia.

6. Tidak sabar 
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Sepatutnya
Iaitu menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai. Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:
1. Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain daripada Allah subhanahu wata‘ala ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.
2. Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.
3. Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.
Sifat sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.
Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

7. Ujub 
Membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. 
Ianya merasakan atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi kecantikan, penampilan, pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

8. Riak 
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji akan kecantikan, kebaikan atau kesempurnaan maka ia akan menambah malah anak menunjuk nunjuk lagi akan ''kehebatannya'' untuk disanjung dan dipuji. Ia akan marah jika ditegur atau dikritik dan mula menunjukkan ''riaknya''. Baginda yang lain yang bermaksud :
” Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendaklah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! ” Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata… itu memberi peluang pada syaitan ” . (Riwayat Muslim)

9. Takabbur (sombong)
Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.
Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat. Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.

10. Cinta dunia  merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagikan dan akhirat dibawa mati. Perasaan mereka tiada pada akhirat..mereka takut akan miskin dan kematian.. dalam masa yang sama mereka mahukah syurga dan mengaku adalah ahli syurga.Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
” Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh – sungguh “. ( Surah An-Nisaa’ : Ayat 65 )

Jalan keluar bagi perkara ini adalah TAUBAT..
1. Iaitu kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu.
2. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
” Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani ”.

( Surah Al – Muzammil – Ayat 20 )
3. Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut :
Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut.
Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan.
Bercita-cita tidak akan mengulanginya lagi.
Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi.
Mengerjakan perkara-perkara fardhu yang telah luput.
4. Setiap manusia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada tersalah dan terlupa, melainkan manusia yang Ma'sum ( terpelihara daripada dosa) seperti rasul-rasul dan nabi-nabi.
5. Seseorang itu hendaklah bersungguh-sungguh memelihara diri daripada dosa iaitu dengan memelihara seluruh anggota daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama.
6. Beberapa faedah dan hikmah taubat iaitu:
Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.
Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T .
Meningkatkan ketaqwaan diri.
Membenteras tipu-daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan berbuat dosa dan maksiat serta perbuatan lara.
Zikrulmaut Iaitu sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia dengan amalan-amalan yang baik.
Oleh kerana seseorang itu akan mati, maka hendaklah ia bersedia dengan amalan-amalan yang baik dan hendaklah ia memenuhkan tiap-tiap saat daripada umurnya itu dengan perkara yang berfaedah bagi akhiratnya kerana tiap-tiap perkara yang telah lalu tidak akan kembali lagi.
Semoga kita semua memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah S.W.T. dalam hidup di dunia dan akhirat .Sesungguhnya sifat mazmumah ini sebenarnya adalah untuk peringatan AKU..kerana inilah sikapku yang tak aku sedari.. maafkanlah wahai teman saudara/i sekalian..
~Wallahu'alam.
~Jaksakotaraja.

DUNIA TERLAKNAT DAN TERLAKNAT PULA YANG ADA DIDALAMNYA ADALAH AKU..???

mukminkah aku??kafirkah aku.??pastinya aku telah kufur padaNYA ..dunia adalah penjara bagi orang yang beriman kerana orang mukmin diikat dengan ketaatan, berpegang teguh dengan ketaatan dan dijauhkan dari yang diharamkan dikehidupan dunia, dunia merupakan syurga.. 

Sesungguhnya dunia adalah penjara bagi orang yang beriman kerana orang mukmin diikat dengan hukum Allah , ketaatan pada hadis dan sunnah , berpegang teguh pada keterangan Al Quran dengan ketaatan pada isi kandungnya dan dijauhkan  dari segala apa yang diharamkan dikehidupan dunia dan dijauhkan perbuatan yang dimurkai Allah Swtdunia merupakan syurga bagi orang kafir dikeranakan tidak adanya ikatan, terlepas dari tali pengikat, serta tidak peduli dengan perintah dan larangan. 
Rasulullah SAW telah bersabda "Dunia ini adalah penjara bagi orang mu'min dan Syurga bagi orang kafir." 

(HR. Muslim).
Maka jika dilihat era ini, orang yang mengaku islam juga turut ''mengikuti jejak kafir''. mereka sanggup melepaskan diri dari ikatan hukum Allah yang ditetapkan dan ada yang mengambil sebahagian dan tolak sebahagian dan ada pula yang ''olah'' agar dapat menghalalkan cara. mereka berkata dunia perlu di cari dan akhirat adalah belum pasti mereka akan ke neraka. Sering mereka mengatakan dan laungkan 
'' tuhan tidak mengubah nasib seseorang itu.. seseorang itu yang perlu ubah nasib mereka'' , 
''kamu perlu kejar dan terus kehadapan jika inginkan kejayaan..'' , '
'kamu kena berkorban masa dan waktu untuk mengecapi kekayaan'' '' jangan kamu peduli segala halangan jika inginkan kejayaan..'' ''tinggalkan halangan kamu walaupun ibubapa/anak atau sesiapa yang menghalangmu jika inginkan kejayaan'' . 
Inilah antara kata kata yang dipasak di hati orang islam secara halus. Meraka itu dikhyalakan dengan janji kemewahan dunia dengan mengepikan soal maruah dah hukum Allah.. Mereka dikhayalkan agar berlumba mengejar dan mengekalkan kesihatan.. mengekalkan tenaga.. kecantikan.. kemudaan.. ketampanan.. seolah olah mereka tidak akan mati @ tidak mahu mati dan mereka merasakan itulah yang paling utama untuk terus hidup. Mereka merasakan mereka lebih bertanggungjawab dan kononnya mengetahui batas hukum agama, ''mereka memandang sinis akan segala keterangan yang benar'' dan mencari alasan bagi menolak kata hukum dengan viarasinya yang difikirkannya melalui hawa nafsunya, tetapi ternyata mereka itu Allah Swt telah firmankan
خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ 
                                                               عَذَابٌ عَظِيمٌ

 '' Khatamallahu ‘ala quluubihim wa’ala sam’ihim wa’ala abshaarihim ghisyaawah..  walahum ‘adzaabun ‘azhiim''

Berdasarkan firman Allah SWT:
مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) faedah di akhirat, maka Kami akan memberinya serta kami tambahkan pada faedah yang dikehendakinya. Dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, maka Kami akan beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan). Dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun (di akhirat kelak)”. 
(al-Syura:20)


Meski hidup susah untuk diuruskan, namun kita terus mencari bekal, bekalan untuk menuju kehidupan yang kekal. Sesungguhnya dunia bukanlah tempat tinggal yang abadi buat mukmin.. dunia ini hanya untuk mereka mencari kekayaan dan harta serta kemewahan yang merasakan untuk kekal hidup didunia dan takut mati.
Maka tidak tertipu mereka yang berakal, Iman dan amal soleh sebaik-baiknya bekalan. Sesungguhnya bekalan akhiratku adalah kosong dan terhutang dosa diriku dan mungkin menanggung dosa kepada yang lain.. maka itu aku pohon Rahmatmu agar terimalah taubat dan keampunan dari hambaMu yang telah kufur ini..
Sunnah Nabi jadikan panduan  iman dan amal dan semoga Syurga menjadi tempat tinggal kita. 
Inilah dunia dengan tabiatnya dan dengan hal yang ada di dalamnya berupa kegundah gulanaan baik itu yang telah berlalu, yang sedang dialami, atau yang akan datang. Orang yang beriman ketika dia mengenal tabiat dari dunia dia tidak akan menyibukkan dirinya dengan mencarinya sebanyak-banyaknya. 

Sedangkan Rasulullah Saw bersabda:
من أصبح منكم آمناً في سربه ، معافى في جسده ، عنده قوت يومه ، فكأنما حيزت له الدنيا بأسرها“Barangsiapa di antara kalian yang memasuki waktu pagi hari dalam keadaan aman pada dirinya, sihat jasmaninya dan dia memiliki makanan pada hari itu, maka seolah oleh dia diberi dunia dengan berbagai kenikmatannya. 
(HR. al-Bukhari )

Dan sesungguhnya keletihan jasad, kegundah gulanaan, dan kesedihan jiwa yang dialami seorang hamba di dunia akan dilenyapkan dengan berzikir mengingat Allah 
Allah Swt berfirman :
 أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ 
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram
(Qs. Ar Ra’d 28)

Kesimpulan :
Sesungguhnya seorang mukmin berada di penjara di dunia ini jika dibandingkan dengan besarnya balasan yang Allah Swt persiapkan untuk dirinya berupa syurga.
Rendahnya nilai dunia di sisi Allah Swt serta hinanya dunia. Rasulullah Saw bersabda :


الدنيا ملعونة ملعون ما فيها.
Dunia itu terlaknat dan terlaknat pula apa yang ada di dalamnya, (HR. At-Tarmizi) 
Sesungguhnya kejayaan yang hakiki adalah seseorang yang dimasukkan ke dalam syurga yang tidak pernah dilihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan tidak pernah terdetik dalam hati manusia. 
Ingatlah perkataan ‘Ali bin Abi Thalib,

وَإِنَّ الدُّنْيَا قَدِ ارْتَحَلَتْ مُدْبِرَةً وَالآخِرَةُ قَدْ قُرِّبَتْ مُقْبِلَةً وَلِكُلِّ وَاحِدَةٌ مِنْهُمَا بَنُوْنَ فَكُوْنُوْا مِنْ
أَبْنَاءِ الآخِرَةِ وَلاَ تَكُوْنُوْا مِنْ أَبْنَاءِ الدُّنْيَا فَإِنَّ اليَوْمَ عَمَلٌ وَلاَ حِسَابٌ وَغَدًا حِسَابٌ وَلاَ عَمَلٌ
“Sesungguhnya dunia akan ditinggalkan di belakang. Sedangan akhirat begitu dekat dijumpai di depan. Dunia dan akhirat masing-masing memiliki budak. Jadilah budak akhirat, janganlah menjadi budak dunia. Hari ini (di dunia) adalah hari untuk beramal, tidak ada hisab (perhitungan). Sedangkan besok (di akhirat) adalah hari hisab (perhitungan), tidak ada lagi amalan.
Betapa ramai manusia itu terkejar dan berlumba mencari kekayaan serta kemewahan dunia. Sanggup mereka mengenepikan hukum syarak dan meletakkan hukum yang bersesuaian dengan mereka sendiri. Ingatlah bahawa segala apa yang kita dimiliki akan dipersoalkan secara teperinci. Lebih malang apabila ada yang sanggup mempertikaikan hukum Allah, hingga mereka mengatakan ianya tidak sesuai.
Tidak tertipu dengan dunia. Sungguh Rasulullah Saw bersabda :


اتقوا الدنيا

Berhati-hatilah terhadap dunia 
(HR. Muslim)
Dunia dinamakan demikian kerana dunia mendahului akhirat, dikatakan juga kerana dekatnya dia kepada kebinasaan.  Apa yang dijanjikan bagi orang yang beriman setelah matinya merupakan kemuliaan dari Allah , maka dunia dibandingkan dengan alam kubur adalah sebuah penjara dan apa yang diancamkan bagi orang kafir berupa siksa maka dunia laksana syurga.
Seorang mukmin mendapatkan kenikmatan dan kelazatan di dunia lebih besar dari pada orang kafir sebelum akhirat sekalipun dunia adalah penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir.
Sesungguhnya dunia adalah penjara bagi orang yang beriman kerana orang mukmin diikat dengan ketaatan, berpegang teguh dengan ketaatan dan dijauhkan dari yang diharamkan dikehidupan dunia, dunia merupakan syurga bagi orang kafir dikeranakan tidak adanya ikatan, terlepas dari tali pengikat, serta tidak peduli dengan perintah dan larangan.
Sesungguhnya dunia laksana penjara bagi seorang mukmin meskipun dia boleh mengambil kelazatan dan kesenangannya di dalamnya, maka dunia tetaplah penjara jika dibandingkan dengan kenikmatan yang ada di sisi Allah. adapun orang kafir dengan melihat tempat kembalinya maka itu adalah syurga.
Orang mukmin dan kafir semuanya akan ditanya mengenai kenikmatan, namun orang kafir ditanya untuk menghinakannya dan menghertaknya, sedangkan orang mukmin ditanya untuk mengingatkan akan nikmat.
Seorang insan hendaknya menyingkapi kegundahan ini dengan petunjuk Al Quran dan As Sunnah, serta redha dengan pemberian Allah  seraya mengucapkan, “Ya Allah kami mengenal nikmat Mu dengan keberlangsungannya buka hilangnya.
Maksiat merupakan sebab munculnya kegundahan dan kesedihan.
Manisnya kehidupan ada pada kembali kepada Allah dan beramal soleh.
Orang kafir apabila tertimpa kesulitan apakah bersabar ?
Jawapannya adalah tidak, bahkan dia bersedih dan terasa sempit kehidupannya, tidak jarang pula yang kecewa dan bunuh diri, akan tetapi seorang mukmin dia akan bersabar dan mendapatkan lazatnya kesabaran dengan lapang dada.Sesunguhnya aku telah terpedaya dan berpaling..dan sesungguhnya aku adalah tergolong dalam kerugian.. maka aku memohon ampun dan taubat kepadaMu ya Allah..
Seorang mukmin akan senantiasa berada dalam kebaikan bagaimanapun keadaannya, dialah orang yang mendapatkan keuntungan dunia dan akhirat, orang kafir berada dalam keburukan dan dia mendapatkan kerugian dunia dan akhirat.
Orang-orang kafir dan orang-orang yang meremehkan agama Allah serta tenggelam di dalam kelazatan dan kemewahannya, maka mereka itu meskipun membangun istana serta berlimpah kenikmatan dunia, maka sesungguhnya pada hakikatnya mereka berada di dalam neraka jahim, sampai-sampai sebagian salaf mengatakan, “seandainya para raja dan putra-putra raja mengetahui keadaan yang kami di dalamnya nescaya mereka akan merampasnya dari kami dengan pedang-pedang.”
Orang-orang yang beriman sungguh menikmati hidup dengan bermunajat dan berzikir kepada Allah. Mereka menjadi orang yang paling bahagia, berbeza dengan pengagum dunia sungguh mereka disifati oleh Allah  dengan firman Nya :
فَإِنْ أُعْطُوا مِنْهَا رَضُوا وَإِنْ لَمْ يُعْطَوْا مِنْهَا إِذَا هُمْ يَسْخَطُونَ 


Dan di antara mereka ada orang yang mencelamu tentang (pembahagian) zakat; jika mereka diberi sebahagian dari padanya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebahagian dari padanya, dengan serta merta mereka menjadi marah. 
(Qs. At Taubah : 58)

Ingatlah! Dunia tempat menanam, akhirat tempat menuai. Waktu menanam memanglah susah, tidak semudah waktu menuai. Tetapi tanpa melalui kesusahan, kita tidak akan dapat menikmati kesenangan. Jangan sekali-kali mengikut ajakan syaitan dan godaan nafsu menyuruh berbuat jahat dan kemungkaran. Ya telah aku terpedaya akan ajakan syaitan..maka aku mohon taubat kepadaMU.
Fikirkanlah! Waktu tidur dan berehat-rehat telah berlalu, kerana bertambahnya umur kita bermakna kita telah terlalu hampir untuk bertemu Allah s.w.t. Sanggupkah kita berhadapan dengan Allah s.w.t. nanti dengan membawa amal yang terlalu sedikit sedangkan dosa pula melebihi daripada pahala yang kita miliki? Maka aku peringatkan diriku sendiri apakah kesudahan diakhir nafasku.. Oleh yang demikian aku amat mengharapkan dosa dan taubatku diterima oleh Allah Swt sebelum ajal menjemputku pulang..

~Hanafiah.

Isnin, 15 Mei 2017

SEANDAI TAUBATKU DITERIMA SELEPAS KEMATIANKU..??

diterima di Yaumil Masyar.. maka lebih buruk lagi dari barzah.. pastinya taubatku itu diringi dengan heretan rantai yang membelunggui diriku. Heretan yang tiada belas kasihan oleh ''zabaniah''. Pastinya aku akan dicampak, diazab dengan kemarakaan api neraka . Didalamnya pula menunggu untuk azab yang lebih pedih lagi untuk diriku.. 

Seandainya orang islam itu ditanya jika mati.. kemanakah dia ditempatkan.. Pastinya ramai yangkan mengatakan ianya akan masuk syurga dan ahli syurga.. Malah mereka itu yakin dengan percakapan mereka itu. Andai, ditanyakan padaku nescaya aku akan mengatakan aku ahli neraka. Sedang mereka berkata ianya akan perolehi RAHMAT ALLAH.. Sedang aku berkata sesungguhnya Rahmat Allah itu milikNYA untuk mereka yang dikehendakiNYA.
Maka mereka dengan percaya akan dikurniakan Rahmat Allah diatas sifat ''Pengasih'' dan ''Penyayang''. Maka padaku pula, Rahmat Allah itu ''HakNYA'' untuk diberi kepada orang ''yang dikehendaki serta dikasihiNYA'' Dengan penuh yakin mereka berkata ''sudah tentu aku adalah pilihanNYA dan aku yang dikasihiNYA'' kerana aku islam dan beriman. Dengan sedih aku berkata ''sudah tentu aku bukan pilihanNYA dan bukan dikasihinya kerana setaat manakah aku denganNYA dan seIman manakah aku.?? Ya..mungkin juga kalian adalah golongan yang baik, beriman dan bertakwa..mudah mudahan..
Aku yang kini masih kesamaran <<sila klick dalam gelap dalam mencari jalan pulang. Maka banyak aku lalui dan temui. Alangkan hidupku ini hanya jika ada amalan pun, hanyalah sekadar 3% dari 24jam.. dalam 3% itulah juga termasuk kira amalan bersebab dan melayang.. Apakah aku kira aku layak untuk menjadi ahli syurga ??? Apakah boleh aku katakan aku akan dapat rahmat Allah..?? Sedang waktu yang lainnya banyak aku habiskan dalam kelaraan dalam mencari keduniaan serta memenuhi hawa nafsu perhiasan dunia.. Ya aku TELAH MENZALIMI DIRIKU SENDIRI. Aku telah menginaiya diriku sendiri..ya aku telah mencampakkan diri dalam kebinasaan.. adakah mereka berani untuk berkata begini secara jujur dan ikhlas..??
Aku bukan menafsir dari hatiku .. tetapi aku menafsir dari panduan iman yang berlandaskan hukum.. bukannya hati yang berlandaskan ''aku yang terbaik''. Mana mungkin aku dapat masuk syurgaNYA kerana syurga itu adalah kurniaNYA dan neraka itu pilihanku atas perbuatanku dimuka bumi. Apakah aku kira Allah itu mengasihi aku maka akan diberikan syurga buatku..?? Dan apakah sebab untuk Allah mengasihi aku..?? Adakah hanya dengan kata-kata..?? adakah kerana aku taatiNYA.. atau banyaknya aku beramal ibadah..?? Jika ya berapa banyak ibadah kusyukku... berapa banyakkah ibadah seilhlasku yang tidak mengaharapkan apa-apa yang dikeranakan aku beribadah hanyalah sebagai hamba?? Apakah aku layak untuk ke syurga..??
Untukku berkata taat pada Allah, aku adalah pendusta besar... aku adalah pendusta dihadapan Allah, malaikat dan rasulNYA.. Dalam seharianku berapa lamakah masa ku berikan ketaatanku kepada RabbulJalil.. makanya aku adalah penipu dan pendusta... Aku hanya taat akan hawa nafsuku sahaja dalam sibuk mengurusi hal keduniaan dan mencari kesenangan hidup didunia.. 
Sering aku sibuk mencari bekalan dunia yang tiada berkesudahan.. padahal itu semua pasti akan dipersoalkan dihari kemudian. Ya aku inginkan kekayaan..kemewahan.. kesenangan.. kebahagian hidup... TAPI HANYA DIDUNIA..!!! Adakah aku bersedia untuk menjawab 4 soalan dikemudian hari..??
Dimanakah imanku kini disaat ini ??? adakah masih terpaut kepada dunia.. ya.. aku masih terpaut pada dunia... ya aku adalah hina.. kerana aku sering meminta-minta padaNYA.. sampai dalam ibadah rutinpun aku sering meminta-minta bagaikan anak kecil. selepas minta ini aku minta itu dan minta ini dan itu seterusnya dari aku budak sampai ke tua.. Aku malu ..aku hina.. aku kufur.. aku zalim ..
Sampai bilakah keikhlasan aku untuk menTAATINYA sepenuh jiwa..??
Maka dengan demikian aku yang kini dalam mencari jalan taubat sebelum pulang... aku amat mengharapkan agar aku temui sebuah taubat yang abadi sebelum mataku ini terpejam buat selamanya. Sesungguhnya aku tidak sanggup seandainya taubatku diterima ketika aku dibarzah ..aku tidak sanggup dengan taubatku diterima dibarzah kerana sudah pasti aku aku terhimpit hingga rusukku bersilang kiri dan kanan.. malah paluan azabMU merupakan cambuk besi keatas keubun ubunku hingga berkecai dan bertaut semula dan dipalu sehingga kiamat, Itu yang membuat aku amat takut.. Sesungguhnya tiada lagi kerehatan buatku selama-lamanya seandainya taubatku kau terima di barzah..
Dan itulah bukanlah pengakhirannya.. apakah nasibku di Yaumil Masyar kelak.. Seandainya Taubatku diterima di Yaumil Masyar.. maka lebih buruk lagi dari barzah.. pastinya taubatku itu diringi dengan heretan rantai yang membelunggui diriku. Heretan yang tiada belas kasihan oleh ''zabaniah''. Pastinya aku akan dicampak, diazab dengan kemarakaan api neraka . Didalamnya pula menunggu untuk azab yang lebih pedih lagi untuk diriku.. Sesungguhnya penjaga neraka itu amatlah bengis dan tiada belas ihsan serta taat akan perintah Allah..
YA ALLAH SESUNGGUHNYA AKU ADALAH GOLONGAN PENDUSTA AYAT KETERANGANMU.. YA ALLAH... SESUNGGUHNYA BENAR AKU TELAH MENZALIMI DIRIKU.. SESUNGGUHNYA BENAR AKU TELAH MENGINAIYA DIRIKU.. MAKA ITU AKU MEMOHON TAUBAT KEPADAMU.. AKU KESAL AKAN SEGALA PERILAKUANKU YANG AMAT BURUK DARI SEGI PERLAKUAN ZAHIR DAN BATIN.. YA ALLAH AKU MEMOHON TAUBAT DAN KEAMPUNAN KEPADAMU YA ALLAH.. YA ALLAH PENERIMA TAUBAT DAN MAHA MENERIMA TAUBAT, SESUNGGUHNYA AKU TELAH KUFUR DIATAS SEGALA NIKMATMU.. AKU KESAL AKAN SEGALA KEMAKSIATAN MULUT.. AKU KESAL KEMAKSIATAN MATA.. AKU KESAL BERBUAT KEMAKSIATAN TELINGA.. AKU KESAL BERBUAT KEMAKSIATAN HATI.. MAKA ITU AKU MEMOHON KEAMPUNAN DAN TAUBAT KEPADAMU , AKU SUNGGUH MENYESAL YA ALLAH.. .. AKU BERJANJI TIDAK AKAN MENGULANGINYA LAGI.. YA ALLAH TERIMALAH TAUBAT DARI HAMBAMU INI DIATAS KEKUFURAN HAMBAMUN INI.. YA ALLAH AKU MEMOHON DIATAS NAMA ZATMU.. AKU MEMOHON DIATAS NAMA SIFATMU SERTA ASMA'MU.. AGAR SEGALA DOSAKU KAU AMPUNI..DAN TERIMALAH TAUBAT KU TERIMALAH YA ALLAH TAUBAT NASUHAKU.. SESUNGGUHNYA AKU ADALAH DIDALAM GENGGAMANMU SEJAK DARI AZALI.. SESUNGGUHNYA ENGKAU LEBIH MENGETAHUI DIMANAKAN PENYUDAHANKU.. SESUNGGUHNYA AKU TIADA HAK KEATAS DIRIKU..MAKA ITU AKU KEMBALIKAN DIRIKU KEPADAMU DENGAN MEMOHON TAUBAT KEPADAMU.. AAMINN...
~Hanafiah















Jumaat, 12 Mei 2017

TERIMALAH TAUBATKU, SEBELUM AJALKU MENJEMPUTKU..


Sebelum aku memulakan coretan ini.. ingin aku kalungkan keampunan dan kemaafan buat pembaca budiman.. waris warisku.. sahabatku.. saudara dan saudari yang mengenali diriku.. dengan rendah diri dan sayu hati agar kalian dapat mengampunkan dan memaafkankan daku.
Sesungguhnya telah kini aku rasa ajalku makin rapat... saat jantungku mula begetar tidak menentu.. nafas sesak hadir tanpa mengira waktu.. kenikmatan hidup mula ditarik melalui pancainderaku.. Rasa gelisah tanpa sebab.. hilangnya kegembiraan dunia.. Tibanya saat kematian itu aku akan dihilangkan sedikit demi sedikit keduniaan.. Rupanya mungkin Allah ingin memberikan aku peluang untuk aku menginsafi diri dan bertaubat..
Tidak pernah aku rasa sebuah taubat sebelum ini.. Sebelum ini taubat itu hanya doa dibibir dan sekadar memenuhi ruang doa ketika selesai solat, selepas wuduk dan sebelum tidurku..Hanya itulah permohonan taubat yang biasa aku lakukan.  Taubat sebelum ini hanyalah sebuah taubat ''kepalsuan''  <<klik) itu yang telah aku persembahkan buat Rabbul Jalil, itulah yang aku rasa kini. Betapa penyesalannya diriku ini bila sebuah '' taubat kepuraan dan kepalsuan telah aku persembahkan'' kepada Rabbul Jalil.. 
Atas nasihat saudara sepeguruanku dengan memesan kata kata amanat almarhum guru mursyidku.. aku mula sedar betapa jauhnya dan semakin jauhnya aku dari Rahmat Allah Swt. Aku lupa pesannya akan segala keistimewaan kurniaan Allah itu janganlah aku persiakan dalam lara''. masih aku terkesan pesanannya.. ''gunakanlah matamu untuk melihat mata hatimu''.. kenapa lara juga yang kau perbuat.. '' gunakanlah telingamu untuk mendengar rintahan hatimu''.. kenapa kau gunakan untuk dengar selainnya..?? ''gunakanlah lidahmu untuk berbicara pada hatimu dan yang hak '' janganlah kau berkata bathil.. YA ALLAH aku amat menyesal dan aku sedar akan segala dosa- dosaku..
Pencarian taubat itu aku cari dan cari.. maka aku temui dan ingati semua perguruan yang telah aku pelajari.. Ya.. Aku temui dihadapan mataku sendiri.. Al Quran.. yang mana sebelum ini hanya sebagai teman senjaku untuk aku alunkan sebagai penyatuan keluarga.. Ya aku salah dan silap..pastinya kalian akan berkata mana mungkin atau terkejut... Al Quran itu hendaklah aku angkat sebagai pedoman hidup serta ikut atur segala isinya.. ya pesan guru Quranku.. '' Wahai hanafiah.. janganlah kamu tinggalkan Al Quran ini selepas kamu katam'' sesungguhnya Al Quran ini amat berguna buat kamu nanti..'' Bacalah olehmu dengan segala doa yang telah diajarkan dalam setiap surah yang telah diajarkan pada kamu..''.  bukan untuk alunan bacaan dalam rumah sahaja.. Sesungguhnya saya sebagai gurumu telah lepas ikatan dan amanahku.. telah ku ajar sempurnakan segala isi kandung Al Quran buatmu Hanafiah'' hanya secebis doa janganlah lupa pada gurumu ini.. ''YA ALLAH AKU MENANGIS SAAT AKU MENGINGATI WASIAT DAN AMANAHNYA DAHULU'' Ya Allah sesungguhnya AKU TELAH ZALIMI DIRIKU INI.. aku telah jauh tersasar dari hidupku.. ''hubbud dunia'' telah menguasai jiwaku.. cahaya hatiku rupanya kian malap dan hampir padam.. aku terikut dalam buaiyan kersoronakan dunia dan kepalsuan perhiasan hidup. SEGALA-GALANYA AKULAH YANG BERSALAH.. BUKAN KERANA DUNIA..BUKAN KERANA ANAK ISTERI.. BUKAN KERANA APA JUA.. TETAPI '' HATIKU YANG BERSALAH YANG MEMBAWA JASAD TERKORBAN DALAM NAFSU '' ya aku akui semua salah dan dosaku.. makin aku sedar bahawa aku telah ''kufur'' dengan ALLAH Swt.

''peralihan hidup kearah jalan mati''<<klick Maka bermulalah langkah yang aku sembunyikan dari semua.. Rupanya aku lupa.. bahawa setiap apa yang aku cuba arahkan, aku akan diuji.. Ujian demi ujian aku lalui dengan pelbagai arah pelusuk. Aku hampir tewas dalam ''lari dan berpaling '' Semakin aku ''hampiri kepada Rabbul JalaluJalallh '' semakin kuat aku diuji.. 
Segala kesakitan jantung .. kesempitan nafas.. kelonglaian tubuh.. tiada lagi menjadi ketakutan bagiku..yang mana sebelum ini aku amat takut akan penyakit atau kesakitan serta kematian. Ketahuilah bahawa pencarian  dalam kedahagaan ''TAUBAT'' itu membuatkan segala keperitan itu tiada kesan bagiku lagi..hanyalah airmata berkelopakan dimataku mengenangkan seandainya taubat aku masih belum diangkat atau diterima.. bukan kerana airmata kesakitan.Dalam saat itu tiba- tiba.. aku didatangi ''mualim'' untuk membawaku kearah kembali ke Sakratulmaut''..  Aku sungguh terpaku dan terkunci lidahku.. hanya airmata yang aku berikan jawapan padanya.. cuma beberapa patah ucapan yang aku mampu berikan.. itupan bukan dari lahir mulut ku, itu adalah kata hatiku yang sendiri aku belum aku ucapkan sebelum ini.. aku terima katanya yang amat benar dan kata itulah janji ketika hidup kita.. '' di mana engkau.. dari mana engkau.. nak kemana engkau..'' terkelunya tubuhku ini.. Dia akan datang lagi untuk membawaku.. entah bila.. mungkinkah dekat atau lambat..??

Saat ini kesakitan degupan jantung yang aku alami menjadi teman untuk mengingati Allah jika aku terlupa.. Kesempitan dan kepayahan kenafasan itu ku jadikan zikir/ingatan untuk mendekatkan lagi diriku padaNYA.. Kesedihanku aku bicarakan pada Kitabullah.. Kedukaanku, aku tasbihkan pada pelbagai kata zikir serta tasbih dan tahmid pada setiap buah tasbihku.. Segala kesulitanku aku selawatkan dan diumul kitabkan pada buahan tasbihku..
Namun aku adalah sebagai insan yang lemah dan sering berkendakkan sesuatu.. namum aku berusaha dan bertawakal selepas itu.. Memang FITRAH lumrah hidup manusia itu bekendakkan dan mempunyai keinganan .. Cuma aku inginkan jika kiranya ianya adalah hak aku.. maka aku berusaha untuk pertahankan.. Seandainya ianya bukan hak aku.. maka akan aku kembalikan padaNYA untuk menentukan.. 
Sesungguhnya aku sedar, segalanya yang ada padaku bukanlah hak mutlakku.. hati, perasaan, anak, isteri, rumah, harta serta kenikmatan hidup bukanlah hak aku.. itu semua adalah hanyalah pinjaman dari kurniaan Allah untuk penghidupan sementara didunia.. Jika aku memelihara baik semua itu ''mungkin'' ada harapanku untukku mendapatkannya sebagai yang kekal disana(syurga) kiranya ''jannah menyebelahi semuanya''.
Memang nampak mudah, tetapi ianya amatlah sukar dan perlukan ''banyak pengorbanan yang hakiki '' mampukah aku..?? ''Aku perlu ''serahkan'' kepada yang banyak.. aku perlu pula''berkorban'' pada yang sedikit..''
Aku hanyalah berbekal dan masih mencari sebuah TAUBAT.. ???

~Al ~Fatihah..
~Hanafiah.







Khamis, 11 Mei 2017

''HAND PHONE DAN FREE HAND''..

berapa ramaikah kita sebagai umat islam menadah tangan untuk berdoa..?? berapa lamakah kadar kita berdoa..?? adakah kadar kita berdoa itu lebih panjang atau gunakan hand phone lebih panjang masanya..?? Sedangkan DOA ITU TIDAK DIKENAKAN PEMBAYARAN.. FREE HAND DENGAN HANYA MENADAH TANGAN

Pernah aku berfikir bagaimana hubungan kita dengan Allah untuk Berhubung..?? bagaimanakah aku mahukan sesuatu atau meminta sesuatu yang aku inginkan..?? Sejak zaman Adam lagi ''Doa'' digunakan untuk manusia itu minta sesuatu perkara atau hajat serta apa perkara yang kita inginkan.. 
Tapi kini, atas tangan manusia itu diberi akal dan manusia itu diberi ilham untuk mencipta hand phone. Pengunaan telefon pintar @ hand phone pasti memerlukan wang untuk membelinya dan dikenakan bayaran untuk mengunakkannya..
Bila wujudnya Hand phone maka kebanyakan perhubungan ''ziarah'', jemputan atau undangan dan siratulrahim terputus secara halus. Sedangkan dirumah juga perhubungan kekeluargaan terputus akibat ''leka'' dengan ''hubungan secara talian atau maya. Berapa ramai yang memanfaatkan hand phone dan menghadkan hubungan melalui handphone..??
“Dan apabila bamba-bambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” 
(QS. Al-Baqarah: 186)Free hand @ DOA.. berapa ramaikah sebagai umat islam menadah tangan untuk berdoa..?? berapa lamakah kadar aku berdoa..?? adakah kadar aku berdoa itu lebih panjang atau gunakan hand phone lebih panjang masanya..?? Sedangkan DOA ITU TIDAK DIKENAKAN PEMBAYARAN.. FREE HAND DENGAN HANYA MENADAH TANGAN DAN MEMOHON. Doa itu adalah rangkaian yang kuat hingga menembusi semua petala langit..  Doa itu boleh dimohon dimana saja didaratan.. dilautan.. dihutan.. di dalam gua.. diudara.. hinggalah dalam sedalam lautan mana pun ''doa akan sampai terus'' sedangkan hand phone perlukan pembayaran dan taliannya terhad serta untuk meminta sesuatu juga perlukan bayaran.
Dalam Al Quran jelas telah menerangkan mengenai ''MASA'' surah al-Asr. dan telah banyak peringatan diberikan bahawa ''manusia itu menzalimi diri sendiri'' dan satu dalil yang kukuh berkaitan 
"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menginiaya diri mereka sendiri."
(Surah Yunus  44)

Dan Kami tidak mengutus seseorang rasul melainkan untuk dita'ati dengan seizin Allah. Sesungguhnya jikalau mereka ketika menginiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulpun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.( QS. An Nisaa : 64 )


RAWI TENTANG MOHON @ DOA..
Sahih Muslim 4674: Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin 'Abdur Rahman bin Bahram Ad Darimi; Telah menceritakan kepada kami Marwan yaitu Ibnu Muhammad Ad Dimasyqi; Telah menceritakan kepada kami Sa'id bin 'Abdul 'Aziz dari Rabi'ah bin Yazid dari Abu Idris Al Khalwani dari Abu Dzar dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam meriwayatkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang berbunyi: "Hai hambaKu, sesungguhnya Aku telah mengharamkan diriKu untuk berbuat zalim dan perbuatan zalim itu pun Aku haramkan diantara kamu. Oleh kerana itu, janganlah kamu saling berbuat zalim! Hai hambaKu, kamu sekalian berada dalam kesesatan, kecuali orang yang telah Aku beri petunjuk. Oleh kerana itu, mohonlah petunjuk kepadaKu, nescaya Aku akan memberikannya kepadamu! Hai hambaKu, kamu sekalian berada dalam kelaparan, kecuali orang yang telah Aku beri makan. Oleh kerana itu, mintalah makan kepadaKu, nescaya Aku akan memberimu makan! Hai hambaKu, kamu sekalian telanjang dan tidak mengenakan sehelai pakaian, kecuali orang yang Aku beri pakaian. Oleh kerana itu, mintalah pakaian kepadaKu, nescaya Aku akan memberimu pakaian! Hai hambaKu, kamu sekalian senantiasa berbuat salah pada malam dan siang hari, sementara Aku akan mengampuni segala dosa dan kesalahan. Oleh kerana itu, mohonlah ampunan kepadaKu, nescaya aku akan mengampunimu! Hai hambaKu, kamu sekalian tidak akan dapat menimpakan mara bahaya sedikitpun kepadaKu, tetapi kamu merasa dapat melakukannya. Selain itu, kamu sekalian tidak akan dapat memberikan manfaat sedikitpun kepadaKu, tetapi kamu merasa dapat melakukannya. Hai hambaKu, seandainya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang belakangan serta manusia dan jin, semuanya berada pada tingkat ketakwaan yang paling tinggi, maka hal itu sedikit pun tidak akan menambahkan kekuasaanKu. Hai hambaKu, seandainya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang belakangan serta jin dan manusia semuanya berada pada tingkat kedurhakaan yang paling buruk, maka hal itu sedikitpun tidak akan mengurangi kekuasaanKu. Hai hambaKu, seandainya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang belakangan serta semua jin dan manusia berdiri di atas bukit untuk memohon kepadaKu, kemudian masing-masing Aku penuh permintaannya, maka hal itu tidak akan mengurangi kekuasaan yang ada di sisi-Ku, melainkan hanya seperti benang yang menyerap air ketika dimasukkan ke dalam lautan. Hai hambaKu. sesungguhnya amal perbuatan kalian senantiasa akan Aku hisab (adakan perhitungan) untuk kalian sendiri dan kemudian Aku akan berikan balasannya. Barang siapa mendapatkan kebaikan, maka hendaklah ia memuji Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dan barang siapa yang mendapatkan selain itu (kebaikan), maka janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri."
Jika dilihat banyak keterangan bahawa semua perkara itu adalah aku yang pilih dan tentukan sama ada untuk ikut perintah atau engkar.. pastinya jalan tersebut ''aku'' yang pilih dan tidak harus salahkan orang lain atas pilihan aku..maka itu aku temui jalan agar aku banyak mohon taubat, aku rasakan itulah adalah permohonan yang terbaik untuk aku disana nanti selepas ajal menjemputku pulang....
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja

Rabu, 10 Mei 2017

AKU UNCANG NAJIS.. ???

..akan hukumNYA kita dirubah wajah rupa bentuk kita dan menukar nama ''manusia pada yang lain''?? Iblis pernah ada amal baik disetiap langit,. Kita?? ada diberi gelaran amal pada setiap langit??(sibuk cari nama didunia)  Adakah kita merasakan kita lebih mulia dari iblis atau kita lebih hina dari iblis ??? Apakah kesalahan iblis dan apakan kesalahan kita pada Allah..?? Siapa yang lebih BESAR buat salah pada ALLAH.. 

Manusia itu memang dijadikan dengan sebaik kejadian oleh Allah Swt. Bermula dengan lembaga Adam dari pelbagai jenis tanah di hamparkan dan ditiupkan ''roh'' untuk hidup lalu ''bersinlah'' nabi Adam itu sambil berkata ''Alhmadulillah''.. Diringkaskan, maka wujudlah ''Hawa'' dengan hanya berkalam ''KUN" maka wujudlah @ jadilah ''hawa''.
Bermulalah penentangan ''Azazil''  yang paling tinggi kedudukan diantara malaikat (Sayid al-Malaikat dan Khazin al-Jannah). dan sungguh taatnya pada Allah Swt pada tika itu. ''Azazil'' satu nama secara harfiah bermaksud Makhluk kuat Allah atau Makhluk terhormat Allah. Itu disaat ia taat pada Allah Swt hinggakan setiap 
langit diberikan gelaran buatnya tika itu.
Langit pertama ar-Rafii'ah, Ahli ibadah (al-Abid),
Langit kedua al-Maa'uun, Ahli ruku (ar-Raki),
Langit ketiga al-Maziinah, Ahli sujud (as-Saajid),
Langit keempat az-Zahirah, Selalu merendah dan takluk kepada Allah (al-Khaasyi),
Langit kelima al-Muniirah, Selalu ta'at (al-Qaanit),
Langit keenam al-Khaliishah, Bersungguh-sungguh dalam beribadah (al-Mujtahid),
Langit ketujuh al-Ajiibah, Sederhana dalam menggunakan sarana hidup (az-Zahid).


Bermulalah penentangan ''azazil'' terhadap Allah Swt.. Atas nama sifat ''sombong, riak, takkabur, azazil telah engkar pada perintah Allah dan tidak mahu patuh pada perintah Allah hanya beri penghormatan pada mahluk ''ciptaanNYA yang baharu'' 
Setelah ia enggan untuk bersujud kepada Adam, Allah memanggilnya Iblis dan mengubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan menjadi bentuk seperti babi hutan. Allah mengubah kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti ketel tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Maka berbalik kita sebagai manusia dari keturunan bani Adam yang dijadikan dengan percantuman titisan mani yang keluar pada tempat yang kotor.. Dari situ kita telah duduk dalam rahim ibu dan keluar juga dari tempat yang kotor.. Jadi bermulalah kehidupan manusia itu seperti yang ada sekarang.

CUBA KITA HAYATI SEMULA KEHIUPAN KITA YANG TELAH DIAMANAHKAN OLEH ALLAH SWT..??
Disini adakah dapat kita bayangkan perbezaan antara hubungan kita dengan Allah, hubungan iblis dengan Allah.. Iblis dan manusia, Allah berikan ruang untuk Taubat.. Antara manusia dengan iblis siapakah lebih banyak beramal soleh dan taat pada perintah Allah.?? Adakah bila kita engkar pada Allah, maka Allah terus menghukum kita..??? Adakah bila kita tidak ikut akan hukumNYA kita dirubah wajah rupa bentuk kita dan menukar nama ''manusia pada yang lain''?? Iblis pernah ada amal baik disetiap langit,. Kita?? ada diberi gelaran amal pada setiap langit??(sibuk cari nama didunia)  Adakah kita merasakan kita lebih mulia dari iblis atau kita lebih hina dari iblis ??? Apakah kesalahan iblis dan apakan kesalahan kita pada Allah..?? Siapa yang lebih BESAR buat salah pada ALLAH SWT..?? jangan kita pertikai kata godaan.. kerana itu adalah pilihan kita diatas ''keimanan'' atau ''nafsu''

Manusia itu hanyalah ''uncang najis'' yang berbalutkan kulit.. jika keluar dari ''lubang uncang'' dikira najis seperti air kencing atau kahak.. Jika kulit atau darah dalaman rosak, maka keluarnya dari kulit itu nanah.. dan ianya najis..Jika ditoreh kulit akan kerluarlah darah.. dan darah juga adalah najis..Bila kita mati, maka bertukarlah nama manusia itu kepada ''MAYAT". Siapa jua akan panggil kita mayat @ jenazah .. tiada lagi pangilan nama, walau orang itu kita sayang dan cintai atau dihormati.

Oleh demikian sebagai manusia hendaklah kita sentiasa bermuhasabah diri sendiri.. Allah telah memuliakan manusia itu dengan SifatNYA dan Af'alNYA. Allah menciptakan manusia itu semata-mata untuk beribadah kepadaNYA berlandaskan fitrah manusia yang berteraskan hukum Allah Swt.  Allah Swt memberikan Rahmat untuk manusia bebas berbuat apa yang kita ''pilih''. Maka pilihlah jalan yang lurus dan bukan jalan yang di murkaiNYA. 
~Walla'ulam.
~Jaksa Kotaraja.

Selasa, 9 Mei 2017

YANG JAUH KU SANGKAKAN DEKAT...

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a, dia berkata; telah bersabda Rasulullah saw “Ketika Allah menetapkan penciptaan makhluk, Dia menuliskan dalam kitab-Nya ketetapan untuk diri-Nya sendiri: Sesungguhnya rahmatKu (kasih sayangku) mengalahkan murkaKu” Saat persoalan hidup kita akan dipersoal bermula dari kubur oleh dua malaikat yang amat taat akan Perintah Allah.. tiada rakan..teman.. saudara..orang yang dikasihi.. dan sesiapa saja tiadak dapat membantu menemani dan tolong perjawabkan soal kubur.. Ketahuilah bahawa soalan kubur itu akan dijawab oleh amal perbuatan baik kita.. jika didunia kita boleh helahkan kononnya dosa disebabkan orang lain.. , dosa kerana terpaksa.., contoh; aku buat dosa atas sebab sipolan atau kerana sipolan.. saat itu tiada lagi alasan yang cuba kita helahkan seperti didunia.. Malaikat nungkar dan nangkir itu sangat tegas dan tiada belas kasihan dan amat taat tugasnya.  Janji oleh Allah Swt pasti !!!.. Ingatlah tika itu tiada siapa yang dapat membantumu.. walaupun mulutmu sendiri.. Segala amal baik dan buruk kita sendiri yang jawab...
Itu belum lagi kebangkitan kita di Yaumil Mashyar... Disana kita akan dipertontonkan seperti sebuah layar besar keatas apa yang kita perlakukan atas bumi dahulu..
“Sehingga Allah mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrikin laki-laki dan perempuan; dan sehingga Allah menerima taubat orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Ahzab: 73)

FirmanNya :
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.” (Ali Imran 10)

Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala di samping menyebutkan di dalam firmanNya perintah untuk menjalankan amanah, juga menyebutkan kepada kita larangan untuk berbuat khianat. Sebagaimana tersebut dalam firmanNya:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan janganlah kalian mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepada kalian, sedang kalian dalam keadaan mengetahui. ” 
(Al-Anfal: 27)
Yang dekat itu jauh dan jauh itu dekat.. kehidupan aku rasa didunia ini terlalu dekat dan semakin dekat kepada yang jauh... sementara yang jauh itu semakin jauh kepada yang dekat.. satu kata yang sukar diunggkap dan sukar dibayangkan.. tetapi gambaran hidup itu telahpun diberikan pada semua manusia itu sejak dalam kandungan lagi.. As-Syahid Hassan Al-Banna pula jelas mengaitkan masa dengan kehidupan, “Masa adalah sebuah kehidupan. Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya”.

Yang dekat itu jauh adalah, lahirnya manusia itu telah berada dihadapannya satu perjalanan yang terlalu jauh dah sukar digambarkan..tetapi telah diberikan ''kepastian'' serta kisahnya dengan selengkapnya.
Rasulullah Saw. bersabda: “Hiduplah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara”, Ibnu Umar berkata: “Jika kamu berada di petang hari jangan tunggu pagi hari, dan jika kamu berada di pagi hari jangan tunggu petang hari, gunakanlah kesihatanmu untuk (persiapan saat) sakitmu dan kehidupanmu untuk kematianmu.” (Riwayat Bukhari). Yang jauh itu dekat adalah kematian manusia.. setiap detik yang berlalu bermakna akan semakin dekatlah kita dengan kematian.. dan kematian itu kita tidak dapat elak..Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah saw bersabda, Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Ketika hambaku menyukai untuk bertemu denganku, akupun senang untuk bertemu dengannya, dan ketika hambaku benci untuk bertemu denganku, akupun benci bertemu dengannya” (diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Malik.)

Yang dekat itu jauh adalah satu perkara yang sesaat atau seminit berlalu... walau sesaat atau seminit yang ruang kita gunakan telahpun pergi jauh dan tiada dapat diundurkan lagi.. masa tersebut akan kita pertanggungjawabkan... 
Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a, beliau berkata, telah bersabda Rasulullah saw, “Allah Telah Berfirman,’Anak – anak adam (umat manusia) mengecam waktu; dan aku adalah (Pemilik) Waktu; dalam kekuasaanku malam dan siang

Sesungguhnya, Allah s.w.t telah berjanji dengan masa:
Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. 

(Surah al-‘Asr, ayat 1 hingga 3)

Yang jauh itu dekat adalah satu keburukan yang kita lakukan menyebabkan yang dekat dengan kita akan menjauhkan diri..
“Dua nikmat yang ramai manusia tertipu, iaitu nikmat sihat dan masa lapang.” 
(Riwayat Bukhari)
Firman Allah Swt;
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung,” Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu Amat zalim dan Amat bodoh.” 
(QS. Al Ahzab: 72)

Ingatlah ketika lahir tidak kita ketahui siapa yang mengeluarkan kita dari tubuh ibu kita, dan ketika kita mati, tidak juga ketahui siapa yang memasukkan kita ke kubur. Pokok persoalannya, dimanakan pengakhiran hidup kita.. segala perubahan pada fizikal telah Allah Swt perlihat serta peringatkan kita. Dari sejak bayi yang dibelai.. kanak-kanak yang dimanja.. remaja yang bercita-cita.. berkhawin serta berzuriat dan sehingga seterusnya becucu-cicit telah Allah Swt berikan tanda arah hampirnya kita kepada perjalanan yang jauh (Akhirat yang bermula dari Barzah)

~Wallau'alam

~Jaksa Kotaraja

Isnin, 8 Mei 2017

PERINGATAN ''MUALIM'' KEPADAKU..

Ya.. kamu tahu itu Hanafiah dan ku kira kamu sebenarnya telah tahu dan sampai.. tapi mengapa sikap kamu masih berpaling..?? Hanafiah..!! kamu masih sayang dengan dunia kamu..?? kamu masih sayang akan keluarga kamu..??

Tika sejak awal tahun, rupanya aku diperhatikan oleh seorang ''mualim'' tanpa aku sedari. Tika solat asar ''mualim'' itu solat dikanan sisiku dibelakang imam. Setelah selesai solat dia pun berlalu pergi tanpa bersalaman dengan yang lain  termasuk denganku. Setelah aku selesai bersalaman, aku datang menghampiri mualim tadi yang sedang bersandar didinding sambil memerhatikan sekumpulan jemaah sedang ''mentadabburkan Al Quran.''
Akupun bersalaman dengannya dan dipersilakan duduk disisinya. Bermulalah mukadimahnya terhadapku.. 
'' Hanafiah !! telah aku lihat dan perhatikan kamu sejak awal dan kini.. dan kini masanya untuk kamu ''pecahkan ruyung ''. Masa untuk kamu tidak lama lagi.. 

Makaku jawab.. ''Aku tidak faham akan apa yang dimaksudkan olehmu ''ya mualim..''  

''Mualim''berkata lagi ''Didepan ini kamu lihat mereka belajar dan membetulkan bacaan Al- Quran.. Bilakah masa mengamalkan bacaannya ?? bila pula untuk mengambil akan isinya..?? 
Adakah firaun dan firaoun itu berbeza ..??

Maka aku menjawab.. ''ada 2 jenis burung.. satu adalah ''kakak tua'' hanya belajar berkata dan hanyalah berkata tanpa tahu apa yang dikata serta maksudnya.'' satu lagi adalah  ''burung tukang'' .. walau ianya kecil, namun kegigihannya berusaha mencari makan hingga tempat makannya menjadi sebuah rumah buatnya.'' bayangkan pokok yang besar ditebuk dengan paruhnya secara bersungguh hingga menjadi sebuah rumah yang tersedia dengan makanan.'' tika itu seakan lidahku fasih berkata-kata dibalik tabir..

Lantas mualim itu seraya berkata, ''Hanafiah..!! jadi apa yang kamu tunggu lagi.. telah kamu ketahui dan fahami.. '' ingat..!! sampai bilakah kamu masih mahu sandarkan dunia ini.. beranikah kamu mati sekarang seandainya Allah mahu mematikan kamu sekarang.. Jawab!!! jawablah jika kamu berani.. 

Maka aku tunduk dan berkata dalam linangan airmata dan tangisan hiba.. '' ya dulunya aku takut tetapi kini aku tidak lagi.. MALAH AKU BERSEDIA.. akan tetapi terimalah taubatku dahulu dan matikanlah aku selepas taubatku diterima. Alangkan sakitnya jantungku dan kesempitan nafas serta kepayahan tiada lagi ku takut dan hiraukan.. Yang mana kini aku tertumpu pada Allah Swt agar segala taubatku diterima.. itu sahaja impian aku..

Maka kali ini airmataku mengalir keluar dan diiringi tangisan.. aku berkata.. wahai mualim Sesungguhnya aku dalam pencarian pintu taubat yang masih belum aku temui... aku masih mencari hingga aku temui dan akan mengetuk pintu tersebut'' dan seandainya pintu taubat itu aku temui pastinya aku akan lenyap dari dunia ini. Ya mualim.. kau tahu taubat bukan perkataan dan airmata serta permohonan..
Ya Hanafiah... '' Ya.. kamu tahu itu Hanafiah dan ku kira kamu sebenarnya telah tahu dan sampai.. tapi mengapa sikap kamu masih berpaling..??
Hanafiah..!! kamu masih sayang dengan dunia kamu..?? kamu masih sayang akan keluarga kamu..?? kamu masih sayang akan tanaman kamu..?? Ingatlah Hanafiah !! Allah Swt kurniakan 6 jenis rezeki kapada manusia itu.. dan ketahuilah.. yang ke-6 itulah rezeki dari usaha,keringat, perkerjaan, petani atau penternak yang diusahakan untuk rezeki.. Mengapa yang sumber dari 5 jenis itu diketepikan ??? Kamu tahu semua itu.. mengapa kamu berpaling..?? Hanafiah..!! ku tahu kau tahu maksudku yang ke-6.. yang ke-6 itulah membuatkan manusia itu berantakan.. berebutan.. saling bermegah.. telah ku kisahkan pada kamu Hanafiah tentang kisah perihal rezeki itu.. yang mana seorang pemuda yang sering beramal hinggakan solat 1000 rakaat sunat.. hingga ditegur oleh'' mualim tempatnya'' kerana tidak bekerja dan dari mana datangnya sumber pendapatan..?? Yang mana pemuda tadi mengatakan bahawa seorang yahudi kaya sering membiayai dan sering memberi wang kepadanya. Maka mualim itu senyap dan menyuruh agar pemuda itu teruskan jalannya. Maka disini mualim tadi masih bersandarkan dunia.. Hanafiah..!! nampakkah kamu dibaliknya.. Sesungguhnya manusia itu lebih megah diatas kurnia manusia kepada manusia.. mereka sanggup menidakkan segala kurniaan adalah dari Allah Swt. 
aku menjawab '' ..Ya aku faham yang mana ianya memisahkan hakikat dan syariat '' sambil mengalir lagi airmataku membasahi pipiku.. 

''Mualim'' berkata lagi..
Hanafiah..!! kini berimu dua pilihan sekarang ini... aku berikan kamu sejuta ringgit tunai sekarang atau kamu mahu pilih 2 rakaat solat sunat..?? 

Aku jawab.. ya mualim janganlah kau cuba duga palingkan aku dengan aku yang dulu.. maka kau ada jawapanku..

Seraya mualim itu berkata.'' Ya.. kamu tahupun.. maka apakah yang kamu tunggu lagi..??? dan kisah seorang pemuda yang ingin keluar jalan Allah dengan tiada apa-apa termasuk wang.. maka tahukah kamu dari mana dia akhirnya berjaya untuk berdakwah..?? tahukah kamu kisah 3 orang pemuda yang terperangkap dalam gua..?? tahukah kamu apa yang boleh menyebabkan mereka terselamat keluar..?? Hanafiah..!! ku yakin dengan apa yang ada pada kamu.. dan kamu sebenarnya tahu.. janganlah kamu khuatir amalanmu akan berkurang.. Mengapa kamu tidak mahu gunakannya, Telah kamu tahu ''cara itu..'' bagi melepaskanmu

Kali ini aku mulai sedu dan tangis sambil menyembunyikan tangisanku dengan memaling kedinding.. 
Ya.. mualim aku sebenarnya malu.. malu akan diriku dan masih aku rasa hingga kini.. Selagi ku rasa taubatku belum diangkat.. selagi itu akan tetap aku merayu kepadaNYA dalam setiap waktu.. Siapalah aku.. aku terhina sendiri akan perbuatan dan dosa silamku.. '' tak mampu aku gunakan saat ini.. mungkin berguna disaat  SAKRATULMAUTKU.
Saat ini aku menangis tanpa peduli sekeliling yang ada.. tapi alhamdulillah seakan tiada yang menoleh kearahku..

Mualim lantas menjawab..
Hanafiah..!! '' Jika kamu mengukur diri kamu, mengapakah kamu berada disini..??? Siapa yang membawa kamu kemari..?? Siapa yang menyuruhmu berpuasa ??? Siapa yang arahkanmu sering kemari..?? Jika kamu mahukan wang dan keperluan aku sedia sediakan buatmu sahaja,kamu hanya tinggal sebahagian sahaja untuk keluargamu.. boleh..??  Janganlah kamu beri asalan untuk bertangguh.. telah kamu ingat kematian itu juga tiada bertangguh lagi buatmu. Kita akan berjumpa lagi.. sambil berlalunya ''MUALIM'' tadi.. 


Ya Allah aku kini berada dalam dua persimpangan jalan akhir.. kini masih menjadi igauan dan menjadi bayangan nyata.. diamanakah ARAHKU..??
Sesungguhnya ini adalah coretan yang aku alami baru ini dan kata kata indah yang tak terancang keluar dari lidahku.. cuma coretan ini aku perhias sedikit kata-kata yang menjadi rahsia diri yang terperi agar terhidar dari fitnah zaman.. sesungguhnya kisah ini aku jadikan pendoman buat zuriat serta familiku.. maafkan aku..
~Hanafiah.






Ahad, 7 Mei 2017

NISFU SYA'BAN DAN SOLAT SUNAT MUTLAK

aku hambaMu, dan aku (terikat) dengan janjiMu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kepadaMu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikMu, dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana.. 

Diriwayatkan dari Siti A’isyah ra berkata, : "Suatu malam rasulullah solat, kemudian beliau bersujud panjang, sehingga aku menyangka bahwa Rasulullah telah diambil, kerana curiga maka aku gerakkan telunjuk beliau dan ternyata masih bergerak. Setelah Rasulullah selesai solat beliau berkata: “Hai A’isyah engkau tidak dapat bagian?”. Lalu aku menjawab: “Tidak ya Rasulullah, aku hanya berfikiran yang tidak-tidak (menyangka Rasulullah telah tiada) kerana engkau bersujud begitu lama”. Lalu beliau bertanya: “Tahukah engkau, malam apa sekarang ini”. “Rasulullah yang lebih tahu”, jawabku. “Malam ini adalah malam nisfu Sya’ban, Allah mengawasi hambanya pada malam ini, maka Ia memaafkan mereka yang meminta ampunan, memberi kasih sayang mereka yang meminta kasih sayang dan menyingkirkan orang-orang yang dengki” (H.R. Baihaqi) 

Diriwayatkan dari Siti Aisyah ra bercerita bahawa pada suatu malam ia kehilangan Rasulullah SAW. Ia lalu mencari dan akhirnya menemukan beliau di Baqi’ sedang menengadahkan wajahnya ke langit. Beliau berkata: “Sesungguhnya Allah Azza Wajalla turun ke langit dunia pada malam nisfu Sya’ban dan mengampuni (dosa) yang banyaknya melebihi jumlah bulu domba Bani Kilab.” (HR Turmudzi, Ahmad dan Ibnu Majah)

Diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah pada malam nishfu Sya’ban mengawasi seluruh mahlukNya dan mengampuni semuanya kecuali orang musyrik atau orang yang bermusuhan.” (HR Ibnu Majah
Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib KW bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Jika malam nisfu Sya’ban tiba, maka solatlah di malam hari, dan berpuasalah di siang harinya, kerana sesungguhnya pada malam itu, setelah matahari terbenam, Allah turun ke langit dunia dan berkata, Adakah yang beristighfar kepada Ku, lalu Aku mengampuninya, Adakah yang memohon rezeki, lalu Aku memberinya rezeki , adakah yang tertimpa bala’, lalu Aku menyelamatkannya, demikian seterusnya hingga terbitnya fajar.” 
(HR Ibnu Majah).

riwayatkan dari Ali bin Abi Thalib KW bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Jika malam nisfu Sya’ban tiba, maka salatlah di malam hari, dan berpuasalah di siang harinya, karena sesungguhnya pada malam itu, setelah matahari terbenam, Allah turun ke langit dunia dan berkata, Adakah yang beristighfar kepada Ku, lalu Aku mengampuninya, Adakah yang memohon rezeki, lalu Aku memberinya rezeki , adakah yang tertimpa bala’, lalu Aku menyelamatkannya, demikian seterusnya hingga terbitnya fajar.” (HR Ibnu Majah)

Dalam sahih al- Bukhari dari Syaddad bin Aus r.a, dari Nabi SAW, baginda bersabda maksudnya : “Penghulu istigfar adalah apabila engkau mengucapkan :
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ  أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ 
، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْلِى فَـإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ
                                                                                   .الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya: "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptaku dan aku hambaMu, dan aku (terikat) dengan janjiMu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kepadaMu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikMu, dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau".
(Hadis Riwayat Bukhari)
(Sekurang-kurangnya di baca 3 kali pada waktu pagi dan petang. Sebaik-baiknya dibaca 100 kali dalam masa sehari)


Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:
Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
Lailatul Baraah (malam pelepasan),
Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
Lailatul Syafaah (malam syafaat)
Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hambaNya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” 
 (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu.” (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)
Oleh yang demikian janganlah kita melepaskan ''Rahmat Masa'' yang Allah Swt kurniakan buat kita untuk kita memulakan buku catatan amal yang baru. 

BERBAKI SALAH SATU DARI 6 PERISTIWA UNTUK PINTU AMAL DAN TAUBAT DITUTUP..

..setelah keluar, Dabbah akan berbicara kepada manusia dan mengabarkan bahawa MANUSIA DAHULU TIDAK YAKIN DENGAN AYAT-AYAT ALLAH. Ia memberikan tanda pembeza antara orang beriman dan kafir. Tanda untuk orang yang beriman adalah wajah yang..

Kewajiban sesorang islam itu adalah senantiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi kiamat dengan iman dan amal soleh, sebelum kiamat datang secara tiba-tiba, agar tidak mengalami penyesalan yang tiada guna lagi. Hal ini dihuraikan dalam banyak hadis yang diawali dengan kalimat ‘bersegeralah!’. Bahkan hal ini merupakan tujuan pokok penyebutan tanda-tanda kiamat.Perlu dingati, KEMATIAN juga adalah kiamat kecil yang mana kematian itu boleh berlaku dalam sekelip mata, tanpa mengira umur atau sakitnya seseorang itu.. Sebagai umat islam kita perlu sentiasa beramal dan bertaubat sebelumnya datang rintangan, halangan, kepayahan atau keuzuran..dan maksud dari ‘perkara masyarakat umum’ adalah terjadinya kiamat itu sendiri. Adapun maksud dari ‘perkara pribadi salah seorang di antara kalian adalah kematiannya. Barangsiapa mati, maka kiamat telah terjadi pada dirinya. Adapun dua perkara selainya adalah apabila telah terjadi kiamat yang merupakan kehancuran seluruh alam semesta, dan juga terjadinya peristiwa kematian yang menimpa seseorang yang datang secara tiba-tiba tanpa di sedari, maka oleh sebab itu Rasulullah menjelaskan segeralah beramal kerana enam perkara yang dapat menutup pintu taubat itu datang secara tiba-tiba.
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Segeralah beramal sebelum datang enam perkara: Dajjal, Dukhan, Daabbah, Terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya, Perkara masyarakat umum, dan Perkara peribadi salah seorang di antara kalian.”
Dalam riwayat Ath-Thabariy dari ‘Aisyah radliyallaahu ‘anha, berkata :
إذا خرج أول الآيات؛ طُرِحت الأقلام، وحُبِست الحفظة، وشهدت الأجسام على الأعمال
“Apabila telah keluar tanda-tanda hari kiamat yang pertama, maka pena-pena (pencatat amal) dilemparkan, para (malaikat) penjaga ditahan, dan jasad manusia dijadikan saksi atas segala amalnya”
Pada perkara 5dan 6 adalah Perkara masyarakat umum, dan Perkara peribadi salah seorang di antara kalian
Mungkinkah ini bermaksud manusia itu kini dilalaikan dengan hiburan yang mengasyikkan tanpa batasan, komputer dan telefon pintar yang membuatkan masyarakat ''hanyut dalam kehidupan maya'' yang mana pasti mereka akan lalai untuk berbuat amal malah mendatangkan perpecahan masyarakat atau keluarga. Paling menyedihkan mereka sanggup mempercayai rakan maya, kumpulan maya dan hiburan maya yang mana ianya disalurkan ''hanya untuk peribadi seperti chatting, wassapp dan lainya yang tertutup. Bukankah ini mengundang fitnah dan mendatangkan syak yang mana jelasnya adalah HARAM oleh sipelakunya. Perkara ini juga telah meluas di berikan nasihat oleh penceramah-penceramah agama.. namun diatas tidak yakinnya peringatan ALLAH SWT mereka sanggup engkar. Andaikan saat ini mereka dimatikan @ kiamat... dalam maksud yang sebenarnya..?? maka itulah perkataan ''SEGERALAH BERAMAL''


Rasulullah SAW menyebut 3 perkara yang jika ketiganya keluar maka semua TAUBAT dan amal TIADA GUNANYA. Ketiganya adalah terbitnya Matahari dari arah barat, Dajjal dan Dabbah, . “Ada tiga perkara yang jika keluar maka tidak akan berguna lagi keimanan orang yang belum beriman sebelumnya; atau belum mengusahakan kebaikkan yang dilakukan dalam keimannya. Ketiga perkara itu adalah: terbitnya matahari dari barat, Dajjal dan binatang bumi.” (HR. Muslim) . Beliau juga bersabda : “Sesungguhnya tanda-tanda (Kiamat) yang pertama kali muncul adalah terbitnya Matahari dari barat DAN KELUARNYA BINATANG KEPADA MANUSIA pada waktu Dhuha. Mana saja yang lebih dahulu muncul, maka yang satunya akan terjadi setelahnya dalam waktu yang dekat.” 
(HR. Muslim) . 

Nantinya setelah keluar, Dabbah akan berbicara kepada manusia dan mengabarkan bahawa MANUSIA DAHULU TIDAK YAKIN DENGAN AYAT-AYAT ALLAH. Ia memberikan tanda pembeza antara orang beriman dan kafir. Tanda untuk orang yang beriman adalah wajah yang bercahaya, sedangkan yang tidak, tandanya diberikan dibahagian hidung sebagai tanda kekufurannya. . “Binatang bumi itu keluar maka ia memberi Tanda kepada manusia di wajah mereka. Kemudian jumlah mereka meningkat sehingga seseorang membeli unta dia ditanya, ‘Dari siapa kamu membeli unta itu?’ Dia menjawab, Dari salah seorang yang dicap wajahnya” (HR. Ahmad) Rasululah SAW bersabda : “Bersegeralah kalian beramal (sebelum datangnya) enam perkara… (beliau menyebutkan di antaranya) dabbah.” (HR. Muslim)
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja

BETAPA UNTUNGNYA YANG BERNAMA ISTERI..

..yang paling beruntungnya isteri adalah mendapat pahala percuma jika suaminya solat berjemaah, membaca al Quran, menghadiri majlis ilmu atau apa juga amal kebaikan, maka si isteri tadi mendapat pahala yang sama tanpa.. 

Saat bermulanya berumah tangga amatlah bahagia dan tenang... tetapi bermulalah satu jalan bagi lelaki untuk menanggung segala dosa isteri yang telah dilepaskan oleh ibubapa perempuan yang di khawininya. Beruntungnya wanita itu ''dosanya'' akan dipertanggungjawabkan oleh sang suaminya jika suami itu telah mendidiknya. Beruntungnya ''isteri'' adalah segala apa yang disuruh  atau diuruskan oleh isteri mendapat pahala... sehingga mandi junub sisiteri tadi mendapat pahala yang besar.. dan yang paling beruntungnya isteri adalah mendapat pahala percuma jika suaminya solat berjemaah, membaca al Quran, menghadiri majlis ilmu atau apa juga amal kebaikan, maka si isteri tadi mendapat pahala yang sama tanpa menguranginya... lain pula halnya, jika si sumai membuat maksiat atau keburukan, si isteri tadi tidak pula mendapat dosa akibat perbuatan buruk sang suami tadi.. Ketahuilah betapa mudahnya wanita itu mendapat ganjaran pahala yang besar.. Hanya isteri itu perlu solat, puasa  dan taat akan suaminya, janji dari Allah wanita itu boleh memilih pintu syurga yang mana dai mahu masuk..bermacam nikmat yang dinikmati oleh sang isteri atas anugerah dari Allah.. maka itulah Rasulullah mengandaikan kiranya boleh sujud selain dari Allah, maka akan disuruh isteri sujud pada suaminya..

1.Sekali suami minum air yang di sediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.

2.Makanan yang di sediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik isteri itu mengerjakan haji dan umrah.

3.Mandi junub si isteri di sebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.

4.Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suami sebagai jihad.

5.Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmoni terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).

6.Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya".

7.Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukan kedalam syurga.

( Hadis Riwayat Tarmizi)".

8.Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan di atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka".


9.Bila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan gelisah dan tidak tenteram, kemudian sang isteri menghiburnya, maka ia akan mendapatkan setengah dari pahala jihad.

10.Seorang wanita yang meninggal dunia pada masa 40 hari setelah ia melahirkan anak, maka ia akan mendapatkan pahala syahid.

11.Seorang wanita yang melahirkan akan mendapatkan pahala 70 tahun solat sunnat dan puasa, dan setiap kesakitan yang di alaminya ketika melahirkan akan mendapat pahala haji yang mabrur.

12.Seorang wanita yang tidak dapat tidur pada malam hari kerana mengurus anaknya yang sakit atau demam, maka Allah Swt. akan memberikan pahala kepadanya seperti pahala memerdekakan 20 orang hamba sahaya.

13.Tidak akan putus pahala isteri yang siang malam menggembirakan suami

14.Jika isteri menyediakan makan dan suami memakannya, maka hal tersebut lebih baik dari mengerjakan haji/umrah.


Tips hadapi suami pemarah:
1. Diam dan jangan tanya apa-apa...
2. Senyum dan gosok belakangnya... Mungkin masa tu dia penat sangat kan...
3. Biarkan dia meluahkan segalanya...
4. Berikan air yang menyegarkan dan menyejukkan...
5. Hindarkan dan jauhkan anak-anak dari suami yang sedang marah... Diamkan anak-anak dengan berikan mainan atau masukkan anak-anak ke dalam bilik permainan...
6. Jangan membebel...
7. Minta dia mandi dan berwuduk...
8. Jika tak reda... Berikan dia masa, minta dia rehat dan tidur.. Sementara isteri jaga anak-anak supaya tidak bising.
8. Bila dah reda marahnya, urut, peluk dan tenangkan dia...
9. Minta maaf jika kemarahan tu dari kita atau anak-anak.
10. Jika suami jenis pendiam... Tuliskan di atas kertas...minta dia jelaskan kenapa dia marah... Jangan tanya berhadapan... Sebab suami pendiam ni sukar meluahkan pada orang lain...walau isteri sendiri... Jadi minta dia jelaskan kenapa dia marah.


Seorang isteri yang biasanya bercakap dan bersikap baik kepada suaminya serta segera memenuhi panggilannya,tiba-tiba berubah sikap dengan berbicara kasar dan tidak segera memenuhi panggilan suaminya.
Apabila seorang isteri membicarakan perbuatan suami yang tidak ia sukai kepada teman-teman atau keluarganya tanpa sebab yang diperbolehkan syar’i.Atau ia menuduh suaminya dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas sehingga nama suaminya tercalar di mata orang lain.

Rasulullah saw bersabda:
"Mana-mana isteri berkata kepada suaminya:
"Aku tidak nampak sesuatu kebaikan daripadamu,"
Allah menghapuskan amalannya yang 70 tahun walaupun dia berpuasa pada siang hari & mendirikan qiamullail sepanjang malam."

(Diriwayatkan Ibn 'Asakir & Ibn 'Adiyy)
Permintaan cerai biasanya bermula dengan pertengkaran antara suami dan isteri kerana ketidakpuasan si isteri terhadap kebaikan dan usaha si suami dalam keluarga.
"Mana-mana perempuan meminta talak dari daripada suaminya tanpa sesuatu sebab, maka haramlah ke atasnya bau syurga."
(Diriwayatkan Al-Imam Ahmad & Al-Tarmizi)

Seorang isteri tidak mau melayani keinginan seksual suaminya atau bermuka masam ketika melayaninya atau menjauhkan diri dari suami ketika hendak disentuh dan dicium atau menutup pintu ketika suami hendak mendatanginya.

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:“Aku lihat api neraka,tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini,kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya.Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.Rasullullah S.A.W ditanya:“Mengapa demikian ya Rasulullah ?”Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya.Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita”Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka:“Mengapa terjadi demikian,adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab:“Tidak,mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim)

Bagi suami pula.. Jika terlalu marah dengan isteri, keluarlah dari rumah... Redakan marah dengan membaca al Quran, pergi ke masjid, surau, berriadah atau ke tempat yang tenang seperti ke tepi laut atau taman reaksi.
~Wallahu'alam.
~Jaksa Kotaraja.