Rabu, 8 Ogos 2012

BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W ~ dalam pelbagai bacaan












1] Nabi s.a.w bersabda: "Orang yang lebih berhak mendapat SYAFAATKU pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." (HR Ibn Mas'ud r.a)..

2] Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepada-ku sekali selawat, nescaya Allah limpahkan sepuluh rahmat kepadanya dengan sebab sekali selawat itu." (HR Abu Hurairah r.a)...

3] Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku; oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau banyak." (HR Amir bin Rabiah r.a)....

4] Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya orang yang LEBIH HAMPIR KEPADA-KU dari kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat yang aku berada padanya, ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku di dunia…" (HR Anas r.a)...

5] Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya ada bagi Allah satu Malaikat yang diberikan kepadanya kuasa mendengar ucapan hamba-hamba Allah semuanya, maka tidak ada seseorang pun yang mengucapkan sesuatu selawat kepadaku melainkan Malaikat itu menyampaikannya kepadaku.".. (HR Ammaar bin Yasir r.a)....

PENGAJARAN HADITH:

1) Berselawat dapat MELEPASKAN SESEORANG DARI PERKARA YANG MENDUKACITAKAN, DAN MEMBIMBANGKAN, dari perkara-perkara dunia dan akhirat...

2) Ucapan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w adalah satu IBADAH YANG SANGAT DITUNTUT dari setiap umat Islam dalam setiap masa.... Mereka yang selalu berselawat atas baginda akan beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah SAW, dan Malaikat akan berdoa untuknya selama ia berselawat kepada baginda..

3) Orang yang TIDAK MEMBIASAKAN DIRI BERSELAWAT, adalah dianggap sebagai orang yang TIDAK MENGENANG BUDI (tidak menyanjung) baginda, sehinggakan syarak melabelkan mereka sebagai orang yang bakhil...

4) Disebabkan besarnya fadhilat berselawat tersebut, maka Allah S.W.T telah menetapkan MALAIKAT YANG KHUSUS bertugas sebagai penyampai selawat yang diucapkan terus kepada baginda...

5) Orang yang banyak berselawat adalah orang yang PALING RAPAT DENGAN BAGINDA S.A.W. di akhirat kelak, di mana segala permohonan dan kehendaknya akan diperkenankan oleh Allah S.W.T di samping itu segala dosanya akan diampunkan dan sentiasa mendapat perlindungan dari-Nya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan