''terbuka'' dalam erti bahasa ''ter'' adalah paksa atau tidak sengaja oleh sesuatu dan ''buka'' pula ialah memberi ruang. Setiap kali menjelang syawal, akan bersibuklah mereka-mereka yang ''reka'' hari untuk membuat ''rumah terbuka'' hari raya...Persoalannya adakah hari raya aidlfitri adalah hari menutup rumah sehingga melaungkan ''rumah terbuka'', atau sememangnya mereka ini sering menutup rumahnya untuk para tetamu,jiran dan saudara dan hanya membukanya ''HANYA SEHARI SAHAJA DALAM MAJLIS RUMAH TERBUKA''.. Lebih malang lagi, sambutan rumah terbuka aidilfitri dibuat setelah masuk bulan Zulkaedah Perkataan
Adalah lebih malang lagi dalam sambutan rumah terbuka para tetamu serta hadirin yang hadir ''DIKELASKAN/MENGKASTAKAN'' tempat serta layanan''. ADAKAH ISLAM NEGAJAR UMATNYA AGAR MEMBEDAKAN MANUSIA ITU DARI SEGI PANGKAT SERTA KETURUNAN ??? Mereka yang ''berkepentingan atau kononnya VIP'' diberikan tempat duduk khas yang empuk, makanan yang khas terhidang siap berhawa dingin aatau berkipas,sedang tetamu yang lain makan dimeja biasa dan kadangkala makan dikaki lima, tepi longkang, bawah pokok atau berdiri.
Adalah lebih malang lagi untuk hadir dan makan terpaksa berbaris-baris untuk bersalaman dan mengambil makanan.Jika tetamu ramai mengapa pula bila tibanya orang VIP tuan rumah boleh terus meninggalkan tetamu biasa dan terus menjemput masuk tetamu kononnya VIP tanpa berbaris ??. Yang amat menyedihkan apabila ada tetamu yang hadir dimarah dan ditempelak oleh pelayan tetamu atau tuan rumah sendiri semata-mata hendak mengambil makanan lebih sedikit atau tersilap sedikit dalam pergerakan tetamu masuk keruang yang dikhaskan untuk VIP.
Sabda Rasulullah yang bermaksud;
“Wahai manusia, janganlah kamu membenci kehadiran tetamu.Sesungguhnya mereka datang membawa rezeki dan apabila keluar(pulang),membawa dosa ahli rumah tersebut keluar”
SATU KISAH MANUSIA YANG PALING KAYA DIBUMI DI TEGUR...
Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Allah Sulaiman A.S pernah ditegur oleh Allah SWT kerana melayan tetamu dengan tidak sepenuh hati. Pada suatu hari Nabi Sulaiman AS telah dikunjungi oleh seorang tetamu. Dia adalah seorang yang kafir. Baginda pada waktu itu berfikir bahawa tidak perlu tetamu itu dimuliakan dan dihargai sepertimana tetamu dari kalangan pengikutnya kerana dia adalah seorang yang kafir. Lantas baginda hanya menghidangkan tetamunya dengan minuman dan bercakap dengan seadanya. Sekembalinya tetamu itu, baginda telah didatangi malaikat Jibril A.S menyampaikan teguran Allah: “Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau melayan tetamu seperti itu ?
Jawab nabi Sulaiman:”Bukankah dia (tetamu itu) dari golongan kafir?”
Jibril bertanya:”Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini?”
“Allah!” Jawab Nabi Sulaiman penuh yakin.
Jibril : “Siapakah yang menciptakan malaikat, jin dan manusia?”
Nabi Sulaiman : “Allah!”
Jibril :”Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan?”Nabi Sulaiman :”Allah!”
Jibril :”Siapakah yang menciptakan orang kafir itu?”
Nabi Sulaiman :”Allah!”
Jibril : “Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?”
Nabi Sulaiman : Nabi Sulaiman A.S terdiam dan terus bersujud”.
“Ya, Allah! Ampunilah hamba-Mu yang telah berbuat zalim ini.”
Kemudian malaikat Jibril menyampaikan wahyu Allah:”Wahai nabi Allah, pergilah dan pohonlah kemaafan kepada orang itu. Ampunan Allah tergantung daripada kemaafannya.”.
Dengan segera Nabi Sulaiman mencari tetamunya tadi. Setelah bertanya ke sana ke mari dan mencari-cari, ternyata, tetamunya itu sudah jauh berjalan meninggalkan kota. Nabi Sulaiman A.S dengan pantas mengejar tetamunya itu. Setelah bertemu, dan dengan nafas yang masih termengah-mengah, baginda berkata: “Saudara, tunggu…!”Tetamu tadi menoleh dan melihat keadaan Nabi Sulaiman dengan kehairanan lalu bertanya: “Kenapa?”
“Saudara… sudikah kamu memaafkan tingkah laku saya tadi, ketika mana kamu menjadi tetamu di rumah saya tadi?”
Orang itu diam. Jauh di sudut hatinya, sebenarnya dia merasa wajar diperlakukan seperti itu, kerana dia memang bukan termasuk di dalam golongan pengikut Nabi Sulaiman. Dia tidak menerima ajaran Tauhid yang dibawa oleh baginda.
Tetapi dia terus juga bertanya: “Kenapa, wahai Sulaiman?”
“Allah menegurku, setelah engkau pulang dari kediamanku.”
“Allah? Siapakah dia?” Tetamu itu bertanya.
“Allah adalah Tuhan, Tuhan Kami dan Tuhan Engkau, Yang menciptakan langit dan bumi, dan semua isinya. Dia yang menciptakan malaikat, jin dan manusia. Dia Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya.”
“Lalu, kenapa Dia menegurmu?” Tetamu itu terus bertanya.
“Allah menegurku, kerana aku sudah tidak berlaku adil terhadapmu. Aku tidak memuliakanmu sebagai tetamu. Allah yang Maha Kuasa selalu bersifat adil terhadap semua hamba dan ciptaanNya, mengapa aku berlaku tidak adil terhadapmu?” Nabi Sulaiman menerangkan keadaan sebenar.
“Sebegitukah Tuhanmu wahai Sulaiman, memperlakukan aku, walaupun aku bukan dari golonganmu?” Tetamu itu bertanya penuh taajub.“Ya…! Maafkan sikapku tadi wahai saudara, ampunan Allah tergantung dengan kemaafanmu” Nabi Sulaiman meminta.
“Saksikanlah, wahai Sulaiman! Asyhadu alla ilaa ha illallah, Wa anta Rasulullah!” ucap si tetamu.
Orang itu memeluk nabi Sulaiman a.s. Nabi Sulaiman pun memeluk tetamunya itu dengan penuh rasa terharu.

Dalam sebuah hadis,
إن الضيف إذا دخل بيت المؤمن دخل معه ألف بركة وألف رحمة
Maksudnya : Sesungguhnya tetamu itu apabia masuk ke rumah seseorang mukmin maka, ia masuk bersama dengan seribu berkata dan seribu rahmat.
Dari Abu Syuraih Al ‘Adawi r.a. katanya :
“Kedua telinga saya mendengar dan kedua mata saya melihat, ketika Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya jamuan tambahannya.”
Mereka bertanya : “Apakah jamuan tambahan itu ya Rasulullah”
Beliau menjawab : “Sehari dan malamnya” Menerima tamu itu hanya tiga dan barang siapa yang lebih dari itu, adalah sedekah.”.
~Wallahhu'alam
~Jaksa kotaraja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan