Jumaat, 4 Oktober 2013

ANTARA IBU DAN BUMI


10 PERINGATAN BUMI KEPADA MANUSIA

Berkata Anas bin Malik r.a; sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara:-

1.Wahai anak Adam,berjalanlah di atas perutku tetapi ingatlah kau akan masuk ke dalam perutku kelak.
2.Kau melakukan kejahatan maksiat di atas belakangku tetapi ingat kau akan di azab di dalam perutku.
3.Engkau ketawa di atas perutku tetapi ingatlah kau akan menangis di dalam perutku.
4.Engkau bergembira/berseronok di atas belakangku tetapi ingat kau akan kecewa sedih di dalam perutku.
5.Engkau mengumpul harta di atas belakangku tetapi ingat kau akan menyesal dalam perutku.
6.Engkau makan yang haram di atas belakangku tetapi ingat engkau akan dimakan ulat-ulat di dalam perutku.
7.Engkau angkuh sombong di atas belakangku tetapi ingat engkau akan dihina di dalam perutku.
8.Engkau berlari dengan megah di atas belakangku tetapi ingatlah engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9.Engkau hidup bersiramkan cahaya matahari,bulan dan bintang di belakangku tetapi ingat engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10.Engkau hidup beramai-ramai di atas belakangku tetapi ingatlah engkau akan berseorangan diri didalam perutku....


Kubur tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya,orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan