Ahad, 27 Oktober 2013

MENKHIANATI DIRI BERDIRI.....


..yang tidak sedar akan perkara ini apabila kemewahan '' meyelaputi '' hati dan menjadi ''hamba wang''. Pada ''sang pemerintah'' dan rangkaiannya ada pula sanggup mengadaikan persahabat serta persaudaraan dalam operasi mereka untuk mengumpulkan kekayaan ''dunia''.Terkadang pula sebaliknya yang jujur dan amanah tetapi diperhambakan oleh...  

Rasulullah berSabda, “Barangsiapa yang kami tugaskan dengan suatu pekerjaan lalu kami tetapkan gaji untuknya, maka apa yang dia ambil di luar itu adalah harta ghulul@khianat” 
(Sahih,HR Abu Daud). 
Kini banyak berlaku dimana mereka diamanahkan untuk menjalankan tugas(dibayar majikan@ketua),mengambil kesempatan menjalankan perniagaan lain dalam waktu yang sama. Ada juga yang khianat pada amanahnya pada masyarakat jika tugasannya menyelesaikan permasalahan rakyat,mereka menjalankan aktiviti memenuhkan nafsu poket mereka dengan pelbagai cara untuk mengumpul kekayaan... menjalankan dua(2) perkerjaan dalam satu masa adalah ''HARAM" kerana telah wujud satu pengkhianat dalam amanah kerja(gajian @elaun dari pemerintah@majikan)

Ramai yang tidak sedar akan perkara ini apabila kemewahan '' meyelaputi '' hati dan menjadi ''hamba wang''. Pada ''sang pemerintah'' dan rangkaiannya ada pula sanggup mengadaikan persahabat serta persaudaraan dalam operasi mereka untuk mengumpulkan kekayaan ''dunia''.Terkadang pula sebaliknya yang jujur dan amanah tetapi diperhambakan oleh atasannya dan mereka ini pula mengikut atas kerana dasar ''takut hilang pangkat/jawatan''. 

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurna lagi teliti" (HR Al-Baihaqi).

~Wallahu'alam
~Jaksa kotaraja


Rabu, 16 Oktober 2013

KORBAN YANG BERERTI ...

SAAT MENJELANG HARI RAYA AIDILADHA@KORBAN MAKA RAMAILAH ORANG BERBUAT KORBAN BINATANG SEPERTI KAMBING LEMBU DAN LAIN TERNAKAN. RAMAI YANG TIADA TERDUGA DUIT ATAU TENAGA MEREKA  HANYA''TERKORBAN  SIA-SIA'' TIDAK LAIN KERANA NIAT SERTA PERBUATANNYA SERTA PENGERTIANNYA YANG DENGKEL.
 INI KERANA BILA TIMBUL PERASAAN UJUB ATAU RIAK DAN BERMACAM RAGAM CONTOHNYA;-KETIKA NAMANYA ATAU MEREKA DISEBUT SEBUT.ADA PULA YANG MENJADI SEPERTI TUAN SERTA MEMANDANG SINIS PADA JEMAAH ATAU ORANG YANG BERHAK KEATAS KORBAN. MEMANG DIA TUAN YANG BUAT KORBAN,TETAPI HAKNYA SEBAGAI PESERTA KORBAN DAN HAKNYA HILANG APABILA BINATANG ITU TELAH DIKORBANKAN KERANA SEBAHAGIAN BESAR KORBAN ITU MENJADI HAK WAJIB PADA SIFAKIR DAN MISKIN...JIKA RASA NAK BUAT ATAU TETNTUKAN SEGALANYA LEBIH BAIK BUAT DIRUMAH SENDIRI,JIKA DAGING ITU HENDAK DIBOLOTNYA UNTUK WARIS DAN KERABATNYA..

BANYAK KEPINCANGAN YANG BIASA KITA LIHAT SEWAKTU PROSES PENYEMBELIHAN HINGGA AGIHAN DAGING KORBAN... PADA MEREKA JANGANLAH HAMPAKAN PADA ORANG YANG BERHAJAT UNTUK MENDAPATKAN DAGING KORBAN HANYA SEMATA-MATA KERANA TIADA  ''KUPON''. ALLAH SWT TIDAK MEMINTA ''KUPON ''DARI KITA UNTUK MENYEDUT UDARA ATAU BERJALAN DIMUKA BUMI INI...BERIKANLAH PADA MEREKA JANGANLAH  DINAFIKAN KERENA KERAKYATAN ATAU BANGSA....DI MEKAH SANA BERBAGAI BANGSA BERSAMA MENGERJAKAN IBADAH HAJI...KITA DISINI MEMBEZAKAN PULA...

~ DAGING DAN DARAH BINATANG KORBAN TIDAK SEKALI-KALI AKAN SAMPAI KEPADA ALLAH,TETAPI YANG SAMPAI KEPADANYA IALAH AMAL YANG IKHLAS YANG BERDASARKAN KETAKWAAN DARI KAMU.

~SURAH AL HAJ-37
~ MEAT AND ANIMAL BLOOD SACRIFICE WILL NEVER UNTIL TO GOD, BUT THAT IS TO HIM UNTIL THE SINCERE IS BASED CHARITY PIETY FORM YOU
~SURAH AL HAJ-37

~WALLAHU'ALAM
~SALAM AIDILADHA  SERTA MAAF LAHIR BATIN
~JAKSA KOTARAJA

Khamis, 10 Oktober 2013

NAFSU YANG SOMBONG SAAT MANUSIA ITU HENDAK DICIPTAKAN

..Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
“Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.”..


Dalam sebuah kitab karangan ‘Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama menceritakan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka 

Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : ”Wahai akal mengadaplah engkau.”Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
“Wahai akal berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik.


Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : ”Wahai akal! Siapakah aku?”.
Lalu akal pun berkata, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.”
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : ”Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.”


Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :
“Wahai nafsu, mengadaplah kamu!”. Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.
Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : ”Siapakah engkau dan siapakah Aku?”.
Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.”

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
“Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.”

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : ”Siapakah engkau dan siapakah Aku?”.
Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, ” Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.”

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi binasa.
~wallahu'alam
~jaksa kotaraja

Rabu, 9 Oktober 2013

FITRUS,Malaikat yang dapat sayapnya kembali sekian lama ditarik..


..mereka menyampaikan ucapan selamat kepada Nabi dan keluarganya. Fitrus maju ke depan dan menceritakan apa yang telah terjadi atasnya. Nabi  meminta Fitrus untuk melihat Imam Husain As. Nabi berkata, "Sentuhlah badan bayi merah ini dan kembalilah ke tempatmu di ...

Imam ketiga, Imam Husain asy-Syahid As adalah putra kedua Imam 'Ali As dan Hadrat Fatimah As. Ketika ia lahir, Rasulullah Saw sangat berbahagia dan segera datang melihatnya. Atas perintah Allah, Rasulullah Saw memberikan nama kepadanya dengan nama Husain. 

Nabi Saw mengumandangkan azan pada telinga kanannya dan iqamah pada telinga kirinya. 

Ketika Imam Husain lahir, Allah Swt mengutus Jibril turun ke bumi untuk menyampaikan ucapan selamat kepada Nabi Saw dan keluarganya. 

Pada saat Malaikat Jibril turun ke bumi, dia melintasi sebuah pulau, sebuah pulau yang dihuni oleh malaikat yang bernama Fitrus.

Fitrus telah dikirim ke pulau tersebut akibat sikap ''bandelnya''. Dulu Fitrus memiliki sayap namun telah di ambil oleh Allah Swt. Dia telah sekian lama beribadah di pulau tersebut dan memohon permintaan maaf dari Allah Swt. 

Ketika Fitrus melihat Jibril, dia bertanya mau ke mana gerangan Jibril. Jibril berkata kepadanya bahwa dia hendak mengunjungi Nabi Muhammad Saw dan keluarganya untuk menyampaikan selamat kepada beliau dan keluarganya atas kelahiran  Husain 
Fitrus meminta Jibril untuk serta membawanya. Dengan izin dari Allah Swt, Jibril menyetujui untuk membawa Fitrus bersamanya. Dan kemudian, kedua malaikat tersebut tiba di kediaman Nabi  Muhammad Saw.

Ketika kedua malaikat tersebut tiba di kediaman Rasulullah Saw, mereka menyampaikan ucapan selamat kepada Nabi dan keluarganya. Fitrus maju ke depan dan menceritakan apa yang telah terjadi atasnya. Nabi  meminta Fitrus untuk melihat Imam Husain As. Nabi berkata, "Sentuhlah badan bayi merah ini dan kembalilah ke tempatmu di Syurga."

Tatkala Fitrus menyentuh tubuh Imam Husain As, Allah Swt yang telah mengampuninya, mengembalikan kedua sayapnya yang telah lama hilang itu. 

Dalam keadaan bersuka-cita, Fitrus segera kembali ke Syurga, dalam keadaan memuji Nabi Saw dan cucunya yang baru lahir.

Sumber Rujukan:
Majlisi, Bihar al-Anwar, bagian Mukjizat Imam Husain As
~Wallahu'alam
~jaksa kotaraja

Jumaat, 4 Oktober 2013

ANTARA IBU DAN BUMI


10 PERINGATAN BUMI KEPADA MANUSIA

Berkata Anas bin Malik r.a; sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara:-

1.Wahai anak Adam,berjalanlah di atas perutku tetapi ingatlah kau akan masuk ke dalam perutku kelak.
2.Kau melakukan kejahatan maksiat di atas belakangku tetapi ingat kau akan di azab di dalam perutku.
3.Engkau ketawa di atas perutku tetapi ingatlah kau akan menangis di dalam perutku.
4.Engkau bergembira/berseronok di atas belakangku tetapi ingat kau akan kecewa sedih di dalam perutku.
5.Engkau mengumpul harta di atas belakangku tetapi ingat kau akan menyesal dalam perutku.
6.Engkau makan yang haram di atas belakangku tetapi ingat engkau akan dimakan ulat-ulat di dalam perutku.
7.Engkau angkuh sombong di atas belakangku tetapi ingat engkau akan dihina di dalam perutku.
8.Engkau berlari dengan megah di atas belakangku tetapi ingatlah engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9.Engkau hidup bersiramkan cahaya matahari,bulan dan bintang di belakangku tetapi ingat engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10.Engkau hidup beramai-ramai di atas belakangku tetapi ingatlah engkau akan berseorangan diri didalam perutku....


Kubur tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya,orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini...

Selasa, 3 September 2013

MUSLIM DAN MUSLIMAT BERKEMAMPUAN WAJIB SEGERAKAN IBADAH HAJI


 ..AMAT MENDUKACITAKAN apabila ada sebahagian umat Islam yang SENGAJA MELAMBAT-LAMBATKAN pemergian mereka ke Tanah Suci dengan pelbagai alasan tidak munasabah, kononnya "BELUM SAMPAI SERU", atau kesibukan kerja seharian... Ada juga yang bimbangkan kepada siapa dan ke mana hendak ditinggalkan anak, atau memikirkan siapa akan.. 

IBADAT haji, rukun Islam yang wajib dilaksanakan setiap Muslim yang berkemampuan sekali seumur hidup... Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Allah MEWAJIBKAN MANUSIA mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.. Dan barang siapa yang kufur (ingkar kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu apapun) dari sekalian makhluk.” (Surah Ali Imran, ayat 97)... Menyedari itu, maka wajib setiap Muslim dan Muslimah yang berkemampuan, bersegera untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini...

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “HENDAKLAH KAMU BERSEGERA MENUNAIKAN IBADAT HAJI iaitu haji fardu, kerana sesungguhnya seseorang itu tidak mengetahui apakah rintangan yang akan menghalang kamu (pada masa akan datang jika dilewatkan).” (Hadis riwayat Ahmad)... Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi dia masih tidak menunaikan haji (dengan ketiadaan uzur syarak sehingga dia meninggal dunia), maka tiada halangan baginya MATI SEBAGAI SEORANG YAHUDI ATAU NASRANI...” (Hadis riwayat Tirmizi dan Baihaqi)....

Jelas daripada hadis itu, RASULULLAH S.A.W. MEMBERI PERINGATAN KERAS berkaitan kesudahan dan akibat yang akan diterima ORANG YANG SENGAJA MELENGAH-LENGAHKAN DAN MENCUAIKAN daripada menunaikan ibadat haji biarpun sudah memenuhi segala syaratnya....

Oleh itu, setiap Muslim dan Muslimah yang berkemampuan dinasihatkan supaya tidak melengahkan membuat persiapan haji seperti menyimpan wang secukupnya, mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji, menghadiri kursus dan menyelesaikan masalah berkaitan ketika ketiadaannya kelak... AMAT MENDUKACITAKAN apabila ada sebahagian umat Islam yang SENGAJA MELAMBAT-LAMBATKAN pemergian mereka ke Tanah Suci dengan pelbagai alasan tidak munasabah, kononnya "BELUM SAMPAI SERU", atau kesibukan kerja seharian... Ada juga yang bimbangkan kepada siapa dan ke mana hendak ditinggalkan anak,binatang ternakan siapa nak uruskan atau memikirkan siapa akan mengendalikan perniagaan yang sedang meningkat, atau takut jika ditinggalkan akan mengakibatkan kerugian besar... Walaupun semua alasan yang dikemukakan adalah punca yang akan mendatangkan keuntungan besar di dunia ini, perlu diinsafi bahawa KEUNTUNGAN ITU AMAT KECIL BERBANDING GANJARAN PAHALA BERLIPAT GANDA yang diperoleh seorang Muslim melalui ibadat haji mabrur...

Bukankah Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Haji yang MABRUR itu tidak ganjarannya melainkan syurga penuh kenikmatan..” (Hadis riwayat Bukhari).... Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Sesiapa yang menunaikan ibadat haji, tidak melakukan persetubuhan dan perkara-perkara yang fasik, nescaya dia akan kembali suci bersih daripada dosanya sebagaimana pada hari dia dilahirkan oleh ibunya.”..


Oleh itu kita sebagai muslim/muslimat jika ada kemampuaan atau wang pergilah menunaikan haji.... pada mereka tanamkanlah niat serta azam untuk kita dapat menunaikan fardu haji. Bahawa niat itu membawa kepada pahala dan insyaalah dikurniakan rezeki serta kemudahan untuk tercapai hajat kita menunaikan haji..
~wallahu'alam
~jaksa kotaraja

Isnin, 19 Ogos 2013

DUIT NAN RAYA...KANAK@ANAK DIBEZAKAN PEMBERIAN, ADILKAH ANDA ?? ruangkan masa untuk baca...

ibubapa pastikanlah,janganlah biarkan seolah-olah anak-anak menjadi pengemis di aidilfitri. Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta

Pada aidilfitri,golongan kanak-kanaklah amat seronok sekali berhari raya. Dari raut wajah kanak-kanak yang masih suci bersih itu terpancar indahnya seri aidilfitri. Maka itu ramailah dewasa kita mengambil ruang untuk bersedekah pada aidilfitri. Pastinya apabila kita berziarah dan menziarahi pada syawal anak-anak/kanak-kanak diberikan ''duit raya''/sedekah dari tuan punya rumah.

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegahnya daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
~ Riwayat Bukhari.

Lumrahnya peradaban manusia itu sendiri gemar dalam mengkelaskan manusia itu sendiri,contohnya dalam bab bersedekah pada hari raya.Mereka memberi/bersedekah bebrbeza-beza jumlah wang pada kanak-kanak mengikut umur atau pangkat anak-anak tersebut.Ini membuatkan kanak-kanak/anak-anak itu merasa dibeza-bezakan. Maka disinilah kanak-kanak/anak-anak belajar secara tidak langsung dari orang tua untuk membeza-bezakan manusia... 
" Ambillah sedekah dari harta mereka untuk membersih dan menyucikan mereka". At-Taubah : 103

Adalah lebih sadis apabila ada anak-anak/kanak-kanak melopong kerana tidak diberikan duit raya kerana kononnya bukan aahli keluarga atau kanak/anak yang tidak dikenali sedangkan yang lain pula diberikan....Ada pula golongan kaya atau VIP memberi wang pada rakan setaraf dengannya dengan wang yang banyak, tetapi memberi ''sedikit'' pada golongan pertengahan/bawah, MAKA INI MEMBERIKAN KESAN MENDALAM BUAT KANAK-KANAK/ANAK-ANAK YANG TERASA DIBEZAKAN...
 " Dan pada harta-harta mereka ada hak (zakat) yang tertentu untuk orang yang meminta dan orang yang kekurangan" -Adz-Zaariyat : 19
Dalam pada itu juga,ibubapa pastikanlah,janganlah biarkan seolah-olah anak-anak menjadi pengemis di aidilfitri.Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”
" Wahai orang-orang yang beriman, bersedekahlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik" Al-Baqarah ; 267

@penulis@jaksa kotaraja juga secara jujur,terkadang sendiri sedar tidak berlaku adil pada kanak-kanak ketika bersedekah/hadiah.... namun jaksa rela meletakkan ini dalam bentuk ''hadiah'' daripada meletakkan erti kata ''sedekah''... maafkanlah aku wahai kanak-kanak/anak-anak adam....
~Wallahu'alam
~Jaksa kotaraja


Rabu, 14 Ogos 2013

RUMAH DIBUKA DAN RUMAH NAN ''TERBUKA'' mesti baca untuk tahu..


''terbuka'' dalam erti bahasa ''ter'' adalah paksa atau tidak sengaja oleh sesuatu dan ''buka'' pula ialah memberi ruang. Setiap kali menjelang syawal, akan bersibuklah mereka-mereka yang ''reka'' hari untuk membuat ''rumah terbuka'' hari raya...Persoalannya adakah hari raya aidlfitri adalah hari  menutup rumah sehingga melaungkan ''rumah terbuka'', atau sememangnya mereka ini sering menutup rumahnya untuk para tetamu,jiran dan saudara dan hanya membukanya ''HANYA SEHARI SAHAJA DALAM MAJLIS RUMAH TERBUKA''.. Lebih malang lagi, sambutan rumah terbuka aidilfitri dibuat setelah masuk bulan Zulkaedah Perkataan 

Adalah lebih malang lagi dalam sambutan rumah terbuka para tetamu serta hadirin yang hadir ''DIKELASKAN/MENGKASTAKAN'' tempat serta layanan''. ADAKAH ISLAM NEGAJAR UMATNYA AGAR MEMBEDAKAN MANUSIA ITU DARI SEGI PANGKAT SERTA KETURUNAN ???  Mereka  yang ''berkepentingan atau kononnya VIP'' diberikan tempat duduk khas yang empuk, makanan yang khas terhidang siap berhawa dingin aatau berkipas,sedang tetamu yang lain makan dimeja biasa dan kadangkala makan dikaki lima, tepi longkang, bawah pokok atau berdiri.

Adalah lebih malang lagi untuk hadir dan makan terpaksa berbaris-baris untuk bersalaman dan mengambil makanan.Jika tetamu ramai mengapa pula bila tibanya orang VIP tuan rumah boleh terus meninggalkan tetamu biasa dan terus menjemput masuk tetamu kononnya VIP tanpa berbaris ??. Yang amat menyedihkan apabila ada tetamu yang hadir dimarah dan ditempelak oleh pelayan tetamu atau tuan rumah sendiri semata-mata hendak mengambil makanan lebih sedikit atau tersilap sedikit dalam pergerakan tetamu masuk keruang yang dikhaskan untuk VIP.

Sabda Rasulullah yang bermaksud;
“Wahai manusia, janganlah kamu membenci kehadiran tetamu.Sesungguhnya mereka datang membawa rezeki dan apabila keluar(pulang),membawa dosa ahli rumah tersebut keluar”


SATU KISAH MANUSIA YANG PALING KAYA DIBUMI DI TEGUR...

Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Allah Sulaiman A.S pernah ditegur oleh Allah SWT kerana melayan tetamu dengan tidak sepenuh hati. Pada suatu hari Nabi Sulaiman AS telah dikunjungi oleh seorang tetamu. Dia adalah seorang yang kafir. Baginda pada waktu itu berfikir bahawa tidak perlu tetamu itu dimuliakan dan dihargai sepertimana tetamu dari kalangan pengikutnya kerana dia adalah seorang yang kafir. Lantas baginda hanya menghidangkan tetamunya dengan minuman dan bercakap dengan seadanya. 
Sekembalinya tetamu itu, baginda telah didatangi malaikat Jibril A.S menyampaikan teguran Allah: “Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau melayan tetamu seperti itu ?
Jawab nabi Sulaiman:”Bukankah dia (tetamu itu) dari golongan kafir?”
Jibril bertanya:”Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini?”
“Allah!” Jawab Nabi Sulaiman penuh yakin.
Jibril : “Siapakah yang menciptakan malaikat, jin dan manusia?”
Nabi Sulaiman : “Allah!”
Jibril :”Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan?”
Nabi Sulaiman :”Allah!”
Jibril :”Siapakah yang menciptakan orang kafir itu?”
Nabi Sulaiman :”Allah!”
Jibril : “Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?” 
Nabi Sulaiman : Nabi Sulaiman A.S terdiam dan terus bersujud”.
 “Ya, Allah! Ampunilah hamba-Mu yang telah berbuat zalim ini.”

Kemudian malaikat Jibril menyampaikan wahyu Allah:”Wahai nabi Allah, pergilah dan pohonlah kemaafan kepada orang itu. Ampunan Allah tergantung daripada kemaafannya.”.

Dengan segera Nabi Sulaiman mencari tetamunya tadi. Setelah bertanya ke sana ke mari dan mencari-cari, ternyata, tetamunya itu sudah jauh berjalan meninggalkan kota. Nabi Sulaiman A.S dengan pantas mengejar tetamunya itu. Setelah bertemu, dan dengan nafas yang masih termengah-mengah, baginda berkata: “Saudara, tunggu…!”
Tetamu tadi menoleh dan melihat keadaan Nabi Sulaiman dengan kehairanan lalu bertanya: “Kenapa?”
“Saudara… sudikah kamu memaafkan tingkah laku saya tadi, ketika mana kamu menjadi tetamu di rumah saya tadi?”
Orang itu diam. Jauh di sudut hatinya, sebenarnya dia merasa wajar diperlakukan seperti itu, kerana dia memang bukan termasuk di dalam golongan pengikut Nabi Sulaiman. Dia tidak menerima ajaran Tauhid yang dibawa oleh baginda.
Tetapi dia terus juga bertanya: “Kenapa, wahai Sulaiman?”
“Allah menegurku, setelah engkau pulang dari kediamanku.”
“Allah? Siapakah dia?” Tetamu itu bertanya.
“Allah adalah Tuhan, Tuhan Kami dan Tuhan Engkau, Yang menciptakan langit dan bumi, dan semua isinya. Dia yang menciptakan malaikat, jin dan manusia. Dia Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya.”
“Lalu, kenapa Dia menegurmu?” Tetamu itu terus bertanya.
“Allah menegurku, kerana aku sudah tidak berlaku adil terhadapmu. Aku tidak memuliakanmu sebagai tetamu. Allah yang Maha Kuasa selalu bersifat adil terhadap semua hamba dan ciptaanNya, mengapa aku berlaku tidak adil terhadapmu?” Nabi Sulaiman menerangkan keadaan sebenar.

“Sebegitukah Tuhanmu wahai Sulaiman, memperlakukan aku, walaupun aku bukan dari golonganmu?” Tetamu itu bertanya penuh taajub.
“Ya…! Maafkan sikapku tadi wahai saudara, ampunan Allah tergantung dengan kemaafanmu” Nabi Sulaiman meminta.
“Saksikanlah, wahai Sulaiman! Asyhadu alla ilaa ha illallah, Wa anta Rasulullah!” ucap si tetamu.
Orang itu memeluk nabi Sulaiman a.s. Nabi Sulaiman pun memeluk tetamunya itu dengan penuh rasa terharu.

Dalam sebuah hadis,
إن الضيف إذا دخل بيت المؤمن دخل معه ألف بركة وألف رحمة
Maksudnya : Sesungguhnya tetamu itu apabia masuk ke rumah seseorang mukmin maka, ia masuk bersama dengan seribu berkata dan seribu rahmat.

Dari Abu Syuraih Al ‘Adawi r.a. katanya :
“Kedua telinga saya mendengar dan kedua mata saya melihat, ketika Rasulullah SAW  bersabda:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya jamuan tambahannya.”
Mereka bertanya : “Apakah jamuan tambahan itu ya Rasulullah”
Beliau menjawab : “Sehari dan malamnya” Menerima tamu itu hanya tiga dan barang siapa yang lebih dari itu, adalah sedekah.”.


~Wallahhu'alam
~Jaksa kotaraja

Rabu, 7 Ogos 2013

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI 2013 DAN TABKIR RAYA PENUH


BISMILLAHIRROHMANNIRROHIM,,
ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...
ALLAHHUAKBARKABIRRO,WALHAMDULLILLAHIHIKASIRO,WASUBSUHANALLAHIBUKKROTANWAASILA..,LAILLAHAILLAHIWALLANAKBUDUILLAHUMUKHLISI,NALAHUDDIN.....WALAUKARIHALMUNAFIKUUUUUNN............WAALUKARIHALMUSHRIKUUUUUUNN.............WALAU KARIHAL KAFIRUUUUUUNN......
LAILLAHAILLALLAHUWAHDAH,SODAKOWAK'DAH,WANASAROLABDAH,WAWAAZ'ZAJUNDUWAHAZAMMALAHZAB BAWAHDAH
LAILLAHAILLAHUWALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR WALILLAH ILHAMD...

 Bersyukur kita kehadrat Allah SWT,dengan limpah kurniaNya kita telah pun menjejaki Bulan Syawal dan meninggalkan Ramadhan.....Banyak peristiwa pahit manis serta suka dan duka kisah ramadhan yang dapat kita jadikan renungan dan iktibar bersama. Bagi mereka ada yang menangis pabila ramadhan meninggalkan mereka kerana ''masihkah ada ramadhan buat mereka pada masa nanti''......para golongan ahli ibadah pastinya berlinang airmata, kerana ''Ramadhan terpaksa meninggalkan mereka''.Disaat ini juga ada yang gembira seolah-olah telah terlepas dari belenggu Ramadhan dan menganggapkan puasa amat menyusahkan hidup dan aktiviti seharian mereka.

ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...WALILLAH ILHAMD....
Dihari ini saya menyeru kita sebagai umat Muhammad hendaklah bersatu dibawah panji kalimah syahadah. Buangkanlah,elakkanlah segala persengketaan,perbalahan,permusuhan sesama agama dan bangsa.Jadikanlah islam adalah contoh yang baik dimata masyarakat. Aidilfitri kali ini jadikanlah hari yang terbaik untuk kita menjalin hubungan baik antara agama ,bangsa serta kaum.Penuhilah waktu yang terluang untuk ziarah menziarahi serta merapatkan hubungan serta bermaaf-maafan diantara kita sebagai manusia.Janganlah dijadikan masa ini untuk berhibur tanpa batasan, siaran Tv dijadikan santapan keluarga dan para tetamu sekalian.Ingatlah sebulan telah kita beramal dan hancurnya amalan itu disatu Syawal.....adakah itu yang kita semua inginkan??

ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...WALILLAH ILHAMD....
Dikesempatan ini saya juga ingin mengingatkan dan meyatakan bahawa bukan pemimpin sahaja yang boleh buat perutusan... kita sebagai khalifah dan manusia dimuka bumi adalah dipertanggungjawabkan akan apa yang kita buat. Nasihat saya ....Perlu dingatkan juga kita hendaklah berjimat cermat dalam perbelanjaan kita di musim perayaan(nak eksen pada orang konon). Kepada pemandu sila berhati-hati sewaktu dalam perjalanan anda,semoga anda selamat menuju destinasi.  Yang tidak pulang atau bertugas, perhatikan keselamatan rumah jiran tetangga(jadilah jaga sekejap) Sesuatu yang nak diingatkan,kanak-kanak jangan bermain mercun, kadang-kadang mak/bapak yang lebih pulak.
Dengan kalimah Allah kami dari ADMIN-ADMIN YADIM MENCARI HIDAYAH ADMIN-ADMIN ISLAM WAY OF LIFE , ADMIN-ADMIN MASIH ADA RAHMAT BUAT ANAK-ANAK ADAM DAN ADMIN-ADMIN KUMPULAN YANG TIDAK DINYATAKAN 
Saya memohon ampun serta kemaafan atas segala ketelanjuran dalam pertuturan...perdebatan...perhujahan..perbincangan dan apa juga yang telah menguris serta menyakiti perasaan anda tanpa mengira pangkat,agama,bangsa dan kaum. 
Jaksa kotaraja@Hanafiah sekali mengambil kesempatan bagi memohon maaf dan ampun buat diri ini bagi mewakili pihak kami sekeluarga, minta dihalalkan makan dan minum serta maaf atas segalanya ...
~JAKSA KOTARAJA

Jumaat, 2 Ogos 2013

RAMADHAN DILEMA SYAWAL YANG DINANTI ORANG....


Masa berlalu hari berganti..Ramadhan makin jauh daripaada kita. Tapi masih ada orang islam yang kini telah mula melupakan Ramadhan. INGATLAH SAAT AKHIR KITA MELUPAKAN RAMADHAN,SEMAKIN BESAR PULA RAHMAT YANG MENANTI BUAT MEREKA YANG ''ISTIQAMAH'' DALAM BERIBADAH SIANG DAN MALAM.
Manusia ramai kini dilalaikan oleh hiburan yang kononnya menyambut manusai kealam ''fitrah''... Nyanyian dialunkan melalui segenap pelusuk corong pembesar suara. Jarang pula dialunkan kata-kata ''agar kita beribadah dihujung ramadhan jika ada, itupun tika waktu solat masuk atau baru berlalu....kemudian diteruskan dengan alunan aidilfitri''... Bertapa malunya kita pada ALLAH SWT ...  pada Rasulullah SAW,yang berjuang mempertahankan islam dalam peperangan AL-AHZAB/KHANDAK.. 

Sejak Ramadhan,5 Hijrah lagi Rasulullah SAWserta sahabat dan puak muhajirin dan ansar bersatu dalam mempertahankan ISLAM. Dalam peperangan al-ahzab/khandak ramai puak/kabilah terbabit dalam pentempuran yang berlangsung hingga ''zulkaedah''. Pelbagai peristiwa panjang yang berlaku saat menghadapi peperangan ini.
Oleh itu marilah kita renungi sejenak apakah perbuatan kita selari dengan anjuran islam dalam ramadhan ini...  Umur  masih ada ,masa masih ada .. masih ada lagi baki ramadhan....janganlah ramadhan berlalu dengan kita kekosongan jiwa...

DEMI MASA .. MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar

~Al Asr


~wallahu'alam
~jaksa kotaraja

Rabu, 31 Julai 2013

UMUR KITA SEMAKIN PENDEK,JANGAN DIPERSIAKAN BAKI UMUR YANG MASIH ADA DIMALAM LAILATUL QADR....

..hendaklah umur kita yang ada ini kita pergunakan sebaiknya, sebelum berpisahnya roh daripada jasad.... jangan kita terlewat, jangan pula kita terpedaya dengan TIPU-DAYA SYAITAN, dengan kekuatan, keindahan, kekayaan, kuasa yang besar, pengaruh yang banyak.... kerana semua itu akan tetap berakhir bila MALAIKAT MAUT sudah menceraikan roh kita dari badan.....

UMUR YANG DIKURNIAKAN KEPADA KITA hari ini adalah sebuah NIKMAT YANG AMAT BESAR, dan paling tinggi nilai harganya, tidak dapat kita nilai harganya dengan emas yang berbukit, dan wang yang berjuta.... Oleh yang demikian, umur yang Allah S.W.T beri kepada kita sebagai pinjaman ini yang ianya berterusan sampai sekarang, perlulah kita usahakan untuk melakukan AMAL KEBAIKAN, mencari dan mengharap keredhaan-Nya dengan maksud kita sentiasa bersedia dalam menegakkan hukum-hukum syariat Allah, disamping tidak kita lupa segala amal soleh dan kebajikan kita itu kita letakkan diatasnya niat semata-mata ikhlas kerana Allah S.W.T..

Umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4) Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

Sebenarnya tanpa kita sedari, UMUR KITA SEMAKIN HARI SEMAKIN PENDEK.... semakin kita dekat dengan KEMATIAN, semakin rapat kita dengan tanah, tempat yang mana kita dijadikan, dan disitu jua kita akan dikebumikan.... kerana itu hendaklah umur kita yang ada ini kita pergunakan sebaiknya, sebelum berpisahnya roh daripada jasad.... jangan kita terlewat, jangan pula kita terpedaya dengan TIPU-DAYA SYAITAN, dengan kekuatan, keindahan, kekayaan, kuasa yang besar, pengaruh yang banyak.... kerana semua itu akan tetap berakhir bila MALAIKAT MAUT sudah menceraikan roh kita dari badan.....

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : Umur umatku adalah diantara 60 hingga 70 tahun.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
"SEBAIK-BAIK MANUSIA ITU ADALAH ORANG YANG DIBERIKAN UMUR YANG PANJANG, DAN UMUR ITU DIKERJAKAN DENGAN MELAKUKAN SEBANYAK-BANYAK KEBAIKKAN, DAN SEBURUK-BURUK MANUSIA IALAH ORANG YANG DIBERI TUHAN UMUR YANG PANJANG, TETAPI DIPERGUNAKAN UNTUK MEMBUAT KEJAHATAN...".. (HR AHMAD)....

Jibril AS berkata kepada Rasulullah SAW, “Ya Muhammad, tahukah engkau kenapa singkat umur umatmu?” Tanpa menunggu jawapan, Jibril AS sendiri menjawab pertanyaan itu “Sebabnya supaya mereka tidak berpanjangan melakukan maksiat...”


Umur yang kita gunakan ini AKAN DITANYA, AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN DIHADAPAN ALLAH, iaitu untuk apa umur ini kita gunakan, untuk apa ianya kita habis kan, semuanya akan ditanya di mahkamah Allah SWT kelak.... Sabda Nabi Muhammad S.A.W : "Belum lagi habis jejak telapak kaki seorang hamba DI HARI KIAMAT, sehingga kepadanya disoal tentang umurnya kemana dia habiskan....". (Hr. Tarmizi)....

Marilah kita sama-sama menggunakan kesempatan atau saki-baki usia kita yang ada ini untuk memperbaiki serta memohon pada ALLAH SWT agar kita dapat menerima malam lailatulqadr dan semoga kita mendapat keampunan serta rahmatNYA.. 


MASIH ADA WAKTU.... WALAU MELEBIHI SETINGGI GUNUNG DOSA KITA KEPADA ALLAH SWT...ALLAH SWT MASIH SUDI MENGAMPUNKAN  HAMBANYA...
LIHATLAH BETAPA MAHA BESARNYA ''RAHMAT ALLAH''
~wallauhu'alam
~jaksa kotaraja

Ahad, 28 Julai 2013

MALAM TUJUH LIKUR DAN MALAM LAILATUL QADR ...


Dalam masyarakat Melayu, malam Lailatulqadar turut dikenali sebagai malam tujuh likur. Meskipun ada banyak cerita yang berkisar dalam masyarakat Melayu mengenai malam tersebut, sebahagian besarnya adalah cerita yang tidak bersandarkan petunjuk yang jelas.Maka berbondonglah mereka menyalakan obor/ pelita dan kini lampu hisan serta berkerlipan kononnya malaikat akan turun datang kerumah..Inilah kini menjadi adat resam pula bagi melayu untuk merayakan hujung ramadhan dan syawal. Malah pada malam tersebut turut diceritakan banyak keganjilan berlaku - air berhenti mengalir, pokok sujud menyembah bumi atau malaikat turun ke bumi dalam bentuk manusia - kerana tidak semua manusia boleh menemuinya dalam bentuk nyata.. 

Maka amalan sesetengah orang Melayu menunggu air paip menjadi beku pada malam tersebut perlu digantikan dengan memperbanyakkan amal ibadat yang lebih berfaedah. Tiada keterangan menjelaskan untuk menemui malam khas buatnya, tidak disyaratkan dengan melihat sesuatu atau mendengarnya. 
Rasulullah bersabda bermaksud ; "Carilah sedaya upaya kamu Lailatulqadar itu pada 10 malam ganjil pada akhir Ramadan." 
dari Aisyah r.a. dan seterusnya diriwayatkan oleh Imam Bukhari

Malam LailatulQadar adalah satu malam yang dipenuhi KEBERKATAN serta RAHMAT ALLAH SWT dan MALAM itu penuh kesejahteraan serta rahmat SAMPAI TERBIT FAJAR. Maka tiada pertikaian tentang saat dan waktu serta masa ianya berlaku. Sebagai Insan, kiat lakukanlah perkara yang di amanahkan buat kita,tidak perlu persoalkan hak/hukum Allah SWT.

Jika kita ingin mendapatkan Lailatulqadar, kita seharusnya dapat melakukan 'Qiam' Ramadhan. Sepanjang bulan tersebut kita hidupkan suasana ingin belajar (taklim) sepanjang masa, siang dan malam dengan beribadah, zikir, solat sunat dan qiraah (tadarus dan telaah) al-Quran. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu."

Pusatkanlah seluruh indera kita kepada pintu keampunan serta taubat bagi melenyapkan diri kita daripada dosa dan dinyahkan syak wasangka yang kita lakarkan dalam hidup kita.Semoga 10 malam akhir Ramadhan ini dapat mengubah perangai serta penghidupan kita kearah yang lebih baik dari sebelumnya.
~Wallahu'alam
~Jaksa kotaraja

Ahad, 21 Julai 2013

BINGKISAN RAMADHAN BUATMU HAI ANAK !!! HAI ANAK ADAM..



SAYANGILAH KENANGI LAH IBU DAN BAPA KITA..
MUSABAB DIA KITA BERADA KINI.. MANAKAH DIA KINI..
KETAHUILAH OLEHMU HAI SANG ANAK…

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil” 
(al-Isra’, 17: 24)


KETIKA BAYIMU.., SEEKOR SEMUT PUN PASTI DIHALANG UNTUK MENGHINGGAPI TUBUHMU… BANYAK MASA.. KERINGAT.. USAHA.. AGAR SANG ANAK SENTIASA SENYUM DAN TAWA…. 
“Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” 
(HR Tabrani).

TIKA REMAJA…, SAAT SANG ANAK MEMINTA.. PASTI IBUBAPA TETAP CUBA MEMENUHINYA WALAUPUN TERKADANG PAHIT.. SAKIT.. DEMI MEMBUAT SANG ANAK BAHAGIA…
“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (HR Al-Tirmizi)  dan keterangan hadis lain
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.”
(HR Al-Tirmizi)

SAAT KAMU BINA SEBUAH KELUARGA… DEMI HIDUP.. KINI IBUBAPANYA KIAN TERPINGGIR SEPI.. RENUNG JAUH MENGHARAP SANG ANAK ZIARAHI.. OH ANAK TATKALA SANG ANAK DIKURNIA ANAK.. IBUBAPA JUGA MEREKA CARI.. TAK LAIN DEMI CUCU.. KINI WALAU SAKIT ATAU PERIT, CUCU ADALAH PENAWARNYA..
“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ahh atau uhh’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” 
(Al-Isra’, 17: 23 )

LUPUT HILANGNYA PANDANGAN MATA IBUBAPA BUAT SANG ANAK..
SAAT UZURNYA IBUBAPA APAKAH PERASAN KITA.. SAAT KEMATIAN APAKAH PERASAAN KITA.. SAAT KETIADAANNYA APAKAH PERASAAN KITA.. MASIH ADA KESEMPATAN HAI ANAKKU…
PADA IBUBAPA YANG TIADA, HANYA ADA PUSAKA BUAT KITA.. MASIH ADA BEKAL BUATMU HAI ANAK.. BUAT KENANGANMU.. 
NAMUN SAAT HAYATKU,KASIH SAYANGKU BUATMU HAI ANAK ITULAH HARTA BERHARGAMU, BUATMU HAI ANAK... 
SEDANGKAN HARTA BENDA PENINGGALAN ADALAH DAKI KEHIDUPAN DUNIA...

HAI ANAK !!! KAU MASIH BERNAMA ANAK !! KEKAL SEBAGAI ANAK !!!


Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah bersabda:“Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya(ibubapa) dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).


~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja

Sabtu, 20 Julai 2013

TETAP HARAM WALAU BERSIH MANAPUN...


...Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina mengetahui hal itu, mereka bertanya, " Untuk ..

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging babi adalah makanan asas dalam hidangan mereka. Dalam kesempatan ini, saya fikir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis.

Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram,kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada.Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi..

Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.? "Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina mengetahui hal itu, mereka bertanya, " Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, " Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia.

" Mereka memenuhi apa yang beliau pinta.. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya


~wallahu'alam
~jaksa kotaraja

Rabu, 17 Julai 2013

ANAK MENJUAL KUIH MENCUIT HATI PELANGGAN

                                               gambar hiasan
 ...Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar...
Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawab saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

“Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.



Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, “Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?”

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu.

Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

“Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

“Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,” Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

“Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.

“Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!” Kata saya tanpa menjawab pertanyaannya.

“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

“Abang nak beli semua ke?” Dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

“RM25 saja bang.”

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

@Coretan ini Jaksa terima cerita ini dari web untuk disebarkan dan telah diedit..

APAKAH SYAFA’AT NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM


MEMANG RUGI YANG AMAT SANGAT ORANG YANG TIDAK MAHU BERSELAWAT... Bukan payah pun, bukan kena bayar pun,bukan penat pun..  

SYAFAAT dari sudut istilahnya adalah PENGANTARA BAGI SESEORANG DALAM HAL MENDAPAT MANFAAT ATAU MENJAUHKAN DARIPADA HAL MUDHARAT... MENDAPAT MANFAAT ertinya ialah, syafaat Nabi Muhammad SAW bagi ahli Syurga supaya masuk ke dalam Syurga.... MENJAUHKAN MUDHARAT pula ertinya ialah, syafaat Nabi Muhammad SAW bagi mereka yang akan dimasukkan ke dalam Neraka agar terselamat darinya...

APA TUJUAN SYAFAAT ni? “Agar memperlihatkan kemuliaan Nabi Muhammad SAW atas sekalian manusia yang lainnya.”... Apabila selesai perhitungan (hisab) dan berjaya melintasi TITIAN, Ahli Syurga mendapati pintu Syurga tertutup, sehinggalah Baginda memohon syafaat agar dibukakan bagi mereka.... Hadith Anas bin Malik: Rasulullah bersabda:
آتي باب الجنّة يوم القيامة فأستفتح, فيقول الخازن: من أنت؟ فأقول: محمد. فيقول: بك أُمِرتُ أن لا أفتح لأحد قبلك
Maksudnya: “Pada hari kiamat, aku mendatangi pintu Syurga dan meminta agar ianya dibuka.. Maka berkata penjaga pintu: Siapakah engkau? Aku menjawab: Muhammad... Lalu ia berkata: Demikianlah aku diutuskan agar tidak membukanya bagi sesiapa pun sebelum kamu.” (HR Muslim)....

SIAPA YANG BERHAK MENDAPAT SYAFAAT NABI S.A.W.? Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah ORANG YANG LEBIH BANYAK SELAWATNYA KEPADAKU." (Hadis Riwayat Ibn Mas'ud r.a)... Dalam hadith yang lain, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: "BARANGSIAPA BERSELAWAT KEPADAKU di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya." (HR Al Baihaqi dan Al Khatib)...

SYAFAAT NABI DI AKHIRAT NANTI ADA 5 JENIS:
1] Syafaat untuk MEMBEBASKAN UMAT MANUSIA DARIPADA KEDAHSYATAN Padang Mahsyar...
2] Syafaat untuk MEMASUKKAN KE DALAM SYURGA TANPA HISAB dan perhitungan apa pun..
3] Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, AGAR DICABUT HUKUMAN itu...
4] Syafaat MENGELUARKAN MEREKA YANG BERDOSA, dari azab neraka...
5] Syafaat untuk MENAIKKAN KE TINGKAT YANG LEBIH TINGGI di syurga....


Daripada Jabir bin Abdillah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang berdoa ketika mendengar seruan azan dengan doa: "Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan Azan dan sembahyang yang didirikan, kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad SAW. ketinggian dan kelebihan serta kedudukan yang terpuji yang Engkau telah janjikan" nescaya dia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat kelak". (Riwayat Imam Bukhari di dalam kitab sahihnya)



Ahad, 14 Julai 2013

TIDAK BOLEHKAH WALAU CUMA NAN SEBUNGKUS BUBUR ATAU SEPIRING KUIH...

..engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan, lalu kami hanya akan tinggal diam?” Rasulullah menjawab dengan lembut, ”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu ini. Tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya?”...

Dalam bulan ramadhan kebanyakan mereka gemar untuk membeli juadah berbuka puasa dibazar ramadhan ataupun dikedai makan.Tidaklah kita dapati ramai yang ''memanjangkan tangan untuk bersedekah/hadiahkan makanan buat jemaah yang berbuka dimusollah/surau atau masjid walaupun hanya nan sebungkus bubur atau sepiring kuih. Jika sebelum kita berbelanja diluar,perhatikanlah sekeliling jiran serta suadara kita,mungkin mereka dalam kesulitan untuk mendapatkan makanan. Oleh yang demikian,dengan penuh ikhlas serta kasih sayang,  hulurkanlah sedekah/hadiah untuk mereka,begitu juga buat para jemaah yang berbuka dimusollah@surau atau masjid.Sesungguhnya SEDEKAH/HADIAH DARI ANDA TIDAK MEMBAWA ANDA KEPADA KEFAKIRAN@KEMISKINAN.
Masih ingatkah kita pada satu cebisan peristiwa silam
...SaidinaUmar memberanikan diri berkata, ”Ya Rasulullah! Adakah bila engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan, lalu kami hanya akan tinggal diam?” Rasulullah menjawab dengan lembut, ”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu ini. Tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya?”...

Maka kita kini sebagai khalifah keluarga/masyarakat,kita juga akan mempertanggungjawabkannya dihadapan Rabbul Jalil. Maka perlu diingatkan bahawa WANG ATAU REZEKI YANG KITA PEROLEHI BUKANLAH HAK KITA 100%...DIDALAMNYA MEMPUNYAI HAK KEPADA YANG LAIN...semoga kita terhindar dari sifat kebakhilan..
~wallahu'alam
~jaksa kotaraja

Sabtu, 13 Julai 2013

Risalah Ramadhan untuk semua KAUM - Sahur Dan Pandangan Sains~ wajib BACA


..mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah dan ini akan menyebabkan penyakit anemia (iaitu suatu penyakit yang berkaitan dengan kekurangan hemoglobin dalam darah..

Puasa adalah amalan yang dituntut bagi umat islam
, ianya juga mengandungi hikmah yang besar bagi sesiapa yang mengamalkannya. Dalam puasa ini terkandung didalamnya sahur yang mengandungi hikmah disebaliknya seperti sabda nabi SAW, “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah) Dalam hadis ini bersahur dikaitkan dengan keberkatan. Keberkatan bermaksud rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Dalam riwayat yang lain baginda bersabda, “Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan ahli kitab ialah makan sahur.” (Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Nasai) Mengikut hadis ini pula, bersahur menjadi pembeza antara puasa umat Islam dengan ahli kitab.

Umat Islam disuruh melewatkan sahur kerana nabi bersabda, “Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa.” (Ahmad) Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu subuh dan berhubung dengan ini Zaid bin Thabit pernah berkata, “Kami pernah bersahur bersama nabi kemudian kami bangun untuk melakukan solat (subuh).” Kemudian Zaid bin Thabit disoal, “Berapa lama masa antara keduanya (yakni antara makan sahur dan solat subuh)?” Berkata Zaid, “Sekadar membaca 50 ayat Al-Quran.” (Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar disebutkan, “Imam Ibn Abdil Bar berkata, hadis-hadis yang menerangkan tentang kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur kesemuanya adalah bertaraf sahih dan mutawatir.”

Penekanan nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi (breakfast). Kajian semasa menunjukkan makanan yang paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi. BBC News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi adalah amat penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu yang lain. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Mark Pereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis.
Kajian yang sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding dengan mereka yang jarang bersarapan pagi.

Hal ini menjadi lebih penting ke atas kanak-kanak yang berpuasa kerana kesan meninggalkan sarapan pagi ke atas kanak-kanak adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil. Kajian-kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun dari tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan dari itu satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakan-rakannya ke atas 700 pelajar-pelajar dari Louisiana menunjukkan, mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah dan ini akan menyebabkan penyakit anemia (iaitu suatu penyakit yang berkaitan dengan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001. Justeru secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan berdasarkan kajian-kajian yang dipaparkan ini.

Tambahan dari itu, puasa meredakan tekanan atau stress pada jiwa seseorang kerana, di samping tidak makan, minum dan bersetubuh di siang hari, umat Islam digalakkan membaca Al-Quran, bersedekah, memelihara lidah serta membanyakkan solat dan zikir. Amalan-amalan ini menguatkan dan mendamaikan hati.

~Wallahu'lam
~Jaksa Kotaraja

Jumaat, 12 Julai 2013

SALAH MANUSIA ATAU IBLIS..???



JIKA MANUSIA ITU MASIH MELAKUKAN MAKSIAT @ KEBURUKAN KETIKA BERPUASA, MAKA IANYA ADALAH BUKAN HASUTAN DARI SYAITAN. 

INI ADALAH PERBUATANNYA SENDIRI YANG DIDORONG OLEH …HAWA NAFSU…!!! 
''Apabila masuk sahaja Ramadhan, maka pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup ,dan syaitan-syaitan dibelenggu.''
HR~ Al-Bukhari


"Sesungguhnya musuh sejatimu, bukanlah yang kalau ia membunuhmu lalu Allah memasukkanmu syurga, kalau kamu membunuhnya mendapatkan penghargaan. Tetapi musuh yang sejati adalah nafsumu yang ada di dalam dirimu dan kadang-kadang  perempuan yang tidur bersamamu..
" Rasulullah s.a.w. ketika pulang dari perang Badar, "Kalian baru saja kembali dengan sebaik-baik kepulangan, kalian baru saja kembali dari satu jihad kecil (perang) untuk menuju kepada jihad yang lebih besar, yaitu pertempuran hamba melawan hawa nafsunya". Rasulullah s.a.w. juga menegaskan "Sebaik-baik Jihad adalah perangnya seorang lelaki melawan nafsunya di jalan Allah" 
HR~ Ibnu Hajjar.
~wallahu'alam
~jaksa kotaraja

Rabu, 10 Julai 2013

MENGAPA TIDUR SIANG HARI DIBULAN RAMADHAN..

Sejenak minda dibulan Ramadhan...
Sabda Rasulallah saw suatu hari di akhir bulan Sya’ban : “Wahai semua manusia, telah datang kepadamu bulan yang agung, penuh keberkahan, didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Diwajibkan padanya puasa dan dianjurkan untuk menghidupkan malam-malamya. Siapa yang mengerjakan satu kebaikan (sunah) pada bulan ini, seolah-olah ia mengerjakan satu kewajiban (fardhu) dibulan-bulan lain. Siapa yang mengerjakan ibadah wajib (fardhu) seakan-akan mengerjakan tujuh puluh kali kewajiban di bulan-bulan lain “ (Sahih Muslim dari Salman).

“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”
Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari.

Kesimpulannya disini,tidurnya kita disiang hari  dibulan ramadhan adalah untuk menguatkan serta menyegarkan diri kita untuk beribadah ketika siang harinya dan waktu malamnya juga…Waktu  malam kita disunatkan solat terawih, bangun untuk solat malam dan seterusnya bersahur.Walau akan mengurangkan waktu tidur kita,tetap kita akan segar kerana sedikit waktu siang telah kita ambil untuk tidur. 

Walau ada pendapat pengatakan dari hadis Riwayat Baihaqi adalah hadir ''daif'' atau lemah;-
“Tidurnya orang yang berpuasa itu ibadah, diamnya adalah tasbih, doanya dikabulkan, dan amalnya dilipatgandakan.”

Sabda Rasulullah SAW.“Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk shalat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu” HR. Bukhari.
Pada pengamatan saya yang dikatakan tidurnya berpahala adalah kerana ''niat'' untuk menguat serta menyegarkan diri dalam menjalani ibadah siang dan malam daripada  menghindari perbuatan lara yakni perbuatan sia-sia dan tidak mendatangkan faedah seperti bercakap kosong, berfacebook / chatting,berhibur... maka ini juga akan menghindarkan kita terjerumus kekancah kemaksiatan.

@pahala adalah kurniaan Allah pada makhlukNya .. manusia sering mengandaikanya dalam pencariannya...
Semoga kita mendapaat rahmat serta pengampunan DOSA dari ALLAH SWT...amin..
~wallahu'alam..
~jaksa kotaraja