Ahad, 12 Ogos 2012

RENUNGAN BUAT PEMIMPIN..................

..Tiada seorang pemimpin yang memimpin sepuluh orang (dan ke atas) melainkan dibawa datang pada hari kiamat dalam keadaan diikat.. Tidak akan melepaskannya melainkan keadilan..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka, nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.” [HR Abu Daud dan at-Tirmidzi ]...

Nabi s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka, maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya, dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga).. Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka, dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)”. [Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi]..

Nabi s.a.w. bersabda, "Tiada seorang pemimpin yang memimpin sepuluh orang (dan ke atas) melainkan dibawa datang pada hari kiamat dalam keadaan diikat.. Tidak akan melepaskannya melainkan keadilan, atau dia akan dibinasakan oleh kezaliman” (Riwayat Ahmad, Abu Ya’la, al-Baihaqi, dinilai sahih oleh al-Albani)...

Nabi s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang Allah jadikan ia sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Bukhari)......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan