Kini katakan pula kepada kami semua mengapa Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu ?
Sabda Rasullullah S.A.W. : Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang , lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.
Kata orang Yahudi : Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang engkau katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.
Sabda Rasullullah S.A.W. : Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara :
1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah senantiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.
Kata orang Yahudi : Benar apa yang engkau katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi
Sabda Rasullullah S.A.W : Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi aku tetap menyimpankan doa saya ( untuk aku gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat ).
Kata orang Yahudi : Benar apa yang engkau katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa asyhadu anna Muhammada Rasulullah ( kami percaya bahwa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau (Muhammad) utusan Allah ).
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta , jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar". (Al-Baqarah [2] : 155)
Nabi shallallahu 'alaihi wassallam bersabda : “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dalam Iman dan keikhlasan akan diampunlah segala dosanya yang telah lalu, dan sesiapa yang menghidupkan Lailatulqadar dalam keimanan dan keikhlasan akan diampunlah dosanya yang telah lalu” [HR Bukhari, Muslim]
Justeru, carilah pengampunan di dalam bulan yang sepatutnya Hamba Allah mendapat pengampunan dan maghfirah dari Tuhan yang maha Pengampun itu.
Sangat luar biasa bebalnya nafsu andai Ramadhan ini tidak bisa menebuskan diri kita dari Neraka, dan dosa-dosa kita tidak terampun sedangkan janji Allah dan Rasulnya itu bahawa Tuhan sangat pemurah dengan pengampunan, apatah lagi di saat-saat Ramadhan.
Muhammad saw bersabda.... “ Ramadhan sehingga Ramadhan, Jumaat ke Jumaat, dan solat ke solat menjadi pengkifarah dosa diantaranya selama mana menjauhi dosa-dosa besar” [HR Muslim]
Aisyah bertanya kepada Rasul shallallahu 'alaihi wassallam, apakah yang seharusnya didoakan sekiranya bertemu lailatul qadar. Jawab Baginda shallallahu 'alaihi wassallam “Ya Allah, sesungguhnya engkau maha pemaaf, sukakan pula kemaafan, maka maafkanlah aku” [ HR Tirmizi: sahih]
Nabi juga berdoa “ Aku berlindung dengan redha-Mu daripada kemurkaan-Mu, dan dengan pengampunan-Mu daripada pembalasan-Mu” [HR Muslim]
Firman Jalla wa A’la : “ Bersegeralah kalian mencari maghfirah (pengampunan) dan Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, disediakan maghfirah dan syurga itu untuk golongan muttaqin (orang-orang yang bertakwa)” [ surah Ali Imran :133]
Manusia itu ada 5 jenis apabila bertemu Ramadhan:
1 – Orang yang soleh. Menunggu-nunggu Ramadhan. Apabila bertemu dengannya mereka sambut dengan gembira dan mengambil faedah daripadanya semaksima mungkin. Lalu di bawa ke luar ramadhan. ~ ini adalah sebaik-baik golongan.
2 – Orang yang kedatangan ramadhan dan pemergiannya sama sahaja (tidak teransang mahu menambah amal) ~ Golongan yang rugi kerana berada dalam peluang tetapi tidak mengambil peluang.
3 – Orang yang Cuma kenal Allah pada bulan Ramadhan sahaja. Apabila selesai ramadhan dia kembali kepada tabiat jahatnya semula. ~ Imam Ahmad dan Fudhail mengatakan : Seburuk-buruk manusia mereka hanya kenal Allah cuma ketika ramadhan sahaja.
4 – Orang yang hanya puasa perut sahaja. Lain anggotanya tidak turut taat kepada Allah. ~ Nabi sebut bahawa ini golongan yang tidak dinilai sikit pun Oleh Allah puasanya dari makan minum [Riwayat Bukhari dan Abu Daud]
5 – Orang yang di dalam bulan Ramadhan pun tidak kenal dan taat kepada Allah, apatah lagi jika di luar Ramadhan. ~ Ini adalah sejahat-jahat jenis manusia, paling bahaya dan sangat terancam. Moga Allah lindungkan kita dari jenis ini.
Pesan Imam Al-Ghazali : “Hiduplah apa kehidupan yang kamu mahu, sesungguhnya engkau mati juga. Cintailah sesiapa pun yang kamu mahu, sesungguhnya engkau tetap berpisah dengannya juga. Buatlah apa kerja yang kamu mahu, sesungguhnya kamu tetap akan dibalas juga.” [Ayyuhal walad : wahai anakku]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan