Ahad, 30 Disember 2012

BERBAKTI KEPADA IBUBAPA MELEBIHI JIHAD...

..wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang...

'Abdullah bin Amr bin Ash, meriwayatkan: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. meminta izin pergi berperang, kemudian Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah kedua orang tuamu masih hidup ? Ia menjawab; "Masih". Maka sabda Nabi s.a.w.: "Berjuanglah untuk kedua orang tuamu"... 

- (HR Bukhari dan Muslim)...

2. Di dalam riwayat yang lain, Abdullah bin 'Amr bin 'Ash juga, dia berkata:
"Saya datang berbai't kepadamu untuk berhijrah, tetapi saya tinggalkan kedua orang tuaku dengan menangis. Maka jawab Nabi s.a.w.: "Pulanglah dan lakukanlah supaya kedua orang tuamu itu ketawa, sebagaimana kamu perbuat mereka menangis"... 

- (HR Bukhari)..

1] Jadikanlah medan jihadmu itu dengan jalan berbuat baik dan melindungi kedua orang tuamu...

2] Islam memberikan penghormatan yang tinggi kepada kedua ibu bapa, sehinggakan Islam tidak membenarkan seorang anak pergi ke medan jihad tanpa mendapat izin orang tua... Sedangkan fisabilillah mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam Islam yang tidak dapat dibandingkan dengan sekadar solat malam dan puasa siang hari.

3] Kita telah diperintahkan Allah swt supaya berbuat baik kepada kedua ibubapa; ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula, mengandung dan menyusuinya selama 30 bulan... Firman Allah swt dalam Surah Luqman:[14]
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".

4] Berbakti kepada kedua ibubapa adalah WAJIB... Mereka menduduki tempat yang kedua sesudah beriman kepada Allah dan Rasulullah S.A.W.  Menderhaka kepada ibubapa adalah berdosa besar....

5] Menghormati dan berbakti kepada ibubapa mempunyai beberapa hikmah antaranya:
5.1. Mendapat pahala yang besar daripada Alah s.w.t. iaitu sama dengan jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah)..
5.2. Mereka yang berbuat baik kepada ibubapa, akan dianugerah ketenangan dan kebahagiaan hidup, serta dihilangkan kesedihan dan gundah gulana.
5.3. Dijanjikan Allah s.w.t. kepada sesiapa yang berbuat baik kepada ibubapa, bahawa mereka akan dihormati dan ditaati pula oleh anak-anak-mereka kelak...
5.4. Berbakti kepada ibubapa , ganjarannya adalah seperti dengan pahala ibadat haji....
5.5. Ganjaran di akhirat ialah Allah menyediakan kehidupan di syurga....


Marilah kita berbakti pada kedua ibubapa kita selagi masih ada hayat mereka dan pada ibubapa yang telah kembali menemui Ilahi, DOA serta amalan baik kita dapat memberi saham kepada mereka.
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan