Lumrah kehidupan manusia tidak akan terlepas dari perasaan cemas, runsing serta tidak tenteram.Ini disebabkan manusia itu mengalami tekanan atau gangguan hidup.Disinilah punca banyak tindakan yang diambil oleh mereka dengan jalan pintas iaitu berhibur, meluahkan perasaan di laman sosial seperti di facebook''untuk tatapan umum tanpa rasa malu yang seolah-olah hilang pegangan hidup, meluahkan pada rakan atau melancong. Islam pula menyeru manusia yang mengalami peraan runcing,cemas atau sebagainya dengan banyak cara, iaitu dengan mengambil wuduk, solat, puasa zikir dan pelbagai cara untuk manusia itu kembali tenang.Dan apakah mereka(islam) itu akan memilih yang mana..?? Apakah mereka merasakan luahan mereka pada ''bukan tempatnya'' itu adalah lebih baik ???
UNGKAPAN "Hasbunallah wa ni’mal wakil" bermaksud – Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung..
Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim A.S. diletakkan di atas bara api, Malaikat Jibril a.s. bertanya kepada baginda – Apakah engkau memerlukan sesuatu pertolongan dariku? Nabi Ibrahim a.s. lantas menjawab – “Aku tidak memerlukan apa-apa pertolongan darimu.. Aku hanya memerlukan pertolongan dari Allah”...
Baginda kemudiannya menyebut kalimah 'Hasbunallah wa ni’mal wakil' ketika dicampakkan ke dalam api, dan dengan izin Allah S.W.T., api itu menjadi dingin dan selamatkan Nabi Allah itu dari terbakar.. Subahannallah..
Nabi Muhammad s.a.w. juga diriwayatkan menyebut kalimah 'Hasbunallah wa ni’mal wakil' ketika di dalam Peperangan Badar, sehingga Allah memberikan kemenangan kepada baginda...
Ubatilah jiwa anda dengan mengucapkan kalimah 'Hasbunallah wa ni’mal wakil' berkali-kali, hingga anda rasa tenang dan lapang.. Allah sentiasa bersama-sama orang yang mengingatiNya.. Marilah kita sama-sama mengamalkan kalimah ini setiap waktu dan setiap ketika, tidak kira waktu susah atau senang, moga rahmat dan keredhaan Allah sentiasa bersama-sama kita di dunia & akhirat.. ~Insya-Allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan