Jumaat, 31 Ogos 2012

SEMBUNYI ILMU


''Kenapa aku nak ajar mereka secara percuma??Aku belajar sampai habis beribu-ribu ringgit !! bertahun lamanya aku belajar,kini senang-senang saja nak ajar percuma ..!! 

Rasulullah (s.a.w) memperingatkan kita, bahawa HENDAKLAH KITA MENUNTUT ILMU ITU DENGAN IKHLAS, kerana Allah (a.w) semata-mata, dan ditujukan SEMATA-MATA KERANA MENTAATI DAN MENGIKUTI PERINTAH NYA... Dan, janganlah ilmu itu digunakan untuk KEPENTINGAN PERIBADI ATAU KEDUNIAAN, maka besar dosanya menyampaikan ilmu, kerana tujuan selain Allah (a.w)...

Kita juga diperingatkan oleh Rasulullah (s.a.w) supaya TIDAK KEDEKUTKAN ILMU... Kita disuruh sebarkan ilmu itu... Rasulullah (s.a.w) menyuruh sampaikan WALAUPUN SATU AYAT AL-QURAN sekalipun...

Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a), daripada Nabi (s.a.w) berkata: ‘’Tidak dari seseorang lelaki yang menghafal ilmu, maka disembunyikannya dari orang lain, kecuali didatangkan dengannya pada hari qiamat digari (yakni, dirantai) dengan rantai (gari yang diperbuat) dari api neraka.’’ [Hadith sahih Ibnu Majah]...

''Bergulung ijazah aku dapat dalam mempelajari motivasi hidup dan agama, tak kan nak beri motivasi percuma....kini aku diajar untuk cari makan cara begini....!!
ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB UTAMA ORANG YANG BERILMU menyampaikannya kepada orang lain... Jika tidak disampaikannya, atau disembunyikannya kerana bakhil, atau tidak mahu orang lain berilmu, atau mendatangkan kesusahan kepadanya kerana menyampaikan ilmu tanpa imbuhan, atau disampaikannya HANYA DENGAN UPAH DAN BAYARAN, maka balasannya jelas dalam hadith itu dan hadith-hadith lainnya, iaitu masuk neraka dengan kedua tangannya digari (diikat) dengan gari yang diperbuat daripada api neraka.... Oleh kerana itu wajib menyampaikan ilmu itu...


''Aku belajar siang malam dan banyak duit mak bapak aku habis...kini aku dah jadi orang berilmu dan ini saja jalan cari makan aku...!!! dan kerja aku adalah mengajar agama ..!!
AYAT 174, SURAH AL-BAQARAH bermaksud: ‘’Sungguh-sungguh orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah (a.w), iaitu Kitab (iaitu al-Quran), dan menjualnya dengan harga yang murah, mereka hanya menelan api neraka dalam perutnya [i.e. makan dan minum yang dihasilkan dari menjual ayat-ayat yang diturunkan Allah (a.w), menyebabkan mereka masuk dalam neraka].’’... 



AYAT 175, SURAH AL-BAQARAH bermaksud: ‘‘Mereka itulah yg membeli kesesatan dengan petunjuk dan azab dengan keampunan. Maka alangkah beraninya mereka menentang api neraka!’’.... Yakni, Allah (a.w) memberitahu pasti mereka masuk neraka dan mereka sungguh berani walaupun diberitahu pasti masuk neraka, kerana kekal melakukannya setelah ditegah atau dilarang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan