..perlu ingat, kekayaan, kecantikan, kesihatan, kedudukan dan kepandaian adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Apakah segala nikmat ini menambah amal kebajikan dan sedekah jariah kita kepada ALLAH SWT?..
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
(Surah Luqman: ayat 18)
Huraian
Sesungguhnya manusia dikurniakan oleh ALLAH SWT dengan rezeki dan nikmat yang berbeza. Ada yang kaya, yang cerdik, yang sihat, yang sempurna sifat, yang bangsawan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, ada juga yang miskin, yang cacat, yang sakit, yang hodoh dan sebagainya. Kesemua kelebihan yang dikurniakan oleh ALLAH SWT bukanlah lesen untuk berlagak bongkak, sombong dan takbur kepada mereka yang malang dan kurang bernasib baik.
Kita perlu ingat, kekayaan, kecantikan, kesihatan, kedudukan dan kepandaian adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Apakah segala nikmat ini menambah amal kebajikan dan sedekah jariah kita kepada ALLAH SWT? Atau semakin banyak dosa dan maksiat yang kita lakukan sehingga tiada insan yang mendapat manfaat daripada kurniaan ALLAH SWT tersebut?
Ayat ini yang merupakan ungkapan nasihat Luqman kepada anaknya adalah satu amaran kepada manusia demi memperbetulkan sistem sosial dalam masyarakat Islam. Islam mengajarkan penganutnya akan erti kasih sayang, hormat-menghormati dan saling membantu sebagai ikatan sosial. Tanpa ikatan ini kekuatan ummah akan goyah dan kelangsungan ummah akan musnah.
Justeru, berlainan taraf dan berbeza kedudukan perlu difahami sebagai ujian ALLAH SWT atas nikmat yang diberi. Memandang hina orang bawahan, merasa jijik bergaul dengan golongan tidak setaraf, merasa terganggu dengan kehadiran orang kurang upaya dan meluat melayan orang sakit adalah ciri-ciri sikap bongkak sombong yang ditegah oleh Islam.
Kita sewajarnya sedar kemungkinan satu hari nanti nasib kita pula berubah daripada kaya menjadi miskin, daripada cantik menjadi hodoh, daripada sihat menjadi cacat dan demikianlah seterusnya.Dan ingat segala milik kita yang berada ditubuh seperti kecantikan dankegagahan pasti akan '' luput'ditelan usia '' Sesungguhnya kesombongan dan ketakburan yang kita zahirkan tidak akan membawa kita menjadi lebih hebat dan nikmat yang berkekalan. Segalanya hanyalah pinjaman sementara dan akhirnya kita akan kembali kepada ALLAH SWT berbekalkan amal kebajikan semata-mata.
Takabbur atau sombong adalah menganggap dirinya lebih dengan meremehkan orang lain, kerana orang yang takabbur itu seringkali menolak kebenaran, apalagi bila kebenaran itu datang dari orang yang kedudukannya lebih rendah dari dirinya. Oleh kerana itu, bila kita mati dalam keadaan terbebas dari kesombongan amat mendapatkan jaminan masuk surga, Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mati dan ia terbebas dari tiga hal, yakni sombong, bongkak dan berhutang, maka ia akan masuk syurga ”
Jika dilihat dari sudut lain pula, cara orang yang sombong dan takkabur jarang sekali untuk menghulur tangan berjabat tangan (bersalam),sebaliknya mereka menanti mereka untuk dijabat tangannya oleh orang lain.Kadang-kadang mereka yang sombong dan bongkak sanggup cari jalan untuk tidak bersalaman( berjabat tangan) kononya boleh membawa kemudaratan(sial) kerana memikirkan taraf hidupnya yang tinggi dan mulia. Begitu juga lain halnya ada juga mereka yang bongkak itu mengharapkan tangannya di cium semasa bersalaman,kerana merasakan dialah orang yang ''dimuliakan''.
Kesimpulan
Sikap sombong dan bongkak terhadap orang yang kurang bernasib baik adalah sifat terkutuk dan dikeji oleh Islam. Kesyukuran terhadap nikmat kurniaan ALLAH SWT wajar dizahirkan dengan sifat hormat-menghormati dan memperbanyakkan amal kebajikan di dunia. Kesombongan dan ketakburan tidak membawa kita ke mana-mana selain mengundang kemurkaan ALLAH SWT. Sesungguhnya ALLAH SWT menilai manusia daripada amal perbuatan dan bukannya kehebatan zahir seperti pangkat, harta dan rupa paras.
"Bumi yang kita lihat besar sebenarnya seperti debu di tengah padang pasir yang luas" Ibnu Yusof.
"Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia . Akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." -Surah Ghafir (40) :57
1]MEREKA JAHIL (BODOH) - TIDAK DAPAT MEMBACA DAN MEMAHAMINYA..
Firman Allah SWT: “Dan diantara mereka ADA ORANG-ORANG YANG UMMI, tidak mengetahui isi Taurat, kecuali cerita-cerita dari orang-orang lain saja, dan mereka hanya menduga-menduga (MENGAGAK-AGAK) saja.”... (QS al-Baqarah : 78)....
2]BERIMAN SECARA BERPILIH-PILIH, ATAU SEBAHAGIAN...
Firman Allah SWT: “Apakah kamu beriman pada sebagian Taurat dan ingkar kepada sebagian yang lain.”(Iaitu tidak beriman dengan seluruh isi kitab mereka)
(QS al-Baqarah : 85)
3]BERUSAHA UNTUK BERPALING DARI AL-QURAN... Firman Allah SWT: “Dan sesungguhnya mereka hampir-hampir memalingkan kamu dari apa yang telah KAMI wahyukan kepadamu, agar kamu membuat selain al-Quran secara bohong terhadap KAMI, dan kalau sudah demikian tentulah mereka mengambilmu sebagai sahabat setia …”
(QS al-Isra : 73)...
4]SENGAJA MENGHINDAR DARI PENGARUH AL-QURAN
Firman Allah SWT: “Dan orang-orang kafir berkata : JANGANLAH KAMU MENDENGAR DENGAN SUNGGUH-SUNGGUH AKAN AL-QURAN INI, DAN BUATLAH HIRUK-PIKUK TERHADAPNYA, supaya kamu dapat mengalahkannya.”
(QS Fushshilat : 26)....
5] CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI..
Firman Allah SWT: “Sekali-sekali janganlah begitu! Sebenarnya kamu (hai manusia) mencintai kehidupan dunia, dan lari dari akhirat.”
(QS al-Qiyamah : 20-21)...
~wallahu'alam
~jaksa kotaraja
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
(Surah Luqman: ayat 18)
Huraian
Sesungguhnya manusia dikurniakan oleh ALLAH SWT dengan rezeki dan nikmat yang berbeza. Ada yang kaya, yang cerdik, yang sihat, yang sempurna sifat, yang bangsawan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, ada juga yang miskin, yang cacat, yang sakit, yang hodoh dan sebagainya. Kesemua kelebihan yang dikurniakan oleh ALLAH SWT bukanlah lesen untuk berlagak bongkak, sombong dan takbur kepada mereka yang malang dan kurang bernasib baik.
Kita perlu ingat, kekayaan, kecantikan, kesihatan, kedudukan dan kepandaian adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Apakah segala nikmat ini menambah amal kebajikan dan sedekah jariah kita kepada ALLAH SWT? Atau semakin banyak dosa dan maksiat yang kita lakukan sehingga tiada insan yang mendapat manfaat daripada kurniaan ALLAH SWT tersebut?
Ayat ini yang merupakan ungkapan nasihat Luqman kepada anaknya adalah satu amaran kepada manusia demi memperbetulkan sistem sosial dalam masyarakat Islam. Islam mengajarkan penganutnya akan erti kasih sayang, hormat-menghormati dan saling membantu sebagai ikatan sosial. Tanpa ikatan ini kekuatan ummah akan goyah dan kelangsungan ummah akan musnah.
Justeru, berlainan taraf dan berbeza kedudukan perlu difahami sebagai ujian ALLAH SWT atas nikmat yang diberi. Memandang hina orang bawahan, merasa jijik bergaul dengan golongan tidak setaraf, merasa terganggu dengan kehadiran orang kurang upaya dan meluat melayan orang sakit adalah ciri-ciri sikap bongkak sombong yang ditegah oleh Islam.
Kita sewajarnya sedar kemungkinan satu hari nanti nasib kita pula berubah daripada kaya menjadi miskin, daripada cantik menjadi hodoh, daripada sihat menjadi cacat dan demikianlah seterusnya.Dan ingat segala milik kita yang berada ditubuh seperti kecantikan dankegagahan pasti akan '' luput'ditelan usia '' Sesungguhnya kesombongan dan ketakburan yang kita zahirkan tidak akan membawa kita menjadi lebih hebat dan nikmat yang berkekalan. Segalanya hanyalah pinjaman sementara dan akhirnya kita akan kembali kepada ALLAH SWT berbekalkan amal kebajikan semata-mata.
Takabbur atau sombong adalah menganggap dirinya lebih dengan meremehkan orang lain, kerana orang yang takabbur itu seringkali menolak kebenaran, apalagi bila kebenaran itu datang dari orang yang kedudukannya lebih rendah dari dirinya. Oleh kerana itu, bila kita mati dalam keadaan terbebas dari kesombongan amat mendapatkan jaminan masuk surga, Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mati dan ia terbebas dari tiga hal, yakni sombong, bongkak dan berhutang, maka ia akan masuk syurga ”
Kesimpulan
Sikap sombong dan bongkak terhadap orang yang kurang bernasib baik adalah sifat terkutuk dan dikeji oleh Islam. Kesyukuran terhadap nikmat kurniaan ALLAH SWT wajar dizahirkan dengan sifat hormat-menghormati dan memperbanyakkan amal kebajikan di dunia. Kesombongan dan ketakburan tidak membawa kita ke mana-mana selain mengundang kemurkaan ALLAH SWT. Sesungguhnya ALLAH SWT menilai manusia daripada amal perbuatan dan bukannya kehebatan zahir seperti pangkat, harta dan rupa paras.
"Bumi yang kita lihat besar sebenarnya seperti debu di tengah padang pasir yang luas" Ibnu Yusof.
"Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia . Akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." -Surah Ghafir (40) :57
1]MEREKA JAHIL (BODOH) - TIDAK DAPAT MEMBACA DAN MEMAHAMINYA..
Firman Allah SWT: “Dan diantara mereka ADA ORANG-ORANG YANG UMMI, tidak mengetahui isi Taurat, kecuali cerita-cerita dari orang-orang lain saja, dan mereka hanya menduga-menduga (MENGAGAK-AGAK) saja.”... (QS al-Baqarah : 78)....
2]BERIMAN SECARA BERPILIH-PILIH, ATAU SEBAHAGIAN...
Firman Allah SWT: “Apakah kamu beriman pada sebagian Taurat dan ingkar kepada sebagian yang lain.”(Iaitu tidak beriman dengan seluruh isi kitab mereka)
(QS al-Baqarah : 85)
3]BERUSAHA UNTUK BERPALING DARI AL-QURAN... Firman Allah SWT: “Dan sesungguhnya mereka hampir-hampir memalingkan kamu dari apa yang telah KAMI wahyukan kepadamu, agar kamu membuat selain al-Quran secara bohong terhadap KAMI, dan kalau sudah demikian tentulah mereka mengambilmu sebagai sahabat setia …”
(QS al-Isra : 73)...
4]SENGAJA MENGHINDAR DARI PENGARUH AL-QURAN
Firman Allah SWT: “Dan orang-orang kafir berkata : JANGANLAH KAMU MENDENGAR DENGAN SUNGGUH-SUNGGUH AKAN AL-QURAN INI, DAN BUATLAH HIRUK-PIKUK TERHADAPNYA, supaya kamu dapat mengalahkannya.”
(QS Fushshilat : 26)....
5] CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI..
Firman Allah SWT: “Sekali-sekali janganlah begitu! Sebenarnya kamu (hai manusia) mencintai kehidupan dunia, dan lari dari akhirat.”
(QS al-Qiyamah : 20-21)...
~wallahu'alam
~jaksa kotaraja
Mohon share!
BalasPadam