Isnin, 24 Julai 2017

NASIHAT DARI RASULULLAH... TANYA DIRI KITA??

..kesalahanmu sendiri supaya menjadi benteng dirimu dari mencaci orang lain dan jangan berusaha untuk mengambil tahu keaiban orang lain, sedangkan kamu terlibat..
Akhir zaman ini menyaksikan ramai kalangan manusia itu tidak mahu menerima nasihat yang baik malah memarahi dan persendakan nasihat itu walaupun nasihat itu datangnya dari Rasulullah.. Malah Hukum Allah pun manusia itu tanpa rasa takut untuk melanggarnya.. ini adalah kerana nasihat dan larangan itu menghalanginya kebebasan diri untuk mencapai cita cita keduniaannya.

Dari Saidinna Abu Zar R.A yang meminta '' banyak '' nasihat dari Rasulullah SAW dan ini adalah sebahagian dari nasihat Rasulullah SAW kepadanya dan Bahawa Rasulullah bersabda ''

Adalah menjadi tanggungjawab seseorang yang waras(selagi tidak hilang akal) untuk membahagikan masanya kepada 3 perkara, sebahagian untuk beribadah kepada Allah, sebahagian untuk menghitung diri dengan merenung sebanyak mana amalan yang baik dilakukan dan sebanyak mana amalan yang buruk telah dilakukannya dan sebahagian lagi adalah untuk mencari nafkah yang halal serta diredai. 
Tanyalah diri kita@ Dalam sehari berapa jam atau hanya berapa minit aku beribadah?? Pernahkah aku hitung amalan aku?? hanya amalan baik sahaja yang aku kira??, kerana aku yakin aku ahli syurga kerana aku saja yang baik?? Adakah rezeki aku halal dan berkah?? adakah rezeki aku dari sumber yang diredhai Allah dan orang?? adakah rezeki aku tiada unsur shubahat??

Aku hairan dengan seseorang yang yakin akan kematiannya tetapi dapat berseronok dengan sesuatu perkara ( ini adalah kerana seseorang yang yakin bahawa dia akan mati misalnya kerana telah dijatuh hukum gantung tidak lama lagi, mana mungkin dapat berseronok dengan apa-apa perkara yang sekalipun).
Tanya diri kita @ aku mesti usaha untuk mendapatkan apa yang aku mahu dan seronok untuk mencapai cita keduniaan?? aku nak buktikan pada orang aku berjaya??  

Aku hairan dengan seseorang yang memerhatikan musibah- musibah, pertukaran- pertukaran dan perubahan mendadak yang berlaku didunia ini setiap masa, tetapi masih berasa tenang dengan kehidupan dunia.
Tanya diri kita @ jika aku kaya bolehkah aku tenang?? boleh tak kekayaan dan kemewahan dunia itu bagi aku tenang??aku nak bebas dari semua ikatan hukum??

Aku hairan dengan seseorang yang percaya kepada takdir tetapi masih berduka cita dan bersusah hati, tetapi masih tidak melakukan amalan yang baik.
Tanya diri kita @ aku duka cita kerana aku inginkan kesenangan?? aku bersusah hati kerana amalan islam itu halang aku?? aku berduka cita kerana cita-cita aku terhalang oleh hukum dan batasan islam?? aku ''rasa'' aku selalu buat amalan baik, ramai yang puji dan kata aku baik??  

Bertakwalah.. bertakwa adalah ''asas dan tunjang segala perkara''.
Tanya diri kita @ aku tak takwa tu apa?? Aku taat tak pada perintah  Allah ?? dan jauhi perkara yang ditegah oleh Allah?? aku langgar tak ?? 
''Hendaklah kamu mengambil berat untuk membaca Al Quran dan Zikrullah, kerana membaca Al Quran menjadi nur didunia dan bekalan diakhirat.
Tanya diri @ sehari, seminggu, sebulan, setahun berapa kali aku pegang dan baca Al quran?? membuka dan mebaca Al Quran itu ''free"' percuma dalan taliannya terus tiada sekatan, dalam sehari atau seminggu saja berapa JAM, bukan berapa kali, aku wassap, fb, chatting dan laman sosial?? taliannya tehad dan berbayar dan aku sanggup bayar?? lebih penting dari Al Quran??
Zikrullah aku buat lepas solat?? kalau lepas solat pun tak berzikir,macam nana pulak jika tak solat atau diluar solat??

''Elakkanlah dari banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati dan wajah akan hilang seri.( memudaratkan Rohani dan jasmani) 
Tanya diri @ Aku mesti sentiasa ketawa kerana awet muda?? ketawa itu dapat hilangkan sakit atau stress?? betulkah kena ellakkan ketawa??

Teruskanlah jihad kerana jihad adalah ''rahbaniah umatku'' ( adalah amalan rahib iaitu orang yang terdahulu yang telah memutuskan semua hubungan keduniaan dan hidup hanya untuk ALLAH SWT) 
Tanya diri @ dalam solat ada perjanjian inikah?? aku berikrar bahawa, hidupku matiku kerana Allah SWT.?? macam ni susahlah..?? 

Bergaullah dengan orang miskin dan fakir, jadilkanlah dia sahabatmu dan duduklah bersama mereka.
Tanya diri @ Aku suka kawan dengan orang kaya atau miskin?? aku nak bersahabatkah dengan orang susah yang miskin dan fakir tu?? lagi nak duduk-duduk bersama?? kawan dan duduk dengan orang senang dan kaya lagi baik??

Lihatlah orang yang lebih rendah daripada kamu (supaya amalan bersyukur menjadi kebiasaanmu), dan jangan melihat mereka yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu, jika tidak mungkin kamu akan memandang hina terhadap nikmat nikmat ALLAH SWT yang telah diberikan kepadamu.''
Tanya diri @ aku nak berjaya kena tengok orang yang tinggi dari aku?? kenapa orang tu kaya dan tinggi darjatnya dan aku nak juga macam tu?? kenapa Allah tak bagi aku itu dan ini?? ini kata nikmat??

Hendaklah melihat kesalahanmu sendiri supaya menjadi benteng dirimu dari mencaci orang lain dan jangan berusaha untuk mengambil tahu keaiban orang lain, sedangkan kamu terlibat dalam perkara itu. Untuk sabitkan kamu bersalah, memadai dengan kamu mengambil tahu keaiban orang lain, sedangkan keaiban itu terdapat sendiri dalam diri kamu walaupun kamu tidak menyedari keaiban itu.
Tanya diri @ orang nampak salah aku saja?? aku tak salah pun?? memang cara dia minta dicaci?? seronok bila tahu aib orang, lebih lagi orang yang kita rapat?? lepas itu kata aku tak nak terlibat?? Salah sendiri aku kena tutup dan kena letakkan pada orang lain untuk aku jaga kepentingan diri?? bukan kepentingan hukum Allah?? janji aku lepas?? Carilah hukum yang sesuai untuk halalkan cara aku??

 Wahai Abu Zar..  tiada kebijaksanaan yang menyamai perancangan yang baik dan tidak ada ''takwa'' yang menyamai meninggalkan perkara yang diharamkan dan tidak ada kemulian yang dapat menandingi ahlak yang mulia.( ahlak bermaksud mentaati hukum dan perintah Allah dan menjauhi larangan)
@tanya diri adalah untuk aku sendiri bermuhasabbah diri sendiri...
~Wallahhu'alam
~Jaksa Kotaraja

Isnin, 17 Julai 2017

KECELAAN DUNIA TERLAKNAT DAN ISINYA..??

Celaan dan ancaman besar bagi orang yang terlalu GHAIRAH mengejar harta benda duniawi. Apabila seseorang menjadikan dunia sebagai tujuan hidupnya dan mengsampingkan akhirat, maka Allah Swt akan menjadikan urusan dunianya berantakan, serba sulit, serta menjadikan hidupnya dalam kegelisahan. Dan Allah menjadikan kefakiran di pelupuk matanya, selalu dihantui kemiskinan atau tidak pernah merasa cukup dengan rezeki, tidak bersyukur, yang Allah kurniakan kepadanya. Dunia yang berhasil di raih hanya sebatas apa yang telah ditetapkan baginya, meskipun ianya telah bekerja keras pada seluruh waktunya dengan malah sanggup mengorbankan kewajiban beribadah kepada Allah serta langgar hukumnya, mengorbankan hak-hak suami atau isteri, anak-anak, keluarga, orang tua, dan lainnya. Cinta kepada dunia adalah sumber semua kejelekan atau keburukan, oleh demikian janganlah jadikan dunia sebagai tujuan hidup.

Hadis.

-“Celakalah hamba dinar, dirham, qothifah dan khamishah. Jika diberi, dia pun redha. Namun jika tidak diberi, dia tidak redha, dia akan celaka dan akan kembali binasa.” (HR. Bukhari).

- Orang yang cinta akhirat akan memperoleh rezeki yang telah Allah tetapkan baginya di dunia tanpa bersusah payah. Beda dengan orang yang terlalu berambisi mengejar dunia, dia akan memperolehnya dengan susah payah lahir dan batin. Salah seorang ulama salaf pernah berkata, “Barangsiapa yang mencintai dunia (secara berlebihan) maka hendaknya dia mempersiapkan dirinya untuk menanggung berbagai macam musibah (penderitaan)“.

-Dunia ini dilaknat oleh Allah dan dilaknat apa yang ada di dalamnya, oleh kerana itu jangan jadikan dunia sebagai tujuan. Imam Ibnul Qayyim t mengatakan, “Cinta dunia adalah sumber semua kejelekan atau keburukan dan pokok semua kesalahan.” Apabila ditanyakan, “Mengapa itu bisa terjadi?” Maka Imam Ibnul Qayyim menjawab :

a. orang yang cinta dunia akan mengagungkan dunia, padahal dunia itu hina. Bahkan Nabi menggambarkan bahawa dunia itu lebih hina daripada bangkai kambing yang cacat.

b. Dunia dan isinya ini dilaknat oleh Allah, kecuali yang dicintai olehNya. Sehingga orang yang cinta dunia akan terus-menerus mendapatkan fitnah.
c. Orang yang cinta dunia akan menjadikan dunia itu sebagai tujuan, padahal dunia ini hanyalah wasilah (perantara) untuk menuju akhirat.

-Kekayaan yang hakiki adalah kekakayaan dalam hati/jiwa. Rasulullah SAWbersabda, “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan (yang hakiki) adalah kekayaan (dalam) jiwa“.

~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja

Ahad, 16 Julai 2017

JANGANLAH KEPENTINGAN DIRI YANG MENGHANCURKAN SEGALA-GALANYA..


Sesungguhnya, sifat takwa itu adalah asas segala amalan baik.Sesiapa yang HATINYA takut kepada ALLAH, maka tidak akan berlaku apa-apa maksiat daripadanya dan tidak juga dia akan merasakan kesempitan hidup.
Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT dengan mengerjakan suruhan dan MENINGGALKAN LARANGAN.. nescaya Allah SWT akan mengadakan jalan keluar daripada perkara yang menyusahkan dan memberi rezeki pada jalan yang tidak disangka-sangka
(at- Talaq 2-3).. 
Sesiapa yang usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya ( dengan tidak berpandukan Al Quran tentang sah atau batalnya) maka, Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka didunia dan mereka tidak dikurangkan sedikit pun padanya. Merekalah orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain dari AZAB NERAKA dan pada hari tu gugurlah apa apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa-apa yang telah mereka kerjakan
(Hud 15-16)

Maka atas mereka tertimpa kemurkaan daripada Allah Swt dan mereka beroleh azab yang besar.(Kekufuran mereka) yang demikian adalah kerana mereka lebih mengutamakan dunia daripada kehidupan akhirat dan ALLAH Swt tidak memberi hidayat dan petunjuk yang dapat membawa kaum yang kufur ingkar itu ( kepada kebahagian diakhirat)
( AN- Nahl 106-107)
~Wallahu'alam

~Jaksa Kotaraja

APABILA UMATKU MENGAGUNGKAN DUNIA, KEHEBATAN ISLAM AKAN DICABUT DARI MEREKA..

..ALLAH SWT akan memperkayakan HATINYA dan HARTA BENDA DUNIA akan datang kepadanya dalam keadaan TUNDUK DAN HINA.. dan sesiapa yangh menjadikan DUNIA sebagai KERISAUANYA, maka ALLAH SWT akan menjadikan..

Cubalah kita renungkan berapa banyakkah perintah Allah yang telah kita langgar dan berapa banyakkah larangan Allah yang kita lakukan.?? Dari Imam Tarmiizi Rasulullah SAW bersabda ''Demi dia nyawaku dalam genggamanNYA, hendaklah kamu menyuruh orang ramai membuat baik dan MENEGAH mereka membuat kemungkaran. Jika tidak Allah SWt akan menurunkan azab ke atas kamu dan kemudian kamu berdoa kepadaNYA, tetapi DIA tidak kan memperkenankandoa kamu..
Abu Hurairah R.A berkata Rasululllah SAW pernah bersabda '' APABILA UMATKU MENGAGUNGKAN DUNIA, KEHEBATAN ISLAM AKAN DICABUT DARI MEREKA. APABILA MEREKA MENINGGALKAN AMAL MAARUF DAN NAHI ANIL MUNGKAR (meninggalkan amal kebaikan dan berbuat perkara mungkar) MEREKA AKAN DIHINDARKAN DARI KEBERKATAN WAHYU(RAHMAT) DAN APABILA MEREKA CACI DAN MENCACI ANTARA MEREKA SATU SAMA YANG LAIN, MEREKA AKAN GUGUR DARI PANDANGAN ALLAH..

''DAN JAUHILAH DIRI DARIPADA ORANG YANG MENJADIKA AGAMA SEBAGAI PERMAINAN DAN MEREKA PULA TELAH DIPERDAYAKAN OLEH KEHIDUPAN DUNIA''
(Al- An'Am 70)

Sesiapa yang mengkehendaki(dengan amal usahanya)faedah di AKHIRAT maka KAMIakan memberinya tambahan kepada faedah yang dikehendakinya.Dan sesiapa mengkehendaki(dengan amal usahanya) kebaikkan dunia semata-mata, KAMI berikan padanya daripada kebaikan duniaitu (sekadar yang kami tentukan)Dan dai tidak beroleh satu pun diakhirat kelak''
( Surah AsSyu'ra 20)
Sebuah hadis lagi yang berbunyi, '' Sesiapa yang menjadikan AKHIRAT sebagai KERISAUANNYA, maka ALLAH SWT akan memperkayakan HATINYA dan HARTA BENDA DUNIA akan datang kepadanya dalam keadaan TUNDUK DAN HINA.. dan sesiapa yang menjadikan DUNIA sebagai KERISAUANYA, maka ALLAH SWT akan menjadikan KEMISKINAN TERBAYANG-BAYANG dihadapannya dan dia akan diselubungi KESUSAHAN. Dia tidak mendapat dunia ini lebih dari apa-apa yang telah ditakdirkan.Hadis sahih, diriwayatkan oleh Imam Ahmad
Rasulullah SAW membaca ayat tersebut lalu bersabda bahawa ALLAH SWT tealh berfirman ''WAHAI ANAK ADAM.. LAPANGKANLAH MASA UNTUK BERIBAT KEPADAKU, AKU AKAN MEMENUHKAN DADAMU DENGAN KEKAYAAN DAN AKU AKAN MENGHAPUSKAN KEMISKINANMU. JIKA TIDAK, AKU AKAN MEMENUHKAAN DENGAN KESIBUKAN DAN AKU TIDAK AKAN MENGHAPUSKAN KEMISKINANMU. Apakah kini manusia zaman ini sering memikirkan bahawa 
ibadah itu tidak membawa kebaikan ?? 
adakah merasakan peraturan serta hukum ALLAH SWT itu membatasi serta menghalang kebebasanmu ..??
adakah mendekati Akhirat itu akan merugikan dunia..??
dengan mengejar kemewahan dunia itu menjanjikan kebahagian akhirat..??
Dalam Al quran menyatakan 
Katakanlah (wahai Muhammad) harta benda yang menjadi kesenagan di dunia ini adalah sedikit sahaja (dan akhirat akan lenyap) dan (balasan) pada akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa
(An - Nisa 77)

 Kalaulah dunia ini menjadi keutamaan alim ulama,maka kemajuan anda adalah sebagai asbab kegembiraan mereka, kerana kesenangan dan kemewahan adalah sebab kesenangan dan kemewahan mereka juga. Namun demikian,jika mereka masih menegur dan cuba mengislahkan anda, maka pasti disana ada sesuatu yang memaksa mereka sehingga sanggup mengorbankan kepentingan dunia mereka sendiri. 
Mengapakan sesuatu yang disampaikan oleh pemberi nasihat yang sememangnya ada dalam Al Quran secara jelas dan kita menolak ajaran serta hukum itu semata-mata tidak menyukai dan mencari helah untuk mengenepikannya dengan pelbagai kata. Mengapakah keterangan larangan dalam Al Quran atau hadis itu sering ditolak kerana ''mengenai'' keperibadian seseorang atau kelompok kumpulan orang. Ianya sering berlaku apabila ianya (seseorang atau kumpulan itu melanggar hukum serta larangan atau ingin mengecapi keseronokkan dunia yang dibutakan oleh nafsunya sendiri dan menyalahkan orang lain pula)  
Jelas dalam Al Quran itu menerangkan '' semuanya itu adalah kesenangan hidup didunia, pada sisi ALLAH adalah tempat sebaik-baik (iaitu syurga)
( Ali- Imran 14)
dan 
Antara kamu yang mengkehendaki keuntungan dunia semata-mata dan antara kamu ada pula yang mengkehendaki akhirat 
( Ali- Imran 152)

 dan dalam firman yang lain pula, 
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa, Oleh itu tidakkah kamu berfikir.??
(Al Na-am 32)
Ya tuhan kami, berikanlah kami bebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka
( Al Baqarah 201)
~Wallahu'alam

~Jaksa Kotaraja

Sabtu, 15 Julai 2017

HATI YANG HITAM DAN MATI

..“Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.”..
Sesungguhnya hati itu akan berkarat sebagaimana besi berkarat pabila terkena air..Banyakkan ingatkan maut @ MATI dan membaca AL QURAN
(HR Baihaqi) Dosa yang banyak dan kelalaian daripada mengingati Allah SWT akan menyebabkan hati hitam dan berkarat apabila terkena air. Membaca Quran dan mengingati mati akan MENYINARKAN HATI itu kembali. HAti itu seumpama sebuah cermin,sebanyak mana hati kabur maka sekadar itulah kurangnya cahaya pantulan makrifat. Sebanyak mana hati itu jernih dan bersih, sekadar itulah cahaya pantulan makrifat akan jelas lagi nyata pada hati itu.
Oleh kerana itu seseorang yang melakukan maksiat yang didorong oleh nafsu shahwat atau melakukan amalan-amalan syaitan yang derhaka dan dilaknat..maka sekadar itu dia akan jauh dari '' Makrifatullah''. Telah banyak disebut dalam banyak hadis bahawa seseorang hamba itu melakukan ''satu dosa'' maka ''satu titik hitam'' akan terlekat pada hatinya. Sekiranya dia BENAR-BENAR BERTAUBAT dan kembali jalan benar maka titik itu akan hilang. Jika dia melakukan satu lagi dosa,maka satu titik hitam dihati akan muncul. Demikianlah seiranya dia terus melakukan dosa atau dalam berdosa berpanjangan maka lama-kelamaan dengan sebab banyaknya titik hitam itu, HATINYA AKAN JADI HITAM LEGAM. Lantaran itu keinginan untukmelakukan kebaikan dan perubahan kepada kebaikan tidak wujud lagi didalam hati yan sedemikian. Sebaliknya hati itu hanya akan CONDONG KEARAH KEBURUKAN. 
Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah) Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
Rasulullah bersabda '' Aku meninggalkan 2 penasihat, satu yang berkata-kata dan satu lagi diam.. Yang berkata-kata itu adalah AlQuran yang mulai dan yang diam itu mengingati MAUT. Junjunglah sabda Rasulullah SAW ini.. nasihat ini hanya berkesan untuk orang yang mahu menerima nasihat dan berubah.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 74) 
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah. Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu; 
Hubbud dunia (kasihkan dunia) 
Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.(melanggar hukum Allah)
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu; 
Zuhud dengan dunia.
Zikrullah 
Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah. 


Tanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.Engkar hukumNYA
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

~Wallahu'alam

~Jaksa Kotaraja

Khamis, 13 Julai 2017

CELAKA MANUSIA..

.."Tidaklah aku merasa heran terhadap sesuatu seperti keherananku atas orang yang tidak menganggap cinta dunia sebagai sebagian dari dosa besar. Demi Allah! Sungguh, mencintainya benar-benar termasuk dosa yang terbesar... 

Al-Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah berkata:
“Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman, ‘Telah berdusta orang yang mengaku mencintaiKu, namun ketika gelapnya malam menyelimutinya dia justeru terlelap dari (beribadah) kepadaKu. Bukankah setiap pecinta menyukai menyepi berdua dengan kekasihnya? Inilah Aku, mendatangi para pecintaKu dengan serta-merta mengawasinya. Sesungguhnya mereka pun telah berdiri di hadapanKu dengan menggambarkanKu berada di depan mata mereka. Mereka berbicara kepadaKu dalam keadaan (membayangkan) tengah menyaksikanKu dengan mata kepala mereka, mereka berbincang-bincang denganKu dalam keadaan hadir menghadap. Esok Aku akan menyejukkan mata-mata mereka itu di dalam syurga-syurgaKu’.” 


5 tanda celakanya seseorang: Keras hati, mata yang tidak boleh menangis, hilang rasa malu, cinta dunia, dan panjang angan- angannya..
1] KERAS HATI = Tidak mahu terima nasihat...
2] MATA YANG TIDAK BOLEH MENANGIS = Tidak takut dengan kebesaran dan keagungan Allah; Tidak takut akan siksa dan azab NERAKA Allah...
3] HILANG RASA MALU = Tidak segan melakukan perkara yang dimurkai Allah..
4] CINTA DUNIA = Kasih akan dunia secara melampau, lupa akan mati..
5] PANJANG ANGAN-ANGAN = Berangan untuk hidup lama di dunia, menikmati kemewahan dunia semahu- mahunya...




Al-Imam Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah berkata:
"Tidaklah aku merasa heran terhadap sesuatu seperti keherananku atas orang yang tidak menganggap cinta dunia sebagai sebagian dari dosa besar. Demi Allah! Sungguh, mencintainya benar-benar termasuk dosa yang terbesar. Dan tidaklah dosa-dosa menjadi bercabang-cabang melainkan kerana cinta dunia. Bukankah sebab disembahnya patung-patung tetapi tak lain kerana cinta dunia dan lebih mengutamakannya?" (Mawa'izh Al-Imam Al-Hasan Al-Bashri, hal. 138)
‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Janganlah kalian terburu-buru dalam menyampaikan berita serta tergesa-gesa dalam menebarkan berbagai kekejian. Jangan pula menjadi orang yang tidak boleh menyimpan rahasia dan gemar menyebarkannya. Kerana sungguh, di belakang kalian menanti malapetaka yang teramat dahsyat, kesempitan hidup, kekejian, azab yang pedih, siksaan berat yang memenatkan dan melemahkan, di mana manusia menjadi sangat ketakutan dan dibuat sengsara kerananya, yang diikuti oleh fitnah yang besar, berat, dan berkepanjangan.”
~Wallahu'alam
Jaksa Kotaraja

MANSUSIA HANYA MAHUKAN KEBENDAAN DARI ALLAH DAN MASA YANG SAMA MENGENEPIKAN ALLAH ..








MANUSIA ITU DILAHIRKAN KEDUNIA INI HANYALAH MISKIN DAN KOSONG.. TIADA PAKAIAN, TIADA PERTUTURAN, TIADA NAMA, TIADA WANG, TIADA APAPUN.. Namun setelah itu manusia menjadi HINA apabila MENGEJAR YANG TIADA(KEDUNIAAN) UNTUK DI ADAKAN DENGAN MELAMPAUI BATAS untuk kepentingan diri dan bermegah megah.. Manusia itu diciptakan Allah Swt adalah untuk menyatakan dan sering menyebut keagunganNYA, bukan untuk menyebut syurga..neraka ..anak.. suami.. isteri..ibu ..bapa.. duit harta..pangkat dan lain- lain kenbendaan..


Mengapa manusia itu mencintai dan sayangi selainNYa.. 
diberikan manusia itu ibubapa.. manusia itu sayang ibubapa , namun manusia itu lupa pada Allah.. diberikan adik beradik.. manusia itu tinggalkan Allah.. diberikan pasangan suami isteri..manusia itu berkasihan sesamanya, tetapi tidak mengasihi Allah Swt.. diberikan kebahagian kepada manusia, tetapi manusia itu khianati Allah Swt.. diberikan kemewahan serta kedudukan.. manusia itu sayang dan cinta keduniaan dan benci dan lupa pada amanah Allah Swt.. MANUSIA ITU DI SURUH BERIBADAH, TETAPI SYURGA PULA YANG DITAGIHNYA..
Tiada keikhlasan kebanyakan manusia itu.. manusia senantiasa inginkan KEDUNIAAN DAN KEBENDAAN.. manusia itu sering meminta-minta dari Allah tetapi tidak menghendaki pada ALLAH SWT yang menciptakan manusia.. manusia itu beramal dan beribadah pun untuk mendapatkan syurga.. manusia pula sering memilih-milih ruang, tempat,waktu, ganjaran ibadah yang banyak untuk meminta dan menagih kebendaan dan syurga.. manusia itu hanya hendaki penuhi nafsunya sedangkan dalam solat manusia itu diseru untuk mengAGUNGKAN ALLAH SWT.. maka MANUSIA GELINCIR AKIDAH DAN KUFUR disebabkan manusia itu menjadi HAMBA KEBENDAAN.. dan yang lebih malang, ada yang sanggup MENDUSTAKAN NIKMAT DAN PEMBERIAN ALLAH DENGAN MELANGGAR HUKUMNYA..
Manusia itu diciptakan oleh Allah Swt adalah untuk kita beribadah kepadanya... kita adalah hambaNya yang diciptaNya untuk kita sebagai manusia MENHAMBAKAN DIRI HANYA UNTUKNYA... Allah Swt menciptakan manusia itu untuk khusus bagiNya.. mencurahkan kasih sayangNya pada, malangnya manusia itu LEBIH kasih dah sayang selainNya..
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja

Ahad, 4 Jun 2017

MALAM QADR YANG DI ALA KADARKAN KITA ??

 Pada bulan Ramadhan kita boleh mengukur HATI.. NAFSU serta IMAN kita dimanakah ianya baik atau buruk. Disinilah kita ''pilih'' untuk merubah dan berubah @ hijrah kesuatu destinasi kebaikan yang di redhai Allah Swt bukannya jalan yang dimurkaiNYA.  Dalam bulan Ramadhan, seringkali dikaitkan dengan ''MALAM QADR'' yakni malam diturunkan KEAMPUNAN dan malam yang lebih baik dari 1000 malam
 dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana tulus ikhlas serta keimanan dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim)
Maka kita sebagai ''awam'' sering menganggap kita akan perolehi malam tersebut. Malah jika ditanyakan pada kita adakah kita ahli syurga atau neraka, maka dengan spontan juga kita akan mengaku ''kita'' adalah ahli syurga. Sungguh yakinkah kita ahli syurga.?? Begitu juga andai di tanya adakah kita mendirikan malam 10 akhir.? pasti sahaja akan kita mengaku akan mendapat malam 1000 bulan dengan penuh yakin. Dengan yakin kita berkata ''aku telah tunggu dan rebut malam al~Qadr itu'' aku yakin malam tersebut telah aku temui dan dapati'' dan ''aku beruntung''. Dalam bulan Ramadhan pahala amalan adalah perkara diperlukan oleh manusia berbanding makan minum dan wang ringgit. Bukannya sibuk menyiapkan juadah berbuka puasa dan membuat persiapan Aidilfitri yang seakan ''menghambat ramadhan'' agar segera beredar. Ini kerana pada hari perhitungan di akhirat kelak, wang, perhiasan, kemewahan dan harta tidak berguna lagi, tidak ada yang lebih berharga daripada pahala dan rahmat ALLAH SWT.
Dan pada hari itu, umat manusia akan diadili. Orang yang dizalimi ketika di dunia akan menuntut hak daripada yang menzalimi. Pahala orang yang menzalimi akan diambil orang yang dizalimi, dan apabila habis pahalanya, dosa orang yang dizalimi pula akan dipikul ke atas orang yang menzalimi. Pada bulan Ramadhan kita boleh mengukur HATI.. NAFSU serta IMAN kita dimanakah ianya baik atau buruk. Disinilah kita ''pilih'' untuk merubah dan berubah @ hijrah kesuatu destinasi kebaikan yang di redhai Allah Swt bukannya jalan yang dimurkaiNYA. Ramadhan adalah bulan terbaik untuk kita perbaiki diri kita.
Adakah kita tidak malu dengan kenyataan atau mengakuan kita melalui kata atau ''rasa hati'' ATAU sedap mulut berkata..??
Anas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“Sesungguhnya bulan ini telah datang kepada kamu. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sesiapa yang terhalang daripadanya maka terhalanglah dia daripada seluruh kebaikan, dan tidak terhalang daripada kebaikan melainkan seseorang yang benar rugi.”
(Riwayat Ibn Majah)
Apakah yang dimaksudkan dengan ayat diatas..??  Jelas disini kita perlu 
1) berpuasa dengan ikhlas HATI dengan redha, bukannya dalam KETERPAKSAAN.
2) Berubah diri kepada lebih baik lagi dengan perbanyakkan BERTAUBAT siang dan malam.
3) Mengerjakan sebanyak banyaknya amalan siang dan malamnya, TERUTAMANYA AMALAN SOLAT FARDU BERJEMAAH.
4) Memperbanyakkan melazimi Al Quran dengan membacanya serta berazam bersungguh sungguh untuk mengkhatamkan Al Quran, sekurang kurangnya sekali dalam bulan Ramadhan.
5) Memperbanyakkan ''ISTIGFAR'', bertasbih serta bertahmid dimalam hari. Berzikir disiang hari.
6) Menghidupkan malam Ramadhan sejak dari awal Ramadhan dengan solat terawih dan SOLAT SUNAT 2/3 MALAM.
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِإِيْمَاناًوَاحْتِسَاباً،غُفِرَلَهُ مَاتَقَدَّمُ مِنْ ذَنْبِهِ“Barangsiapa menegakkan solat pada malam Lailatul Qadr atas dorongan iman dan mengharap balasan (dari Allah), diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”. 
(H.R Al Bukhari)
7) Memaafkan dan meminta maaf kepada ibubapa, suami isteri, anak-anak, rakan dan saudara atas dosa dan kesilapan kita agar mudah untuk kita melakukan ibadah dalam bulan Ramadhan.
8) Memperbanyakkan solat taubat dan memohon taubat serta pengampunan dengan cara bersungguh-sungguh hingga menitiskan airmata penyesalan dan keinsafan diri. Aisyah juga pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat anda jika aku mengetahui waktu lailatul Qadr, apa yang aku ucapkan di malam itu?” Beliau menjawab: “Ucapkanlah: Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii (wahai Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka mengampunkan, maka ampunkanlah daku).”
(HR. Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
Malam Al Qadr nampak seakan mudah untuk kita perolehinya.. tetapi adakah kita telah cukup bersedia melakukan ibadah yang dianjurkan dan perkara yang membawa kita untuk mendapatkan ganjaran 1000 bulan..?? ATAU adakah malam 1000 bulan ini hanya ''dalih'' kita untuk menyakini akan perolehinya dengan keadaan kita yang bergelumang dengan dosa terdahulu tanpa memohon taubat atau kembali ke pangkal jalan dengan mengikuti dan mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan serta laknatNYA..?? Apakah kita rasa malam Qadr itu kita yang punya dan memilikinya.?? dan adakah ianya hak kita untuk dapatkan malam 1000 bulan itu dengan amalan yang angkuh dan sombong..?? Manusia akhir zaman itu amat gelojoh dengan KEDUNIAANNYA dan mahukan segalanya cepat, hingga mahukan ramadhan itu agar cepat berlalu, sepertinya seolah-olah ramadhan menjadi penghalang untuk menghiasi Syawal @ aidifitri yang bakal menyusul dan sering ianya disalah ertikan oleh mereka yang berhawakan nafsu keduniaan. Dalam erti kata lain Ramadhan sering di hambat dan di halau agar cepat berlalu untuk memberi laluan kepada aidilfitri oleh manusia yang bertopengkan Syaitan dan perngikut- perngikutnya. Tetapi dalam masa yang sama mereka berlindung dibalik kata yang menghalalkan cara.
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja

Isnin, 29 Mei 2017

TALKIN UNTUKKU..

..sesunguhhnya kubur dan akhirat itu kenyataan yang sebenarnya buat kamu..
Wahai sekalian hamba Allah ketahuilah oleh kamu.. mati itu benar.. soal mungkar nangkir itu benar.. azab dan nikmat kubur itu benar.. 
بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعالى اله وصحبه اجمعين
قال الله تعالى في القران العظيم
اعوذبالله من الشيطان الرجيم
كل نفس ذائقة الموت وانما توفون أجوركم يوم القيامة فمن زحزح عن النار وأدخل الجنة فقد فاز وما الحيوة الدنيا الا متع الغرور

Bismillahhirohmananirahim..
Alhamdulillahi rabbil’aalamiin, washolaatu wassalaamu‘ala asyrofil anbiyaa iwalmursaliin, wa’alaa alihi washohbihii ajma’iin..
Kolallah hutalla..
Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati. Tiap tiap mahluk semuanya akan rosak dan binasa. sesungguhnya dihari kiamat akan diberikan balasan pahala dan dosa bagi kamu. Berbahagialah sesiapa yang dimasukkan kedalam syurga dan dijauhkan dari azab neraka. Penghidupan dunia adalah PALSU belaka.

..Binti Dalmi Kalsom.. kamu sekarang berada disempadan akhirat dan menuju kealam BAQA.. tinggallah disini hingga hari KIAMAT. Sudah terputus segala kemewahan buat kamu.. telah putus kenikmatan buat kamu. Sudah terlepas segala kesedapan kamu didunia ini ... Kamu tinggalkan anak dan isteri, harta kekayaan, kemewahan serta pangkat darjat dan kedudukan engkau didunia.. Sesungguhnya sudah terpisah segala pekerjaan dan amalan dunia.. melainkan 3 perkara yang kamu bawa menghadap Allah AzzaWaJallah... sedekah jariah yang kau beri seikhlas hati semata-mata kerana Allah.. Ilmu yang engkau menafaatkan kau dan amalkan didunia.. dan jika ada anak yang Soleh yang mendoakan kamu.. 
..Binti Dalmi Kalsom... kami akan tinggalkan kamu dalam liang lahat yang sempit lagi gelap gelita.. setelah langkah kami meninggalkanmu, maka akan datang mungkar dan nangkir akan menyoal kamu atas perintah Allah.. Maka jawablah olehmu berlandaskan segala amal kebajikan semasa kamu hidup didunia ini.. dan ingatlah Firman Allah yang bermaksud: Pada hari itu (akhirat) Kami tutup mulut mereka; kedua tangan mereka memberitahu Kami, dan kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang mereka telah usahakan. (Yasin: 65)
Binti Dalmi Kalsom.. Janganlah kau lupa akan perjanjian dan pengakuan hidupmu didunia ini dulu.. dengan lafaz..
أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
Aku mengaku tiada Tuhan yang disembah sebenar-benarnya melainkan Allah dan aku mengaku Muhammad adalah pesuruh Allah.
Wahai sekalian hamba Allah.. jika didunia ini nyata bagi kamu, kisah kubur dan akhirat itu hanyalah cerita bagi kamu.. Sesungguhnya didunia telah menceritakan peringatan tentang kubur dan akhirat.. kini kamu akan menceritakankan pula kehidupan kamu didunia diatas apa yang telah engkau perlakukan.. dan demi sesunguhhnya kubur dan akhirat itu kenyataan yang sebenarnya buat kamu..
Wahai sekalian hamba Allah ketahuilah oleh kamu.. mati itu benar.. soal mungkar nangkir itu benar.. azab dan nikmat kubur itu benar.. semua manusia dibangkitkan semula dihari kiamat itu benar.. dan diberikan balasan syurga dan neraka itu benar..
Siksa kubur itu berselisih tulang rusuk kamu dari kiri ke kanan dihimpit bumi. Jika kamu berdosa ular SUJAUL AQRA akan mematuk dan menghisap darah hingga hancur lebur urat dan daging kamu. Nikmat kubur itu pula, diluaskan kubur kamu seluas mata memandang dan dihimpitkan bumi bagaikan anak kecil dalam pelukan ibunya. 
..Binti Dalmi Kalsom.. Maka tinggallah kamu disini kami serahkan kamu kepada Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. untuk memberi pembalasan apa yang telah engkau lakukan.. mudah mudahan dicucuri rahmat dan keampunan buat kamu.. aamiin ya rabbal alamin..
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ . ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً . فَادْخُلِي فِي عِبَادِي. وَادْخُلِي جَنَّتِي

"YAA AYYATUHAN NAFSUL MUTMAINNAH, IRJI'II ILAA RABBIKI RODHIYATAN MARDHIYYAH, FADKHULII FII IBAADII WADKHULII JANNATII."

“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku.”
(QS. Al-Fajr: 27-30)

~Hanafiah.


Selasa, 23 Mei 2017

SUKA DAN PERMAINKAN MUSSIBAH YANG MELANDA..??

Biasa kita lihat orang dilanda mussibah.. apakaha reaksi kita kepada mereka..?? Biasanya kita lihat , ada yang simpati.. ada yang berikan pendapat .. ada yang mendoakan.. ada yang menolong membantu dan ada pula yang memburukkan lagi keadaan malah ada yang simpati didepan, menikam lagi dibelakang.. itulah lumrah hidup manusia.. maka itu mereka yang ditimpa mussibah ''PERLU KEMBALI KEPADA ALLAH DAN MERAPATI ORANG YANG BERPENGETAHUAN AGAMA seperti MUALIM, KADHI, ULAMA atau MUFTI  UNTUK RUJUKAN DAN BANTUAN...'' Allah SWT senantiasa menganjurkan kepada kita agar kita mencari dan menjadikan orang-orang yang soleh/solehah sebagai teman sejati kita atau teman dalam pergaulan kita. Allah telah menggambarkan sebuah penyesalan hambanya yang salah dalam berinteraksi. Allah SWT berfirman, “Kecelakaan besarlah bagiku.. kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si Fulan itu teman akrab(ku).” 
(al-Furqaan 28)
Dalam sebuah hadis shahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Sirin "Di antara bentuk kezaliman seseorang terhadap saudaranya adalah apabila ia menyebutkan keburukan yang ia ketahui dari saudaranya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikannya." Perkara ini bukan sahaja terjadi pada orang luar malah adik-beradik sendiri juga ada yang sanggup memusuhi sesama sendiri sewaktu salah seorangnya ditimpa musibbah, tidak lain kerana DENDAM yang bersarang dapat dimuntahkan secara halus dengan kata simpati, tetapi terus menikam tanpa disedari.. Yang tertimpa musibbah tadi seakan rasa ''dihargai''.. Inilah bila mengambil agama dan hukum mengikut rasa hati dan seronok sendiri..   Dia akan selalu berusaha mengadu domba dan menghamburkan fitnah di antara sesama manusia. Dia juga sering memberikan kesaksian palsu, menyebabkan pertikaian(permusuhan/perbalahan) antara seseorang dan saudaranya, atau antara ayah dan anaknya atau suami isteri, serta selalu berusaha memfitnah dan memburuk-burukkan lagi keadaan serta nama seseorang. Firman Allah SWT: "Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.' Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar."
(Al-Baqarah: 11-12)


"Wahai para hamba-Ku, sesungguhnya ia hanyalah perbuatan-perbuatan kalian yang aku perhitungkan bagi kalian kemudian AKU cukupkan buat kalian; barangsiapa yang mendapatkan kebaikan, maka hendaklah ia memuji ALLAH dan barangsiapa yang mendapatkan selain itu, maka janganlah ia mencela selain dirinya sendiri.”
(HR Muslim)



Antara muslim satu dan lainnya itu bersaudara. Tak pantas sifat itu ada antara sesama orang beriman. Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.” 

(QS. Al Hujurat: 10). 
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar". 
(QS an-Nisaa': 114).
Sahabat Abu Dzar pernah memanggil Bilal, “Hai si hitam.” Rasul pun mendengar dan berkata, “Hai, apakah orang putih itu lebih mulia dari mereka yang hitam. Tidak, tidak ada keutamaan dalam diri seseorang kecuali taqwa.” Lantas Abu Dzar sadar dan berkata pada Bilal, “Aku telah mengolokmu dan aku mengaku salah.” “Aku telah memaafkanmu,” kata Bilal. “Tidak, belum, ini wajahku kutaruh di tanah dan injaklah hingga keluar virus kesombongan dariku,” kata Abu Dzar. “Aku telah mengampunimu,” kata Bilal. “Tidak demi Allah hatiku takkan tenang hingga kau menaruh kaki di wajahku ini, hingga penyakit ini hilang,” kata Abu Dzar.

Ada yang punya sifat seperti ini. Padahal ini adalah sifat terlarang, merasa senang akan musibah yang menimpa seorang muslim.
Orang munafik selalu membantah dan tidak redha pada takdir Allah s.w.t. Maka, apabila ditimpa musibah atau ujian, dia mengatakan: "Bagaimana ini. Seandainya saya berbuat begini, nescaya akan menjadi begini." Dia pun selalu mengeluh kepada manusia lain. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dia telah mengkufuri dan mengingkari Qadha dan Qadar.
Firman Allah Swt :
Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Dia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah yang dapat menahan kemurahan Allah) jika Dia hendak memberikan rahmat kepada kamu? " Dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - yang akan menjadi pelindung atau penolong mereka.

Yang namanya saudara bererti haruslah saling menjalin hubungan, menyayangi dan saling mengunjungi. Jadi bukanlah senang ketika saudara lain mendapatkan musibah.
Allah Ta’ala berfirman pula,
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آَمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ
“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.” 

(QS. An Nur: 19). Ayat ini berisi adab bagi yang mendengar berita buruk, maka hendaklah yang ia tangkap dihatinya jangan ia sebarkan dan siarkan dengan mudah. Dalam ayat, perbuatan tersebut terlarang dan akan mendapatkan siksa di dunia dan akhirat.
Imam Nawawi dalam Riyadhus Sholihin membawakan ayat di atas untuk menunjukkan larangan menampakkan kebahagiaan ketika seorang muslim mendapatkan musibah. Pendalilannya dari ayat adalah jika seseorang menyebar berita buruk yang dilakukan orang mukmin yang terjerumus dalam dosa mendapatkan ancaman kerugian di dunia dan akhirat, apalagi jika seseorang menampakkan rasa gembira atas musibah muslim lain tanpa sebab apa-apa.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لاَ تُظْهِرِ الشَّمَاتَةَ لأَخِيكَ فَيَرْحَمُهُ اللَّهُ وَيَبْتَلِيكَ
“Janganlah engkau menampakkan kegembiraan kerana musibah yang menimpa saudaramu. Kerana jika demikian, Allah akan merahmatinya dan malah memberimu musibah.” 

(HR. Tarmidzi )
Namun hadis secara umum menyatakan bahawa kehormatan sesama muslim tak boleh diinjak. Bentuknya di sini adalah jika saudara kita ada yang menderita terkena musibah, janganlah kita menampakkan rasa gembira kerana hal itu. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ
“Seseorang dicap buruk jika ia merendahkan saudara muslim yang lain. Sesama muslim itu haram darah, harta dan kehormatannya.” (HR. Muslim no. 2564).

Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin rahimahullah menyatakan, “Jika seseorang menjelekkan muslim yang lain, boleh jadi yang dijelekkan itu dirahmati oleh Allah. Kemudian malah orang yang menjelekkan yang terkena musibah. Seperti ini banyak terjadi.” (Riyadhus Sholihin).

"Keistimewaan" orang-orang munafik adalah, mereka sama sekali tidak memahami masalah-masalah agama. Mereka hanya berpandukan dengan akal yang didorong oleh hawa nafsu. Mereka menganggap ringan perkara-perkara yang melawan hukum Allah, menentangNya dengan melakukan pelbagai kederhakaan, kemungkaran secara sembunyi atau terangan dengan ''matlamat menghalalkan cara'' dan berkata '' Allah sahaja tahu tujuanku'' . ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan dia adalah ''benar belaka'' dan tiada rasa bersalah atau berdosa terhadap apa yang dikerjakannya.. semua salah dan dosa yang diperlakukan ditujukan kepada orang lain.. dan dikeranakan berdosa disebabkan oleh bukan dirinya
Allah Swt berfirman:
فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Maka Allah tidaklah sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. 
(QS. At Taubah 70)
Dalam Tafsir Al Muyassar disebutkan:
فما كان الله ليظلمهم، ولكن كانوا هم الظالمين لأنفسهم بالتكذيب والمخالفة.
Maka, Allah tidaklah menzalimi mereka, tetapi merekalah yang zalim terhadap diri mereka sendiri dengan mendustakan dan menyelisihi (ajaran Allah Ta’ala). 
Firman Allah Swt;
وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَى كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَـكِن كَانُواْ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُون
Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "manna" dan "salwa" . Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu; dan tidaklah mereka menganiaya Kami; akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.

(Surah Al Baqarah ayat 57 )

Firman Allah SWT:
"Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai. Dan adalah Allah Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan. "

Mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, kesaksian yang nampak benar secara Zahir itulah yang menyebabkan Mereka masuk ke dalam Neraka. Penampilan zahirnya bagus dan mempesona, tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan. 

Dalam sebuah riwayat, khalifah Umar bin Khatab berwasiat : ”Hitung-hitunglah dirimu sendiri sebelum kamu dihitung, dan timbang-timbanglah diri terlebih dahulu sebelum kamu ditimbang, dan persiapkanlah dirimu untuk menghadapi alam terbuka yang besar (Mahsyar).
~Wallahu'alam
~Jaksa Kotaraja

Khamis, 18 Mei 2017

PERSIMPANGAN DIHUJUNG NYAWA..TAUBAT ATAU UBAT ??


Alhamdulillah masih kita dapat bersua kembali dalam paparan yang benar. Hari berlalu dan silih berganti minggu.. Semakin hari maka semakin pendeklah hayatku yang mana makin dekatlah maut menghampiriku. Yang panjang hanyalah ''angka kiraan hidup'' yang sering menjadi ukuran manusia. 
Kini telahpun aku disahkan mengalami komplikasi jantung serta telah disahkan mempunyai risiko yang amat tinggi iaitu berhadapan dengan ''mati mengejut'' atau ''jantung terhenti tiba-tiba''. Ya aku terima kenyataan dengan Redha dengan kepakaran doktor yang dianugerahkan oleh Allah Swt. Semua itu hanyalah kemungkinan, yang pasti Allah jua yang mengetahui akan segalaNYA.
Maka bertolak pada itu aku ambil keputusan untuk hentikan rawatan doktor walau dinasihatkan oleh doktor besar hospital. Walau pelbagai nasihat diberikan dan pujukan, aku tetap dengan pendirianku.. Bukannya aku degil atau keras.. Aku sedar semua itu hanyalah ''kifarah'' bagi diriku serta satu hukuman dan peringatan bagiku. Telah aku kaji dan dalami, maka diantara TAUBAT dan UBAT manakah lebih penting dalam hidupku.. 
Seandainya aku jalan '' UBAT ''..maka aku pasti akan bersyirik pada Allah Swt satu masa nanti.. ya biasa kita dengar orang kata''itulah mati sebab tak makan ubat'' atau ''mati sebab tak ikut kata doktor'' atau lainya... biasakan kita dengar ucapan begini.. maka aku aku janji tidak menyalahkan sesiapa seandainya maut menjemput akau pulang.
Demi sesungguhnya nyawaku dalam genggaman ZatNYA. tiada ditunda atau dipercepatkan sebuah kematian manusia itu.. Maka aku pilih jalan ''TAUBAT'' sebuah jalan yang pasti tidak aku akan sesat atau menyalahkan takdir atau yang lain.. Harapanku hanyalah segera TAUBATku diterima oleh Allah Swt sebelum ''Sakratulmaut'' menghampiriku.. 
Walau kini saban hari siang dan malam, aku bertaubat, pastikah daku bahawa taubatku sudah atau belum sempurna.. Oleh yang demikian aku akan terus bertaubat selagi ada hayat dikandung badan.Tidak aku sanggup jika taubatku diterima didalam barzahku nanti.. siksaan kubur menjadi penyuci taubat.. lebih malang jika diterima di Mashyar kelak.. Api jahannam pula menjadi penyuci taubatku.. Aku Mohon Padamu Ya ALLAH... terimalah taubat dan keampunan dari hambaMU ini.. terimalah taubatku saat aku didunia ini.. Matikanlah aku kiranya segala keampunan dan taubatku KAU terima.. Aamiiin.. Ya Allah..
Buat para penatap.. aku mohon kemaafan dan keampunan lahir dan batin seandainya aku pernah kasari, menyinggung hati perasaan kalian.. Halalkan segala apa yang aku makan dan minum dan halalkan segala mungkin yang aku lupa pada kalian.. sesungguhnya aku sedia dan telah memaafkan kalian..
~Hanafiah..

Selasa, 16 Mei 2017

AIRMATA NERAKA

..membakar muka mereka, kerana dalam waktu yang cukup lama mereka bersujud Kepada Dzat Yang Maha Kuasa. Bayangkan diriku sendiri.. adakah aku cukup lama atau banyak bersujud kepadaNYa.? Berapa banyakkah solat yang telah aku lalaikan.. berapa banyakkah solat yang aku tinggalkan.?Ya..

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kamu boleh menyebut tentang neraka sesukamu, maka tiada kamu menyebut sesuatu melainkan api neraka itu jauh lebih ngeri dan lebih keras daripadanya." 
Nabi Muhammad s.a.w bertanya lagi: "Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?"  namanya Alhawiyah.  Jahim,  Saqar.  HuthomahSa'ie." <<Sila Click
Kemudian Jibril diam segan pada Nabi Muhammad s.a.w sehingga Nabi Muhammad s.a.w bertanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?" Jawab Jibril: "Didalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat." Maka Nabi Muhammad s.a.w jatuh pengsan ketika mendengar keterangan Jibril itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi Muhammad s.a.w dipangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk neraka?" Jawab Jibril: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu."Waktu itu Rasulullah Saw. sedang sujud sambil menangis, lantas mengangkat kepala dan bertanya, ”Ada apa wahai Fatimah, Aku sedang menyendiri. Bukakan pintu untuknya." Maka dibukakanlah pintu untuk Fatimah. Fatimah menangis sejadi-jadinya, kerana melihat keadaan Rasulullah yang pucat pasi, tubuhnya tampak sangat lemah, mukanya sembab karena banyak menangis.

Fatimah bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah yang sedang menimpa dirimu wahai ayahku?" Beliau bersabda, "Wahai Fatimah, Jibril datang kepadaku dan melukiskan keadaan neraka. Dia memberitahu kepadaku bahawa pada pintu yang teratas diperuntukkan bagi umatku yang mengerjakan dosa besar. Itulah yang menyebabkan aku menangis dan sangat sedih."

Fatimah bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana mereka masuk ke neraka itu?" Beliau bersabda, "Mereka diheret ke neraka oleh malaikat. Wajah mereka tidak hitam, mata mereka tidak biru, mulut mereka tidak disumbat, dan mereka tidak dibelenggu ataupun dirantai."
Fatimah bertanya," Wahai Rasulullah, bagaimana sewaktu mereka diheret ke neraka oleh malaikat?" Beliau bersabda, "Laki-laki ditarik janggutnya, sedangkan perempuan dengan ditarik rambut ubun-ubunnya. Banyak di antara umatku yang masih muda, ketika ditarik janggutnya untuk diheret ke neraka berkata, ”Betapa sayang kemudaan dan ketampananku. ''Banyak di antara umatku yang perempuan ketika ditarik ke neraka berkata, ”Sungguh aku sangat malu.” Ketika malaikat yang menarik umatku itu sampai ke neraka dan bertemu dengan Malik, Malik bertanya kepada malaikat yang menarik umatku itu, ”Siapakah mereka itu? Aku tidak pernah melihat orang-orang yang tersiksa seperti mereka. Wajah mereka tidak hitam, mata mereka tidak biru, mulut mereka tidak disumbat, mereka tidak dibaringkan dengan golongan syaitan, dan mereka tidak dibelenggu atau diikat lehernya?”
Malaikat itu menjawab, "Kami diperintahkan untuk membawa mereka kepadamu dalam keadaan seperti itu.” Malik berkata kepada mereka, ”Wahai orang-orang yang celaka, siapakah sebenarnya kalian ini?” (Dalam hadis yang lain disebutkan, bahawa ketika mereka ditarik oleh malaikat, mereka selalu menyebut-nyebut nama Muhammad. Ketika mereka melihat Malik, mereka lupa untuk menyebut nama Muhammad Saw. kerana seramnya Malaikat Malik).
Mereka menjawab, ”Kami adalah umat yang diturunkan Al-Quran kepada kami dan termasuk orang yang mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan.” Malik berkata, "Al-Quran hanya diturunkan untuk umat Muhammad Saw .”
Ketika mendengar nama Muhammad, mereka berteriak seraya berkata, 'Kami termasuk umat Muhammad Saw” . Malik berkata kepada mereka, ”Bukankah di dalam Al-Quran ada larangan mengerjakan maksiat-maksiat kepada Allah Ta'ala?”
Ketika mereka berada di tepi neraka dan diserahkan kepada Malaikat Zabaniyah, mereka berkata ”Wahal Malik, izinkanlah kami untuk menangisi nasib kami.”Malik mengizinkannya, dan mereka lantas menangis dengan mengeluarkan darah.
Malik lantas berkata, ”Alangkah baiknya, seandainya tangis ini kamu lakukan sewaktu berada di dunia. Seandainya sewaktu di dunia kamu menangis seperti ini kerana takut kepada siksaan Allah, nescaya sekarang ini kamu tidak akan masuk neraka.”Malik lalu berkata kepada Zabaniyah, ”Lemparkan, lemparkan mereka ke dalam neraka.” Ketika mereka dilempar ke dalam neraka, mereka berseru secara serempak mengucapkan kalimat: Laa ilaaha illallah...., sehingga api neraka langsung menjadi padam.
Kemudian Malik berkata, ”Wahai api, sambarlah mereka!” Api itu menjawab, ”Bagaimana aku menyambar mereka sementara mereka mengucapkan kalimat: Laa ilaaha illallaah. Malik berkata lagi kepada api neraka, ”Sambarlah mereka”.
Api itu menjawab, ”Bagaimana aku menyambar mereka, sementara mereka mengucapkan kalimat: Laa ilaaha illallah.” Malik berkata, ”Benar, namun begitulah perintah Allah Arasy”. Kemudian api itu pun menyambar mereka. Di antara mereka ada yang disambar sampai dua telapak kakinya, ada yang disambar sampai dua lututnya, dan ada yang disambar sampai lehemya.
Ketika api itu akan menyambar muka, Malik berkata, ”Jangan membakar muka mereka, kerana dalam waktu yang cukup lama mereka bersujud Kepada Dzat Yang Maha Kuasa. Bayangkan diriku sendiri.. adakah aku cukup lama atau banyak bersujud kepadaNYa.? Berapa banyakkah solat yang telah aku lalaikan.. berapa banyakkah solat yang aku tinggalkan.?Ya Allah aku panjatkan doa keampunan dan taubat kepadamu Ya Allah..!! jika diukur, pasti aku akan dilempar keJahannam.. maka itu aku pohonkan taubat serta keampunan dan rahmat dariMU.. Aamiin.


Dalam Al-Qur'an, Allah telah mensifati neraka Jahannam sebagai berikut :"Sesungguhnya neraka itu melontarkan bunga api sebesar dan setinggi gunung".(QS. Al-Mursilat : 32) "Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut setan) semuanya.
(QS. Al-Hijr : 43)
Dari Hadits Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahwa neraka jahanamKu itu mempunyai 7 tingkat. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandung lautan racun yang hitam pekat. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.

Ya Allah.. demi kemuliaanMU ..demi ZatMU.. Demi SifatMU dan Demi Af'alMU.. aku mohonkan keampunan serta taubat diatas segala kemaksiatan serta kemungkaran yang telah Engkau Murkaiku. Ya Allah sesungguhnya Kau adalah Maha Penerima Taubat serta Maha Pengampun.. maka Ampunilah daku dan terimalah Taubat nasuhaku.. Aamiin YA ALLAH..
~Hanafiah.

7 neraka

Rasulullah pengsan, sedangkan beliau adalah penghulu syurga.. kita siapa..??  Kita hanya mendengar sahaja tanpa rasa takut.. Ini adalah kerana kedakian dunia telah menyelaputi hati kita. 

Yazid Ar-Raqqsyi meriwayatkan dari Anas bin Malik “Malaikat Jibril datang kepada Rasulullah pada waktu yang tidak biasa dengan raut muka yang berbeda dari biasanya. Rasulullah bertanya: Wahai Jibril, kenapa Aku melihat raut mukamu berbeza?

Jibril menjawab, "Wahai Muhammad, aku datang kepadamu pada saat Allah memerintahkan supaya api neraka dinyalakan. Tidak pantas jika orang yang mengetahui bahawa neraka, siksa kubur dan siksa Allah itu sangat dasyat untuk bersenang sebelum dirinya merasa aman dari ancaman itu."

Rasulullah menjawab: 

"Wahai Jibril, lukiskanlah keadaan neraka itu kepadaku."

Jibril berkata: "Baik, ...Ketika Allah swt menciptakan neraka, apinya dinyalakan seribu tahun hingga berwarna hitam pekat, nyala dan baranya tidak pernah padam."

"Demi Dzat yang mengutus engkau kebenaran sebagai Nabi, seandainya neraka itu berlubang sebesar lubang jarum, niscaya segenap penghuni dunia akan terbakar kerana panasnya."

"Demi Dzat yg mengutus Engkau dengan kebenaran sebagai Nabi, seandainya ada baju penghuni neraka itu digantung diantara langit dan bumi, niscaya semua penghuni dunia akan mati kerana bau busuk dan panasnya."
"Demi Dzat yg mengutus Engkau kebenaran sebagai Nabi, seandainya sehasta dari mata rantai sebagaimana yang disebutkan didalam al qur’an diletakkan di puncak gunung, nescaya bumi sampai kedalamnya akan meleleh."


"Demi Dzat yang mengutus Engkau kebenaran sebagai Nabi, seandainya ada seorang berada di ujung barat dunia ini disiksa, niscaya orang yang berada di ujung timur akan terbakar kerana panasnya."

Neraka itu mempunyai 7 pintu dan masing-masing pintu dibahagi-bahagi untuk laki-laki dan perempuan.
Rasulullah bertanya; “Apakah pintu-pintu itu seperti pintu kami?”

Jibril menjawab; “Tidak.Pintu itu selalu terbuka dan pintu yang satu berada dibawah pintu yang lain. Jarak pintu yang satu dengan pintu yang lain sejauh perjalan 70 tahun. Pintu yang dibawahnya lebih panas 70 x lipat dari pintu yang diatasnya."
"Musuh-musuh Allah diseret kesana dan jika mereka sampai di pintu itu, malaikat Zabaniyah menyambut mereka dengan membawa rantai dan belenggu. Rantai itu dimasukkan ke dalam mulutnya dan keluar dari duburnya, sedangkan tangan kirinya dibelenggu dengan lehernya, dan tangan kanannya dimasukkan ke dalam dada hingga tembus ke bahu.
Setiap orang yang durhaka itu dirantai bersama setan dalam belenggu yang sama, lantas diseret wajahnya tersungkur dan dipukul oleh malaikat dengan palu. Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, niscaya mereka dikembalikan ke dalam neraka."

Rasulullah bertanya, "Siapakah penghuni masing-masing pintu itu?"
Jibril menjawab, "Pintu yang paling bawah namanya Hawiyah. Pintu neraka Hawiyyah ini adalah pintu neraka yang paling bawah (dasar), yang merupakan neraka yang paling mengerikan. Pintu neraka ini ditempati oleh orang-orang munafik, orang kafir termasuk juga keluarga Fir'aun, dalam neraka Hawiyyah.
Hal ini sebagaimana arti dari firman Allah ;"Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyyah" (QS.Al-Qari'ah :9).

Pintu kedua namanya Jahim. Yakni pintu neraka tingkatan ke 6. Tingkatan neraka ini di atasnya neraka Hawiyyah. Di dalamnya ditempati oleh orang-orang musyrik yang menyekutukan Allah. Hal ini sebagaimana arti firman Allah ini :"Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat" 

(QS.Asy-Syu'araa :91).

Pintu ketiga namanya Saqar, tempat arang-orang shabi'in. Merupakan pintu neraka pada tingkatan ke 5. Di dalam pintu itu ditempati oleh orang-orang yang menyembah berhala atau menyembah patung-patung yang dibuat bangsanya sendiri.
Tingkatan pintu neraka ini, terletak di atasnya pintu neraka Jahim. Tentang neraka ini, Allah telah berfirman yang artinya :"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)" 

(QS. Al-Mudatstsir : 42)

Pintu keempat namanya Ladza, berisi iblis dan orang-orang yang mengikutinya, serta orang Majusi. Ladza merupakan pintu neraka pada tingkatan ke 4. Di dalamnya ditempati Iblis laknatullah beserta orang-orang yang mengikutinya dan orang-orang yang terbujuk rayuannya. Kemudian orang-orang Majusi pun ikut serta menempati neraka Ladza ini. Mereka kekal bersama Iblis di dalamnya. Tingkatan pintu neraka Ladza ini diatasnya pintu neraka Saqar.
Dalam hal ini Allah telah berfirman : Sekali-kali tidak dapat, sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergejolak". 

(QS. Al-Ma'arij : 15). Dengan demikian, dapat disimpulkan bahwa Iblis dan para pengikutnya akan dimasukkan ke dalam neraka Ladza. Seperti apa yang dikatakan oleh Malaikat Maut (malaikat Izrail) ketika Iblis hendak dicabut nyawanya, maka malaikat maut itu berkata, bahwa Iblis akan diberi minum dari neraka Ladza.

Pintu kelima namanya Huthamah, tempat orang-orang Yahudi. Merupakan pintu neraka pada neraka tingkatan ke 3. Di dalamnya ditempati oleh orang-orang Yahudi dan para pengikutnya. Pintu neraka Huthamah ini, tingkatannya di atas pintu neraka Ladza yang dihuni para Iblis. Tentang neraka Huthamah ini, Allah telah berfirman dalam Al-Qur'an : "Dan tahukah kamu, apa Huthamah itu? (yaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan"

(QS. Al-Humazah : 5-6).

Pintu keenam namanya Sa'ie, merupakan pintu neraka pada neraka tingkatan ke 2. Di dalamnya ditempati oleh orang-orang Nashrani dan para pengikutnya. Pintu neraka ini berada di atas tingkatan pintu neraka Huthamah. Mengenai neraka ini, Allah Ta'ala telah berfirman :"Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)".(QS. Al-Insyigaq : 12).

Selanjutnya Jibril terdiam kerana merasa segan kepada Rasulullah Saw. kemudian Rasulullah bertanya, "Kenapa engkau tidak memberitahukan penghuni pintu yang ketujuh?"

Jibril menjawab : "Pintu ke tujuh namanya pintu neraka Jahanam. Merupakan pintu neraka yang paling atas (pertama). Di dalamnya berisi umatmu yang melakukan dosa-dosa besar dan tidak taubat sampai mereka meninggal dunia."
Rasulullah pengsan mendengar penjelasan Jibril tersebut. Jibril meletakkan kepala Rasulullah di pangkuannya sampai Beliau sedar kembali. Jika Rasulullah pengsan, sedangkan beliau adalah penghulu syurga.. kita siapa..??  Kita hanya mendengar sahaja tanpa rasa takut.. Ini adalah kerana kedakian dunia telah menyelaputi hati kita. Maka selagi ada hayat bertaubatlah kita dengan perbanyakkan solat taubat diwaktu kesunyian malam..

~Wallahu'alam
~Jaksakotaraja

PENGHUNI JAHANNAM ...


PEMANDANGAN PENGHUNI DI JAHANNAM 
1. Di Jahannam terdapat sebuah gunung api Shu’uda yang Allah memerintahkan orang kafir (Al-Walid bin Mughirah) untuk mendakinya.
Aku akan membebaninya mendaki pendakian yang memayahkan.( Al-Muddatstsir: 17). 
Menurut riwayat Imam Ahmad, setiap kali dia meletakkan tangannya di atas gunung tersebut, maka tangannya langsung meleleh. Dan ketika diangkat kembali seperti semula. Dia akan menghabiskan waktu selama 70 tahun untuk mendakinya, dan menuruninya selama 70 tahun juga. 

2.  Di Jahannam juga terdapat lembah Al-Ghayy, yaitu lembah di dasar Jahannam yang dialiri nanah bercampur darah dari para penghuni neraka. Lembah ini disediakan Allah kepada mereka yang meremehkan solat dan mengikuti syahwatnya. Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan,
(Maryam: 59). 

3.. Juga lembah Atsam yang berisi ular dan kalajengking, adzab didalamnya berlipat-lipat. Lembah ini diperuntukkan bagi mereka yang berbuat syirik, berzina dan membunuh jiwa tanpa hak. 
Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina
(Lihat QS.Al-Furqan: 68). 

4.. Ada juga lembah Maubiqa yang berisi nanah di dalam neraka Jahannam. Allah menyiapkannya untuk para penyembah berhala. 
Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar Al Qur'an dan mereka berkata: "Sesungguhnya ia (Muhammad) benar-benar orang yang gila" Dan Al Qur'an itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat.
(Al-Kahfi:51-52). 

5.. Ada juga sebuah rumah bernama Al-Falaq, Ibnu Rajab mengatakan jika pintunya dibuka, maka seluruh penduduk neraka akan menjerit kerana tidak mampu menahan panasnya. Wallahu a’lam. 

6. Di Jahannam juga terdapat penjara Bulas dimana orang-orang yang menyombongkan diri akan dihalau seperti semut-semut kecil berbentuk manusia, mereka diselimuti dengan kemarakan api dan terbenam dalam peluh dan nanah yang bercampur darah penduduk neraka. (HR. Ahmad). 

7. Belenggu Jahannam. Di dalam Jahannam ada tiga belenggu; Al-Aghlal, yaitu belenggu dari besi membara yang dipasang dileher penduduk neraka. Dan orang-orang yang dianggap lemah, berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: '(Tidak), sebenarnya tipu-daya (mu) di waktu malam dan siang (yang menghalangi kami), ketika kamu menyeru kami, supaya kami kafir kepada Allah, dan menjadikan sekutu-sekutu bagi-Nya'. Kedua belah pihak menyatakan penyesalan, tatkala mereka melihat azab. Dan kami pasang belenggu di leher orang-orang yang kafir. Mereka tidak di balas, melainkan dengan apa yang telah mereka kerjakan'.
(QS. Saba: 33), 
Al-Ashfad, yaitu tali api yang sangat kuat sehingga membuat seseorang tak berdaya.Dan kamu akan melihat orang-orang yang berdosa pada hari itu diikat bersama-sama dengan belenggu. 
(QS. Ibrahim: 49) 
Dan As-Salasil, yaitu rantai besi yang panjangnya 70 hasta.Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta. 
(QS. Al-Haqqah: 32). 

8.. Cambuk Jahannam. Allah berfirman: “Dan untuk mereka cambuk-cambuk dari besi.” 
(QS. Al-Hajj: 21). PARA PENJAGA NERAKA Allah menggambarkan tentang karakter malaikat penjaga neraka, mereka adalah makhluk yang sangat keras dan kasar. Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjaka apa yang diperintahkan.” 
(QS. At-Tahrim: 6).
~Wallahu'alam
~Jaksa kotaraja