Rabu, 16 Oktober 2013

KORBAN YANG BERERTI ...

SAAT MENJELANG HARI RAYA AIDILADHA@KORBAN MAKA RAMAILAH ORANG BERBUAT KORBAN BINATANG SEPERTI KAMBING LEMBU DAN LAIN TERNAKAN. RAMAI YANG TIADA TERDUGA DUIT ATAU TENAGA MEREKA  HANYA''TERKORBAN  SIA-SIA'' TIDAK LAIN KERANA NIAT SERTA PERBUATANNYA SERTA PENGERTIANNYA YANG DENGKEL.
 INI KERANA BILA TIMBUL PERASAAN UJUB ATAU RIAK DAN BERMACAM RAGAM CONTOHNYA;-KETIKA NAMANYA ATAU MEREKA DISEBUT SEBUT.ADA PULA YANG MENJADI SEPERTI TUAN SERTA MEMANDANG SINIS PADA JEMAAH ATAU ORANG YANG BERHAK KEATAS KORBAN. MEMANG DIA TUAN YANG BUAT KORBAN,TETAPI HAKNYA SEBAGAI PESERTA KORBAN DAN HAKNYA HILANG APABILA BINATANG ITU TELAH DIKORBANKAN KERANA SEBAHAGIAN BESAR KORBAN ITU MENJADI HAK WAJIB PADA SIFAKIR DAN MISKIN...JIKA RASA NAK BUAT ATAU TETNTUKAN SEGALANYA LEBIH BAIK BUAT DIRUMAH SENDIRI,JIKA DAGING ITU HENDAK DIBOLOTNYA UNTUK WARIS DAN KERABATNYA..

BANYAK KEPINCANGAN YANG BIASA KITA LIHAT SEWAKTU PROSES PENYEMBELIHAN HINGGA AGIHAN DAGING KORBAN... PADA MEREKA JANGANLAH HAMPAKAN PADA ORANG YANG BERHAJAT UNTUK MENDAPATKAN DAGING KORBAN HANYA SEMATA-MATA KERANA TIADA  ''KUPON''. ALLAH SWT TIDAK MEMINTA ''KUPON ''DARI KITA UNTUK MENYEDUT UDARA ATAU BERJALAN DIMUKA BUMI INI...BERIKANLAH PADA MEREKA JANGANLAH  DINAFIKAN KERENA KERAKYATAN ATAU BANGSA....DI MEKAH SANA BERBAGAI BANGSA BERSAMA MENGERJAKAN IBADAH HAJI...KITA DISINI MEMBEZAKAN PULA...

~ DAGING DAN DARAH BINATANG KORBAN TIDAK SEKALI-KALI AKAN SAMPAI KEPADA ALLAH,TETAPI YANG SAMPAI KEPADANYA IALAH AMAL YANG IKHLAS YANG BERDASARKAN KETAKWAAN DARI KAMU.

~SURAH AL HAJ-37
~ MEAT AND ANIMAL BLOOD SACRIFICE WILL NEVER UNTIL TO GOD, BUT THAT IS TO HIM UNTIL THE SINCERE IS BASED CHARITY PIETY FORM YOU
~SURAH AL HAJ-37

~WALLAHU'ALAM
~SALAM AIDILADHA  SERTA MAAF LAHIR BATIN
~JAKSA KOTARAJA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan