Ahad, 21 Julai 2013

BINGKISAN RAMADHAN BUATMU HAI ANAK !!! HAI ANAK ADAM..



SAYANGILAH KENANGI LAH IBU DAN BAPA KITA..
MUSABAB DIA KITA BERADA KINI.. MANAKAH DIA KINI..
KETAHUILAH OLEHMU HAI SANG ANAK…

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku pada waktu kecil” 
(al-Isra’, 17: 24)


KETIKA BAYIMU.., SEEKOR SEMUT PUN PASTI DIHALANG UNTUK MENGHINGGAPI TUBUHMU… BANYAK MASA.. KERINGAT.. USAHA.. AGAR SANG ANAK SENTIASA SENYUM DAN TAWA…. 
“Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” 
(HR Tabrani).

TIKA REMAJA…, SAAT SANG ANAK MEMINTA.. PASTI IBUBAPA TETAP CUBA MEMENUHINYA WALAUPUN TERKADANG PAHIT.. SAKIT.. DEMI MEMBUAT SANG ANAK BAHAGIA…
“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (HR Al-Tirmizi)  dan keterangan hadis lain
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.”
(HR Al-Tirmizi)

SAAT KAMU BINA SEBUAH KELUARGA… DEMI HIDUP.. KINI IBUBAPANYA KIAN TERPINGGIR SEPI.. RENUNG JAUH MENGHARAP SANG ANAK ZIARAHI.. OH ANAK TATKALA SANG ANAK DIKURNIA ANAK.. IBUBAPA JUGA MEREKA CARI.. TAK LAIN DEMI CUCU.. KINI WALAU SAKIT ATAU PERIT, CUCU ADALAH PENAWARNYA..
“Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ahh atau uhh’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” 
(Al-Isra’, 17: 23 )

LUPUT HILANGNYA PANDANGAN MATA IBUBAPA BUAT SANG ANAK..
SAAT UZURNYA IBUBAPA APAKAH PERASAN KITA.. SAAT KEMATIAN APAKAH PERASAAN KITA.. SAAT KETIADAANNYA APAKAH PERASAAN KITA.. MASIH ADA KESEMPATAN HAI ANAKKU…
PADA IBUBAPA YANG TIADA, HANYA ADA PUSAKA BUAT KITA.. MASIH ADA BEKAL BUATMU HAI ANAK.. BUAT KENANGANMU.. 
NAMUN SAAT HAYATKU,KASIH SAYANGKU BUATMU HAI ANAK ITULAH HARTA BERHARGAMU, BUATMU HAI ANAK... 
SEDANGKAN HARTA BENDA PENINGGALAN ADALAH DAKI KEHIDUPAN DUNIA...

HAI ANAK !!! KAU MASIH BERNAMA ANAK !! KEKAL SEBAGAI ANAK !!!


Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah bersabda:“Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya(ibubapa) dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).


~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan