Jumaat, 17 Ogos 2012

~JAKSA YADIM @Hanafiah Husin dan PERUTUSAN AIDILFITRI 2012



BISMILLAHIRROHMANNIRROHIM ,,

ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...
ALLAHHUAKBARKABIRRO,WALHAMDULLILLAHIHIKASIRO,WASUBSUHANALLAHIBUKKROTANWAASILA..,LAILLAHAILLAHIWALLANAKBUDUILLAHUMUKHLISI,NALAHUDDIN.....WALAUKARIHALMUNAFIKUUUUUNN............WAALUKARIHALMUSHRIKUUUUUUNN.............WALAU KARIHAL KAFIRUUUUUUNN......
LAILLAHAILLALLAHUWAHDAH,SODAKOWAK'DAH,WANASAROLABDAH,WAWAAZ'ZAJUNDUWAHAZAMMALAHZAB BAWAHDAH
LAILLAHAILLAHUWALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR WALILLAH ILHAMD...

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT,dengan limpah kurniaNya kita telah pun menjejaki Bulan Syawal dan meninggalkan Ramadhan.....Banyak peristiwa pahit manis serta suka dan duka kisah ramadhan yang dapat kita jadikan renungan dan iktibar bersama. Bagi mereka ada yang menangis apabila ramadhan meninggalkan mereka, kerana ''masihkah ada ramadhan buat mereka pada masa nanti''......para golongan ahli ibadah pastinya berlinang airmata, kerana ''Ramadhan terpaksa meninggalkan mereka'' dan berlalu pergi. Disaat ini juga, ada
manusia  yang gembira seolah-olah telah terlepas dari belenggu Ramadhan dan menganggapkan puasa amat menyusahkan hidup dan aktiviti seharian mereka.~na'uzubillah....Maka janganlah ada terdetik dihati kita insyallah...

ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...WALILLAH ILHAMD....

Dihari ini saya menyeru kita sebagai umat Muhammad hendaklah bersatu dibawah panji kalimah syahadah. Buangkanlah,elakkanlah segala persengketaan,perbalahan,permusuhan sesama agama dan bangsa.Pupuklah,jalinkanlah persaudaraan yang ikhlas serta penuh kasih sayang sesama manusia. Jadikanlah islam adalah contoh yang baik dimata masyarakat. Aidilfitri kali ini jadikanlah hari yang terbaik untuk kita menjalin hubungan baik antara agama ,bangsa serta kaum.

Penuhilah waktu yang terluang untuk ziarah menziarahi serta merapatkan hubungan serta bermaaf-maafan diantara kita sebagai manusia.Sambungkanlah persaudaraan yang renggang(juah) atau yang telah terputus ,semoga kita beroleh rahmatNYA di aidilfitri. Janganlah dijadikan masa ini untuk berhibur tanpa batasan, siaran Tv dijadikan santapan keluarga dan para tetamu sekalian.Ingatlah sebulan telah kita beramal dan hancurnya amalan itu disatu Syawal.....adakah itu yang kita semua inginkan??


ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR!!ALLAHHUAKBAR...WALILLAH ILHAMD....
Dikesempatan ini saya juga ingin mengingatkan dan meyatakan bahawa bukan pemimpin sahaja yang boleh buat perutusan... kita sebagai khalifah dan manusia dimukabumi adalah dipertanggungjawabkan akan apa yang kita buat. Nasihat saya, ....Perlu dingatkan juga kita hendaklah berjimat cermat dalam perbelanjaan kita di musim perayaan(buangkan rasa ujub dan takbur pada diri kita).

 Kepada pemandu sila berhati-hati sewaktu dalam perjalanan anda,semoga anda selamat menuju destinasi. Yang tidak pulang atau bertugas, perhatikan keselamatan rumah jiran tetangga.Sesungguh jiran adalah saudara terdekatmu. Sesuatu yang hendak diingatkan bersama,kanak-kanak jangan bermain mercun,ibubapa mestilah membuat pemantauan anak-anak kecil.Janganlah pula ibubapa yang mengalakkan anak bermain bunga api/mercun kerana ianya adalah satu pembaziran yang nyata.

Dengan kalimah Allah saya, Jaksa kotaraja@Hanafiah Husin memohon ampun serta kemaafan atas segala ketelanjuran  pertuturan...perdebatan...perhujahan..perbincangan dan apa juga yang telah menguris serta menyakiti perasaan anda tanpa mengira umur,pangkat,kedudukan,agama,bangsa dan kaum. Jaksa kotaraja@Hanafiah sekali lagi memohon ampun dan maaf buat diri ini bagi mewakili pihak kami sekeluarga, minta dihalalkan makan dan minum serta memohon maaf atas segalanya ...
~JAKSA YADIM @Hanafiah Husin

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011....

MINAL IADIL WALFAIZZIN......
KULLU AMMIN WAANTUM BILKHOIR....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan